Proses perpindahan sekolah anak darjah 1

Pada tahun ini, anak saya baru sahaja memulakan pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu tahun 1. pada April tahun lepas,  saya telah mendaftarkan anak tercinta ke sebuah sekolah berhampiran di tempat tinggal kami. namun begitu, pada akhir tahun, saya telah mengimbil keputusan untuk berpindah ke Kawasan yang lain untuk kemudahan saya dan anak-anak, walaupun masih dalam taman yang sama. di Kawasan baru ini, terdapat sekolah rendah berdekatan dengan rumah kami, dan juga berhampiran dengan rumah pengasuh. oleh itu, supaya lebih praktikal saya mengambil keputusan untuk memindahkan anak saya daripada sekolah lama ke sekolah baru.

Tidak disangka betapa sukarnya dan tidak jelas proses perpindahan sekolah ini. saya telah menelefon sekolah lama untuk bertanya kan prosedur perpindahan sekolah dan juga telah menelefon sekolah baru untuk bertanyakan sama ada masih boleh menerima pelajar darjah satu lagi. Kedua-dua sekolah bersetuju untuk membantu saya dalam prosedur perpindahan sekolah anak saya. Namun begitu, mereka tidak begitu jelas akan prosesnya dan ini akhirnya membuatkan saya pergi ke sekolah lama sebanyak 3 kali dan PPD sebanyak 3 kali! Saya banyak membuang masa kerana setiap pegawai yang saya berhubung dengan tidak dapat memberi arahan jelas. Sebagai contoh, bila call PPD, PPD kata ok, puan datang je, kami akan uruskan. Sampai sana baru dapat tahu senarai dokumen yang perlu (ini pun dah beratur untuk tunggu turn), kemudian dah datang again beratur selama sejam (dokumen semua dah lengkap) then baru tahu perlu dapatkan surat penerimaan sekolah baru (dokumen ini tiada dalam list PPD keluarkan) , then kali ketiga baru berjaya dengan semua dokumen yang perlu.

OK, untuk memudahkan semua ibu bapa saya maklumkan disini segala jenis dokumentasi yang diperlukan supaya korang takde la pening dan buang masa macam saya.

senarai dokumen yang diperlukan oleh PPD

Dokumen asas yang diperlukan untuk perpindahan sekolah untuk dibawa ke pejabat Pendidikan daerah adalah:

  1. borang pertukaran P.U. (A) 275 yang dikeluarkan oleh sekolah lama. ibu bapa perlu hadir ke sekolah lama untuk mengisi buku pertukaran pelajar dan pihak sekolah akan mengisi borang ini untuk pihak ibu bapa. sekolah akan beri 3 salinan borang ini.
  2. Salinan sijil kelahiran murid
  3. Salinan kad pengenalan murid
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa
  5. Salinan sijil nikah/perkahwinan
  6. bil lektrik/air, Astro/telco ke alamat terkini
  7. Surat penerimaan pelajar sekolah baru. Actually, document ini tidak tersenarai dalam list yang diberi oleh PPD, tapi setelah menunggu sejam lebih untuk giliran saya di PPD, saya diberitahu sekolah baru telah penuh, dan jika saya ingin juga pindah ke sana, saya perlu dapatkan surat ini terlebih dahulu daripada sekolah, walaupun sekolah secara lisan memberitahu mereka masih lagi menerima pelajar baru. Pihak PPD tidak akan menolak permohonan jika sekolah dapat memberi surat ini kepada ibu-bapa sebagai bukti. oleh itu, saranan saya, sebelum ke PPD ibu bapa boleh telefon sekolah baru dan bertanya sama ada perlu atau tidak sekolah keluarkan surat ini sebelum ke PPD.

jika bercerai, ibu bapa perlu sediakan

8. Salinan sijil cerai

9. Salinan surat hak penjagaan/surat akuan sumpah. Jika tiada surat hak penjagaan anak-anak, ibu atau bapa yang mendaftarkan anak perlu sediakan sebuah surat akuan sumpah. surat akuan sumpah ini perlu menyatakan siapa yang diberi hak penjagaan anak-anak (maka dengan itu diberikan hak untuk mendaftarkan persekolahan anak). surat akuan sumpah ini boleh di karang sendiri oleh ibu-bapa asalkan ia mengikut format yang ditetapkan. kemudian, ibu bapa perlu pergi ke pejabat pesuruhjaya sumpah yang berdekatan untuk dapatkan tandatangan dan cop daripada pesuruhjaya sumpah. bayaran adalah RM4 untuk setiap cop dan tandatangan dan RM10 jika surat ini dikarang oleh pihak pesuruhjaya sumpah. saya sediakan disini contoh surat akuan sumpah. korang edit la sendiri ikut kesesuaian.

Jika dibawah penjagaan penjaga

10. Untuk memudahkan, saya juga ingin maklumkan jika anda bukan ibu-bapa kandung (ibu bapa angkat, tiri, saudara mara) kepada murid tersebut, anda tidak berhak untuk mandaftarkan anak ke sekolah. hanya ibu atau bapa kandung sahaja yang dibenarkan untuk mendaftarkan anak ke sekolah. (Based on what I observe, mereka yang bukan ibu bapa tidak berjaya mendaftarkan anak tersebut dan diminta supaya ibu-bapa kandung untuk hadir untuk uruskan pendaftaran anak). Jika ibu-bapa kandung tidak dapat hadir, penjaga tersebut harus menyediakan surat akuan sumpah seperti diatas. dan sama juga, surat akuan sumpah ini perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah. untuk contoh surat ini anda boleh google ya, sebab saya takde contoh.

untuk ibu bapa menyewa rumah, ibu bapa perlu sediakan:

11. surat perjanjian sewa rumah

12. Salinan k/p tuan rumah

13. resit bayaran sewa rumah

jika mohon bersekolah di luar zon penempatan

14. surat tiada halangan/ penerimaan masuk dari sekolah yang dimohon.

Di PPD jika semua dokumen lengkap, permohonan akan disokong oleh PPD. Seterusnya ibu bapa boleh terus pergi ke sekolah baru untuk mendaftarkan anak disana. Semua borang yang disediakan di sini akan diserahkan kepada sekolah baru dan sekolah akan salurkan anak ke kelas yang sepatutnya.

Sekian sahaja pengalaman saya menukarkan anak dari satu sekolah ke sekolah lain..semoga anak saya bahagia di sekolah ini dan mummy tak perlu pindahkan awak lagi lepas ni. hehe

words of wisdom

“Knowledge is that which benefits, not that which is memorized.”

                                                                 -Imam Ash-Shafi’ee (rahimahumAllah)-

Testing to facebook

Testing from web to facebook

HCI short drama

The User is a King and an example of Short Drama from Stanford University.
This could give some inspiration to your group presentation