Program Imunisasi SMK Dato’ Usman Awang 2021

Program Imunisasi COVID-19 sekolah telah berlangsung sebanyak empat kali iaitu pada 30 September, 7 Oktober, 20 Oktober dan 28 Oktober. Program ini berlangsung secara berulang kali kerana vaksinasi berlaku dua kali dan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 pada dua sesi dan pelajar peralihan hingga Tingkatan 3 untuk sesi seterusnya. Untuk kali pertama program, saya tidak terlibat kerana hanya guru kelas peperiksaan sahaja dilantik sebagai AJK. Namun begitu, untuk sesi kedua dan ketiga, semua guru telah dilantik untuk terlibat dalam program imunisasi ini. Untuk sesi terakhir, guru kelas peperiksaan tidak terlibat kerana pelajar Tingkatan 5 sudah kembali kepada pembelajaran bersemuka.

Untuk 7 dan 20 Oktober, saya telah dilantik untuk menjaga lalu lintas pelajar daripada pendaftaran ke kaunter imunisasi iaitu kaunter 4. Pengalaman ini sangat bermakna untuk saya kerana jarang terlibat sebagai ‘frontliner’. Saya dapat melihat sendiri bagaimana proses imunisasi berlaku secara beramai-ramai dan bagaimana guru memastikan SOP dijaga sepanjang program. Terdapat beberapa orang pelajar yang amat gementar untuk diimunisasi dan meminta ibu bapa berada disisi mereka. Ada juga pelajar menunjukkan tindak balas yang kurang baik terhadap imunisasi seperti jantung berdebar dan muntah. Namun, ini hanya berlaku pada dua kes sahaja. Selain daripada itu, program berjalan dengan amat lancar.

Pada 28 Oktober, saya pula telah dilantik untuk membantu guru Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) untuk memastikan ibu bapa yang hadir dalam program imunisasi juga mendaftar sebagai ahli PIBG melalui kumpulan telegram PIBG SMKDUA. Tugasan ini mudah sahaja kerana QR-CODE telah disediakan dan para ibu bapa hanya perlu mengimbas sahaja QR-CODE tersebut untuk menyertai kumpulan telegram ini. Kumpulan telegram ini sangat berguna kepada ibu bapa kerana ia memberi pelbagai informasi penting tentang perkembangan sekolah dan aktiviti-aktiviti di sekolah. Pengetua telah mengucapkan syabas kepada Cikgu Shah bersama-sama saya kerana telah berjaya meningkatkan keahlian dalam kumpulan telegram ini.

Secara keseluruhan, program imunisasi ini telah mendapat maklum balas yang amat baik daripada ibu bapa kerana kecekapan dan dedikasi guru dalam menguruskan program serta kerjasama yang amat baik daripada pegawai Kementerian Kesihatan serta sukarelawan. Malahan, pelawat yang hadir daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga mengucapkan syabas kepada para guru atas kejayaan program ini.

1KAUNTER 4: SUNTIKAN
  Suhailla binti Abdul Jalil (K)
Punitha Malar a/p Umarpatty (PK)Lim Pek SuWan Syahirah binti Ahmed Syakeri
Norulhuda Ismail  
Pemberian suntikan oleh staff KKM.Alatan diperlukan: Meja banquet 4 Ruang tertutup perempuan dan ruang terbuka lelaki.Tempat : atas pentas.Membantu pergerakan pelajar ke bilik suntikan.Kawalan pergerakan: Susun atur pergerakan ibubapa dan pelajar.Guru mengarahkan pelajar yang selesai suntikan ke tempat pemerhatian (Kaunter 5).
2KAUNTER KHAS PIBG Mohd Shah bin Arifin (GB)
Norulhuda bt Ismail
Mempromosikan dan menggalakkan ibu bapa menyertai telegram PIBG SMK DUA.Kaunter berada di Check Point B.

AJK kaunter 4
Bersama Cikgu Shah AJK PIBG

Ruang menunggu di Balai Pujangga
Di Kaunter 4-kaunter suntikan
April 2024
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930