Archives for December 18, 2021

Kajang: Sejarah, Sate dan Seribu Satu Tarikan

Imej muka depan oleh Wikimedia

Setiap daerah di Malaysia mempunyai banyak cerita yang unik. Jika Shah Alam popular dengan Masjid Biru, jumlah roundabout yang banyak dan rumah berhantu Mona Fandey, Kajang pula terkenal sebagai bandar penuh sejarah yang dapat menyaingi Klang dan Georgetown.

Mana datangnya nama Kajang?

Ada bermacam-macam versi mengenai asal usul nama Kajang. Mengikut Harith Faruqi Sidek, seorang pustakawan di Universiti Kebangsaan Malaysia, nama ‘Kajang’ dizahirkan apabila ketua orang asli yang bernama Batin Berchanggi Besi dan rombongannya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Johor berhenti di kawasan tersebut. Mereka membina pondok untuk berteduh sementara menunggu hujan berhenti. Bahan yang digunakan untuk membuat atap pondok tersebut dipanggil ‘kajang’.

kajang image 2

Imej oleh Erena

Petikan dari laman web Majlis Perbandaran Kajang ada mengatakan bahawa kawasan ini memang dahulunya didiami oleh suku kaum Temuan yang diketuai oleh Batin Seri Alam, iaitu bapa kepada Batin Berchanggi Besi. Majoriti penduduk di sini pada asalnya terdiri daripada orang asli.

kajang image 3

Imej oleh Erena

Terdapat banyak lagi cerita tentang asal usul nama Kajang ini. Antaranya, selepas rombongan Raja Alang yang berketurunan Mandailing tiba di sini melalui jalan air iaitu Sungai Langat, mereka terus meneroka dan membuka kawasan ini. Nama ‘Kajang’ diberikan berdasarkan tempat mereka ‘berkajang’ atau nama lainnya ‘berpondok’ ketika itu.

Pelopor juadah sate

Kajang dikenali sebagai Bandar Sate kerana ia pernah menjadi tempat bertapaknya empayar sate legend, Sate Kajang Haji Samuri. Allahyarham Datuk Haji Samuri Juraimi merupakan tauke sate yang tersohor di Malaysia. Beliau meninggalkan kerjayanya di sebuah syarikat telekomunikasi untuk menerajui perniagaan ini yang diwarisi daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin.

kajang image 4

Imej oleh Erena

Jenama Sate Haji Samuri sangatlah popular pada era 90-an ke awal tahun 2000. Anda boleh menikmati hidangan ini di pelbagai lokasi termasuklah di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam yang menjadi tarikan pengunjung ketika itu. Sate menjadi sinonim dengan Kajang — seakan-akan hidangan ini dicipta di sana. Kejayaan Sate Haji Samuri juga telah membuka peluang kepada ramai pengusaha makanan untuk menempa nama dalam industri ini. Anda juga mungkin mahu mencuba sate jenama lain seperti Sate King, Sate Pemadam dan yang paling top, Sate Willy. Fuhhh, laparnya!

Leftenan Adnan, Nora Danish dan K-Town Clan

kajang image 5

Imej oleh Mothership

Antara anak jati Kajang yang anda pasti kenal adalah Leftenan Adnan Saidi, wira yang berjuang dalam pertempuran Pasir Panjang. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 di Sungai Ramal, kawasan kelahiran yang sama dengan Allahyarham Haji Samuri. Nama pahlawan ini bukan sahaja menghiasi buku teks sekolah, malah pengorbanan beliau pernah diadaptasi menjadi filem yang dibintangi oleh Hairie Othman.

Selain itu, beberapa artis terkenal juga berasal dari Kajang. Antaranya Ning Baizura yang pernah popular dengan lagu ‘Awan Yang Terpilu’, kumpulan hip-hop K-Town Clan (Kajang-Town Clan) dan aktres Nora Danish.

