Archives for December 18, 2021

Jika Bumi Dijual, Berapakah Harganya?

Sebelum ini, kita selalu disogok dengan cerita bagaimana batu asteroid yang jatuh ke bumi dijual pada harga yang tinggi atau tanah dari Bulan yang dikatakan mampu mencecah jutaan ringgit. Namun, pernahkah anda terfikir, jika Bumi ini dijual, berapakah harganya?

Melihat kepada sumber bumi dan pelbagai fungsi yang ditawarkan kepada manusia, ia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang terlalu berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit.

Bagaimanapun, bagi para saintis, mereka berjaya mencari formula untuk mengira berapakah kos Bumi jika ia dijual.

Melalui laporan yang dikongsikan di Treehugger, seorang penolong profesor astronomi dan astrofizik dari University of California, Greg Laughin telah mengembangkan satu formula untuk mengetahui harga sebenar Bumi.

Dia menganggarkan bahawa planet tempat manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup ini boleh dibeli dengan harga USD$ 5,000,000,000,000,000 atau 5 quadrillion dolar Amerika Syarikat (sekitar RM20,355,538,058,499,996.00).

Harga ini dinilai berdasarkan kualiti planet Bumi. Ini dapat dilihat dari jisim planet, suhu, usia, dan faktor-faktor lain yang secara langsung menyumbang kepada kemampuannya untuk kehidupan. Semakin tua bintang, semakin tinggi nilalnya.

Laughlin juga telah membandingkan harga Bumi dengan planet lain di sistem suria kita.

Katanya, nilai pasaran planet Marikh hampir sama dengan harga kereta terpakai iaitu pada USD$ 16,000 (sekitar RM65,000). Manakala Venus, planet yang berada dekat dengan Matahari pula dinilai berharga hanya satu sen.

Laughlin dalam kenyataannya berkata bahawa dia tidak mahu nombor ini diperdebatkan. Dia hanya berharap agar manusia lebih menghargai dan menjaga satu-satunya rumah yang mereka ada, iaitu Bumi.

“Formula ini membuat anda menyedari betapa berharganya Bumi dan saya harap ia dapat membantu kita sebagai masyarakat untuk melindungi apa yang kita miliki,” kata Laughlin.

Disangka Lebih Indah, Wanita Ini Kongsi ‘Realiti Sebenar’ Sebagai Penduduk Cameron Highlands

Setiap kali hujung minggu atau musim cuti sekolah, pastinya Cameron Highlands yang terletak di Pahang antara menjadi destinasi percutian. Meskipun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang panjang, keindahan Cameron Highlands yang sejuk dan nyaman antara yang membuatkan destinasi ini menjadi pilihan ramai.

Terbaharu, tular di TikTok apabila yang dikenali di Tiktok menerusi akaun @nraliia tampil berkongsi realiti sebenar yang terpaksa dilalui penduduk Cameron Highlands selepas disangka netizen lebih indah berikutan keadaan cuacanya yang sejuk.

Menerusi perkongsian, penduduk Cameron Highlands sering kali terpaksa memakai sarung kaki berikutan keadaan lantai yang juga turut sejuk. Selain itu, minyak masak juga turut beku membuatkan proses memasak juga akan menjadi sedikit panjang.

Bukan sahaja memasak, para penduduk Cameron Highlands juga terpaksa membiasakan tangan atau pinggan dengan keadaan air yang sejuk. Selain itu, makanan juga perlu dimakan dengan segera kerana cuaca yang sejuk akan turut membuatkan makanan menjadi sejuk dengan lebih cepat.

Sewaktu mahu tidur pula, penggunaan dua selimut antara yang diperlukan bagi mengelakkan kesejukan yang melampau pada waktu tengah malam. Penggunaan air panas sewaktu mandi juga antara yang diperlukan bagi mengelakkan mandi dengan keadaan air yang terlalu sejuk.

