Archives for December 18, 2021

Mengapa Barista Starbucks Kerap ‘Tersalah’ Eja Nama Pada Cawan Pelanggan

Buat para penggemar kopi, sudah pasti Starbucks antara jenama minuman kopi yang menjadi pilihan. Memiliki keunikan rasa kopinya tersendiri membuatkan ramai yang mahu mencuba minuman baru yang diperkenalkan oleh Starbucks.

Selain nama saiz cawannya yang pelik untuk disebut, menulis nama pelanggan pada bekas minuman merupakan sebuah keunikkan setiap kali memesan minuman di Starbucks. Barista selaku individu yang menghasilkan kopi di Starbucks akan memanggil nama pelanggan apabila minuman yang dipesan sudah siap.

Namun, ada kalanya barista Starbucks tersalah eja nama pelanggan sekaligus menyebabkan pelanggan berasa kecewa kerana asyik tertunggu-tunggu giliran nama mereka disebut. Menjadi persoalan, adakah barista Starbucks ini sengaja tersalah eja nama pada cawan pelanggan mereka ?

Menerusi sebuah video di TikTok, lelaki ini telah berbincang satu teori yang mendakwa barista Starbucks sebenarnya sengaja tersalah eja nama pelanggan yang ditulis pada cawan Starbucks demi viral marketing untuk meluaskan pemasaran Starbucks tanpa perlu siaran iklan komersial.

“Pernah tak menonton iklan Starbucks?” tanya lelaki yang memakai baju Guess.

“Langsung tak pernah tonton iklan Starbucks sepanjang hidup saya,” balas lelaki yang memakai topi.

“Starbucks tak perlu iklan, kita sendiri yang hasilkan iklan untuk mereka.

“Biasanya pelanggan Starbucks akan memuat naik foto cawan Starbucks yang bertulis nama mereka di media sosial. Jika tersalah eja nama mereka pada bekas minuman tersebut, ia akan mencetuskan isu dan pelanggan akan meluah rasa kekecewaan itu  menerusi media sosial.

“Susulan foto tersebut mulai tersebar, individu lain juga akan terpanggil untuk mencuba nasib, siapa tahu, tuah milik mereka. Barista Starbucks tidak tersalah pula eja nama mereka. Itu dipanggil strategi pemasaran viral secara percuma bagi Starbucks,” jelas lelaki yang berbaju Guess.

Dalam pada itu, teori lelaki tersebut telah dibidas oleh jurucakap Starbucks yang mengatakan bahawa Starbucks tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk sengaja menyalah eja nama pelanggan tanpa sebab.

“Menulis nama pelanggan pada bekas minuman merupakan tradisi yang paling menyeronokkan kerana disebabkan itulah hubungan para pelanggan dengan pekerja kami bertambah erat.

“Namun, kami tidak pernah arahkan mana-mana pihak untuk sengaja menyalah eja nama pelanggan. Barista kami akan sentiasa melakukan yang terbaik setiap kali menulis nama pelanggan yang ada kalanya nama mereka agak rumit untuk dieja,” katanya seperti dilaporkan oleh portal Insider.

Susulan isu ini menjadi perbualan hangat, beberapa orang barista Starbucks di Amerika Syarikat turut tampil menjelaskan perkara yang sebenar mengapa terdapat sesetengah barista Starbucks tersalah eja nama pelanggan, lapor Insider.

“Kami tiada masa mengeja nama pelanggan dengan betul. Ikut kata hati kami, ada kalanya betul dan salah eja. Situasi tersebut sebenarnya bergantung kepada kepekaan barista yang bekerja pada hari tersebut,” luah Tim, barista Starbucks di Nashville.

“Pelanggan juga selalu complain yang kami ini lambat siapkan minuman terutamanya waktu pagi. Jadi, kami terburu-buru siapkan minuman sampai tersalah eja nama pelanggan.

Akan tetapi, terpulang kepada anda, mahu kopi disiapkan dalam satu ke dua minit atau ejaan nama anda yang lagi penting,” kata Lisa, barista Starbucks di Dallas. Adakah anda pernah mengalami situasi ini? Kongsikan di ruangan komen

Mengapa Daging Lembu Australia Semakin Digemari Di Malaysia

Sejak viralnya video menabur garam di atas daging pada tahun 2017, Nusret Gökçe atau lebih popular dengan nama Salt Bae sentiasa di ingatan. Jika fikir tentang steak atau daging panggang, pasti Salt Bae insan pertama yang muncul di minda.

