Archives for March 2020

Cara Nak Ucap Terima Kasih Mengikut Negara-Negara Asean

cara nak ucap terima kasih mengikut negara-negara asean

Apabila kita pergi melancong ke negara orang, mesti kita nak belajar beramah mesra dengan orang tempatan, kan?

Salah satu perkataan yang boleh digunakan adalah ‘terima kasih’  bagi menunjukkan rasa hormat kita kepada masyarakat tempatan. Tapi, macam mana nak ucap benda tu kalau kita bukan berada di kawasan yang faham Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jadi, kami nak kongsi dengan korang semua macam mana nak wish terima kasih mengikut negara Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam

 

cara nak ucap terima kasih mengikut negara-negara asean

Kisah Unik Disebalik 5 Masjid Terkenal Di Seluruh Dunia

Masjid antara tempat suci untuk orang Islam beribadat. Bagaimanapun, terdapat masjid yang mempunyai cerita dan kisah yang menarik. Jadi, sebab tu lah ramai yang melihat masjid ni sebagai elemen paling penting dekat sesebuah tempat.

Jadi, kalau korang berkesempatan ini 5 masjid yang korang perlu pergi kerana selain daripada seni binanya yang unik dan cantik kisah tnetangnya juga menarik:

1. Masjid Sheikh Lotfollah, Esfahan, Iran

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ini dikenali sebagai masjid wanita kerana terdapat sebuah terowong khas yang digunakan oleh wanita sahaja. Terowong tersebut menghubungkan masjid dengan istana Ali Ghapu.

 

2. Masjid Shah Faisal, Pakistan

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ini siap dibina pada tahun 1986 dan merupakan masjid yang terbesar di Pakistan dan juga Asia Selatan. Sebelum ni masjid ni pernah memegang title sebagai masjid yang terbesar di dunia dari tahun 1986 hingga 1993.

 

3. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ni terletak di Bandar Sri Begawan. Masjid ni dikenali sebagai salah satu masjid tercantik di Asia Tenggara. Dekat Brunei, tak ada bangunan yang boleh lebih tinggi daripada masjid ni. Sebab tu lah bangunan dekat Brunei rendah-rendah je.

4. Masjid Jama, Fatehpur Sikri, Agra, India

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ini sangat unik kerana dibina oleh Shah Jahan pada kurun ke 16. Masjid ni telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Seni bina masjid ni menterjemahkan seni Islam di India di mana ia menggabungkan seni Parsi dan India.

 

5. Masjid Xi’an, Xi’an, China

kisah unik disebalik 5 masjid terkenal di seluruh dunia

Masjid ni merupakan yang paling tua dan besar di China. Masjid Xi An telah dibina pada tahun 700 selepas masihi ketika Dinasti Ming. Menurut kepercayaan, Masjid Xi An juga dikenali sebagai Great Mosque kerana ia diasakan oleh anak kepada keluarga berprestij Islam yang terkenal kerana telah menghapuskan lanun di Laut China.

Wanita Dibedah Secara Sedar, Keluarkan Tumor Di Bahagian Otak

Seorang pesakit memainkan biola semasa pembedahan otak secara sedar supaya doktor dapat mengekalkan keupayaannya bermain alat muzik itu.

wanita dibedah secara sedar, keluarkan tumor di bahagian otak

Dagmar Turner, 53, seorang ahli muzik profesional, yang bermain biola mempunyai tumor yang dikeluarkan dari lobus frontal sebelah kanan berhampiran kawasan otak yang mengawal pergerakan halus di tangan kiri.

Pakar bedah di  King’s College Hospital, selatan London berjaya membuang lebih daripada 90% tumor tanpa merosakkan kemahiran motor halus Turner.

wanita dibedah secara sedar, keluarkan tumor di bahagian otak

“Saya berharap dapat kembali dengan orkestra saya tidak lama lagi,” kata Turner selepas pembedahan itu.

Difahamkan, Turner meninggalkan hospital tiga hari selepas pembedahan.