Menerusi perkongsian beliau, rata-rata netizen nyata terhibur serta turut berkongsi pengalaman sewaktu di Cameron Highlands. Berikut antara komen netizen menerusi perkongsian di TikTok beliau.

SUMBER: TIKTOK @NRALIIA

SUMBER: TIKTOK @NRALIIA

Meskipun terdapat pelbagai cabaran, rata-rata netizen meluahkan rasa minat untuk berkunjung ke Cameron Highlands berikutan kepelbagaian tarikan yang tersedia di tanah tinggi tersebut.

Benarkah Rakyat Singapura Lebih Kaya Berbanding Rakyat Malaysia Bila Bersara?

Umum tahu bahawa Singapura melangkau jauh meninggalkan Malaysia dalam banyak bidang. Tidak kira ekonomi mahupun teknologi, jiran kita adalah Singa yang memimpin Asia Tenggara.

Sedang rakyat Malaysia sedang berjuang untuk menaikkan gaji minimum ke tahap yang lebih tinggi, Singapura sudah lebih dahulu buat dan rakyat mereka bakal menikmati S$1,500 atau RM4,500 sebulan.

Terbaharu, melalui nukilan saudara Radzi Tajuddin pengasas Hi Home dan bekas ahli lembaga pengarah Perbadanan Stadium Malaysia, beliau berkata Malaysia sebenarnya jauh ketinggalan bukan sahaja bab gaji, tetapi juga simpanan pada hari tua. 

Menurutnya, simpanan rakyat Malaysia dan Singapura menjelang umur persaraan ketinggalan jauh disebabkan beberapa faktor antaranya adalah disebabkan kadar gaji, sumbangan KWSP dan CPF serta sistem yang diguna pakai.

Berikut adalah tulisan saudara Radzi Tajuddin.

Bercakap soal persaraan

Aku terbaca artikel menarik dari The Edge. Asasnya tentang perbandingan dana persaraan rakyat Malaysia (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – KWSP) dengan warga Singapura (Central Provident Fund – CPF).

Kalau tengok data yang dikongsi oleh Hi WEALTH, kita memang ketinggalan jauh kalau nak dibandingkan dengan Singapura.

Paling mudah, kita ambik contoh umur 55 tahun umur bersara. Umur 55 tahun, median simpanan KWSP rakyat Malaysia adalah kurang dari RM40,000.

Pada umur yang sama, median simpanan persaraan warga Singapura adalah sekitar S$230,000. Itu dalam SGD (S$), bukan Ringgit Malaysia (RM). Nak nilai RM, kalilah dengan 3.

S$230,000 kalau ditukar ke RM dah jadi dekat RM700,000.

Kena faham yang pada umur tersebut, kebanyakan  warga Singapura dah ada rumah sendiri.

Paling kurang pun, mereka dan ada sebuah apartment HBD.

Kenapa median CPF lebih tinggi berbanding EPF?

Ada yang tanya, macam mana median CPF lebih tinggi berbanding EPF? Macam tidak masuk akal.

Pertama, dari segi matematiknya, gaji di Singapura lebih mahal.

Ogos lepas, Singapura dah semak semula yang kadar gaji minimum yang ditetapkan adalah S$1,500 (RM4,500).

Memang tak boleh nak bandingkan sebab gaji minimum di Malaysia dalam Ringgit hanyalah RM1,200

Kedua sebab sumbangan CPF mereka tinggi – sekitar 37% (17% dari employer + 20% dari pekerja sendiri).

Sebagai perbandingan, Malaysia punya EPF lagi rendah, 21% sahaja dari jumlah gaji pokok (12% dari employer + 9% dari pekerja sendiri).

Kalau kita rasa potongan KWSP banyak, cuba bayangkan macam mana warga Singapura rasa bila tengok slip gaji, mesti sakit.

Ketiga, sistem CPF adalah lebih kompleks dan fleksibel berbanding EPF.

