Archives for December 17, 2021

Ratusan Serbu Taman Negara Gunung Gading Lihat Rafflesia Kembang

LUNDU: Sejak Jumaat lalu, Taman Negara Gunung Gading, di sini ‘diserbu’ hampir 200 pelawat untuk melihat sendiri bunga Rafflesia atau bunga pakma spesies ‘tuan mudae’ kembang.

Nama spesis bunga pakma itu adalah sempena nama Rajah Charles Brooke kedua dalam bahasa Melayu yang disebut ‘Tuan Mudae’.

Bunga terbesar di dunia itu mula kembang sejak Khamis dan dijangka berterusan hingga Selasa depan.

Pelawat perlu berjalan kira-kira 300 meter atau 20 minit dari pejabat taman negara tersebut sebelum sampai ke lokasi bunga pakma itu.

Pegawai bertugas di taman negara tersebut, Edmund Gering, 27, berkata bunga Rafflesia memerlukan masa hampir sembilan bulan untuk kembang.

“Bunga yang kembang kali ini berdiameter 70sm dan mempunyai enam kelopak.

Kebiasaannya Rafflesia hanya mempunyai lima kelopak. Setiap tahun ada kira-kira 20 bunga Rafflesia akan kembang di taman negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Pelawat yang ingin melihat Rafflesia perlu berdaftar dengan pihak pengurusan taman negara dan memerlukan jurupandu yang ditetapkan sebelum dibenarkan mengunjungi mana-mana lokasi bunga Rafflesia kembang.

Edmund berkata terdapat kira-kira 23 lokasi bunga Rafflesia dibuka untuk pelawat telah ditanda oleh pihak taman negara bagi memudahkan mereka mengunjunginya.

“Lokasi kali ini agak tersorok kerana bunga Rafflesia ini berada di celah  batu besar, namun pembantu konservasi sudah menandakan lokasi ini terlebih dahulu untuk rekod,” katanya.

Taman Negara Gunung Gading meliputi kawasan seluas 4,196 hektar dan diwartakan pada 1983 bagi mewujudkan zon pemuliharaan bagi tumbuhan itu yang hampir pupus.

Selain bunga Rafflesia, Gunung Gading mempunyai tarikan lain seperti kawasan bukit-bukau, air terjun dan periuk kera.

Pelawat boleh sampai ke taman yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuching dengan mengambil masa hampir dua jam perjalanan melalui jalan raya.

Menu Yang Sesuai Untuk Masak Daging Hari Raya Qurban

 8:00 PG  Mahamahu  0 Comments

Menu Yang Sesuai Untuk Masak Daging Hari Raya Qurban – Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kita yang berkemampuan adalah di haruskan untuk membuat korban tak kisah daging Lembu atau Kambing. Tapi kat sini Maha nak cadangkan kepada semua orang kat luar sana yang nak masak daging Hari Raya Qurban ini. Jadi ada beberapa menu sesuai untuk masak daging yang anda dapat sebagai mempelbagaikan rasa sahaja.

Gulai Kawah Daging


Menu ini adalah sangat sinonim yang di lakukan oleh banyak pihak apabila dapat daging korban. Bila nak bagi makan pada fakir miskin, gelandangan dan juga anak yatim. Cara paling mudah dan juga sedap kalau dapat makan dengan nasi putih yang panas mesti best. Selalu hidangan ini orang masak untuk kenduri kahwin dah lama tak makan Gulai Kawah ni kan.

Daging Goreng 

Menu paling simple dan juga paling cepat untuk di sediakan. Tak perlu masak lama2 dan hanya menggunakan bahan yang tidak banyak. Daging ni boleh goreng dengan kunyit atau goreng pedas dengan cili juga sangat sedap. Boleh lah cuba untuk masak daging ok.

Sup Daging atau Sup Tulang

Ni juga masakan yang sangat sedap dan paling ramai orang suka untuk makan bila di masak dengan menggunakan rempah ratus. Sup Daging atau Sup Tulang pun hari biasa kita akan order untuk makan malam dalam panas dan juga di sediakan sambal kicap yang pedas memang terangkat.

Daging Masak Merah

Menu ni kadang2 kita kalau makan kat kedai mesti order. Tak susah nak buat cuma nak pastikan daging tidak liat kena rebus dulu baru masak tu sedap. Tapi Daging Masak Merah tak semua orang pandai buat ada yang rasa sos jer dan ada yang warna merah tapi tak sedap. 

