Archives for December 31, 2019

Ketahui Tanda Kereta Perlu ‘Overhaul’

Setiap kali kereta bergerak dalam jarak yang jauh, anda perlu membuat pemeriksaan dengan sebaiknya supaya keadaan kereta anda masih berada dalam keadaan baik.

Namun apabila kereta anda yang sudah “berusia” atau melebihi “mileage” 150,000 km, anda disarankan untuk membuat “overhaul” pada kereta anda.

Overhaul atau turun enjin merupakan membaik-pulih secara menyeluruh pada sesebuah enjin kenderaan.

Setiap komponen enjin akan dileraikan satu-persatu oleh mekanik daripada komponen luar sehingga dalaman.

Mereka akan membuka komponen, membersihkan, membaiki kerosakan, memasang kembali komponen dan penyelarasan akhir.

“Mileage” 150,000 km itu adalah cadangan yang disarankan, namun ia bukanlah kewajipan untuk melakukan “overhaul” apabila mencapai angka tersebut.

Terdapat beberapa gejala yang dapat anda perhatikan untuk mempertimbangkan proses turun enjin iaitu:

1. Ekszos keluar asap putih

Apabila anda mengesan asap putih keluar daripada ekszos, ia merupakan petanda bahawa terdapat minyak yang masuk ke ruang pembakaran. Gejala ini berlaku disebabkan “ring piston” sudah haus pada “bowring piston” .

2. Enjin tidak teratur akibat dalam pencucuh berkerak

Gejala enjin mula tidak teratur apabila anda merasakan prestasi enjin mengalami penurunan, bunyi enjin yang ganjil, tersengguk-sengguk ketika memecut.

Salah satu penyebab enjin pincang adalah palam pencucuh yang tidak mampu bekerja secara maksimum atau mengalami penurunan percikan api.

Ini disebabkan terdapat kerak yang melekat kerana minyak naik hingga ke palam pencucuh.

3. Minyak berkurang

Enjin mula “makan” minyak. Gejala ini boleh dikesan dari jumlah minyak dalam tabung.

Anda boleh menggunakan besi pengukur untuk melihat paras minyak sama ada sudah sampai ke had minimum atau belum.

4. Suhu enjin sering panas

Tidak hanya kerosakan pada sistem penghawa dingin, malah suhu enjin yang kerap berada pada had “overheat” juga boleh menjadi petunjuk kepada nisbah mampatan yang bocor.

Ini boleh disebabkan “packing” kepala silinder yang sudah patah dan menyebabkan air radiator terus berkurang kerana memasuki ke ruang pembakaran.

Akhirnya suhu enjin menjadi lebih panas hingga berisiko mengalami “overheat”.

Sesebuah enjin itu tidak perlu dibuat overhaul sehingga ada kerosakan pada komponen dalaman di bahagian paling dalam enjin iaitu enjin tengah.

Contohnya komponen pada bahagian itu ialah “Crankshaft” dan untuk keluarkannya, semua komponen lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu.

Antara sebab lain enjin perlu di overhaul ialah “Rod Jammed”, “bearing jammed”, masalah Gearbox, “Crankcase” pecah dan bocor minyak hitam.

 

Credit: freemalaysiatoday.com

Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran

Siapa kata pemakanan tidak memberi pengaruh besar? Apa pun yang kita masukkan ke dalam mulut kita, kesemuanya memberikan perubahan kepada tubuh sama ada sedikit ataupun banyak.

Apatah lagi jika apa yang anda makan itu jelas sekali bermanfaat, hanya bergantung kepada diri kita sendiri sahaja sama ada mahu memakannya atau tidak.

Diet Mediterranean elak masalah pendengaran

Satu kajian telah mendapati, makan secara sihat berpotensi menghentikan seseorang individu daripada menjadi pekak apabila sudah tua kelak.

Kajian tersebut mendedahkan bahawa, individu yang mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, sayuran berdaun serta makanan laut dan ikan, kurang cenderung untuk melaporkan masalah pendengaran yang semakin berkurangan.

Jenis makanan yang dilihat terbaik bagi kesihatan pendengaran adalah jenis-jenis makanan yang terdapat dalam diet Mediterranean.

