Archives for September 2020

Kehebatan ‘Servis Sidek’ Digeruni Sehingga Diharamkan?

Siapa je tak kenal dengan lima bersaudara ini yang pernah menjadi hero kepada ramai anak-anak Malaysia satu ketika dahulu. Kisah kehidupan mereka sehingga diangkat dalam bentuk animasi yang sangat terkenal iaitu ‘Anak-Anak Sidek.’ Begitu lah pengaruh mereka berlima dalam arena sukan Badminton di negara kita. Sukan Badminton di Malaysia semestinya tidak sah kalau tak sebut tentang kelahiran bintang-bintang muda ini sekitar tahun 1970-an yang terdiri daripada anak-anak Datuk Sidek Abdullah Kamar iaitu Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan juga Rashid. Tetapi terdapat satu kisah tentang corak permainan mereka yang mungkin ramai tak tahu, sehingga ia pernah diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa.

ASAL USUL ‘SERVIS SIDEK’

Kehebatan adik-beradik Sidek ni mula mendapat nama dalam arena badminton peringkat antarabangsa selepas satu teknik servis digunakan oleh mereka. Dikatakan ia merupakan teknik ajaran daripada Datuk Sidek dan juga kebijaksanaan Misbun dalam menyempurnakannya. Teknik ini kemudian dikenali dengan nama ‘Servis Sidek’ atau ‘S-serve’ yang mana ia merupakan satu teknik yang tak terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia.

Dengan kehadiran teknik ini, sesetengah pengulas berpendapatan adik-beradik Sidek telah mencetuskan satu fenomena dan juga hasil kemenangan yang hebat. Ramai pemain-pemain handalan yang tewas di tangan mereka, dan mata demi mata berjaya diperolehi melalui teknik ‘Servis Sidek.’ Walaupun ia merupakan teknik ciptaan keluarga Sidek, tetapi ia tetap digunakan oleh pemain-pemain negara lain yang cuba untuk menguasai teknik tersebut. Pemain dari Indonesia dan juga China antara pemain yang berjaya menguasai teknik ini.

CARA MELAKUKAN SERVIS SIDEK

Mungkin kepada yang selalu main badminton dengan kawan-kawan tu boleh cuba belajar teknik servis ni. Caranya adalah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, yang mana bahagian bulunya menghala ke arah bawah. Kemudian tangan yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk memukul pukulan backhand. Bila dah berada dalam posisi yang betul, maka pukulan servis akan terkena ke bahagian bulu.

Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan, dan ia dikatakan sangat mengelirukan pihak lawan. Bila pukulan ini sampai ke pihak lawan, mereka perlu betul-betul pastikan bila bulu tangkis yang berpusing-pusing tu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali. Kalau salah pukul ia akan menyebabkan hantaran tidak sempurna, atau lebih teruk bulu tangkis melekat pada jaring raket pihak lawan.

SERVIS SIDEK DIHARAMKAN

Disebabkan adik-beradik Sidek dan juga mereka yang telah menguasai teknik ini sering berada dalam kedudukan advantage, maka berlaku lah perdebatan dan juga kontroversi mengenai ‘Servis Sidek.’ Memang dunia badminton ketika itu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu mereka yang mahir menggunakan teknik ini dan mereka yang tidak mahir. Mesti lah yang tak mahir tu akan membantah habis-habisan. Negara Denmark dan England pada awalnya membantah penggunaan servis ini kerana ia dipercayai melanggar peraturan permainan.

Pada bulan Mei 1981, dalam mesyuarat pertama Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), negara Denmark dan England sekali lagi mencadangkan agar ‘Servis Sidek’ diharamkan. Ketika itu Malaysia dan juga Indonesia membantah larangan ini. Negara China yang sudah menguasai teknik ini juga bersama-sama membantah cadangan ini. Tetapi undian keseluruhan gagal mencapai majoriti mudah untuk mengharamkan teknik ini.

Setahun kemudian semasa Terbuka All England di Wembly pada Mac 1982, Razid dan Jailani Sidek yang mewakili Malaysia berjaya memenangi kejohanan tersebut dalam kategori beregu. Kemenangan mereka dikatakan hasil daripada penggunaan teknik servis ini semasa menentang pasangan dari Scotland. Disebabkan itu semakin lantang lah mereka yang mahu mengharamkan ‘Servis Sidek’ kerana dilihat sebagai melanggar peraturan.

Pada 15 Mei 1982, akhirnya ‘Servis Sidek’ mendapat undian majoriti untuk diharamkan. Justifikasi yang dinyatakan oleh Denmark adalah, jika titik sentuh pertama terhadap bulu tangkis bukan di bahagian kepalanya, maka ia menjadi satu kesalahan. Tak tahu lah apa relevannya alasan ini, tetapi bermula 1 Julai 1982 ‘Servis Sidek’ tidak lagi kelihatan dalam mana-mana kejohanan dunia selepas ia diharamkan.

Teh Atau Kopi, Mana Lebih Baik?

Rasanya minuman paling popular dalam dunia ni adalah kopi dan juga teh. Kedua-duanya mempunyai peminat yang tersendiri. Bagi penggemar kopi ia mungkin menjadi minuman wajib pada waktu pagi sebelum memulakan sebarang pekerjaan. Begitu juga dengan penggemar teh yang gemar menghirup teh pada waktu pagi atau pun petang. Tapi yang penting minuman ini amat lah nikmat untuk diminum dalam cuaca dingin. Walau bagaimanapun, kedua-dua minuman ni sering diingatkan untuk tidak diambil secara berlebihan kerana boleh memberi keburukan kepada kesihatan. So persoalannya mana satu yang lebih baik untuk kita minum?