“Hello Jiran, saya di Kajang ni. Mana lokasi menarik untuk saya kunjungi ya?”

kajang image 6

Imej oleh Erena

Jika anda berada di Kajang, bolehlah singgah ke Pusat Warisan Kajang. Menurut pengarahnya Lee Kim Sin, Pusat Warisan Kajang menyimpan lebih 300 artifak termasuklah buku-buku, perabot lama dan juga peralatan melombong bijih timah. Ala, macam dulu-dulu gitu!

6 Jenama Malaysia yang Terkenal di Luar Negara

Ada dalam kalangan orang Malaysia pada suatu ketika dahulu sering memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan. Tetapi sekarang, produk tempatan telah mendapat sambutan hebat di negara luar. Dalam meraikan semangat Merdeka pada bulan Ogos ini, kami berbangga untuk memaparkan kepada anda beberapa jenama Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Kawan Food

Jiran Kawan Food frozen paratha
Imej: Kawan Food

Bertapak di Shah Alam selama hampir 30 tahun, Kawan Food bermula sebagai pengeluar dan penjual kulit popia. Syarikat penghasilan makanan ini dikenali sebagai pencipta paratha sejuk beku pertama di dunia. Barisan produk Kawan Food bukan sahaja menjadi kegemaran orang Malaysia, malah ia juga telah berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Ireland, United Kingdom, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Australasia.

Jimmy Choo

Jiran Jimmy Choo celebrities shoes
Imej: Wikipedia

Jimmy Choo merupakan anak kelahiran Pulau Pinang yang menjadi ikon fesyen di Hollywood. Selain mencipta nama di negara luar sebagai pereka kasut dan beg tangan, rekaan beliau juga menjadi tumpuan golongan selebriti di sana. Jenama mewah Jimmy Choo telah dijual kepada Michael Kors pada 2017 pada harga AS$1.2 bilion (RM5.09 bilion). Jenama yang diasaskan pada 1996 bersama rakannya, Tamara Mellon, mula menempa nama apabila kasut rekaan mereka menjadi pilihan mendiang Puteri Diana. 

BABA’S

Jiran BABA S imported spices
Imej: Facebook BABA’S

Siapa tidak kenal jenama rempah BABA’S? Jenama ini senang didapati dan menampilkan 30 produk rempah-ratus yang terdiri daripada Pure FlourStaple Food Mixes dan banyak lagi. BABA’S telah menembusi pasaran luar negara dan boleh didapati di Amerika Utara, Kanada, Eropah, Afrika Selatan, Australia dan hampir semua negara di Asia Tenggara.

Spritzer

Jiran Spritzer Malaysia made mineral water 1
Imej: Facebook Spritzer

Spritzer merupakan antara jenama pilihan ramai kerana rasa airnya yang segar dan kurang payau berbanding air mineral lain. Kualiti produk Kumpulan Spritzer dijaga dengan teliti supaya sumber air semula jadi yang terletak di Taiping, Perak kekal tulen dan bersih. Jenama ini terdiri daripada lapan buah anak syarikat yang memfokuskan kepakaran kepada pencarian, penghasilan serta pengedaran air mineral semula jadi, air suling, air perisa buah dan macam-macam lagi. Produk kegemaran rakyat tempatan ini turut dieksport ke Singapura, Brunei, China, Hong Kong, Taiwan dan Papua New Guinea.

Secret Recipe

Jiran Secret Recipe overseas
Imej: Secret Recipe

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Secret Recipe Cakes & Café Sdn Bhd, Datuk Steven Sim, membuka cawangan pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya bersama tiga anak saudaranya yang mempunyai kelayakan dalam pembuatan kek pada tahun 1997. Menunya yang terdiri daripada kek berkualiti tinggi menjadi tumpuan pelanggan. Syarikat ini kian berkembang dan selepas 20 tahun beroperasi, Secret Recipe mempunyai lebih 440 kafe di Malaysia dan luar negara termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan New Zealand.