Dalam kajian tersebut, individu yang mengambil jenis makanan yang paling hampir dengan diet Mediterranean ini didapati memiliki sehingga 30% risiko yang lebih rendah untuk mengalami penurunan tahap pendengaran.

Sekumpulan saintis dari Brigham dan Women’s Hospital di Boston, Massachusettes telah membuat kajian ini keatas 3,135 orang wanita dengan purata umur 59 tahun.

Pendengaran peserta-peserta kajian ini diuji dalam tempoh tiga tahun dan pengkaji turut melihat kepada maklumat berkenaan diet yang mereka amalkan.

Pada kadar pertengahan, wanita-wanita ini didapati mempunyai 30% kecenderungan yang lebih rendah untuk mendapat masalah pendengaran jika mengambil diet yang sihat.

Menurut Dr. Sharon Curhan, ketua penyelidik bagi kajian ini, persepsi yang biasa kita dapati ialah kehilangan pendengaran ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia merupakan salah satu daripada proses penuaan.

Bagaimanapun, kajian mereka memberikan penumpuan kepada perkara-perkara yang boleh kita ubah dalam diet harian dan gaya hidup untuk mengelakkan kehilangan pendengaran atau sekurang-kurangnya memperlambatkan ia daripada berlaku.

Risiko kehilangan pendengaran boleh dikurangkan melalui diet

Menurut Dr. Sharon lagi, manfaat pematuhan terhadap corak pemakanan yang sihat telah dikaitkan dengan pelbagai kesan positif terhadap kesihatan dan makan secara sihat juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko bagi seseorang individu untuk mendapat masalah berkaitan pendengaran.

Jenis diet yang dibuat perbandingan dengan diet harian responden adalah diet Alternate Mediterranean, Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) dan Alternate Healthy Index-2010.

Ketiga-tiga jenis diet ini menumpukan kepada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak, pengurangan daging, produk tenusu dan makanan yang diproses, selain menambahkan pengambilan ikan, kekacang dan legum.

Makanan yang tidak sihat dan berlemak diketahui menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan darah.

Dr. Sharon menyatakan, aliran darah ke bahagian dalam telinga yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko untuk ia menjadi bengkak atau rosak.

Kita semua tahu bahawa pemakanan yang tidak sihat menyumbang kepada berlakunya pelbagai jenis risiko penyakit-penyakit kronik.

Cuba gantikan beberapa hidangan harian anda dengan jenis makanan yang lebih sihat seperti kerabu dan salad.

Banyakkan mengambil sumber makanan laut seperti ikan tuna dan tenggiri kerana jenis-jenis ikan ini kaya dengan kandungan asid lemak omega-3 yang diketahui baik untuk tubuh terutamanya otak anda.

 

Credit: freemalaysiatoday.com

How To Stay Focused For Longer

Waspada… 4 Hidupan Laut Boleh Membunuh Tanpa Rasa Sakit

Pantai sering menjadi destinasi pilihan paling popular ketika musim cuti.

Bagaimanapun anda haruslah sentiasa berwaspada kerana laut merupakan rumah bagi sesetengah spesies haiwan yang mampu mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Berikut merupakan empat hidupan laut yang dikategorikan sebagai paling berbahaya di dalam dunia.

1. Ikan yu

Siapa yang tidak kenal dengan ikan yu atau lebih dikenali sebagai jerung. Kes-kes berkaitan serangan haiwan ini terhadap manusia sering kali didengari di kawasan-kawasan pantai di serata dunia.

Menurut Peter Klimley, seorang pengkaji tingkah laku haiwan dari Universiti California, ikan yu sebenarnya tidak menyukai daging manusia kerana daging manusia tidak mengandungi kalori lemak yang tinggi tidak seperti anjing laut atau singa laut yang merupakan sumber makanan utama ikan yu.

Ikan ini menyerang manusia kerana penglihatannya yang kurang jelas mengakibatkan haiwan ini menganggap manusia sebagai makanannya.

2. Obor-obor kotak

Obor-obor kotak atau nama saintifiknya Cubozoa ini merupakan salah satu hidupan laut yang sangat berbahaya.

Boleh ditemui di kawasan perairan pantai Australia utara dan Indo-Pasifik, haiwan berwarna biru pucat dengan bentuk seperti kotak ini mampu membesar sehingga mencecah 10 kaki panjang dan 10 inci lebar.