SEJARAH MINUMAN TEH DAN KOPI

Ada satu kisah menarik tentang dari mana bermulanya minuman teh dan kopi ini. Menurut satu kisah lagenda, teh pertama kali ditemui oleh Maharaja China pada tahun 2737 Sebelum Masihi ketika daun teh secara tidak sengaja jatuh ke dalam air yang sedang dididihkannya. Beliau kemudian meminum minuman itu dan terkejut dengan rasa dan faedahnya. Ada juga sejarah tentang teh yang mengatakan ia berkaitan dengan opium war antara pihak China dan British satu ketika dahulu.

Manakala lagenda kisah minuman kopi pula dipercayai berasal dari Yaman dan mula berkembang di selatan tanah Arab. Sejarah mengatakan bahawa seorang penggembala kambing bernama Kaldi melihat kambingnya menjadi hiperaktif lepas makan biji kopi. Biji kopi tersebut secara kebetulan juga terjatuh daripada sebuah pokok yang ada di situ. Selepas itu, biji kopi pun diolah dan dihasilkan sebagai satu bentuk minuman. Jadi dari situ lah dipercayai bermulanya budaya minuman kopi dan teh.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUM KOPI

Sebenarnya minuman kopi ni memang ada kebaikannya. Satu kajian daripada Universiti Harvard mendapati bahawa orang yang minum tiga hingga lima cawan kopi sehari mempunyai risiko kematian yang rendah akibat penyakit tertentu. Sifat antioksidan dalam kopi dikatakan banyak membantu memberi perlindungan terhadap penyakit diabetes, parkinson dan juga sesetengah penyakit barah. Tapi dengan syarat jumlah gula pada paras yang rendah lah.

Walau bagaimanapun, bahan semula jadi yang ada dalam kopi jika tidak ditapis boleh meningkatkan kadar kolesterol. Tambahan lagi, kandungan asam kopi yang dikatakan lebih tinggi daripada teh boleh menyebabkan masalah pencernaan. Kalau minum empat cawan kopi atau lebih dalam sehari, ia dikatakan mampu mengurangkan kepadatan tulang sekitar 2-4%.

Selain itu, kopi juga agak terkenal dengan kandungan kafein yang tinggi. Sebab tu kalau jenis yang tak biasa minum kopi macam aku ni akan mudah rasa gelisah atau kurang selesa lepas minum kopi. Lagi satu, pengambilan kopi secara berlebihan kepada yang mereka mempunyai tekanan darah tinggi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah. Itu lah tindak balas kafein yang ada dalam kopi terhadap tubuh badan kita.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUM TEH

Pengambilan minuman teh pula sering dikatakan memberi manfaat kepada kesihatan kerana kandungan antioksidannya terbukti dapat membantu mencegah pembuluh darah daripada menjadi pejal dan dapat meningkatkan kesihatan otak. Di samping itu, satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal kesihatan Nutrition Bulletin mendapati bahawa pengambilan teh secara berkala dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sebenarnya, kajian lain ada menyatakan bahawa pengambilan teh dapat mengurangkan tahap tekanan berbanding minuman berkafein lain, seperti kopi. Jadi dari sini boleh nampak teh mempunyai manfaat yang lebih berbanding kopi.

Minuman teh hijau yang memang sinonim dengan manfaatnya juga merupakan satu jenis teh terbaik. Dikatakan pengambilan lebih dari dua cawan sehari mampu meningkatkan imuniti badan, membantu mempercepatkan metabolisme tubuh, dan dapat mengurangkan risiko kehilangan ingatan akibat penuaan. Namun, pengambilan secara berlebihan tetap mendatangkan risiko kepada kesihatan badan.

Kandungan tanin dalam teh dikatakan boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam badan. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan teh boleh menyebabkan penurunan penyerapan zat besi sebanyak 62%. Selain itu, satu kajian mendakwa bahawa pengambilan teh lebih daripada tujuh cawan sehari dapat menggandakan risiko penyakit barah prostat berbanding mereka yang mengambil tiga cawan teh atau kurang.

MINUM LAH SECARA SEDERHANA

Walaupun ramai penggemar teh atau kopi yang selalu berdebat dan menyatakan minuman mereka adalah yang terbaik dan banyak memberi manfaat, pengambilan secara berlebihan tetap ada keburukannya. Teh atau kopi? Kedua-duanya tetap baik untuk kesihatan jika diambil pada jumlah yang sederhana.

Pintu² Misteri Yang Tak Boleh Dibuka!

Biasanya kalau kita berada dalam satu rumah atau bangunan lama dan terdapat satu pintu yang tak boleh dibuka, tentu kita akan rasa nak tahu apa yang ada dalam bilik tu. Tapi selalunya kita akan pecahkan je pintu bilik tu sebab ianya bukan lah pintu yang diperbuat daripada besi sehingga sukar dipecahkan. Begitu lah kuatnya sifat ingin tahu kita sampai pintu pun kita sanggup pecahkan. Walau bagaimanapun, terdapat juga pintu-pintu misteri di dunia ini yang tidak semudah itu untuk dimasuki atau dipecah masuk. Seperti ada rahsia besar yang disembunyikan daripada pengetahuan manusia lain. So kali ini Thelaki akan kongsikan di mana pintu-pintu ini berada dan apa kisah disebaliknya sampai ia tidak boleh dibuka sehingga kini.

KUIL TERKAYA DI DUNIA

Kuil Sree Padmanabhaswamy di Kerala, India, merupakan sebuah kuil suci bagi Maha Vishnu, iaitu dewa Hindu yang paling kuat sekali. Kuil yang mempunyai lapisan diperbuat daripada emas itu dibina pada abad ke-16 dan diubahsuai beberapa ratus tahun kemudian oleh keturunan Raja Travancore, iaitu salah satu keluarga terkaya di India satu ketika dahulu. Menurut cerita orang tempatan, Raja Travancore telah menyembunyikan kekayaan mereka di sebalik dinding dan di sebalik bilik-bilik kebal kuil. Kemudian pada tahun 2011, Mahkamah tertinggi India membuat tuntutan untuk audit harta-harta yang terkandung dalam kuil tersebut.