Tidak seperti akaun EPF kita yang ada Akaun 1 dan Akaun 2, CPF lebih kompleks sebab ada 3 + 1 akaun berbeza.

Untuk CPF, mereka ada 3 akaun asas; Ordinary Account (dana persaraan, beli rumah, insurans dan pelaburan), MediSave Account (kesihatan), Special Account (untuk hari tua dan pelaburan kewangan).

Kalau dah cecah umur 55 tahun, akaun Retirement Account (bayaran pencen bulanan) akan dibuka.

Jadi kalau tengok, selain dapat dividen CPF sekitar 5-6% setahun, warga Singapura sebenarnya dibenarkan menggunakan simpanan hari tua mereka untuk pelaburan.

Dalam erti kata lain, mereka bukan sekadar menyimpan, tapi duit simpanan itu juga ‘bekerja’ untuk jana lebih banyak duit.

Apabila kita gabungkan semua faktor ini, memang tidak pelik kenapa jumlah simpanan persaraan rakyat Malaysia akan lebih rendah – lagi-lagi bagi yang terpaksa keluarkan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.https://www.facebook.com/v2.3/plugins/post.php?app_id=249643311490&channel=https%3A%2F%2Fstaticxx.facebook.com%2Fx%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2F%3Fversion%3D46%23cb%3Df6c2f04f16127c%26domain%3Dwww.thevocket.com%26is_canvas%3Dfalse%26origin%3Dhttps%253A%252F%252Fwww.thevocket.com%252Ff298f9365c2fe58%26relation%3Dparent.parent&container_width=728&href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fradzi.tajuddin%2Fposts%2F10158566162201149&locale=en_US&sdk=joey&width=552

Cukuplah kita kalah banyak benda dengan Singapura, takkan bab bersara pun kita kalah jugak?

Kita taknak lagi 20-30 tahun, M40 yang ada hari ni akan menjadi warga tua yang miskin sebab dana persaraan tak cukup. Something needs to be done.

P/S: Baru-baru ini, Singapura dinobatkan sebagai bandar kedua paling mahal untuk tinggal di dunia, selepas Tel Aviv. Bab tu kita biar Singapura sahaja yang lawan dengan Israel untuk tempat teratas.

Hanya 3% pencarum mampu untuk tanggung persaraan menurut KWSP.

Saintis Ramal Bumi Sudah Di Ambang Musnah, 99.9% Kehidupan Bakal Lenyap

Para saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran perubahan iklim mendorong lautan ke ambang kehancuran. Dengan situasi ini, saintis menganggarkan bahawa 99.9 peratus daripada semua kehidupan di bumi berpotensi musnah. Memetik laporan Futurism, kebimbangan para saintis bahawa nasib kehidupan di bumi akan menjadi seperti zaman dinosaur, di mana kepupusan hidupan di bumi sebelum ini disebabkan kesan asteroid gergasi. Bagaimanapun para pakar melihat kepupusan besar-besaran akan berlaku pada masa akan datang disebabkan oleh kesilapan manusia sendiri.

Menurut ahli geofizik MIT Daniel Rothman dan kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, aktiviti manusia berpotensi untuk mengganggu kitaran karbon global dan mencetuskan malapetaka ekologi selama 10,000 tahun. Beliau turut memberi ramalan, di mana akan berlaku kehancuran Bumi pada akhir abad ini. Kajian itu juga memfokuskan perubahan dalam kitaran karbon sepanjang 540 juta tahun yang lalu, termasuk lima kepupusan besar-besaran yang pernah terjadi.

Berdasarkan kajiannya, Profesor Rothman mendakwa Bumi mungkin berada dalam tempoh ‘gelap’ pada tahun 2100. “Ini menyebabkan malapetaka seluruh planet yang boleh bertahan sehingga 10,000 tahun,” katanya.  Para saintis MIT bimbang tentang jumlah karbon yang terkandung dalam lautan akibat daripada pelepasan gas rumah hijau buatan manusia. Terlalu banyak karbon di lautan menjadikan air terlalu berasid dan berpotensi tidak mesra kepada banyak spesies.