Nak Test Keberanian? Korang Patut Pergi Ke Hotel Tergantung Pertama Asia

nak test keberanian? korang patut pergi ke hotel tergantung pertama asia

Apa hotel yang paling mencabar yang korang pernah pergi? Pernah terbayang tak korang pergi hotel tergantung?

Yes, sekarang ni ada hotel yang dibina di lereng gunung dan diangkat sebagai hotel tergantung pertama di Asia.

nak test keberanian? korang patut pergi ke hotel tergantung pertama asia

Kalau korang inginkan kelainan boleh lah korang ke Padjajaran Anyar Skylodge. Hotel ni dibina di Gunung Parang, Puwakarta di mana ia terletak 2 jam dari Jakarta untuk sampai ke sini.

nak test keberanian? korang patut pergi ke hotel tergantung pertama asia

Hotel ni mula beroperasi pada Disember 2016. Ia dibina menggunakan aluminium dan terletak pada ketinggian 500 meter. Jadi, sesuai sangatlah kalau korang suka benda yang ektrem atau mahukan percutian yang lain daripada yang lain.

Untuk sampai ke hotel ni, korang perlu mendaki selama 2 jam dan korang perlu melalui curam-curam yang mencabar. Tapi berbaloi lah mendaki tu sebab bila korang bangun pagi je, korang akan dihidangkan dengan pemandngan yang menakjubkan!

5 Mata Wang Paling Mahal Di Dunia Berbanding Ringgit Malaysia!

Cuba korang agak, mata wang negara mana yang paling tinggi?

US Dollar? Salah!

GB Pound? Betul lah, tapi bukan yang paling tinggi.

Sebenarnya, mata wang paling tinggi disandang oleh Dinar Kuwait. Berdasarkan tukaran wang asing di Google KWD 1 Dinar Kuwait bersama RM 13.60. Wow! Tinggi betul.

Jadi, ini 5 mata wang tertinggi di dunia berbanding Ringgit Malaysia bagi tahun 2020:

1. Dinar Kuwait – KWD

Kadar tukaran:

KWD 1 = RM 13.60

5 mata wang paling mahal di dunia berbanding ringgit malaysia!

 

2. Bahrain Dinar- BHD

5 mata wang paling mahal di dunia berbanding ringgit malaysia!

Kadar Tukaran:

BHD 1 = RM 11.04

 

3. Oman Rial- OMR

5 mata wang paling mahal di dunia berbanding ringgit malaysia!

Kadar Tukaran:

OMR 1 = RM 10.81

 

4. Jordan Dinar – JOD

5 mata wang paling mahal di dunia berbanding ringgit malaysia!

Kadar Tukaran

JOD 1 = RM 5.87

 

5. Great Britain Pound – GBP

5 mata wang paling mahal di dunia berbanding ringgit malaysia!

Kadar tukaran

GBP 1 = RM 5.06

Hanya Minum Air Mata, Lebah Ditemui Dalam Mata Seorang Gadis

 

hanya minum air mata, lebah ditemui dalam mata seorang gadis

Lebah antara serangga yang berbisa. Ada beberapa kes yang melibatkan kematian selepas serengga ini menyengat.

Satu kejadian di Taiwan telah mengejutkan ramai pihak. Seorang gadis berusia 29 tahun, He, telah mengadu sakit mata selama beberapa minggu dan air matanya sering sahaja mengalir.

Disebabkan tidak tahan, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Selepas membuat pemeriksaan, doktor yang merawatnya sangat terkejut apabila mendapati ada lebah dalam matanya.

“Saya nampak sesuatu seperti kaki serangga, jadi saya tariknya perlahan-lahan menggunakan mikroskop. Ia masih hidup! ”, kata Dr. Hung Chi-ting

Dikhabarkan, lebah tersebut boleh terus hidup di dalam mata gadis tersebut hanya dengan minum air matanya.

Dilaporkan lebah tersebut dari spesis Halictidae di mana ia tertarik kepada benda masin atau garam seperti air mata dan peluh.