Pemimpin agama di situ memberi amaran bahawa pembukaan bilik-bilik kebal itu akan menunjukkan mereka tidak menghormati Maha Wisnu dan akibatnya malapetaka bakal berlaku. Kali terakhir seseorang cuba untuk membuka pintu tersebut adalah pada tahun 1931, dan dikatakan secara tiba-tiba satu wabak penyakit tular kepada penduduk setempat. Tapi yang menariknya, beberapa bilik kebal berjaya dibuka dan mereka menemui banyak harta karun di dalamnya. Dikatakan kesemua harta itu bernilai 1 trilion USD.

Walau bagaimanapun, terdapat satu bilik kebal misteri yang masih berkunci dan tidak dibuka sehingga kini, dikenali sebagai Bharatakkon Kallara. Ukiran ular besar yang ada di pintu bilik kebal tersebut menunjukkan amaran bahaya, dan para agamawan di kuil berkeras mengatakan pembukaan bilik kebal terakhir itu akan membawa malapetaka yang besar. Satu-satunya cara untuk selamat masuk ke dalam adalah dengan melalukan upacara suci yang dikenali sebagai mantera garuda, tapi tak ada seorang pun yang tahu cara melakukannya. Jadi sehingga kini tiada siapa yang berani untuk cuba buka pintu tersebut.

BILIK KEBAL VIRUS ‘SMALLPOX’

Penyakit cacar merupakan satu wabak yang mampu untuk membunuh dan telah menyebabkan berjuta kematian dalam sejarah manusia. Penyakit ini berjaya dicegah bermula tahun 1798 dengan penemuan vaksin oleh Edward Jenner. Tetapi ia memakan masa sehingga tahun 1960-an untuk manusia benar-benar dapat mengatasi penyakit cacar, dan dengan bantuan teknologi moden penyakit ini dapat dibasmi.

Tapi… tidak lah dibasmi sepenuhnya. Sejumlah kecil penyakit ini masih lagi hidup. Ia disimpan dalam keadaan beku di sebuah bilik kebal rahsia milik tentera Amerika Syarikat dan Rusia. Sekiranya salah satu sampel ini dikeluarkan, penyakit cacar ini dikatakan mampu untuk merebak dan membunuh berjuta manusia lagi. Sampel penyakit cacar ini dikatakan disimpan oleh kedua-dua pihak sebagai jaminan untuk tidak melancarkan perang biologi. Jadi memang harap-harap tak terbuka lah pintu kebal tu.

HOTEL PEMBUNUHAN

Di sebuah hotel yang terletak jauh di Kanada, terdapat satu pintu misteri yang masih belum dibuka dan dikatakan menyembunyikan rahsia yang menakutkan. Pada tahun 1906, satu kisah lagenda mengatakan bahawa terdapat satu keluarga yang dibunuh di dalam bilik 837 semasa mereka sedang tidur. Housekeeping yang mengemas bilik itu keesokkan harinya menemui mayat sekeluarga ini yang terbaring keadaan berlumuran darah. Di sekeliling dinding juga terdapat kesan tapak tangan yang berdarah, seolah-olah kesan daripada pergelutan. Sejak daripada saat itu, bilik tersebut telah ditutup sepenuhnya dan tidak akan dibuka kembali.

HARTA KARUN DI MACHU PICCHU

Kubu Machu Picchu yang berasal dari abad pertengahan ini telah dibina oleh orang Inca dan ia tidak diketahui oleh dunia sehingga lah ditemui pada tahun 1911. Raja Inca menggunakan kota rahsia yang terletak tinggi di pergunungan ini sebagai benteng sehingga lah rakyatnya menyelamatkan diri daripada penjajah Sepanyol dan penyakit cacar yang dibawa mereka. Tetapi ahli arkeologi mengatakan orang Inca banyak meninggalkan rahsia di kawasan itu. Di bawah Machu Picchu terdapat makam dan sistem gua yang masih belum ditemui. Melalui analisis radar, ia menunjukkan terdapat logam di bawah Machu Picchu yang dipercayai tersimpannya emas atau harta karun. Tetapi agak mustahil untuk masuk ke kawasan yang tersembunyi ini.

Orang Peru takut dengan pencerobohan arkeologi di situ kerana kuatir mereka akan merosakkan tempat suci Machu Picchu. Maka mereka menolak untuk memberi sebarang kebenaran untuk membuat pencarian lanjut. Jadi sampai sekarang lah tak tahu apa yang terkandung dalam ruangan atau pintu rahsia yang tersembunyi itu.

TEMPAT PEMBUANGAN SISA NUKLEAR ONKALO

Agak-agak macam mana nak simpan sisa nuklear yang sangat bahaya? Sebuah syarikat di Finland telah menemui caranya dengan membuangkan sisa nuklear ini jauh ke bawah tanah di sebalik dasar batu granit yang padat. Tempat ini akan dikunci sekurang-kurangnya selama 100,000 tahun bagi mengelakkan bahaya sisa nuklear yang boleh menyebabkan penderitaan penduduk bumi. Menurut pakar, ini lah cara paling selamat untuk membuang sisa nuklear. Tapi dengan jangka masa selama 100,000 tahun, hanya masa akan menentukan samada ianya benar-benar selamat ataupun tidak. Jadi untuk beberapa lagi keturunan manusia, pintu simpanan yang menyimpan sisa nuklear ini tidak boleh dibuka sama sekali.