Daging Masak Kicap

Menu orang bujang ni memang sesuai untuk makan malam dan cepat serta mudah. Daging Masak Kicap paling cepat nak di sediakan kadang orang letak black paper untuk rasa lebih pedas. Ikut selera lah nak masak macam mana tapi ia sesuai untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak terutama kalau daging korban nak bagi pada gelandangan atau fakir miskin.

Daging Masak Rendang

Ni paling popular lah setiap hari raya mesti ada masak rendang ni. Raya Korban pun ramai orang masak rendang juga nak hidanga pada tetamu. Daging Rendang ni ada banyak jenis dan banyak cara memasak. Tapi ia memakan masa yang agak lama untuk menyediakan hidangan ini yang penting ia paling sedap hehehe…

CINTA AGUNG DI ARAFAH

CINTA AGUNG DI ARAFAH

Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Bahasa Arab: جبل عرفات‎; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu yang terletak di sebelah timur Makkah al-Mukarramah. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Jemaah haji wajib berhenti seketika di sini pada 9 Zulhijjah sebelum masuk waktu maghrib, jika tidak batal hajinya.

Di Arafah merupakan tempat simbolik yang sesuai bagi mengenang semula kisah percintaan Adam dan Hawa setelah diturunkan dari syurga. Dikatakan mereka terpisah, Hawa di tempatkan di Jeddah, manakala Nabi Adam pula terdampar di India. Mereka hidup berjauhan selama 40 tahun dan akhirnya di pertemukan semula di Arafah. Disebabkan itu maka ramailah bagi jemaah yang bujang berdoa untuk dipertemukan jodoh atau bagi yang sudah berkahwin pula mendoakan agar jodoh mereka diperteguhkan sebagaimana seteguhnya cinta Adam dan Hawa. Namun begitu kisah ini tidak dapat disahihkan sepenuhnya oleh para ulama disebabkan tiada riwayat yang muktabar sepenuhnya. Di sisi lain pula Ibnu Kathir menyebutkan Nabi Adam diturunkan di Safa manakala Hawa diturunkan di Marwah. (Rujuk buku Kisah 12 Isteri Para Rasul).

Selain itu yang nyata lagi sahih ialah khutbah terakhir baginda Nabi Muhammad SAW yang juga berlaku di lembah Uranah di Arafah. Setelah 10 tahun berhijrah ke Madinah, menurut riwayat Rasullullah SAW tidak pernah mengerjakan haji kecuali dalam di waktu terakhirnya iaitu dalam peristiwa Haji Wida’ sebelum baginda wafat. Antara kandungan khutbah baginda.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Pada hari ini juga umat islam yang tidak berpeluang mengerjakan haji disarankan berpuasa sunat dan memperbanyakkan doa. Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda: “Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).

Ritual di Arafah berakhir saat masuknya waktu maghrib, menandakan masuknya 10 Zulhijjah dan para jemaah haji bolehlah berangkat ke tempat seterusnya iaitu di Mudzalifah.

Cara Mudah Potong Daging Agar Tidak Liat Dan Empuk

Menu berasaskan daging memang sedap. Tapi jika salah potong, boleh sakit gigi. Liat dan lambat empuk.

Ini cara mudah untuk memotong daging. Setiap step ada di bahagian gambar.

Selamat mencuba.

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

1 buku setengah daging yang sudah dibuang lemak (saiz sebesar penumbuk tangan)

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

Cantikkan? Ini hasil yang kita nak.

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

Urat daging.. Jalur menegak. 

Untuk memotong daging, haruslah bertentangan dengan jalur urat td. 

Ia bertujuan untuk memutuskan otot pada daging tersebut.
1) daging menjadi lembut(tidak liat)
2) daging cepat empuk ketika memasak

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

Tadaaa! Selesai potong daging tadi. Tak sampai 5 minit.

Kredit: Cik Puan Mia Sowi

Beza Expiry Date, Best Before Dan Use By Pada Label Makanan. Harus Tahu Ini Sebelum Makan

Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Kami kongsikan 3 label yang biasa digunakan :

1. Best Before

Kebiasaannya label best before ada pada makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan best before sekiranya makanan atau item tersebut di pek di tempat lain dan bukannya di jual terus di kedai tempat produk tersebut di beli.

Kesegaran makanan selepas tarikh best before akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.

Kiranya, best before memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah.

Gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu, buang sahaja.

2.Use Before/ Use By

Label ini digunakan untuk produk makanan yang perlu dimakan sebelum tarikh yang dicetak. Ianya bertujuan menjaga kesihatan serta keselamatan pengguna. Makanan yang rosak akan mengundang bahaya.