Menurut Profesor Rothman, sekurang-kurangnya empat daripada lima kepupusan besar-besaran yang lalu telah dikaitkan dengan peningkatan kadar perubahan dalam kitaran karbon. Kini, manusia melepaskan terlalu banyak karbon ke atmosfera sehingga peristiwa geologi yang pernah berlaku dulu akan kembali dalam tempoh yang singkat.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah sangat serius; namun, saya tidak tahu berapa banyak masa yang diperlukan untuk membawa kita ke titik kritis yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” katanya. Masalah utama hari ini, menurut pakar, adalah mengawal manusia daripada terus mencemarkan alam sekitar dan mencari jalan untuk mengurangkan tahap karbon dioksida di atmosfera.

Bagaimana Halang Orang Tidak Dikenali Tambah Kita Ke Telegram Groups?

Akhir-akhir ini, salah satu masalah yang dihadapi ramai pengguna Telegram di Malaysia adalah dimana ramai ditambah masuk ke Telegram Groups secara automatik, tanpa persetujuan.

Kebanyakkan akaun dtambah adalah ke Telegram Groups berbentuk pelaburan atau kriptowang – yang kadang-kala agak mencurigakan. Perkara ini semestinya menimbulkan ketidak-selesaan, dan anda ingin menghalang daripada terus ditambah ke Telegram Groups yang tidak dikenali.

Penambahan ahli Telegram Groups secara automatik ini dilihat menggunakan tool khusus, dan tidak kurang juga pelbagai perkhidmatan ditawarkan semua melalui Shopee, yang menjanjikan penambahan sehingga 1000 ahli pada harga RM6. Mengikut beberapa penyenaraian, seseorang yang ingin menambah ahli ke Telegram Groups boleh membuatnya secara rawak, atau turut memberikan Telegram Group sasaran, dan ahli daripadanya akan ditambah ke akaun Telegram Groups baru yang dikehedaki.

Bagi anda yang ingin menjaga privasi, dan elak ditambah secara automatik ke Group-Group yang pelik, anda boleh lakukan:

  • Tap pada menu
  • Pilih Settings
  • Pilih Privacy & Security
  • Pada Groups, tap padanya, dan ubah kepada “My Contacts

Dengan perubahan ini, hanya rakan-rakan anda sahaja yang boleh menambah anda ke sesuatu Telegram Groups, dan bukannya mereka yang tidak dikenali.

Ini juga akan memudahkan anda untuk lebih menjaga privasi, dan elak ditambah ke Group-Group yang tidak diinginkan secara automatik.

Bagaimana Mempertingkatkan Resolusi Gambar Tanpa Kehilangan Kualiti?

Mungkin ada kalanya anda ingin mempertingkatkan resolusi sesuatu gambar tanpa kehilangan kualiti. Menggunakan kaedah “resize” biasa mungkin membuatkan gambar besar, tetapi butiran dan ketajaman pada gambar mungkin hilang.

Dalam memudahkan proses ini, salah satu perkhidmatan yang mungkin membantu adalah Img.Upscaler.

Img.Upscaler membolehkan anda membuat peningkatan resolusi dan menambah-baik kualiti gambar menggunakan teknologi AI.

Daripada percubaan kami sendiri, sejumlah gambar dapat ditingkatkan resolusi dan kualiti gambarnya tanpa masalah. Ini sekaligus membolehkan kita mengarkib gambar-gambar lama dengan kualiti lebih baik pada koleksi kita.