MAMEE

Jiran Mamee snack exporters
Imej: Facebook MAMEE

Jenama makanan ringan MAMEE memang digemari ramai tanpa mengira peringkat umur. MAMEE menawarkan pelbagai jenis produk seperti mi segera, biskut dan Mister Potato yang menjadi pilihan pengguna sejak 1992. Syarikat yang mencecah usia 50 tahun ini diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin di Melaka pada tahun 1971. Sejak diperkenalkan di pasaran Malaysia, ia berkembang dengan pantas. Kini, MAMEE menjadi pengilang antarabangsa yang diiktiraf dan muncul dengan lebih 50 produk di bawah 10 jenama di luar negara seperti Perancis dan Australia. 

Semangat Berkobar demi Negara!

Walaupun persiapan para atlet sedikit terganggu akibat pandemik COVID-19, kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran untuk meraih tiga pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Pencapaian ini dianggap sebagai yang terbaik pernah dicapai setakat ini.

Rakyat Malaysia meraikan kemenangan barisan atlet negara yang membawa pulang tiga emas dan dua perak menerusi sukan powerlifting, badminton, boccia dan lompat jauh. Prestasi yang membanggakan ini memperbaiki pencapaian di Rio 2016.

Jom kenali atlet-atlet Paralimpik tanah air ini dan ketahui fakta-fakta menarik tentang kemenangan mereka di Tokyo.

Pemecah rekod powerlifting

jiran bonnie gustin
Imej: Instagram @parapowerlifting

Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas pertama buat negara di Sukan Paralimpik Tokyo dalam acara Powerlifting Kategori 72 kilogram (kg) Lelaki dengan angkatan terbaik 228kg. Pencapaian yang menakjubkan ini menempatkan Bonnie sebagai pemegang rekod baharu untuk acara ini selepas mengatasi rekod Paralimpik Rio 2016 yang dipegang oleh atlet Iraq, Rasool Mohsin.

Sahut cabaran kedua

jiran jong yeekhie
Imej: Instagram @parapowerlifting

Sukan Paralimpik Tokyo merupakan temasya Paralimpik kedua buat anak kelahiran Sarawak ini. Atlet powerlifting Jong Yee Khie menyahut cabaran demi negara dalam acara 107kg Lelaki sekaligus merangkul pingat perak. Kemalangan yang menimpa beliau pada tahun 2005 tidak mematahkan semangat Yee Khie untuk menempa kejayaan. Terima kasih kepada ahli keluarga beliau kerana memberikan sokongan dan mendorong beliau untuk kekal bersemangat mencapai impian.

Penampilan pertama

1200x800 templateboccia
Imej: Instagram @megatdshahriman

Dugaan hidup Chew Wei Lun yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya pada usia empat tahun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang menghadapi liku-liku kehidupan. Temasya Paralimpik Tokyo 2020 merupakan penampilan sulung beliau sejak menceburi bidang sukan. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan atlet pertama yang berasal dari Malaysia menyertai acara Boccia Perseorangan Campuran BC1 dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang pingat perak. Kisah Wei Lun yang menyentuh hati dan usaha beliau dalam meraih pingat menjadi inspirasi kepada masyarakat. Kejayaan Wei Lun membuktikan bahawa kita tidak seharusnya berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Emas badminton milik Malaysia

jiran cheah liekhou
Imej: Instagram @paralympics

Cheah Liek Hou berjaya memenangi Kejohanan Dunia Para-Badminton BWF sebanyak 11 kali. Beliau meneruskan tradisi kecemerlangan ini di Paralimpik Tokyo 2020. Pertarungan sengit pada pusingan terakhir Perseorangan Lelaki SU5 selama 50 minit membuahkan hasil apabila beliau berjaya menumpaskan saingannya dan merebut gelaran juara buat kontinjen Malaysia. Liek Hou mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama negara dalam sukan badminton yang dipertandingkan buat julung kalinya di temasya Paralimpik sejak tahun 1960.