Jika anda mahu jadi Salt Bae di rumah, dalam menghasilkan menu berasaskan daging terutamanya steak, pemilihan daging adalah yang paling penting. Daging yang baik akan memberi rasa sedap serta kepuasan yang lebih kepada pembeli.

Daging berkualiti tinggi dari Australia semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia kerana dagingnya yang empuk dan berpatutan harganya berbanding harga daging import daripada negara luar yang lain.Aust Black Angus Striploin and Aust Beef Shabu-Shabu (1)

ANTARA POTONGAN YANG ADA UNTUK DAGING LEMBU AUSTRALIA; STEAK DAN SHABU-SHABU

Bukan sahaja teksturnya tetapi ia juga boleh dinikmati dalam kepelbagaian potongan berbeza dan versatil untuk apa sahaja menu hidangan anda.

Hanya yang terbaik untuk pengguna

Aussie Beef inside

Industri daging merah Australia telah lebih 200 tahun dibangunkan. Asas yang dibina sejak lama dahulu telah membantu Australia dalam menghasilkan daging yang baik untuk dieskport ke seluruh dunia.

Integriti petani, proses pemprosesan berserta kelebihan persekitaran yang tidak tercemar, telah mengukuhkan reputasi Australia dalam menghasilkan daging lembu, biri-biri dan kambing yang berkualiti tinggi.

Mungkin anda tidak percaya tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam menghasilkan daging lembu yang berkualiti. Dibela dalam persekitaran yang tenang, luas dan bersih dan ditambah lagi dengan bahan makanan yang berkualiti (umumnya rumput dan gandum yang baik), setiap ternakan dapat hidup selesa dan ‘tidak stress’, justeru itu menghasilkan daging yang empuk.

Daging merah Australia sememangnya merupakan hasil persekitarannya. Ini menjadikan daging lembu mereka rendah dalam lemak dan kolesterol, selain daripada menawarkan tahap asid lemak Omega 3 yang lebih tinggi.

Halal dan mudah didapati

Aussie beef 2

Setiap daging lembu Australia daripada True Aussie Beef adalah halal dan ia mudah untuk didapati di pasar raya antaranya Jaya Grocer.

Sekiranya anda mahu rasa keunikan rasa steak daging lembu Australia, anda boleh tempah set hidangan steak di Naim Beef di Bangi. Kami jamin anda akan terpegun dengan kelembutan daging Australia. Naim Beef juga merupakan pembekal daging lembu Australia jika anda mahu beli daging mentah sahaja.

Kami kongsi di sini cara untuk masak steak sendiri di rumah oleh Gordon Ramsey. Apa yang anda perlu hanyalah garam dan lada untuk season daging anda. Liat atau tidak bergantung kepada jenis daging yang anda beli dan kami sarankan anda cuba dahulu daging lembu Australia untuk steak.

Harga daging lembu Australia mungkin sedikit tinggi berbanding harga daging lembu tempatan. Namun selepas anda cuba sendiri daging lembu Australia nanti, anda akan rasai perbezaannya.

Untuk lihat di mana ada kedai daging yang menjual daging lembu Australia berdekatan anda, klik di sini. Pastikan anda membeli daging dengan pelekat atau tanda True Aussie Beef untuk daging Australia yang asli.

Tom Yam Dan Soto Ayam Diiktiraf Sebagai Sup Terbaik Di Dunia

Soto Ayam dari Indonesia dan Tom Yam Goong dari Thailand telah diiktiraf sebagai antara sup terbaik dunia dari media CNN. Kedua hidangan itu berjaya memasuki senarai 20 sup terbaik di dunia.

Soto Ayam yang diperbuat daripada pelbagai jenis rempah seperti kunyit segar, kayu manis, serai dan daun jeruk berjaya menduduki tempat ke-17 sebagai sup terbaik di dunia.R00067_Tom-Yum-Goong

ASIAN INSPIRATION

Tidak hanya di Indonesia, sup ini juga diminati di Singapura, Malaysia, dan Suriname – yang terletak jauh di Amerika Selatan – di mana resipi ini tiba bersama dengan pendatang dari Jawa.

Manakala Tom Yam Goong pula yang berasal dari Thailand menduduki tempat ke-18 sebagai sup terbaik di dunia versi CNN. Tom Yam goong adalah salah satu daripada banyak jenis tom yam di Thailand yang menjadi kegemaran orang ramai.f19e049f3857ea8e6a14b8dfa4da23a2

PINTEREST

Hidangan manis, masam, pedas dan masin ini sangat popular di sekitar Thailand, Singapura dan Malaysia. Bahan aromatiknya meliputi lengkuas, serai dan daun limau purut sambil dihidangkan bersama cili merah untuk menambah kepedasan.

