Bengkel Matematik ‘Math for Life’ 2021 Panatia Matematik SMK Dato’ Usman Awang

Bengkel persediaan peperiksaan SPM matematik ini telah diadakan pada 3 hari minggu berturut-turut. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada jenis-jenis soalan matematik dan beberapa tajuk soalan Matematik yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan SPM. Pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pelajar cemerlang, rendah dan sederhana dan mereka perlu hadir secara atas talian mengikut tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Bengkel ini juga dibuka kepada pelajar Tingkatan 4 kerana penceramah juga menyentuh beberapa topik Tingkatan 4. Penceramah terpilih bagi ketiga-tiga bengkel ini ialah Pn Noorasinta Binti Abdul Hadi yang merupakan Guru Cemerlang dan penerima Anugerah Frog Teacher Award-Kategori Reach For Perfection. Beliau juga merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Pendidikan Matematik minor Teknologi pada tahun 2008.

Dalam bengkel-bengkel ini, saya telah dilantik untuk menjadi moderator dan perlu menguruskan perjalanan program terutama pada awal dan akhir semasa sesi soal jawab bersama pelajar dan guru. Saya juga mengambil peluang ini untuk menyediakan sijil AJK bagi guru Tingkatan 4 dan 5 yang terlibat menguruskan bengkel ini serta sijil penghargaan kepada pelajar yang hadir dalam program ini.

Dalam program ini, guru-guru agak bimbang berkenaan kehadiran pelajar yang kurang baik kerana ia diadakan pada hujung minggu. Tetapi, akhirnya kehadiran pelajar adalah agak baik, dengan lebih daripada separuh pelajar yang hadir. Mereka juga aktif dalam menjawab soalan dan berinteraksi dengan Cikgu Noorasinta. Dilampirkan disini bidang tugas setiap guru dan gambar-gambar semasa program.

Tarikh & Waktu Bengkel: 9 OKT 2021 (ARAS SEDERHANA -SSI2, 5SI3, 5SI4) JAM 8.30 AM

 16 OKT 2021(MURID CEMERLANG -5S, 5ST,5SI1) JAM 10.00 AM

 23 OKT 2021(ARAS RENDAH -5SI5, 5SI6, 5SI7, 5SI8) JAM 10.00 AM

BILNAMASKOP TUGAS
1NOR IZZALWATI BT ABDULLAHMenguruskan kertas kerja.Menguruskan nota minta.Mencari penceramah.Menyediakan surat jemputan.Menguruskan bayaran kepada penceramah.Menyampaikan surat jemputan , borang tuntutan serta menyampaikan maklumat program kepada penceramah.
2NOOR AIN AZAMUDDINPromosi (menyediakan poster).Menyebarluaskan kepada guru, pelajar dan ibu bapa secara konsisten.Menghantar poster kepada guru tingkatan untuk dipanjangkan ke group whatsapp atau telegram kelas.
3TAN MAY YANGMendapatkan bahan program sebelum program dan dipanjangkan kepada guru matematik Tingkatan 5 untuk dipanjangkan kepada murid-murid.Mengenal pasti masalah jika ada sebelum hari kejadian.
4NURAZREENMenyediakan pautan program.Menyediakan google form kehadiran murid dan guru.Merekodkan google meet tersebut.Dimasukkan dalam youtube.
5NUR HANIMMembacakan soalan pelajar jika ada.Mencari pelajar untuk memimpin bacaan doa.
6DR NORUL HUDAModerator / pengacara majlis.
7NUR FARIZAPenasihat.
Gambar semasa program berlangsung
Biodata penceramah
Ucapan Penghargaan kepada Cikgu Noorasinta
contoh sijil peserta
  • REFLEKSI
  • Program ini telah membahagikan pelajar kepada aras-aras yang berbeza dan ini adalah usaha yang baik kerana penceramah dapat menyusun isi kandungan kursus agar ia dapat diikuti oleh pelajar pelbagai aras. Hal ini juga mengambil kira cadangan dalam dialog prestasi pencapaian SPM Matematik dimana ia telah dicadangkan oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk menganjurkan program berdasarkan prestasi berbeza.
  • Program ceramah ini juga adalah baik kerana pelajar didedahkan kepada teknik pengajaran daripada guru sekolah lain. Oleh itu, mereka mungkin lebih tertarik dan memberi lebih perhatian dalam penyampaian guru berbanding jika mereka diajar oleh guru yang sama sepanjang tahun.
  • Pelajar dan guru juga mendapat ‘tips’ daripada penceramah tentang soalan-soalan yang mungkin kelauar dalam peperiksaan SPM dan ini amat membantu guru-guru supaya lebih fokus kepada kefahaman pelajar dalam topik-topik ini.
  • Kebanyakan pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik dalam program-program seperti ini. Oleh itu, usaha seperti ini harus diteruskan.
March 2024
S M T W T F S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31