Wajah Menyeramkan, Bakal Ibu Terkejut Lihat Imbasan Bayi Dalam Kandungan

Bakal parents mana yang tak teruja bila dapat baby kan.

Membuat imbasan untuk menentukan jantina anak dalam perut pun sudah menjadi kebiasaan bakal ibu.

Apa yang mengejutkan, hasil imbasan bayi dalam kandungan kelihatan menakutkan seolah-olah bayi itu nampak seperti membuka matanya dengan luas.

Tengok ni.

wajah menyeramkan, bakal ibu terkejut lihat imbasan bayi dalam kandungan

Namun, orang yang bertanggungjawab menguruskan imbasan itu memberitahu ia merupakan sesuatu yang normal dan tak perlu dirisaukan.

Imej imbasan itu menjadi viral selepas Iyanna Carrington, 17, memuat naik ke media sosial.

Menerusi laporan Daily Mail, ada yang menganggap foto tersebut hanya dibuat-buat. Namun, Iyanna menepis dakwaan tersebut.

Rumah Hantu Yang Paling Seram Dan Terkenal Di Dunia

Selalunya cerita hantu yang seram dan paling menyeronokkan adalah cerita seram yang diinspirasi atau berasal daripada kisah yang benar.

Di Malaysia pun kita tahu ada beberapa hotspot atau tempat yang berhantu seperti Highland Tower ataupun yang paling popular Lebuhraya Karak. Pelbagai cerita yang boleh didapati kalau bercerita tentang tempat-tempat tersebut.

Tapi dalam dunia ni ada beberapa rumah hantu yang digelar paling seram dan keras sehingga ada yang dijadikan filem.

5. Monte Cristo, Australia

rumah hantu yang paling seram dan terkenal di dunia

Rumah agam era Victoria yang dibina pada tahun 1876 oleh Christopher William Crawley, amat dikenali sebagai salah satu rumah yang paling berhantu di Australia.

Pelbagai jenis tragedi yang telah berlaku di rumah ini. Ada insiden seperti seorang budak kecil dibuang dari atas tangga, budak penjaga kuda dibakar sehingga mati dan pembantu rumah jatuh dari beranda.

Lagi menakutkan apabila anak lelaki kepada salah seorang penjaga bagunan tersebut telah dirantai selama 40 tahun bersebelahan mayat ibunya. Di kediaman ini juga ada salah seorang penjaga bangunan yang lain pula telah dibunuh.

Mereka yang pernah tinggal di kediaman ini kerap merasai kehadiran pemilik asal rumah tersebut iaitu Christopher dan Elizabeth Crawley. Pelbagai kejadian yang berlaku seperti bahu dipegang, nama dipanggil, rasa macam ada yang memerhati serta kedengaran bunyi tapak kaki yang kerap berlaku dan terdapat juga beberapa foto lembaga yang diambil secara tidak sengaja.

4. Borley Rectory, England

rumah hantu yang paling seram dan terkenal di dunia

Dibina pada tahun 1862 di atas tanah bekas sebuah biara lama, Borley Rectory yang terletak di Essex ini dirujuk sebagai antara rumah yang paling berhantu di England.

Sebuah akhbar pernah dilaporkan bahawa penampakan lembaga seorang biarawati pada tahun 1929 dan atas permintaan, seorang penyiasat fizik bernama Harry Price diminta untuk menyiasat dakwaan paranormal.

Lembaga biarawati itu sering dilihat di sekitar taman kediaman itu dengan mukanya tunduk kesedihan. Terdapat juga laporan dari saksi yang terlihat cahaya pelik, terdengar bunyi tapak kaki, bisikan serta bunyi kereta kuda di luar kediaman.

Satu kebakaran yang berlaku pada tahun 1939, memusnahkan rumah itu dan ianya dirobohkan sepenuhnya pada tahun 1944. Walaupun rumah itu sudah tiada, masih banyak lagi kejadian paranormal dilaporkan seperti pengunjung dibaling dengan batu.