Pembangunnya juga turut mengatakan semua gambar yang dimuat-naik akan dipadam dalam tempoh 24 jam dalam menjadi privasi pengguna.https://www.youtube.com/embed/MsEYdKfD2-s?version=3&rel=1&showsearch=0&showinfo=1&iv_load_policy=1&fs=1&hl=en-US&autohide=2&wmode=transparent

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ImgUpscaler ini hari ini secara percuma melalui web.

Batu nilam terbesar dunia berat 310 kilogram

Batu nilam itu dipamerkan di Horana, Colombo. – Ishara S. Kodikara/AFP/Getty Images

COLOMBO – Pihak berkuasa Sri Lanka melaporkan penemuan batu nilam biru semula jadi terbesar di dunia seberat 310 kilogram dari dalam sebuah lubang mengandungi batu pertama kira-kira tiga bulan lalu, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Pakar-pakar permata tempatan yang memeriksa batu nilam itu berkata, permata nilam dengan berat melebihi 300 kilogram sangat jarang ditemui di dunia.

Beberapa organisasi antarabangsa dikatakan masih belum mengesahkan keaslian batu permata itu. 

Batu nilam itu dipamerkan di rumah salah seorang pemilik lubang batu permata di Horana, iaitu 65 kilometer ke selatan Colombo.

Sekumpulan sami Buddha dikatakan melaungkan kalimah berkat pada batu permata itu sebelum ia didedahkan kepada orang ramai.

Batu nilam itu ditemui di kawasan Ratnapura yang kaya dengan batu permata di mana penduduk tempatan sebelum ini menemui gugusan batu nilam terbesar dunia di sebuah laman secara tidak sengaja.https://a32fbd60e5f9fdab943e8dc7dca9896a.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Ratnapura dikenali sebagai ibu kota permata negara rantau Asia Selatan tersebut. Sri Lanka juga merupakan pengeksport utama baru nilam dan permata berharga lain.

Negara itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$500 juta (RM2.1 bilion) melalui eksport batu permata, berlian dan barang kemas lain pada tahun lepas, demikian menurut badan industri permata dan barang kemas tempatan.

Saintis desak Pluto dinamakan semula sebagai planet

Pada 2006, IAU menurunkan taraf Pluto sebagai ‘planet kerdil’. – NASA

ORANGE, FLORIDA – Sekumpulan saintis menggesa agar definisi ‘planet’ dikaji semula dalam langkah yang bakal menyaksikan Pluto kembali diklasifikasikan sebagai planet, lapor laman berita RT kelmarin.

Pada 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) menurunkan taraf Pluto kepada  ‘planet kerdil’ selepas menemui beberapa objek bersaiz sama di sekeliling lingkaran Kuiper di cakerawala.

Lingkaran Kuiper terletak pada orbit Planet Neptun, di mana Pluto ditemui pada lingkaran tersebut pada tahun 1930 dan kemudian diiktiraf sebagai planet kesembilan dalam sistem solar.

Status Pluto bagaimanapun diturun taraf kerana orbitnya bersilang dengan Neptun selain ia turut berkongsi kawasan orbit dengan objek-objek lain dalam lingkaran tersebut.

IAU turut mengeluarkan definisi baharu bagi planet  yang menyatakan bahawa sebuah planet itu perlu mengorbit Matahari, mempunyai bentuk hampir bulat dan dominan secara graviti serta mampu mengosongkan orbitnya sendiri.

Susulan itu, kumpulan saintis dari Institut Angkasa Lepas Florida membuat penyelidikan melibatkan kajian-kajian lepas sejak  400 tahun lalu.

Kumpulan penyelidik itu dalam kertas kajian bertajuk Moons Are Planets bersetuju agar definisi yang diperkenalkan oleh Galileo Galilei pada era 1,600-an digunakan semula. Definisi tersebut adalah planet hanya perlu aktif secara geologi di angkasa lepas.

“Kita perlu mengubah (definisi planet) sekarang sebelum kita pergi lebih jauh dalam revolusi eksoplanet,” kata salah seorang penyelidik berkenaan, Philip Metzger.