Kenapa 5 Haiwan Ini Dihantar Ke Angkasa Lepas?

Asyik manusia je yang di hantar ke angkasa lepas. Kali ni jom tengok haiwan apa pula yang dihantar ke angkasa lepas untuk menjalankan kajian-kajian saintifik. Walaupun manusia lebih dominan untuk dihantar ke angkasa lepas, tapi sebenarnya haiwan lebih banyak pernah berada di atas berbanding manusia. Kalau nak tahu, haiwan pertama yang berada di angkasa lepas adalah lalat. Agak-agak gayat tak haiwan-haiwan ni terbang tinggi…

MONYET

Surprisingly, dah 32 monyet pernah di hantar ke angkasa lepas. Ingatkan beberapa je. Monyet pertama yang dihantar adalah spesies rhesus macaque yang bernama Albert II. Pada tahun 1949, Albert II berjaya mencapai ketinggian 134km, tetapi kemudian mati akibat impak kegagalan payung terjun semasa memasuki asmosfera bumi. Kesian lah pula. Setahun kemudian, seekor monyet lain pula yang bernama Albert I menggantikan tempat Albert II. Tapi sayangnya Albert I juga mati akibat lemas dalam kapsul semasa melakukan pendaratan ke bumi.

TIKUS

Sebenarnya tikus telah lama digunakan oleh saintis untuk membuat kajian tentang kesan perjalanan angkasa lepas terhadap tubuh manusia. Pihak NASA juga pernah mengeluarkan maklumat tentang kajian penempatan tikus di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Kajian tersebut mendapati tikus lebih mudah untuk menyesuaikan diri dalam keadaan mikrograviti. Tikus yang pertama dihantar ke angkasa lepas adalah pada tahun 1950, dengan mencapai ketinggian 137km. Walau bagaimanapun, tikus tersebut mati akibat kegagalan payung terjun.

ANJING

Sama juga seperti monyet, beberapa ekor anjing juga pernah dihantar ke angkasa lepas semasa pentadbiran Soviet Union. Tapi anjing yang paling terkenal adalah Laika yang dihantar pada tahun 1957. Wow tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Dikatakan Laika merupakan seekor anjing jalanan dan dilihat sebagai calon yang sesuai sebab jinak. Ahli saintis ketika itu juga percaya anjing jalanan lebih mudah sesuaikan diri pada keadaan yang tidak menentu.

Laika didakwa menjadi haiwan pertama yang berjaya mengelilingi bumi. Tapi malangnya Laika tidak pernah pulang semula ke bumi. Laika di hantar ke angkasa dengan satu bekalan makanan dan bekalan oksigen selama 7 hari. Kerajaan Soviet Union mendakwa Laika masih hidup semasa tempoh tujuh hari tersebut. Tetapi laporan lain menyatakan Laika mati akibat overheated selepas 5 jam melakukan pelepasan dari bumi. Kesian Laika.

KURA-KURA

Pada tahun 1998, perlumbaan untuk mendaratkan manusia pertama di bulan bermula antara pihak USA dan juga Soviet Union. Cubaan pertama pihak Rusia adalah menghantar sebuah kapal angkasa bernama Zond 5 yang membawa sebuah kapsul yang terkandung di dalamnya sample tanah dan benih, beberapa ekor cacing dan juga dua ekor kura-kura. Kura-kura tersebut berjaya mengelilingi bulan dan selepas enam hari pulang ke bumi. Kapsul yang membawa pulang kura-kura tersebut dikatakan telah mendarat di tempat yang tidak dirancang. Tapi selepas kapsul itu ditemui semula, nasib baik kura-kura tu masih hidup. Dikatakan kura-kura itu hilang berat badan sebanyak 10 peratus. Ni mungkin kita boleh panggil sebagai ‘diet mengelilingi bulan.’

IKAN

Ikan merupakan hidupan laut pertama yang dihantar ke angkasa lepas. Pada tahun 1973 pihak NASA dikatakan berminat untuk melihat kesan mikrograviti terhadap haiwan yang bergerak secara tiga dimensi di bumi. Bila ikan ni berada di angkasa, didapati mereka berenang secara bulatan dan bukannya secara lurus. Kajian paling terbaru iaitu pada tahun 2012, Agensi Angkasa Jepun memutuskan untuk menghantar ikan ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Menurut laporan, mereka mahu melihat bagaimana tindak balas ikan terhadap kesan radiasi.

Resepi Nasi Ayam: Tips Memasak Nasi Ayam Terbaik

Walaupun banyak kedai-kedai di luar sana menjual nasi ayam, malahan ada francais Chicken Rice Shop yang menu utamanya adalah nasi ayam (sudah terang lagikan bersuluh, lihat sajalah namanya), sememangnya nasi ayam yang dimasak sendiri adalah lebih sedap. Bak kata orang, makanan yang dibuat sendiri itu kita boleh rasa “kasih sayang”nya, tak gitu?

Terdapat pelbagai jenis nasi ayam yang ada, seperti nasi ayam hainan dan lain-lain. Untuk entri kali ini, saya akan berkongsi resepi nasi ayam biasa dengan anda- stail masakan yang biasanya dihidang di rumah, ketika jamuan di luar mahupun dijual di restoran.

Nasi ayam biasanya datang di dalam satu set yang terdiri daripada:

  • Nasi
  • Ayam
  • Sup
  • Kicap
  • Sos

Marilah belajar cara menyediakan bahan-bahan untuk 5 komponen utama nasi ayam!


Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang perlu ada untuk memasak nasi ayam yang lazat.