Untuk lima teratas sup terbaik di dunia versi CNN, sup Banga yang berasal dari Nigeria berada di tangga pertama, Beef Pho dari Vietnam di tangga kedua, sup Borscht dari Ukraine menduduki tangga ketiga, Bouillabaisse dari Perancis di tangga keempat dan di tempat kelima diduduki oleh sup Caldo verde dari Portugal.

Sudah Boleh Ke Luar Negara, Ini 6 Destinasi Yang Sedia Terima Pelancong Malaysia Tanpa Perlu Kuarantin

Pada 10 Oktober 2021, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi tidak perlu memohon MyTravelPass untuk ke luar negara.

Akan tetapi, anda akan diminta untuk melakukan ujian swab sebanyak dua kali iaitu tiga hari sebelum kembali ke negara ini dan selepas selamat tiba. Malah, perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari.

Mesti ramai yang sudah tidak sabar mahu melancong ke luar negara selepas hampir 2 tahun tidak menjelajah ke luar negara. Berikut adalah destinasi yang sedia terima pelancong lengkap vaksinasi tanpa perlu kuarantin.

1. Perancis

SUMBER: RANCAK TV

Jika anda sudah terima vaksinasi lengkap, anda boleh memasuki Perancis tanpa halangan dimana hanya perlu sertakan bukti vaksinasi dan pernyataan bersumpah yang menyatakan bahawa anda tidak mempunyai simptom jangkitan COVID-19.

Malah, anda juga tidak berhubung dengan kes COVID-19 yang disahkan dalam 14 hari sebelum perjalanan anda. Anda mesti memuat turun dan mengaktifkan aplikasi TousAntiCovid ketika berada di sana. Maklumat lanjut boleh klik di sini.

2. Emiriah Arab Bersatu (UAE)

SUMBER: CNBC

Pelancong perlu memohon visa pelancongan untuk memasuki negara UAE, tetapi negara ini tidak mewajibkan pengunjungnya untuk menjalani kuarantin kecuali jika simptom COVID-19 ditunjukkan.

Walau bagaimanapun, pelancong mesti menjalani ujian PCR di lapangan terbang semasa ketibaan di negara terbabit. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang ini.

3. Maldives

SUMBER: BLOOMBERG

Untuk melancong ke Maldives, semua pelancong perlu menunjukkan keputusan ujian PCR negatif yang dilakukan dalam masa 96 jam sebelum berlepas. Keputusan ujian mesti menunjukkan dengan jelas nama dan alamat makmal, serta tarikh sampel diambil.

Malah, hasilnya perlu dilampirkan pada borang Deklarasi Kesihatan Pengembara, yang mesti dihantar dalam talian dalam 24 jam sebelum ketibaan. Pengunjung diminta untuk memuat turun aplikasi TraceEkee dan menggunakannya sepanjang berada di sana.

4. United Kingdom

SUMBER: INTO UNIVERSITY

United Kingdom turut membuka sempadan negara tanpa memerlukan pelancong menjalani kuarantin. Akan tetapi, pelancong hanya boleh mendarat di salah satu daripada 8 lapangan terbang yang dibenarkan sahaja.

Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah (EU) tidak mengiktiraf semua vaksin seperti Sinovac meskipun mereka masih mengkaji keputusan tersebut. Boleh lihat di sini untuk menyemak vaksin yang diterima oleh EU.

5. Ukraine

SUMBER: UKRGATE

Ukraine telah menetapkan pelancong perlu sekurang-kurangnya satu dos untuk memasuki negara tersebut dan kuarantin tidak diwajibkan. Malah, anda juga perlu disahkan tidak mempunyai simptom jangkitan COVID-19.

Malah, para pelancong perlu juga membeli insurans perjalanan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans berdaftar di Ukraine dimana meliputi kos berkaitan dengan rawatan COVID-19, pemerhatian, dan sebagainya untuk sepanjang tempoh tinggal di Ukraine serta perlu memuat turun aplikasi kesihatan kerajaan Vdoma.

6. Switzerland

SUMBER: THE NEXT TRIP

Para pelancong perlu mengemukakan borang kemasukan yang perlu diisi di komputer atau telefon pintar sebelum memulakan perjalanan. Sebaik sahaja anda mengisi borang, anda akan diemailkan kod QR sebagai pengesahan.

Bagi anda yang lengkap vaksinasi, anda tidak perlu menunjukkan hasil ujian COVID-19 negatif atau menjalani kuarantin. Sementara itu, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun juga tidak diminta untuk memberikan bukti ujian COVID-19 negatif semasa masuk ke Switzerland.