Jaguh lompat jauh negara

jiran abdul latif
Imej: Instagram @latifromly

Abdul Latif Romly dikenali sebagai wira lompat jauh yang sinonim dengan laungan “Terbang Latif Terbang!” tanda sokongan rakyat Malaysia buat perjuangan beliau. Abdul Latif berjaya mengekalkan prestasi gemilang sejak muncul sebagai pemenang pingat emas acara Lompat Jauh Lelaki T20 di Paralimpik Rio 2016. Walaupun tidak dapat meneruskan cubaan lompatan terakhir beliau di Paralimpik Tokyo kerana mengalami kecederaan pangkal paha, lompatan kedua Abdul Latif dengan jarak 7.45 meter sudah cukup untuk meletakkan beliau sebagai juara.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua atlet Paralimpik yang bertanding dengan penuh semangat di Sukan Paralimpik Tokyo demi mengharumkan nama negara. Jasa anda semua akan terus dikenang seluruh rakyat Malaysia!

Fakta Penting Tentang Kanser Payudara yang Perlu Anda Tahu

Kanser payudara merupakan antara kanser utama yang menyerang wanita di Malaysia. Secara purata, dianggarkan satu daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidapinya. Walaupun kita sering mendengar kes kanser payudara dalam kalangan wanita, sebenarnya lelaki juga berisiko untuk menghidap kanser ini.

Payudara wanita terdiri daripada sel-sel kelenjar lobul (lobules) yang menghasilkan susu. Saluran ini membawa susu ke bahagian saluran puting (ducts), saluran darah dan limfa selain lemak dan tisu pengantara. Kanser payudara kebiasaannya bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer). Terdapat juga kes yang bermula di kelenjar lobul (lobular cancer) dan lain-lain.

Simptom-simptom kanser payudara

1. Ketulan pada bahagian payudara

Simptom terawal kanser payudara biasanya adalah ketulan pada bahagian payudara. Dengan melakukan pemeriksaan secara kendiri, anda boleh memeriksa sama ada anda mempunyai ketulan yang tidak normal pada kawasan payudara.

2. Sakit pada bahagian payudara

jiran breast selfcheck

Kanser payudara yang membengkak akan menyebabkan pesakit mengalami rasa sakit pada bahagian payudara. Sakit akan menyebabkan kulit payudara menjadi kemerah-merahan.

3. Perubahan sekitar kulit dan puting payudara

Terdapat beberapa perubahan pada kulit dan puting payudara bergantung kepada jenis kanser. Ada pesakit yang mengalami rasa gatal yang berpanjangan di sekitar payudara, diikuti dengan kemunculan ruam seakan-akan gigitan serangga. Kawasan ini kemudian akan terasa panas dan bengkak.

Ada pula yang akan berasa sakit pada bahagian puting. Barah jenis ini akan menyebabkan puting menjadi bersisik, gatal dan kemerah-merahan. Selain itu, ada pesakit kanser payudara yang mengalami perubahan pada kulit disebabkan oleh ulser. Luka ini boleh dijangkiti kuman dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika rawatan lanjut tidak dibuat.

4. Perhatikan perubahan bentuk payudara

Kebiasaannya apabila wanita mencapai akil baligh, datang bulan atau mengandung, mereka akan merasakan perubahan pada bentuk payudara. Namun begitu, jika saiz payudara anda membesar secara tiba-tiba dan kulit di sekitar payudara terasa tegang, segeralah berjumpa doktor.

Bagaimana untuk mengesan kanser payudara

1. Pemeriksaan sendiri payudara

Wanita berusia 20 tahun ke atas digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan sendiri payudara (breast self-examination) setiap bulan. Cara pemeriksaan boleh dipelajari daripada jururawat atau doktor. Sekiranya terdapat ketulan, segeralah berjumpa dengan doktor.