3. Amityville Horror House, Amerika Syarikat

rumah hantu yang paling seram dan terkenal di dunia

Antara rumah hantu yang paling popular sehingga menjadi inspirasi kepada penghasilan filem The Amityville Horror. Terletak di New York, ia menjadi lokasi pembunuhan besar-besaran pada tahun 1974. Seorang lelaki berumur 23 tahun membunuh seluruh ahli keluarganya iaitu kedua ibu bapanya dan empat adik-beradiknya semasa mereka sedang tidur.

Beberapa bulan selepas kejadian tersebut, keluarga Lutz berpindah ke rumah tersebut dan mereka turut mengalami pengalaman yang mencemaskan yang masih menghantui mereka sehingga hari ini.

Keluarga Lutz sering terjaga setiap malam tepat pada waktu yang sama pembunuhan dilaporkan berlaku iaitu pada jam 3:15 pagi. Menyeramkan lagi, mereka sering menyaksikan pelbagai objek terbang melintasi bilik, patung salib mereka diterbalikkan dan juga biasa melihat sepasang mata entiti merenung tajam ke arah mereka.

2. Myrtles Plantation, Amerika Syarikat

rumah hantu yang paling seram dan terkenal di dunia

Ladang Myrtles ini terletak di St. Francisville, Louisiana yang dibina pada 1796 oleh Jeneral Dave Bradford. Ladang ini dikhabarkan mendiami sekurang-kurangnya 12 roh hantu yang dilaporkan menyerupai hamba ketika zaman Perang Saudara.

Seorang kanak-kanak perempuan bernama Chloe merupakan salah satu hantu yang dilihat dalam sekeping gambar yang diambil di antara dua buah bangunan di situ.

Ada gambar yang pernah diambil di ladang ini menjadi terkenal kerana mempunyai penampakan seorang budak perempuan sedang memerhati kea rah luar tingkat dan tepat kea rah kamera. Budak itu diberikan nama sebagai ‘Budak Hantu’ kerana tiada siapa yang mengenalinya.

1. Ancient Ram Inn, England

rumah hantu yang paling seram dan terkenal di dunia

Kediaman yang pertama dibina pada tahun 1145 ini terletak di Wotton-under-Edge di Cloucestershire merupakan rumah penginapan yang paling berhantu di seluruh England.

Menurut lagenda yang mengatakan bahawa rumah ini dibina atas tapak perkuburan agama Pagan purba di mana upacara korban kanak-kanak pernah dilakukan. Tapak itu juga dikatakan pernah menjadi tempat ahli sihir dibakar.

Ramai tetamu yang menginap sini sering lari keluar pada waktu malam menyatakan mereka menyaksikan pelbagai perkara yang menakutkan berlaku. Ada yang pernah menyaksikan perabot dan objek berterbangan dan bergerak dengan sendirinya.

Ada yang pernah ditolah jatuh dari katil, melihat budak perempuan di laluan utama dan paderi wanita duduk di dalam bilik. Malah pelbagai bunyi yang menakutkan didengari seperti kanak-kanak menangis, menjerit dan bermain.

5 Objek Berhantu Yang Benar-Benar Wujud

1. The Dybbuk Box

5 objek berhantu yang benar-benar wujud

Pada tahun 2001, Kevin Mannis membeli sebuah kabinet meletakkan wine dari sebuah lelong. Apabila membeli kabinet tersebut hampir setiap malam Kevin mendapat mimpi buruk, tragis bila dia memutuskan untuk memberikan cabinet tersebut kepada ibunya dan ibunya terkena serangan strok pada hari yang sama.

Sejak dari hari itu sesiapa yang memiliki cabinet tersebut akan menerima nasib yang malang, pemilik terakhir kotak ini dijangkiti oleh penyakit kulit yang sangat kronik. Lagenda menceritakan yang kotak ini disumpah oleh roh yang digelar Dybbuk semasa perang dunia kedua dahulu. Kotak ini disembunyikan dari pandangan umum dan ia menjadi inpirasi kepada filem seram ‘The Possession’.