WHO Hantar Pasukan Siasat Penyakit Misteri Di Sudan Selatan Yang Membunuh 89 Orang

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar satu pasukan bagi menyiasat penyakit misteri yang telah membunuh 89 orang di wilayah Sudan Selatan. Manakala Kementerian Kesihatan Selatan menyatakan bahawa penyakit ‘tidak dikenal pasti’ ini adalah endemik di bandar utara Fangak, negeri Jonglei. 

WHO melalui Sheila Baya memberitahu BBC bahawa kumpulan siasatan akan memulakan proses dengan mengambil sampel daripada mereka yang dijangkiti dengan penyakit misteri ini. Selain itu, organisasi ini juga akan membuat penilaian yang merangkumi siasatan risiko.

Siasatan penyakit misteri di Sudan Selatan kali ini mencabar apabila kawasan yang bakal dikunjungi oleh pasukan WHO sedang mengalami banjir besar baru-baru ini. Para saintis terpaksa menggunakan helikopter untuk memasuki Fangak. “Kini pasukan sedang menunggu pengangkutan untuk membawa mereka ke Juba, hari ini,” katanya.

REUTERS/NJIIRI KARAGO/MEDECINS SANS FRONTIERES

Menurut Lam Tungwar Kueigwong, Menteri Tanah, Perumahan dan Kemudahan Awam negeri, banjir teruk telah menyumbang kepada peningkatan penularan penyakit seperti malaria. Selain itu, makanan yang tidak mencukupi juga menyebabkan kekurangan zat makanan kepada kanak-kanak. Ditambah pula dengan air yang tercemar dengan minyak dari ladang di kawasan sekitar sehingga menyebabkan kematian haiwan-haiwan peliharaan.

Kira-kira 835,000 orang telah terjejas akibat banjir di Sudan Selatan dengan 35,000 orang kehilangan tempat tinggal menurut PBB. Pemimpin di kawasan yang paling teruk dilanda banjir menyifatkan banjir yang terjadi di wilayah utara Sudan Selatan adalah yang paling teruk sejak 1960-an, lapor The Independent.

Badan amal antarabangsa Médecins Sans Frontires (MSF), memberitahu The Independent yang beroperasi di kawasan itu bahawa keadaan huru-hara akibat banjir kini meningkatkan tekanan ke atas kemudahan kesihatan.

ISRAELHAYOM/MARWAN ALI

“Kami sangat prihatin terhadap kekurangan zat makanan, dengan kadar kekurangan zat makanan akut yang teruk menggandakan ambang WHO, dan bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kami dengan kekurangan zat makanan yang teruk meningkat dua kali ganda sejak permulaan banjir,” katanya.

Sudan Selatan adalah sebuah negara yang besar dengan sebahagian penduduknya lebih memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar. Di sana, kemiskinan adalah endemik dengan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk ditakrifkan sebagai miskin pendapatan kurang daripada USD$1 sehari.

Nipah mampu jadi ancaman virus baharu pernah dikesan di Malaysia pada tahun 1998. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Selain destinasi, bagi anda apa yang penting untuk melancong? Pasti rata-rata daripada anda menjawab tempat penginapan. Penginapan yang bagaimana selalu menjadi pilihan anda? Adakah hotel 5 bintang ataupun hotel yang murah atau macam mana?

Bagaimana jika kami katakan anda boleh menempah hotel 5 bintang tetapi murah? Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Hafizi Zain telah berkongsi tip dan trik yang anda boleh gunakan untuk menempah hotel. Baca perkongsiannya di bawah:

1. Buat perbandingan

Setiap kali buat tempahan hotel, saya akan buat perbandingan di 3 tempat iaitu Trivago, Traveloka dan laman web hotel itu sendiri. Banyak kali saya perasan, kadang-kadang website hotel itu sendiri lagi murah berbanding booking.com dan Agoda sebab terdapat penawaran diskaun untuk tempoh-tempoh tertentu. Jadi, bandingkan dahulu sebelum membuat keputusan.kurpnaloyu7c28bywumz

GAMBAR HIASAN. SUMBER: GOOGLE

2. Gunakan Traveloka

Saya suka tengok di Traveloka sebab di sini dia sudah letak harga yang termasuk tax dan bayaran. Tidak seperti booking.com dan Agoda, harga yg dipamerkan tidak termasuk tax. Susah untuk kita bajet. Lagipun, Traveloka selalu ada kod promo dan sekarang jika anda membuat pembayaran menggunakan kad Maybank serta menguunakan kod MAYSTAYN atau MAYSTAYE, anda boleh dapatkan diskaun 10% atau 15%. Banyak bukan?