Bahan Penyediaan Nasi

  • Air rebusan ayam (4 cawan)
  • Bawang putih (3 ulas, ditumbuk halus)
  • Bawang goreng
  • Beras (3 cawan)
  • Buah pelaga (2 biji)
  • Bunga lawang (2)
  • Daun pandan (2 helai)
  • Daun salam (1 helai)
  • Garam
  • Gula
  • Halia (2cm, ditumbuk halus)
  • Kayu manis (1)
  • Mentega (2 sudu besar)
  • Serbuk ayam
  • Susu full cream

Bahan Penyediaan Ayam

  • Ayam (1 ekor, dipotong 8 kerat)
  • Bawang putih (2 ulas, ditumbuk halus)
  • Halia (2cm, ditumbuk halus)
  • Kicap cair
  • Kicap manis
  • Madu
  • Minyak bijan
  • Sos tiram

Bahan Penyediaan Sup

  • Air rebusan ayam
  • Bawang goreng
  • Daun sup (dihiris)
  • Garam
  • Jeruk kubis
  • Serbuk ayam

Bahan Penyediaan Sos

  • Air rebusan ayam
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Cili merah (5 biji)
  • Cuka (1 sudu teh)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Gula (1 sudu teh)
  • Halia (2cm)

Bahan Penyediaan Kicap

  • Air rebusan ayam
  • Bahan perapan (sisa menyediakan ayam)
  • Garam
  • Kicap manis

Sudah ada semua bahan yang diperlukan? Baik, mari kita mula memasak nasi ayam!


Cara Penyediaan Resepi Nasi Ayam

Penyediaan Nasi

  1. Masukkan beras di dalam bekas untuk dicuci. Kemudian, buang airnya dan masukkan beras ke dalam rice cooker.
  2. Ambil periuk, letakkan di atas dapur dan isikan halia yang sudah dikisar halus, bawang putih yang telah ditumis, dan mentega. Seterusnya, masukan pula buah pelaga, daun pandan, daun salam, kayu manis, dan juga bunga lawang.
  3. Tunggu sehingga bau naik. Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, gula, garam, dan serbuk ayam ke dalam periuk.
  4. Matikan api dapur sambil tunggu nasi mendidih. Jika sudah mula mendidih, tuang bahan-bahan campuran tadi ke dalam rice rooker dan tunggu sehingga nasi masak.
  5. Lepas nasi masak, pindahkan ke dalam dulang hidangan.
  6. Hiaskan nasi dengan bawang goreng.

Penyediaan Ayam

  1. Kisar halia bersama-sama bawang putih.
  2. Kemudian, perapkan ayam dengan bahan tadi selama setengah jam.
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan hidupkan api. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Setelah air mendidih, masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam periuk. Jangan lupa untuk memperlahankan api sedikit. Selepas itu, tunggu sehingga ayam menjadi separuh masak.
  5. Sambil menantikan ayam tersebut manjadi separuh masak, siapkan bahan perapan kedua, iaitu daripada campuran kicap cair, kicap manis, sos tiram, minyak bijan dan juga madu di dalam satu bekas.
  6. Sebaik sahaja ayam kelihatan separuh masak, alihkan pula ke dalam bahan perapan tadi dan biarkan selama satu jam.
  7. Selepas itu, anda perlu menggoreng ayam yang diperap tadi sehingga ayam tenggelam di dalam minyak. Pastikan tahap api adalah sederhana.
  8. Sebaik sahaja ia masak, angkat dan buangkan minyak dengan cara menggantung dan tos.
  9. Sesudah minyak dibuang, anda bolehlah memotong dan menghidangkannya.

Penyediaan Sup

  1. Ambil air rebusan ayam dan masakkan semula.
  2. Masukkan garam, serbuk ayam dan jeruk kubis.
  3. Kemudian, hiriskan bawang goreng dan daun sup. Taburkan ke dalam sup sewaktu menghidang.

Penyediaan Sos

  1. Sediakan kuali. Kemudian, masukkan halia, bawang putih & cili merah.
  2. Masukkan air rebusan ayam. Selepas itu, masukkan garam, cuka & gula secukup rasa. Pastikan api dapur dikecilkan.
  3. Gaulkan campuran tadi sehingga menjadi likat.
    Memasak Kuah Kicap
  4. Sediakan kuali. Selepas itu, ambil campuran perapan kedua tadi (semasa memasak ayam) dan dimasak hingga mendidih.
  5. Selepas mendidih, kicap bolehlah diangkat dan disediakan di dalam mangkuk atau bekas hidangan.

Nampak rumit? Masaklah dahulu baru tahu. Cubalah resepi nasi ayam ini dan rasakan sendiri hasilnya! Kepada yang pertama kali ingin belajar memasak, resepi ini sangat sesuai untuk anda kerana ia tidak terlalu susah dan tidak juga terlalu ringkas. Jadi, kalau nak show-off anda pandai memasak tu, orang percaya la. hehehe.

Resdung: Kenali Penyakit ini dan Rawatannya

Resdung | Penawar Resdung Paling Berkesan

Artikel ini membincangkan sedikit sebanyak tentang penyakit resdung (“sinusitis“) dan kaedah-kaedah rawatan resdung berdasarkan pengalaman peribadi penulis sebagai penghidap penyakit ini, saranan pihak-pihak ketiga (doktor, pakar perubatan tradisional, rakan-rakan yang menghidap penyakit yang sama), dan hasil himpunan artikel-artikel daripada laman web di luar sana. Penulis telah berusaha sedaya upaya untuk menghimpunkan maklumat sebaik mungkin dengan mengambil kira keselarian maklumat di antara sumber-sumber berbeza. Namun begitu harus diingatkan kepada pembaca bahawa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini hanya sekadar untuk tujuan perkongsian maklumat dan bukannya sebagai nasihat perubatan. Pembaca haruslah merujuk kepada pakar perubatan bertauliah untuk mengesahkan sama ada pembaca benar-benar menghidap penyakit resdung dan mendapatkan nasihat rawatan dengan betul.