Beza Use Before dan Best Before ???

Use Before – Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh use before.

Best Before – masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan.

3. Tarikh Luput (Expiry Date)

Expiry Date selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi.  Selepas tarikh luput,  produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang.

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari

7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

•   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.

Kredit: Blog Cahay Purnama

TIPS MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN SUPAYA SENTIASA BARU

Penampilan adalah penting terutamanya ia melambangkan keperibadikan seseorang.

Oleh itu, warna pakaian haruslah dijaga dengan baik supaya tidak mudah kusam dan luntur. 

Terutama sekali baju kegemaran anda yang anda beli dengan menggunakan duit gaji anda. Tentu sayang pika dibiarkan luntur dan rosak kan?

Oleh itu, BP ingin kongsikan beberapa tips menarik yang boleh anda amalkan bagi mengekalkan warna pakaian anda dan sentiasa kelihatan baru!

1.Suhu Air

Basuh pakaian anda dengan air sejuk kerana ia dapat menghalang daripada merosakkan material kain. Air panas lazimnya digunakan untuk pakaian yang sangat kotor dan jika terdapat kesan degil. Jika baju anda hanya berbau, gunakan sahaja sabun dan air bersuhu sejuk untuk membersihkannya.                         

2.Asingkan Pakaian Mengikut Warna

Asingkan pakaian sewaktu mencuci kerana mungkin ada pakaian cepat luntur warnanya. Cara terbaik untuk mencuci pakaian adalah mencuci terlebih dahulu pakaian yang berwarna putih atau terang dan kemudian cucilah pakaian yang berwarna gelap pula secara berperingkat. Jangan campurkan pakaian yang berwarna putih dengan pakaian berwarna supaya pakaian berwarna putih tidak mudah kusam.

3.Elak Guna Mesin Pengering

Elakkan mengeringkan pakaian yang berwarna gelap atau hitam di dalam mesin pengering kerana ini akan mempercepatkan warna pakaian luntur. Sebaik-baiknya, sidailah pakaian tersebut di bawah tempat teduh di kawasan berangin.

4.Garam Bantu Mengekalkan Warna Pakaian

Garam merupakan bahan pengawet yang baik di dalam makanan. Jadi, jika digunakan dengan betul, garam juga dapat membantu mengekalkan warna pakaian kita. Caranya mudah iaitu tambahkan suku cawan garam beraiodin ke dalam mesin basuh.

5.Cuci Tangan 

Pakaian yang diperbuat daripada bahan sutera atau kapas atau bahan lembut digalakkan dicuci dengan menggunakan tangan untuk mengelakkan pakaian cepat rosak dan warnanya luntur. Anda juga boleh tambahkan cecair pencuci Dynamo yang boleh membantu mengekalkan warna pakaian supaya tidak mudah luntur dan juga berbau harum sentiasa.                           

6.Simpan Pakaian Dengan Betul

Pastikan pakaian yang dijemur betul-betul kering sebelum diangkat dan dilipat. Simpan pakaian di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan pakaian mudah berbau dan juga berkulat terutamanya apabila pakaian tersebut disimpan dalam almari yang gelap. 

Selamat Mencuba!

Kredit artkel: Blog Bawang Putih

UNESCO MENGISYTIHARKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PALING AMAN DI DUNIA

PARIS: UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia, menyebabkan para pengkritik Islam yang sering menyalahkan agama Islam sebagai agama keganasan terdiam.

Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan kenyataan awal hari ini yang mendedahkan bahawa UNESCO telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Antarabangsa enam bulan kembali untuk mempelajari semua agama di dunia dan mengetahui yang paling damai di kalangan semua.

“Selepas enam bulan kajian dan analisis yang ketat, kita telah membuat kesimpulan bahawa Islam adalah agama yang paling aman,” kata Robert McGee, ketua saintis kajian komparatif Yayasan Keamanan Antarabangsa yang diumumkan dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh pegawai UNESCO.

Apabila ditanya mengenai serangan keganasan yang dilakukan atas nama Islam, termasuk yang baru-baru ini di Dhaka dan Baghdad, pegawai UNESCO menafikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan Islam.

“Keganasan tidak mempunyai agama,” katanya, “Islam bermaksud keamanan.”

Untuk mendokumenkan pengiktirafan rasmi ini, UNESCO akan mengeluarkan sijil kepada badan-badan Islam yang berminat, yang boleh memilih untuk memaparkannya di pelbagai tempat seperti madrasah, pusat pengajian Islam, masjid, kedai halal, rumah penyembelihan, dan sebagainya.