Susulan itu, Metzger dan pasukannya menggesa agar Pluto dinamakan semula sebagai planet dengan beberapa objek angkasa lain turut dijangka menyertai senarai itu.

Firma Afrika Selatan cipta kereta terbang bentuk burung gergasi

Macrobat kelihatan seperti seekor burung gergasi yang mempunyai sayap condong serta ‘kaki’ yang sama seperti haiwan itu. – Phractyl/SWNS

CAPE TOWN – Sebuah syarikat di Afrika Selatan mencipta  kereta terbang  yang boleh mendarat dan terbang secara menegak (VTOL) bagi memudahkan pergerakan manusia pada masa akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dinamakan Macrobat, kenderaan berkuasa elektrik itu masih di peringkat prototaip.

Kenderaan itu kelihatan seperti seekor burung gergasi dan mempunyai sayap  serta ‘kaki’ sama seperti haiwan itu.

Macrobat  dilaporkan berupaya untuk terbang sejauh 150 kilometer (km) pada kelajuan 179 km sejam. 

Menurut syarikat yang menghasilkan inovasi tersebut, Phractyl, mereka serius menjadikan Macrobat  satu realiti dan merancang untuk mula menggunakannya sebagai kenderaan di rantau Afrika.

“Fokus utama kenderaan terbang ini adalah untuk mengatasi  cabaran dalam  sistem pengangkutan yang kritikal di Afrika. 

“Ini termasuk memudahkan pergerakan orang ramai ke kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan darat konvensional,” demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Macrobat boleh dipandu oleh seorang pemandu  atau digunakan sebagai dron melalui sistem kawalan jauh.

Ia boleh digunakan untuk mengambil penumpang atau menghantar  kargo.

Bagi jangka masa panjang, Phractyl menyasarkan untuk menjadikan Macrobat sebagai teksi udara untuk tujuan komersial.

Perubahan iklim di Artik bakal bebaskan virus purba – Pakar

Pandemik baharu boleh tercetus akibat ais yang mencair di Artik. – Getty Images

MOSCOW – Pakar-pakar memberi amaran mengenai satu pandemik baharu yang berisiko membawa maut yang boleh tercetus akibat fenomena perubahan iklim di Lautan Artik, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut pakar, ais yang mencair di Lautan Artik akan menyebabkan virus dan bakteria purba yang beku selama sejuta tahun ‘dibebaskan’.

Penyelidik kanan di Akademi Sains Rusia, Stesen Penyelidikan dan Eksperimen Timur Utara di kampung Chersky, Sergei Davydov memberi amaran bahawa permafros kini mencair dengan cepat. 

“Kami telah menjalankan penyelidikan selama lebih 30 tahun iaitu sejak tahun 1990. 

“Jumlah metana di atmosfera telah meningkat dengan ketara seperti yang kita ketahui daripada data penganalisis gas,” katanya.

Davydov turut memberi amaran bahawa permafros tidak pernah cair sejak berjuta-juta tahun lalu dan virus purba yang tidak terdedah kepada udara sejak sebelum manusia moden berevolusi akan dikeluarkan. 

Sementara itu, Diplomat Kanan Rusia, Nikolay Korchunov memberitahu saluran televisyen TV Zvezda bahawa kerajaan negara itu telah mencadangkan satu projek mengenai bio keselamatan kepada Majlis Artik sebagai langkah berjaga-jaga daripada bahaya yang timbul daripada permafros yang mencair.

“Terdapat risiko tentang kemunculan virus dan bakteria purba. Oleh itu, Rusia telah memulakan projek ‘bio keselamatan dalam Majlis Artik,” katanya.

Tambah beliau, projek baharu itu akan menilai pelbagai ‘risiko dan bahaya’ yang berpotensi membawa kepada pembebasan penyakit berjangkit pada masa hadapan.