Terkenal dengan racunnya yang sangat kuat, obor-obor ini mempunyai lima ribu sel menyengat yang mampu mengakibatkan kematian.

Bagi mana-mana mangsanya yang terselamat pula, mereka terpaksa menanggung kesakitan selama berminggu-minggu kerana sengatan obor-obor kotak ini sangat berbisa sehingga mampu kemunculan parut pada kawasan kulit yang disengat.

3. Sotong berbintik biru

Sotong berbintik biru atau nama saintifiknya Hapalochlaena ini boleh ditemui di kawasan lautan Asia Pasifik, Jepun dan Australia.

Merupakan antara hidupan laut paling berbisa di dunia, racun yang terhasil oleh sotong ini adalah 10 ribu kali ganda lebih berbisa daripada sianida.

Meskipun hanya berukuran sebiji bola golf, haiwan ini mampu membunuh seorang manusia dalam masa hanya beberapa minit.

Bintik-bintik biru yang ada pada sotong ini akan menjadi cerah sekiranya haiwan tersebut merasakan dirinya dalam keadaan terancam dan racun akan segera dihasilkan.

Sehingga kini, masih tiada penawar yang diciptakan bagi mengubati racun haiwan berbahaya ini.

4. Siput Cone

Haiwan ini berkemungkinan kelihatan seperti siput biasa, namun hakikatnya, Siput Cone ini merupakan haiwan yang sangat berbahaya.

Sering bersembunyi di bawah pasir, siput Cone hanya akan menyerang sekiranya ia merasakan dirinya diancam.

Meskipun diciptakan dengan cengkerang yang cantik, haiwan ini mampu mengambil nyawa tanpa menyebabkan mangsanya berasa apa-apa kesakitan.

Siput Cone ini dikategorikan sebagai haiwan pemangsa dan akan memburu mangsanya dengan mencucuk mereka menggunakan probosisnya yang tajam dan beracun.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai haiwan merbahaya yang mampu untuk meragut nyawa manusia pada bila-bila masa.

Oleh itu, anda haruslah sentiasa berwaspada kerana mereka boleh muncul pada bila-bila masa.

 

Credit: freemalaysiatoday.com

Jika 5 Bunyi Ini Keluar Semasa Memandu Kereta, Itu Petanda Kenderaan Anda Ada Yang Rosak.

1. Ekzos kereta mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

2. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

3. Bunyi nyaring dari bahagian bonet

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

4. Bunyi ketukan di bahagian tayar

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

5. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!

Nota kaki: Amalan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan anda sebelum perjalanan boleh memastikan kenderaan anda selamat digunakan dan menyelamatkan nyawa orang tersayang.

 

Credit: majalahilmu.com

Kemahiran Bermain Dengan Nombor Bermula Sejak Bayi

Tanpa disedari kemahiran matematik yang kita perolehi sejak bertahun-tahun di bangku sekolah sebenarnya telah dipelajari sejak kita masih bayi lagi. Menurut satu kajian terbaru, pada usia 3 bulan bayi telah mula mempelajari konsep pengiraan.

Hakikatnya penemuan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Terdapat penyelidikan yang awal mencadangkan, bayi boleh memberi tindak balas apabila berlaku perubahan bilangan objek pada imej. Tetapi ada sesetengah saintis berpendapat bayi dalam kajian tersebut bertindak balas dengan perubahan pada objek. Walau bagaimanapun kajian lebih awal telah menyokong bayi mampu bertindak balas dengan angka.

Baca – Matematik untuk anak-anak

Veronique Izard bersama kumpulan penyelidikannya dari Universiti Harvard telah menguji seramai 36 orang bayi yang berusia 3 bulan bagi menjalankan penyelidikan berkaitan bayi dan angka. Semasa ujian tersebut setiap bayi dikehendaki memakai sejenis alat seperti topi dengan alat pengesan yang merekodkan aktiviti elektrik di dalam otak mereka.

 

Bayi diletakkan atas ribaan ibu bapa sambil mereka menonton beberapa siri imej di skrin komputer. Kebanyakan imej menunjukkan objek yang sama seperti karektor kartun. Pada waktu tertentu menunjukkan bilangan objek pada di skrin tidak berubah.