2. The Hand Resist Him Painting

5 objek berhantu yang benar-benar wujud

Sesiapa yang ingin membeli lukisan ini diberikan amaran bahawa perkara pelik akan berlaku khususnya pada waktu malam. Sesiapa yang pernah memiliki lukisan ini melaporkan yang budak lelaki dan perempuan di dalam lukisan akan berpindah posisi dan ada ketika mereka akan hilang dan kembali semula keesokan hari.

Menurut pelukis lukisan ini Bill Stoneham, pintu di belakang budak lelaki ini adalah pintu kepada dunia alam lain. Apa yang pelik, pemilik galeri tempat dimana lukisan ini mula dipaparkan dan juga pengkritik lukisan ini meninggal setahun selepas melihat lukisan ini.

3. Crying Boy Painting

5 objek berhantu yang benar-benar wujud

Hasil lukisan pelukisan Itali, Geovani Bragenlin pada tahun 1950 menjadi lukisan yang sangat popular sehinggakan replica lukisan asal dicipta berkali-kali dan disebarkan di seluruh Britain. Apa yang menakutkan rumah yang memiliki lukisan ini cenderung dijilat api dan keadaan ini bertambah lagi pelik apabila kesemua perabot rumah terbakar dan hanya lukisan ini yang terselamat dan masih berada dalam keadaan yang baik.

Walaupun ramai yang percaya bahawa ini cumalah satu kebetulan sahaja dan tidak lebih dari itu, ada juga yang percaya lukisan ini adalah sebuah lukisan yang disumpah.

4. Busby’s Stoop Chair

5 objek berhantu yang benar-benar wujud

Kisah sumpahan kerusi ini bermula pada tahun 1702, bila seorang pembunuh yang telah dijatuhkan hukuman mati duduk di kerusi ini untuk menikmati jamuan terakhirnya di sebuah restoran. Apabila dia berdiri dari kerusi tersebut, dia sempat berkata “Sesiapa yang duduk di kerusi ini, dia akan meninggal dunia”, sebelum berlalu pergi dan dijatuhkan hukuman.

Sejak kejadian itu, lebih dari 63 orang yang pernah duduk di kerusi tersebut meninggal dunia ataupun jatuh sakit. Disebabkan kerisauan dengan sumpahan tersebut, pemilik restoran kemudian memberi kerusi tersebut kepada muzium pada tahun 1972. Kerusi tersebut bergantung di dinding dengan 1.5-meter dari lantai untuk mengelakkan orang lain daripada duduk di atas kerusi tersebut.

5. Baju kahwin Anna Baker

5 objek berhantu yang benar-benar wujud

Ini kisah Anna Baker, seorang gadis dari keluarga yang berada jatuh cinta dengan seorang tukang besi dari keluarga yang miskin. Mereka merancang untuk berkahwin dan telah pun membeli baju kawin ini. Sebelum mereka sempat untuk berkahwin, ayah Anna menentang perkahwinan tersebut.

Oleh kerana perasaan kecewa dan marah, Anna memutuskan untuk tidak mahu berkahwin dengan orang lain sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1914. Hari ini, baju kawin Anna Baker diletakkan di dalam cermin kaca di bilik lamanya, ada yang melaporkan pernah melihat baju tersebut bergerak dengan sendiri malah mundar mandir di kawasan rumah keluarga Baker, mereka percaya yang itu adalah roh Anna yang menari nari menggunakan baju tersebut yang dia tidak pernah alami semasa dia masih hidup.

10 Lukisan Kucing Yang Cukup Realistik, Boleh Buat Anda Tergelak Besar

Melihat lukisan kucing-kucing yang tidak sempurna ini, kita membayangkan pelukis hanya melukis kucing kucing itu dalam keadaan sambil lewa. Tetapi tidak! Pelukis betul-betul melukis keadaan kucing yang telah di rakam dan di kongsi di ruangan media sosial.

Tak percaya? Jom bandingkan gambar yang dilukiskan dengan gambar sebenar.

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

10 lukisan kucing yang cukup realistik, boleh buat anda tergelak besar

Sumpah lawak!