3. Trik diskaun untuk Agoda atau booking.com

Untuk Agoda atau  booking.com, ada trik yang anda boleh gunakan. Anda pilih dahulu hotel dan tarikh yang anda ingin pergi, masukkan details nama dan email. Kemudian ketika ingin membuat bayaran, anda batalkan dan dalam masa sehari dua, anda akan dapat email mengatakan bilik tersebut ada diskaun seperti ingin pujuk anda. Jika anda rasa diskaun tersebut berbaloi, anda rebutlah segera.IMG_20171231_180010_454

GAMBAR HIASAN. SUMBER: GOOGLE

4. Gunakan ‘private tab’

Kalau anda hanya saja-saja meninjau hotel, pastikan anda pilih ‘private tab’ untuk Mozilla Firefox atau Incognito untuk Chrome. Ini adalah untuk pastikan mereka tidak dapat mengesan anda apabila anda masuk ke website tersebut untuk kali kedua dan mereka akan naikkan harga. Ini memang strategi mereka. Strategi ini juga digunakan oleh airlines seperti AirAsia, MAS dan lain-lain.

Pertama kali anda masuk ke website itu, anda dapat harga murah. Kemudian, anda masuk semula harga sudah naik. Ini kerana dia sudah dapat ‘trace’ yang anda pernah datang ke website itu dan sebab itu dia naikkan harga. Jadi, pastikan anda guna Private Tab atau Incognito sebelum meninjau hotel anda.

5. Jangan simpan butiran kredit kad

debit_card_money_laptop_online_shopping_purchase_hand-1920×1200

SUMBER: HALAL MONEY

Jangan sesekali simpan butiran kad kredit di Agoda atau mana-mana website. Sebab ramai yang saya dengar cerita dimana mereka akan buat ‘Auto Booking’ bagi pihak kita. Yer la, kadang-kadang kita hanya survey hotel itu dan tidak buat booking pun lagi. Akan tetapi disebabkan sistem sudah ada butiran kad kredit kita, terus dia buatkan tempahan untuk kita. Kalau dapat harga murah ok tapi jika harga mahal? Kita yang rugi.

6. Waktu tempahan

Buat tempahan pada waktu malamatau tengah malam. Ini yang saya selalu perasan. Kalau menempah pada waktu siang, bilik selalu sold out atau harga selalu tinggi. Tidak kisahlah anda tinjau di Agoda, booking.com atau Traveloka, semua pattern sama. Akan tetapi, cuba kalau anda tempah waktu malam, memang banyak bilik available dan murah berbanding waktu siang. Tidak percaya? Anda boleh cuba bandingkan.

7. Tempah bagi pihak orang lain

Kalau tempah hotel bagi pihak orang lain, pastikan anda masukkan nama dia di bahagian ‘Booking For Someone Else’. Kalau tidak, susah nanti mahu check in sebab sesetengah hotel mempunyai prosedur yang ketat. Saya pernah kena ketika booking untuk kawan dan saya letak nama saya semasa booking. Semasa check in, hotel itu tidak bagi kawan saya check in sebab itu bukan nama dia. Tidak pasal-pasal saya kena telefon Agoda dan minta dia tukarkan kepada nama kawan saya.5cee766177f3f

GAMBAR HIASAN. SUMBER: HERALD MAGAZINE

8. Mata ganjaran

Dalam pelbagai website tempahan hotel onlinewebsite Agoda merupakan salah satu website yang sediakan mata ganjaran. Kalau anda buat tempahan, buat review dan rekemen kepada rakan-rakan, anda dapat mata ganjaran. Jadi, mata ganjaran yang terkumpul itu boleh ditukar ke RM dan dapat bilik hotel percuma.

9. Pilih bahasa dan matawang negara

Tip yang ini pelik sikit tetapi benar. Kalau mahu booking hotel di luar negara, pastikan anda pilih bahasa negara tersebut dan currency pun ikut negara tersebut. Kalau bahasa bertukar, anda terjemah sahaja dan bandingkan harga kerana memang berbeza.

Screenshot 2019-09-17 at 11.23.58 AM

10. Gunakan aplikasi trip.com

Kalau anda melancong ke luar negara dan ingin memudahkan anda, tempahlah menggunakan trip.com. Download aplikasi ini kerana terdapat banyak kod promo dan anda bukan sahaja boleh tempah hotel, tetapi anda juga boleh tempah tiket penerbangan dan keretapi.