Kemudian satu persatu perubahan berlaku pada objek atau bilangan objek. Apabila berlaku sebarang perubahan pada objek otak bayi memberi tindak balas berdasarkan corak signal elektrik tertentu. Penyelidik telah menggunakan komputer bagi menganalisis signal elektrik yang terhasil. Mereka telah menjumpai satu bahagian otak yang memberi tindak balas pada perubahan objek. Kedudukan otak itu ialah di bahagian kiri dan atas otak.

Bahagian lain otak yang terlibat berada pada kedudukan sebelah kanan dan bawah otak yang bertindak balas apabila bilangan objek pada imej berubah. Bahagian otak tersebut tidak terlibat dalam penumpuan objek. Menurut Izard lagi, ini mencadangkan otak seorang bayi tidak hanya memberikan reaksi terhadap perubahan pada objek yang mereka lihat. Mereka sebenarnya seperti mampu membezakan perubahan bilangan objek.

Angka dan pengiraan merupakan perkara penting dalam kehidupan. Walaupun bayi masih jauh untuk mengenali asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi tetapi otak mereka seperti bersedia dengan asas-asas tersebut apabila tiba masa yang sesuai.

Credit : ScienceKids

10 Sejarah Kopi Yang Anda Perlu Tahu

Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? Hari ini saya ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.

Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat kambing-kambingnya menjadi lincah dan ‘berjoget-joget’ akibat memakan buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada yang lain.

Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.

Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.

Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana hanya negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii adalah satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.

Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.

Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi berbanding Arabica.

Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.

Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260 darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi itu sudah siap untuk dijadikan kopi.

Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping mall ini berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang berbangsa Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 iaitu semasa pemerintahan George Washington.

Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua, dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air atas permintaan mereka semasa perang.

Jadilah selepas anda meminum apa jua kopi selepas ini anda pasti akan tersentum lebar kerana anda tahu sejarah kopi tersebut.

 

Credit: pelikaneh.blogspot.com

5 Model Kereta Nasional Malaysia Yang Gagal 1985 Hingga 2020

Penubuhan Proton pada tahun 1983 dan kemudiannya Perodua pada 1993 membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera menjadi pengedar kereta Nasional tersebut, selain pelantikan oleh syarikat pemasang kenderaan dalam negeri yang tidak seberapa jumlahnya.

Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan yang meluas dalam pembekalan kompenen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dipasang di dalam negara.

Namun kegemilangan malaysia dalam suka duka industri automatif tidaklah semudah dan segah industri automatif eropah mahupun pengeluar kenderaan dari negara matahari terbit.  Sejarah kepahitan industri automatif negara terungkai apabila editor majalah ilmu senaraikan 5 kereta nasional malaysia yang paling gagal diantara tahun 1985 hinga ke tahun 2020.

Berikut adalah 5 model kereta nasional yang paling gagal pernah tercatat dalam sejarah industri automatif negara kita sejak tahun 1985 hingga kini. Ada sesetengah model kenderaan yang mempunyai reka bentuk yang buruk dan ada sesetengahnya mempunyai konsep dan teknologinya yang tidak tepat pada era itu, mungkin terlalu cepat untuk terlalu berbeza dan ada jua gagal kerana kos penyelengaraan kenderaan yang mahal yang langung tak masuk akal kalau dibandingkan dengan jenis model tersebut dan yang paling sakit sekali gagal disebabkan persepsi,

Akhirnya syarikat pengeluar kereta menanggung rugi kos berjuta-juta ringgit dari segi kos pembuatan , R&D, dan macam-macam lagi di atas kesilapan  individu atasan si pembuat keputusan dan kegagalan memikat hati para pembeli.

Ini adalah lima model Kereta Nasional Malaysia Yang gagal teruk :

5.  Proton Savvy

Tahun 2005 serentak dengan pelancaran produa myvi, proton juga melancarkan sebuah kenderaan yang berteknologi mereka pada waktu itu, model terulung iaitu model proton savvy. Tahun pertama savvy di lancarkan ia mendapat sambutan sangat hangat, savvy terkenal dengan kereta paling jimat minyak, dan ketahanan kerangka yang keras kukuh pada waktu itu. proton savvy adalah model yang sangat-sangat baik dari segi reka bentuk sebab proton savvy adalah model pertama yangyang memperkenalkan teknologi AMT pada era tersebut.