Apa itu resdung?

Di bahagian muka kita, terdapat satu rongga yang dikenali sebagai sinus yang terletak pada bahagian di antara tulang muka mengelilingi hidung. Ianya terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:

Resdung | Penawar Resdung Paling Berkesan
  • Frontal sinus;
  • Sphenoidal sinus;
  • Ethmoid sinus; dan
  • Maxillary sinus.

Resdung pula adalah sejenis penyakit yang wujud apabila berlaku keradangan pada mana-mana bahagian yang disebutkan ini.

Punca Resdung

Penyakit resdung biasanya berpunca daripada jangkitan kuman, bakteria ataupun kulat yang akan menyebabkan bahagian sinus tersebut menjadi bengkak. Bengkak ini pula akan menyebabkan aliran mukus daripada sinus ke dalam hidung dan kerongkong terhalang. Akhirnya, aliran yang terhalang inilah yang akan menyebabkan tekanan dan keradangan di dalam rongga sinus yang terjejas.

Rongga sinus yang tersumbat dan menghadapi keradangan mempunyai potensi tinggi untuk dijangkiti kuman. Di dalam sesetengah kes resdung kronik, ia juga boleh menyebabkan nanah. Sekiranya persakit tidak mendapatkan rawatan resdung dengan segera, nanah di dalam sinus boleh merebak ke bahagian lain seperti mata, yang boleh menyebabkan kebutaan malahan ia juga boleh merebak ke bahagian otak.

Tanda Tanda Resdung

Resdung boleh dikenalpasti dengan pelbagai tanda. Di antara simptom resdung yang lazim dialami seseorang yang menghidap penyakit ini adalah:

  • Demam;
  • Sakit tekak;
  • Pening kepala;
  • Saluran hidung sering tersumbat;
  • Sentiasa berasa penat dan lesu;
  • Deria rasa dan bau tidak berfungsi dengan baik;
  • Berlaku alahan;
  • Kerap bersin, terutamanya di waktu pagi dan ketika cuaca sejuk;
  • Hidung sering terasa gatal; dan
  • Terdapat lendir di dalam hidung dan tekak yang biasanya berwarna kuning pekat atau kehijau-hijauan untuk tempoh masa yang panjang.

Selain itu, jangkitan kuman pada kawasan sinus yang berlainan pula akan menyebabkan kesakitan di kawasan tertentu, iaitu:

  • Jangkitan pada maxillary sinus – Kesakitan di bahagian pipi dan bahagian atas gigi;
  • Jangkitan pada frontal sinus – Kesakitan di bahagian dahi dan atas kening mata;
  • Jangkitan pada sphenoid sinus – Kesakitan di bahagian belakang mata dan atas kepala;
  • jangkitan pada ethmoid sinus – Kesakitan di sekitar dan belakang mata.

Jadi, sekiranya anda mempunyai tanda tanda resdung seperti yang tersenarai, ada kemungkinan besar anda adalah seorang yang menghidap penyakit ini. Oleh yang demikian, anda amatlah disarankan untuk berjumpa dengan doktor ataupun pakar perbuatan tradisional untuk mengesahkannya.

Eh kejap, bagaimana pula dengan “ulat resdung”?

Biasanya apabila anda bercerita tentang penyakit resdung dengan orang lain ataupun mereka-mereka yang kononnya mengetahui sedikit sebanyak tentang resdung, pasti anda pernah diberitahu tentang adanya “ulat resdung” yang tinggal di dalam muka dan perlu dibuang.

Jangan tertipu, kerana ulat resdung bukanlah sesuatu yang benar, dan ianya cuma sebuah mitos.

Di dalam video ini contohnya, pasti akan kelihatan seperti ulat resdung keluar daripada muka ketika membuat rawatan. Namun begitu, sebenarnya kajian telahpun dibuat dan didapati bahawa ada segelintir pengamal perubatan yang tidak bertauliah dan tidak bertanggungjawab menggunakan parasit daripada lipas tanah dan banyak lagi kaedah-kaedah licik yang dipraktikkan.

Untuk menyokong perkara ini, Kementerian Penerangan Malaysia juga melalui portal PMR (Pusat Maklumat Rakyat di dalam artikel ini (sila klik link) telah mengesahkan bahawa resdung sememangnya tiada kaitan dengan ulat.

Menurut pengalaman saya bersama seorang rakan penghidap resdung pula, kami pernah pergi membuat rawatan tradisional dengan “melilin” muka dengan seorang ahli perubatan tradisional (ataupun juga dikenali sebagai “mengasap muka”). Apabila membuat rawatan tersebut, akan terlihat “ulat-ulat” kecil berwarna kekuningan yang keluar daripada muka. Walhal setelah dikaji, ianya tidak lain tidak bukan hanyalah habuk lilin yang terlekat pada muka sewaktu melilin. Tertipulah kami pada masa tersebut, siap beli selonggok lilin untuk diguna sendiri di rumah.

Panduan & Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Panduan Solat Sunat Taubat Nasuha daripada aliff.co | Blogger Malaysia

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha: Niat & Istighfar Dalam Bacaan Jawi & Rumi

Solat taubat adalah sejenis solat sunat yang boleh dipraktikkan oleh seseorang yang beragama Islam. Oleh kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk melakukan kesilapan dan berbuat dosa, maka Allah S.W.T. yang maha pemurah telah memberikan kita satu hadiah ataupun anugerah yang tidak ternilai untuk menyucikan diri kita daripada dosa-dosa. Hadiah ini adalah taubat dan pengampunan. Bagaimanakah cara untuk mendapatkannya? Mudah sahaja. Anda boleh mempelajari cara untuk mengerjakan solat sunat taubat sepertimana cara yang diterangkan di bawah.