11. Aplikasi OYO

Untuk anda yang betul-betul inginkan hotel murah dan jimat semasa melancong, anda boleh membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi OYO. Saya sendiri sudah cuba dan memang murah hotel yang ditawarkan. Boleh dikatakan harga tidak logik, tetapi tidak semua hotel bawah OYO tetapi masih lagi pelbagai pilihan hotel yang ditawarkan.

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

Pasti anda pernah mendengar jika kita mudahkan urusan orang lain, pasti urusan kita akan dipermudahkan. Baru-baru ini, saudara Hilmy Mohamad Tajaluddin yang merupakan seorang cabin crew telah berkongsi tips untuk anda lakukan dan tidak perlu lakukan apabila ingin naik flight.

Bila korang nak naik flight. Ini antara perkara yang perlu & tak perlu korang lakukan. Aku nak share sikit pengalaman aku sebagai anak kapal. ?

— Anak Hj. Tajaluddin (@HillmyT) July 10, 2019

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:

1. Jika anda tahu anda akan fly from point A to Point B, cetak semua travel itinerary. Kalau berlaku sebarang masalah mengenai tempat duduk, insurans penerbangan dan lain-lain, anda boleh tunjuk dokumen tersebut kepada ground staff.

2. Pastikan anda datang awal ke airport untuk document check, sebab negara tertentu seperti Filipina, jika anda tiada return tiket, anda tidak boleh board the aircraft sebab ia adalah rules & regulations daripada pihak berkuasa Filipina.

3. Pastikan anda makan sedikit sebelum penerbangan, kerana bila fly, perut anda akan bloated dan anda akan rasa seperti masuk angin. Kemudian, anda akan muntah dan rasa sakit kepala.

4. Sila bawa toileteries jika penerbangan lebih 3 jam untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan diri. Jika tidak mahu gosok gigi, kunyahlah chewing gum agar mulut tidak berbau.

5. Apabila boarding, jika beg anda banyak, setelah sampai tempat duduk, duduk dahulu di tempat duduk dan beri penumpang di belakang untuk ke tempat duduk mereka.

7. Tolong sentiasa bertenang dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Tiada beza jika duduk di sebelah tingkap atau tidak, masih menuju ke destinasi yang sama.

8. Ketika take off, mereka akan walk around the cabin to ensure everything is in orderBag is stowed, no bag blocking the aisle. All passengers are seated with seatbelt fastened. Tidak perlu time itu anda ingin pilih lagu di Spotify dan sebagainya. Lakukan selepas take off.

9. Masa hendak take off, ramai yang akan letak headset/airpods/earphone. Pada waktu ini, anda kena berhenti guna dahulu, sebab semasa take off & landing, waktu ini waktu crucial, takut nanti bila emergency happens, orang lain sudah keluar kapal, anda masih duduk kat seat layan lagu “Cik Mek Molek”.

10. Kemudian, aircraft pun fly. Anda gembira lihat kereta atas darat yang tidak ubah seperti permainan lego. Waktu ini baru lah boleh anda lihat iPad, smartphone dan sebagainya. Crew akan datang bagi landing form kepada anda (international fly) jadi pastikan anda ada pen sendiri.

12. Apabila sudah habis makan, put it on a table and hand it over to the crew. Janganlah letak on the floor. Mana mana crew serve anda nak ambil nanti.

13. Pastinya selepas makan, ramai yang akan ke tandas. Tolong lap sink selepas guna untuk penumpang lain. Jika rasa toilet sudah berbau, minta tolong krew untuk spray. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan.

14. Tidak perlu ‘poke’ krew untuk minta sesuatu, hanya cakap ‘excuse me’ dan pasti krew akan membantu.

15. Ketika waktu turbulence, krew akan buat announcement, anda haruslah duduk di tempat duduk sahaja kerana cuaca tidak dapat diramal.

17. Anda digalakkan untuk freshen up yourself 2 jam sebelum waktu mendarat.

18. Apabila sudah mahu mendarat, sama routine macam ketika take off tadi. Strictly no phone,earpod, headphone dan lain-lain. Sampailah kapal park at parking bay and the seatbelt sign above you turns off.

19. Lastly anda akan dengar “Cabin crew disarm all doors and cross check.” masa ini anda sudah boleh berdiri dan take your belongings. Lagi sekali, jangan kelam kabut sangat. Tidak ada benda mahu dikejarkan. They will wait until last passenger disembarks.

20. Apabila mahu keluar kapal terbang, senyum dan ucapkan terima kasih. Ia bukanlah paksaan tetapi basic courtesy.

Selamat pergi dan pulang ke destinasi anda!