Iaitu Automated Manual Transmission, satu benda baru dan asing buat rakyat malysia ketika itu. savvy juga pernah di export di Australia, U.K, Singapura, Thailand, Taiwan, dan indonesia. Dan agak memeranjatkan proton savvy sebenarnya agak popular sesetengah kawasan pendalaman U.K dengan kerangka yang kukuh dan jimat minyak, dan berteknologi AMT, proton savvy pernah mendapat beberapa anugerah dari negara luar.

Dan mencipta book of records malaysia dengan penjimatan minyak 24 km perliter. wow kereta-kereta zaman sekarang axia, myvi pun susah nak dapat penjimatan mcm tu.  Namun di sebabkan maklum balas daripada pengguna sedia ada, tentang masalah savvy waktu tu, dengan kos alat gantinya yang mahal untuk sesebuah kereta compact Angka jualan proton savvy mula menjunam menurun. Tak guna jimat minya sekalinpun kalau kos penjagaan mahal.  Selera pengguna pergi kepada kereta myvi pada tahun itu. Pihak proton akhinya akur dan pada tahun 2010 mereka terpaksa hentikan pengeluaran proton savvy yang masih bnyak lagi lambakan stok-stok savvy pada tahun-tahun sebelumnya. Akhirnya proton savvy terkub-ur dan sang myvi masih menjadi raja di atas jalan.

4. Proton Arena

Proton arena di perkenalkan pada tahun 2002, atau dikenal sebagai proton jumbuck di negara UK , Taiwan, Afrika selatan, dan Australia. Ia adalah sebuah mini pickup truck berasaskan platform proton wira dimana ia di pacu dengan dua roda depan, mempunyai dua pintu dan dua tempat duduk sahaja.

Proton arena lebih popular di luar negara berbanding dengan negara kita sendiri. Di sebabkan permintaan terhadap permintaan truck waktu tersebut masih kurang, tambah lagi dengan fizikalnya yang rendah dan kurang baik dan hanya memuatkan dua penumpang sahaja. Siapa nak belikan ? Proton arena bertahan 1 dekat di britsh sejak 2003, Namun beverapa puluh ribu unit sahaja dia pernah terjual. Dan mejoriti proton yang terjual adalah di pasaran UK. Namun ia masih tidak cukup dan Proton arena di labelkan antara model proton yang gagal.

3. Proton Tiara.

Proton Tiara dikluarkan pada 1996. Proton kini telah mencapai umur 10 tahun sejak dilahirkan pada 1985 lalu proton mengorak langkah baru dengan menjalinkan usahsama dengan syarikat daipada france iaitu Citroen yang mana sebelum itu segala usahasama taat setia proton kepada iaitu Mitubishi Motors. Tiara di datangkan dengan enjin 1.1 liter dan yang paling menyedihkan tiara hanya datang dengan transmisi 5 speed manual sahaja.

Disebabkan alat ganti yang amat sukar untuk di cari, Tiara menjadi model yang paling murah untuk di jual semula. Dengan angka jualan kurang memberansangkan pembuatan proton tiara di hentikan sepenuhnya pada tahun 2000.

2. Proton Juara.

Pada tahun 2001, lahirlah mpv mini pertama negara iaitu Proton Juara. Hasil kerja sama proton dengan Mitsubishi. tapi malangnya, konsep micro van mpv tidak di terima baik oleh rakyat malaysia. Mungkin mantaliti rakyat malaysia belum bersedia menerima reka bentuk yang unik.

Proton juara sbenarnya model kehadapan pada era tersebut, Namun sekali lagi proton di terajang di atas kegagalan yang teruk dan pedih bila rakyat malaysia sendiri menhia hasil kerja mereka dan angka jualan proton juara, jauh berada di angka sasaran sejak hari pertama di lancarkan. Akhrnya pembuatan proton juara terpaksa di hentikan pada tahun 2002, iaitu setahun lebih sahaja sejak ia di lancarkan.