Cara Solat Taubat Nasuha Yang Betul

Waktu Solat Sunat Taubat

Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu merasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah S.W.T. Tetapi, adalah lebih afdhal ianya dikerjakan pada waktu tengah malam kerana ia lebih sunyi dan anda lebih tenang. Anda juga disarankan untuk melakukannya sewaktu bersendirian supaya tiada gangguan dan anda akan menjadi lebih khusyuk ketika melakukan solat.

Solat sunat taubat juga digalakkan untuk dilakukan di dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan.

Kaedah Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat boleh dilakukan dalam 2, 4, ataupun 6 rakaat. Ia sama seperti solat sunat lain. (Jika solat 4 atau 6 rakaat, buatlah 2 rakaat dan salam, diikuti lagi 2 rakaat dan salam, dan begitulah seterusnya).

Niat

Niat anda juga adalah sangat penting. Adalah baik untuk anda bersungguh-sungguh dan mempunyai keinginan tinggi untuk bertaubat dan meninggalkan daripada berbuat perkara mungkar- perbuatan ini dipanggil taubat nasuha. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, mudah-mudahan solat anda akan diterima.

Panduan Solat Sunat Taubat Menggunakan Carta Aliran

Anda boleh merujuk carta aliran ini sebagai panduan solat sunat taubat yang komprehensif, bermula daripada solat sunat sehinggalah ke istighfar, istighfar tauhid & penghulu istighfar. Untuk kemudahan anda, di sini saya sertakan juga cara bacaan niat & istighfar solat taubat dalam bahasa rumi.

Panduan Solat Sunat Taubat Terbaik Menggunakan Carta Aliran

Nota: Pada rakaat kedua, anda juga boleh membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Silalah bookmark halaman ini untuk rujukan pada masa hadapan atau anda boleh menyimpan terus gambar carta aliran ini di dalam peranti anda. Saya mengharapkan supaya ilmu yang dikongsikan ini sedikit-sebanyak dapat memberikan manfaat.

Doa Solat Taubat Nasuha

Lazimnya, memang akan ada “template” untuk berdoa. Namun begitu, Admin sengaja memilih untuk tidak menyertakan “template” doa tersebut di sini. Hal ini kerana adalah lebih afdhal untuk kita berdoa dengan setulus hati di dalam bahasa yang kita sendiri fahami. Sekiranya kita berniat solat sunat taubat dengan sebenar-benar taubat tetapi doanya adalah sekadar doa mengikut “skrip” yang bukan datang daripada hati yang tulus ikhlas; lebih-lebih lagi jika ia di dalam bahasa Arab tetapi kita tidak arif dalam berbahasa Arab, wallahu a’lam tetapi berkemungkinan besar kita sendiri pun tidak yakin dan tidak dapat merasakan kesungguhan di dalam berdoa.

Oleh yang demikian, berdoalah dengan penuh keikhlasan dari hati, pohonlah keampunan, mudah-mudahan taubat kita diterima dan dosa-dosa kita dapat dihapuskan. Allah S.W.T. menyukai hamba-Nya yang suka bertaubat. Sesungguhnya perjalanan yang manis adalah perjalanan ahli taubat.

Hadiah Untuk Lelaki: Idea Universal & Spesifik Mengikut Penerima

Jangan pening! Dalam artikel ini, saya kongsikan beberapa idea hadiah untuk lelaki yang disertakan cadangan peribadi saya mengikut bajet yang ada, kesesuaian hadiah dengan si penerima, dan kebergunaan hadiah yang akan dibeli. Anda mungkin biasa cari di blog lain, ada yang cadangkan anda beri macam-macam, kan? Dron ada, beer holder pun ada, tapi kebanyakannya mungkin tidak masuk akal. Jadi untuk mudahkan hidup anda, admin kategorikan idea hadiah untuk lelaki ini mengikut:

  1. idea hadiah universal yang “evergreen” (jenis tak lapuk dek zaman);
  2. idea hadiah universal yang inovatif dan canggih;
  3. idea hadiah yang spesifik mengikut jenis penerima; dan
  4. Bonus: idea hadiah mengikut hobi atau minat penerima.

20 Idea Hadiah untuk Lelaki Jenis Universal

A. Hadiah “Evergreen”

1. Dompet

Dompet adalah salah satu daripada hadiah yang sangat berguna kerana hampir setiap lelaki menggunakannya. Bukan itu saja, lelaki biasanya malas membeli dompet baru dan hanya akan beli apabila dompet mereka betul-betul sudah lusuh atau koyak. Jadi, perhatikan dompet diorang, kalau dah nampak macam lepat pisang tu, maka dompet sememangnya idea hadiah yang bagus! Pilihan alternatif kalau anda nak beri sesuatu yang lebih ranggi, boleh juga belikan man clutch.

Hadiah untuk Lelaki | Men's Clutch

2. Minyak Wangi

Lelaki biasanya tak kisah sangat tentang bau sendiri, kebanyakan daripada mereka hanya pentingkan yang basic iaitu asalkan badan tak berbau. Jadi, minyak wangi memang salah satu daripada idea yang baik dan tidak akan terbazir, terutamanya sebab diorang masih boleh simpan dan memakai minyak wangi tu kemudian kalau diorang dah ada minyak wangi pada masa tersebut.

3. Tali Pinggang

Tali pinggang juga adalah salah satu idea yang bagus, kerana biasanya lelaku bersifat cincai dan pakai 1 tali pinggang untuk semua occasion. Jadi kalau si penerima anda adalah jenis yang macam ni, apa kata anda belikan jenis tali pinggang yang diorang belum pernah ada. Contohnya, kalau si penerima selalu dilihat memakai tali pinggang hitam sahaja, belikan tali pinggang warna coklat untuk dipadankan dengan kasut coklat.