Bulan Makin Jauh Dari Bumi Setiap Tahun, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Bulan mula perlahan-lahan bergerak menjauhi Bumi. Fenomena yang dipanggil Lunar Retreat ini bukanlah sesuatu yang baharu. Menurut laporan Secret Of Universe dan pemerhatian misi angkasa, Bulan akan menjauhkan dirinya dengan Bumi kira-kira empat sentimeter setiap tahun.

Alasan kenapa Bulan bergerak menjauhi Bumi dipercayai berlaku disebabkan oleh interaksi graviti dan peningkatan aktiviti geologi di Bumi. Peristiwa ini akan memburukkan lagi aktiviti pasang surut antara Bulan dan Bumi. Fenomena ini juga memperlahankan putaran Bumi dan meningkatkan tempoh hari.

Untuk makluman, terdapat teori bahawa Bulan pernah menjadi sebahagian daripada Bumi. Teori ini dipanggil Big Splash atau Theia Impact. Theia adalah nama dewi dalam mitologi Yunani yang merupakan ibu kepada Selene, dewi bulan.

Pada 2019, laman web Astronomy menjelaskan teori bahawa Bulan berasal dari Bumi. Teori ini muncul pada tahun 1970-an apabila penyelidik mencadangkan Great Impact Hipotesis iaitu apabila Bumi berlanggar dengan objek angkasa yang mempunyai saiz sebesar Bumi.

Akibatnya, sebahagian daripada Bumi terhempas ke udara yang kemudiannya terbentuk menjadi bulan. Objek angkasa yang melanggar Bumi kemudiannya dipanggil Theia.

Teori ini masih dibincangkan di kalangan saintis, tetapi kedudukan teori ini agak kukuh. Sebabnya, data dari Apollo mengatakan bahawa Bumi dan Bulan adalah sangat serupa secara kimia. Dan kini, bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas, para saintis cuba melakukan misi robotik di Bulan untuk memahami secara mendalam komposisi Bulan.

Detak Jantung Bumi, Bunyi Misteri Yang Datang Setiap 26 Saat

Detak jantung Bumi tidak dapat didengar dengan menggunakan telinga. Ia terdiri daripada gelombang elektromagnetik frekuensi sangat rendah (ELF).

Sejak tahun 1960, ahli seismologi di beberapa benua telah mengesan denyutan misteri yang dihasilkan setiap 26 saat. Tetapi dalam 60 tahun terakhir, tidak ada yang dapat merungkai kewujudan bunyi misteri terbabit.

Untuk rekod, ‘Detak jantung Bumi’ pertama kali didokumentasikan adalah pada tahun 1962 oleh John Oliver, seorang penyelidik di Oservatorium Geologi Lamont-Doherty, Universiti Columbia.

Dia mendakwa bahawa bunyi itu datang dari suatu tempat di sekitar Lautan Atlantik atau bahagian khatulistiwa. Dia turut mendakwa bahawa bunyi itu akan bertambah kuat pada musim panas di bahagian utara Bumi.

Pada tahun 1980 pula, Gary Holcomb, ahli geologi Amerika Syarikat juga mendakwa mendengar bunyi misteri terbabit. Dia mengatakan bahawa bunyi itu makin kuat kedengaran semasa ribut.

Sejak itu, dakwaan bunyi misteri dari kedua-dua penyelidik tersebut tidak berjaya dirungkaikan dan ia kekal misteri selama lebih dua dekad, sehinggalah seorang pelajar di University of Colorado, Boulder, sekali lagi mendakwa telah berjaya mengesan bunyi terbabit.

Perang teori

Mike Ritzwoller, ahli seismologi di University of Colorado, baru-baru ini memberitahu Discover Magazine bahawa sebaik sahaja mereka melihat data pelajar lulusan Greg Bensen, dia dan penyelidik Nikolai Shapiro tahu ada sesuatu yang pelik mengenai denyutan nadi tersebut.

Mereka mula bekerja dengan menganalisis setiap titik dari setiap sudut, mereka juga menganalisis setiap data dan instrumen mereka. Ritzwoller dan Shapiro bahkan memancarkan sumber nadi ke lokasi di Teluk Guinea, bahagian pantai barat Afrika.

Ritzwoller dan pasukannya turut mengkaji dengan lebih mendalam kaji selidik yang dilakukan oleh Oliver dan Holcomb. Kajian yang diterbitkan pada 2006 tersebut gagal menjelaskan apa sebenarnya yang mencipta bunyi detak jantung bumi.

