Latihan Dalam Perkhidmatan: Penggunaan Teknologi Dalam PdPr SMK Dato’ Usman Awang

Pengajur:

Panitia Matematik, Jabatan Sains dan Matematik, SMK Dato’ Usman Awang.

Tarikh:

3 Julai 2022 (Sabtu) secara atas talian.

Tujuan Program:

Mendedahkan guru kepada beberapa platform atas talian yang dapat digunakan dalam PdPr bagi mengelakkan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru.

Rasional Program:

  1. PKP membawa kesan yang mendalam kepada pendidikan anak. Terutama sekali untuk subjek matematik, pelajar agak sukar memberi perhatian jika mereka hanya mendengar penerangan guru. Oleh itu, program ini dijalankan supaya guru dapat meneroka beberapa online tools yang dapat digunakan dalam kelas matematik untuk menjadikan kelas lebih aktif dan berpusatkan pelajar.
  2. Guru sekolah sering didedahkan dengan online tools yang kurang bersesuaian untuk subjek matematik memandangkan subjek ini perlu penggunaan simbol dan lukisan khas. Program ini mendedahkan guru kepada online tools yang dapat membantu guru matematik dalam PdPr matematik.

Pelantar Atas Talian dan Kelebihan:

PlatformKelebihan
GeogebraMendemonstrasi bentuk graf dengan cepat dan tepat.Boleh meneroka konsep geometri bersama pelajar dengan jelas.
GoformativeGuru dapat melihat kefahaman pelajar melalui aktiviti ‘show your work’Pelajar dapat menjawab soalan dalam worksheet secara atas talian.
MentimeterPembelajaran berasaskan permainan yang dapat menilai kefahaman pelajar. Aktiviti ini dapat mengesan sejauh mana pelajar memahami konsep yang dipelajari. Aktiviti Poll dapat mengenal pasti maklum balas serta kefahaman pelajar dalam kelas.
CogglePelajar dapat membina peta minda seperti disarankan dalam pembelajaran abad ke-21.
PadletPelajar dapat berkongsi idea serta pendapat dalam kelas.
WordwallPembelajaran berasaskan permainan.

Refleksi:
Guru pernah belajar tentang Geogebra dalam peringkat prasiswazah, tetapi tidak menerapkan pembelajaran mereka kerana masih kekurangan kemahiran dalam penggunaan peralatan ini dalam kelas. Tambahan lagi, di sekolah SMK DUA tidak terdapat banyak kemudahan penggunaan komputer dalam kelas.

Para guru menerima baik online tools ini dan bercadang untuk menggunakannya dalam kelas. Terutama sekali penggunaan Mentimeter dan Goformative.

Mungkin beberapa sesi sepanjang tahun boleh dijalankan untuk mengajar rakan-rakan guru kaedah penggunaan Geogebra, memandangkan terdapat pelbagai modul di atas talian yang dapat digunakan oleh guru-guru matematik.

December 2024
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031