4. Tali Leher

Tali leher adalah salah satu daripada hadiah untuk lelaki yang sangat universal, kerana biasanya seseorang lelaki akan menyimpan tali leher pelbagai corak untuk kegunaan masa hadapan. Selain itu, tali leher juga sangat tahan lama. Tetapi, anda mungkin nak mengambil kira sama ada ianya sesuatu yang akan dipakai oleh si penerima, sebab takut rugi dibeli tapi 10 tahun sekali saja dipakainya nanti.

Hadiah untuk Lelaki | Tali Leher

Tapi, kalau si penerima tu jenis yang bekerja di environment yang tidak akan memerlukan si dia memakai tali leher (contohnya, bahagian manufacturingoil and gas dan lain-lain badan beruniform), mungkin idea ini kurang sesuai. Sebaliknya, kalau si penerima bekerja di pejabat atau selalu menghadiri majlis formal, tali leher memang sangat sesuai.

5. Baju Kemeja

Baju kemeja juga sangat sesuai untuk diberikan buat sesiapa sahaja. Bukan itu saja, ia adalah sesuatu yang akan sentiasa dipakai kerana terdapat pelbagai occasion untuknya. Tetapi, anda perlu berhati-hati dalam memilih saiz, corak yang disukai, dan juga sama ada si pemakai sudah mempunyai jenis kemeja yang ingin diberikan.

6. Set Pencukur

Lelaki dengan misai dan jambang memang tak dapat dipisahkan. Biasanya, lelaki ini suka guna pisau cukur Gillette hanya RM2 untuk bercukur sebab murah. Tapi, apa kata anda belikan jenis pencukur yang lebih berkualiti dan baik untuk digunakan? Terdapat pelbagai jenis pencukur, sama ada mesin pencukur ataupun yang manual.

Hadiah untuk Lelaki | Set Pencukur "Awesome Shave Kit" daripada Shaves2U
“Awesome Shave Kit” daripada Shaves2U.

Kalau nak lagi best, anda juga boleh berikan set pencukur full-set seperti yang dijual oleh Shaves2U ni, yang datang bersama bilah pencukur, krim pencukur, dan juga aftershave cream. Sila klik pada link untuk ke laman web Shaves2U dan tengok harga set pencukur “Awesome Shave Kit” Shaves2U kalau berkenan (harga bermula RM70). Diorang jual benda ni online je, kat kedai confirm takde tapi penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia.

7. Beg

Beg ni ada macam-macam jenis, jadi terpulang kepada bajet anda, anda bolehlah memilih sama ada nak bagi briefcase (lebih sesuai untuk penerima kerja pejabat), beg galas, beg laptop, beg sandang, travel bagpouch bag dan lain-lain.

8. Kasut

Kasut adalah di antara hadiah untuk lelaki yang paling versatile untuk diberikan kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi kasut biasanya adalah sesuatu yang akan selalu digunakan si penerima. Tetapi, biasanya si penerima perlulah menjadi seseorang yang anda kenal buat sesuatu tempoh yang sesuai. Bukan apa, kalau anda kenal cukup lama dan selalu jumpa (mungkin ahli keluarga, rakan kerja, atau rakan lepak) , kemungkinan besar anda akan melihat semua koleksi kasut yang si penerima ada. Lelaki tak macam perempuan kan, biasanya ada 1 kasut kulit, 1 kasut kasual, 1 kasut sukan, dan mungkin 1 kasut spesifik untuk jenis sukan yang mereka selalu main).

Cuma bab kasut ni, ada satu hal yang kena hati-hati, iaitu untuk pastikan saiz yang betul. Kalau nak selamat, masa beli di kedai tu tanyakan dulu tentang polisi menukar saiz (berapa lama tempoh dibenarkan).

9. Topi

Topi juga adalah salah satu hadiah untuk lelaki yang mungkin anda nak consider. Tapi, anda perlu tengok dulu sama ada si penerima ni jenis yang suka memakai topi ataupun tidak. Ada sesetengah lelaki tu tak suka letak apa-apa atas kepala (tak nak rosak fesyen rambut la kot). Jadi kalau nak tahu, cuba fikirkan selama anda kenal si penerima, pernah tak nampak dia pakai topi, atau kopiah, atau beanie. Kalau pernah, topi boleh jadi pilihan yang baik.

Selain tu, topi ni ada banyak jenis. Jadi, anda bebas untuk pilih sama ada nak bagi topi suka-suka (macam fedora), tapi kalau saya, lebih baik bagi topi kasual gaya Joe Flizzow untuk “nak ke tanak, lepak mamak”.

10. Drill & Set Bertukang

Drill daripada Black & Decker.

Biasanya, golongan lelaki ni minat bertukang (geng-geng aww tu jangan dikira. Yang tu idea hadiah untuk lelaki saya tulis ni tak boleh pakai, nak kena buat artikel “hadiah untuk lelaki lembut” baru kena haha. OK baik, lupakan tentang geng-geng Sajat ni kejap dan kita doakan mereka kembali ke jalan benar). Kat rumah tu, selalunya akan ada saja perkara yang disuruh lelaki buat, seperti repair pintu kabinet, pasang perabot IKEA, dan macam-macam lagi. Jadi, memang sangat sesuai kalau nak diberi. Tapi, memandangkan drill ni biasanya orang simpan satu je, jadi mungkin anda boleh buat-buat tanya dulu untuk survey sebelum dibeli.

Lagi satu, saya ni jenis yang berprinsip hidup setiap lelaki mesti kena ada tollbox sendiri. Jadi, anda mungkin juga boleh bagi toolbox. Kalau mereka dah ada satu di rumah pun, lagi satu yang anda beri mungkin boleh disimpan di dalam bonet kereta untuk waktu kecemasan.