Junta Ka Reporter juga diberikan satu salinan sijil supaya kami boleh memaparkannya dengan sama kepada pembaca kami. Satu salinan juga telah diletakkan di pejabat pengasas kami Encik Mofat Javed.

“Pertubuhan hak sayap kanan harus berhenti menganiaya Islam dan Muslim sekurang-kurangnya selepas sijil ini dari UNESCO,” editor pengasas kami, Mofat Javed berharap.

Sijil dan pengumuman dari UNESCO telah dialu-alukan oleh pemimpin dunia dan pemimpin agama di seluruh dunia. Dalai Lama dilaporkan telah meminta agama lain untuk belajar dari Islam dan cuba menjadi seperti Islam, tanpa kekerasan dan belas kasihan sebagai agama damai.

Bagaimanapun, beberapa cendekiawan Islam mengatakan bahawa perbuatan UNESCO tidak diperlukan kerana Islam sudah menjadi agama yang terbaik dan terakhir.

Sumber: http://www.islamituindah.my

4 Cara Untuk Ketahui Minat Dan Bakat Sebenar Anda

Ada di antara kita yang masih tidak tahu apakah minat dan bakat sebenar yang kita miliki atau mempunyai potensi untuk digilap.

Mungkin kebanyakan kita mahir melakukan sesuatu kerana anda diajar untuk melakukannya atau andamelihat orang lain melakukannya.

Pandai melakukan sesuatu tidak bermakna itulah perkara yang anda minati ataupun itulah satu-satunya bakat anda.

Boleh jadi ia adalah salah satu daripada kepandaian atau kemahiran anda tetapi itu bukanlah minat sebenar anda.

Dengan melakukan apa yang anda minati pasti akan membuatkan anda berasa lebih gembira.

Malahan ramai tokoh usahawan di luar sana berhasil menjadi kaya dan berjaya dengan mengusahakan apa yang mereka minati dengan sepenuhnya dan menggabungkannya dengan bidang perniagaan.

Berikut adalah panduan bagaimana anda dapat mengenal pasti minat dan bakat sebenar anda yang anda sendiri mungkin tidak tahu.

#1. Bina ramai kenalan baharu

Berada dalam lingkungan sosial yang baharu adalah cara terbaik untuk anda mengenal pasti minat anda yang sebenar.

Perkenalan dengan orang lain akan mendedahkan anda kepada perkara-perkara baharu yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.

Anda mungkin boleh mencuba perkara baharu berdasarkan hobi, idea dan pendapat orang lain.

Mungkin juga ada yang ingin melakukan sesuatu namun tidak ada keberanian kerana bersendirian.

Dengan adanya rakan baharu yang berkongsi minat yang sama anda boleh melakukannya bersama-sama.

Jika anda mahu mula belajar melakukannya namun tidak tahu bagaimana untuk bermula, anda boleh berhubung dengan mereka yang sudah pandai, lalu belajar atau bertanyakan caranya.

Jika anda bukanlah seorang yang gemar dan mahir bersosial, tidak mengapa. Tidak perlu keluar dan berkenalan secara berdepan.

Anda boleh berkenalan mereka dalam dunia maya jika itu yang lebih menyelesakan anda.

Hanya perlu sertai mana-mana kumpulan sosial yang berkaitan dengan minat anda yang baharu seperti group hiking, group travel, group masakan barat, group baking serta macam-macam lagi.

Belajarlah secara penuh semangat dan cubalah dengan sebaik yang mungkin supaya anda boleh lihat sejauh mana potensi anda.

#2. Cubalah beberapa hobi baharu serentak 

Jangan bazirkan masa dengan melakukan satu perkara sahaja pada satu masa.

Jika anda hanya mencuba satu aktiviti baharu misalnya bermain gitar dan anda mengambil masa yang lama untuk memahirinya dan sekiranya anda dapati anda kurang berminat bermain gitar, ia agak merugikan.

Kerana anda telah melaburkan sejumlah wang, tenaga dan masa untuk tujuan mendalami diri sendiri.

Cara yang terbaik, lakukan beberapa hobi atau aktiviti baharu pada waktu yang sama.

Pastikan anda tidak pernah melakukannya sebelum ini dan lihat hasilnya setiap kali anda melakukannya.

Walaupun anda masih tidak mahir, pasti akan ada salah satu aktiviti yang paling dominan yang anda gemari.

Setelah beberapa ketika, anda boleh bandingkan aktiviti yang mana satukah yang paling membuatkan anda gembira.