Pada tahun 2011, Garret Euler, seorang pelajar siswazah di Washington University mendakwa bahawa bunyi itu adalah gelombang yang berasal di suatu bahagian Teluk Guinea yang disebut Bight of Bonny. Walaupun teori ini dilihat relevan, tetapi tidak ada orang yang yakin dengan dakwaan Euler.

Manakala pada tahun 2013, Yingjie Xia, seorang penyelidik dari Institut Geodesi dan Geofizik di Wuhan, China, menyatakan bahawa bunyi detak jantung bumi itu adalah disebabkan aktiviti gunung berapi. Dia mendakwa bahawa bunyi terbabit lahir di kawasan gunung berapi di pulau Sao Tome.

Bagaimanapun, kedua-dua teori ini gagal menjelaskan bagaimana bunyi detak jatung bumi itu lahir. Terdapat pelbagai soalan yang tidak dijawab dan terdapat banyak misteri yang tidak dirungkai. Bagi para penyelidik, mereka sebenarnya tidak berminat untuk mengorek lebih dalam dari mana datangnya bunyi terbabit.

“Ada perkara-perkara tertentu yang kita fokus dalam seismologi,” jelas ahli seismologi Doug Wiens. “Kami ingin mengetahui struktur di bawah kerak bumi, perkara seperti itu. Isu ini hanya pengetahuan luar apa yang biasanya kita kaji… [kerana] ia tidak ada kaitan dengan memahami struktur bumi. ”

Ini Adalah Cara Yang Dicadangkan Oleh Saintis Untuk ‘Menunda Kemusnahan Bumi’

Dalam masa terdekat NASA akan menerbangkan kapal angkasa yang akan memintas asteroid yang mempunyai potensi untuk mengancam kehidupan di bumi dan meletupkannya dengan senjata nuklear. Bagi para ilmuwan, kaedah ini adalah antara yang paling berkesan dalam usaha untuk ‘menunda kemusnahan bumi’ atau dalam erti kata lain ‘kiamat’ dari serangan asteroid.

Bagi pandangan ilmuwan fizik dari Johns Hopkins University di Maryland, Patrick King mengatakan kaedah ini seperti membuat barisan pertahanan dari serangan luar. Apabila batu besar asteroid berada di garis perlanggaran dengan Bumi, ‘senjata’ ini akan meletupkan batu angkasa tersebut.

“Pengiraan terbaru ini menunjukkan bahawa pertahanan semacam itu sangat efektif dalam melindungi bumi dari serangan asteroid ketika waktu hentaman kurang dari satu tahun,” katanya seperti dikutip oleh Science Alert.

Model yang dibuat oleh para penyelidik melihat kesan bom nuklear 1 megaton yang menghantam asteroid selebar 100 meter (328 kaki). Lima orbit asteroid yang berbeza dianalisis, kemudian diletupkan dari seminggu hingga enam bulan sebelum terkena Bumi.

Untuk senario di mana kita dapat meletupkan asteroid dua bulan lebih awal daripada ramalan, ia akan hancur menjadi kira-kira 0.1 peratus daripada jisim asalnya. King mengakui itu adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh para saintis. Kerana penyelidik lebih suka dengan kaedah memesong asteroid dari Bumi, di mana ia adalah kaedah yang telah diuji dengan lengkap dan teliti.

Selain NASA, China sebelum ini turut merancang untuk menghantar lebih 23 roket ke angkasa lepas bagi misi menghalang pelbagai jenis asteroid menghentam Bumi. Di mana mengikut kajian China, kebanyakan asteroid yang disasarkan mempunyai kemampuan untuk menghapuskan populasi dunia.

Saintis di Pusat Sains Angkasa Negara China meramalkan bahawa roket Long March 5 buatan China mempunyai kemampuan untuk menghalang daripada berlakunya pelanggaran di antara asteroid dan Bumi. Manakala 23 buah roket yang lain menurutnya akan dapat mendorong dan mengalihkan laluan perjalanan asteroid jauh dari Bumi.

Untuk rekod, NASA dan agensi lain terus menerus melabur dalam sistem pertahanan planet, terutama selepas beberapa penemuan yang mendapati terdapat beberapa asteroid yang dikelaskan sebagai bahaya kerana berpotensi untuk menghentam Bumi. Skala masa yang lebih lama sangat penting untuk memaksimumkan peluang para ahli dalam misi menolak asteroid keluar dari laluannya.

“Kajian terbaru ini adalah langkah penting untuk menunjukkan bagaimana alat multiphizik moden kita dapat digunakan untuk mensimulasikan masalah ini melalui pelbagai rejim dan skala waktu fizik yang relevan,” kata ahli fizik Megan Bruck Syal dari Lawrence Livermore Makmal Nasional (LLNL).