1.Perodua Nautica

Model yang menjuarai kereta-kereta gagal nasional sepanjang zaman adalah perodua nautica. Memang tak boleh disangkal lagi. Perodua nautica sememangnya layak berada di tangga teratas kereta-kereta nasional paling gaga. Pada tahun 2008, keputusan produa untuk membawa masuk unit Perodua nautica di malaysia serentak dengan pelancaran dengan kembarnya yang lebih hensem dan bergaya iaitu toyota rush sememangnya membawa padah. Dengan harga Perodua nautica 90k hampir sama dengan toyota rush 95k. Dengan perbezaan harga hanya 5 ribu ringit lantas mudah untuk rakyat malaysia untuk membuat keputusan.

Inilah lima model dalam carta kereta-kereta nasional paling gagal sepanjang zaman akibat keputusan daif dari individu-individu atasan yang mempunyai kuasa dan suara untuk membuat keputusan. Lantas di hukum oleh kuasa pembeli iaitu rakyat kita sendiri.

 

Credit: majalahilmu.com

Sejarah Tujuh Peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia

Sejarah Tujuh Peperangan Yang Aneh Dan Pelik Di Dunia

Mengapa dikatakan peperangan yang pelik? Apa tidaknya, kerana ada punca peperangan hanya disebabkan menembak seekor babi. Ada pula negara berperang disebabkan sukan bolasepak.

Ada peperangan hanya berlaku selama 40 minit sahaja, dan ada pula peperangan berlanjutan hingga ratusan tahun, tetapi tiada seorang pun yang terkorban. Baca lebih lanjut tentang sejarah 7 peperangan ini.

1: The Anglo-Zanzibar War : Perang Paling Singkat Dalam Sejarah, Hanya 40 Minit

The Anglo-Zanzibar War merupakan peperangan aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.

2: The Pig War : Terjadi Kerana Menembak Seekor Babi

Pig War atau Perang babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.

Perang ****, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor ****, juga dipanggil Episod ****, Perang **** dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. **** adalah satu-satunya ‘mangsa’ perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.

3: 335 Years War : Berlanjutan Selama 335 Tahun Tanpa Ada Korban

Peperangan 335 Tahun – Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom).
Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah.

Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.

4: Moldovan-Transdniestrian War : Dimana pegawai-pegawai tentera kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari

Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.

Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama.

Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.

5: Emu War : Australia Kalah Perang Menentang Burung Emu

Emu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia.

Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang, panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air. Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru.

Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan.

Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith – komander Australia dalam ‘Emu war’ – hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu ‘Emu War’ berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.

6: The Football War : Puncanya Bolasepak

Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fútbol – dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras.

Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.

7: War of 1812 : Disebabkan Oleh Kerosakan Komunikasi Telegraf

War of 1812Juga dikenali sebagai Mr Madison’s War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.

Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.

Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.

 

Credit: pelikaneh.blogspot.com

Mengapa Manusia Tersedu?

Gejala biasa dihadapi manusia, ada kaitan dengan saluran pernafasan

Sedu menyebabkan individu rasa tidak selesa dan merimaskan. Ia adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk menghapuskannya.Ada orang berpendapat, sedu berlaku disebabkan angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.

Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.

Persamaan dengan mamalia

Kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lalu menjelaskan sedu tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Pengkaji yang diketuai Christian Straus yang bertugas di Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris menjelaskan tersedu membantu mamalia* belajar menyusu kerana siri pergerakan ketika menyusu seperti tersedu membantu mengelak susu memasuki paru-paru.

Beliau percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi atau pengudaraan insang merentasi dunia mamalia moden termasuk manusia.

Wujud banyak persamaan antara sedu dengan pengudaraan insang dalam kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembun.

Mengapa tersedu?

Walaupun sehingga kini sebab kepada kejadian sedu ini masih belum diketahui, jika sedu dihadapi terlalu lama, lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup.

Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, penyakit metabolik yang merosakkan saraf, tahap gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dulu kala, leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas. Malah, teori sedu yang diterbitkan dalam jurnal BioEssays menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Punca sedu?

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang atau teruja
  • Merokok
  • Mengambil alkohol berlebihan

Kaedah menghilangkan sedu?

  • Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dengan tenang
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu
  • Bernafas dalam plastik udara
  • Tenangkan jiwa dan minda

 

Credit: majalahsains.com