Jika anda masih tidak berasa benar-benar gembira dan bersemangat ketika melakukan kesemua aktiviti yang anda telah pilih, ini bermakna anda harus mencuba aktiviti yang lain pula sehingga anda menemui minat dan bakat anda yang sebenarnya.

#3. Baca sejumlah besar buku-buku

Buku? Perlukah untuk membaca buku jika anda bukan ulat buku? Jawapannya perlu! Kenapa?

Tidak kisahlah ‘genre’ apa yang anda mahu baca, ia akan bantu anda untuk memahami minat sendiri.

Bagaimana ia boleh membantu anda sedangkan membaca ternyata bukanlah aktiviti yang anda suka sejak dari dahulu?

Setiap buku ada menceritakan kisahnya yang tersendiri. Ada kehidupan di sebalik kisah yang terkandung dalam buku itu hatta komik sekalipun.

Manusia sering mendapat inspirasi daripada apa yang mereka lihat dan dengar.

Kita belajar daripada kehidupan dan pengalaman orang lain dan jadikan ia sebagai teladan.

Semasa membaca, kita akan mendapat pengetahuan baharu yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Artikel berkaitan: Membaca Membuka Minda Kepada Khazanah Tak Ternilai

Banyak idea baharu boleh muncul melalui pembacaan anda kerana membaca sebenarnya memberi ruang untuk anda berfikir dengan kritis.

Anda bukan sahaja boleh mendapat idea untuk minat anda yang sebenar malahan jika anda meminati bisnes, anda boleh gabungkan ilham baharu mengenai perkara yang anda minati dengan bisnes untuk menjana pendapatan.

Dengan membaca, anda akan dapati yang hala tuju hidup anda lebih jelas dan senang untuk mengatur langkah.

Apakah perbezaan membaca buku dengan membaca secara elektronik?

Mungkin nampak seperti tiada beza namun sebenarnya membaca dengan kaedah yang lama mungkin lebih memberi fokus dan masa untuk anda bersendirian dan berfikir dalam dunia anda sendiri.

Sebaliknya, membaca menggunakan gajet, anda mungkin akan mudah terganggu dengan media sosial dan lain-lain daripada fokus kepada pembacaan dan menghayatinya.

#4. Melancong ke tempat baharu 

Melancong ke tempat-tempat menarik sudah menjadi satu trend baharu dalam komuniti milenia kita.

Ramai yang bercuti dan melancong untuk mencari pengalaman di tempat orang, untuk menghilangkan stress dan pelbagai sebab lain.

Melancong sebenarnya bukanlah sekadar memberi kenangan dan membeli cenderahati, sebaliknya boleh menjadi inspirasi untuk anda mendalami minat kita yang sebenar.

Mungkin jika anda terjumpa aktiviti atau benda baharu yang anda minati di situ namun tiada di tempat asal anda, nah, ini adalah peluang anda untuk membawanya pulang ke tempat anda dan memperkenalkannya kepada orang lain.

Silap haribulan boleh menjadi idea bisnes ataupun mungkin anda terlalu gemar melancong dan hanya melancong, jadi bukalah agensi pelancongan sendiri.

Itu adalah contoh idea bisnes berdasarkan minat yang anda boleh lakukan. Anda boleh melancong tanpa perlu mengeluarkan wang sambil berniaga.

Kredit artikel: Blog leaderonomic .com

10 Cara Selamat Atasi Sembelit Anak Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Semua orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berlainan. Ada yang membuang air besar sehari sekali, dua kali sehari atau lebih dari tiga kali sehari. Bagi orang yang normal, tabiat membuang air besarnya juga normal. Jadi, ia tidak menjadi satu masalah besar bagi orang yang normal.

Bagi orang yang tidak mempunyai tabiat membuang air besar yang normal, ia menjadi masalah besar baginya. Kadang-kadang, lebih dari dua hari tidak membuang air besar. Bukan sahaja orang dewasa yang mengalaminya malah kanak-kanak juga mengalami sembelit.

Semestinya, ibu bapa rasa bimbang apabila anak-anak mereka mengalami sembelit. Bagaimanakah cara untuk mengatasi sembelit anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar 10 cara selamat atasi sembelit anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

10 Cara atasi sembelit anak.

1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

Image via ibudoakan.com

2. Atasi sembelit dengan buah betik

Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

4. Balm/ Minyak Ubat

Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot.

5. Minum jus nanas

Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

6. Amalkan minyak zaitun

Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

7. Kunyit

Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

8. Jauhi makanan segera

Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik

Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

10. Bersenam

Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

kredit artikel: Blog bidadari.my