2. Mamogram

jiran mammogram breast

Mamogram merupakan ujian sinar X atau X-ray yang dijalankan untuk memeriksa sama ada pesakit mempunyai sebarang perubahan pada payudara. Ujian ini boleh membantu mengesan sebarang pertumbuhan yang tidak normal pada bahagian payudara.

3. Ultrabunyi 

Pemeriksaan ultrabunyi atau ultrasound sering dilakukan untuk mengenal pasti ketulan pada payudara. Ia membantu doktor dalam menentukan sama ada ketulan yang terdapat di dalam payudara itu bersifat pepejal atau cecair (sista). Selain itu, ultrabunyi juga digunakan untuk membantu proses biopsi atau mengeluarkan cecair.

4. Biopsi

Biopsi adalah proses mengambil sejumlah kecil tisu daripada tubuh untuk diuji di makmal. Hasil daripada ujian inilah yang akan menentukan sama ada kanser wujud atau tidak dalam badan seseorang.

Jenis-jenis rawatan untuk kanser payudara

jiran breast consultation

Mereka yang disahkan menghidap kanser payudara akan diberikan rawatan selepas penilaian lengkap dibuat oleh doktor. Jenis rawatan pula adalah berbeza-beza mengikut jenis, tahap kanser dan keadaan pesakit.

1. Pembedahan

Terdapat beberapa jenis pembedahan untuk kanser payudara, contohnya wide local excision yang bertujuan untuk menyelamatkan seberapa banyak payudara dengan membuang ketulan dan kawasan sekitar tisu normal.

Mastektomi pula merupakan pembuangan semua tisu payudara dan kadangkala tisu lain yang berdekatan. Mastektomi kebiasaannya dilakukan sekiranya keadaan kanser tersebut telah merebak. 

Pembedahan nodus limfa di bahagian bawah lengan pula selalunya dijalankan untuk membuang nodus di peringkat I dan II. 

2. Terapi

Terapi terbahagi kepada tiga iaitu kemoterapi, radioterapi dan terapi hormon. Kemoterapi menggunakan ubat-ubatan bertoksik untuk membunuh sel kanser. Kemoterapi boleh diberikan dalam bentuk suntikan atau diambil dalam bentuk pil atau cecair. Ubat ini boleh membunuh sel kanser, namun ia memberikan kesan sampingan kerana turut boleh merosakkan sebahagian sel normal. 

​Radioterapi atau terapi radiasi biasanya digunakan untuk membunuh sel tumor sekiranya ada yang masih tertinggal selepas pembedahan. Terapi ini biasanya diberikan lima hari seminggu selama lima hingga enam minggu. Ia tidak menyakitkan dan kurang memberikan kesan sampingan.

Terapi hormon digunakan untuk menurunkan kadar kemungkinan kanser untuk berulang. Ia biasanya digunakan untuk merawat pesakit yang sensitif terhadap hormon estrogen dan progesteron. Terapi hormon juga bertindak mengecutkan kanser selain mengawalnya daripada merebak. 

Ramai antara kita yang masih teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor kerana perasaan malu. Namun, jika anda merasakan sesuatu yang tidak normal pada payudara anda, segeralah mendapatkan nasihat pakar kerana lebih awal kanser dikesan, kebarangkalian untuk sembuh adalah lebih tinggi. Sayangilah tubuh anda dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Laman Seni: Dulu dan Sekarang

Rojak Karim dan laksa di i-City

Dua punca utama aku redah Shah Alam hujung minggu lepas. Dah lama tak jejakkan kaki kat Bandaraya Anggerik ni lepas dah graduate dari UiTM. Peristiwa vandalisme ke atas mural hero COVID-19 negara di Taman Cahaya Alam baru-baru ni mengajak aku singgah ke Laman Seni Seksyen 2 dan Seksyen 7 untuk lihat perubahan laman ikonik ni pula.

2012: Ernest Zacharevic, seni jalanan Penang dan Instagram

Maka bermulalah zaman kegemilangan mural dan seni jalanan yang kita lihat sekarang. Fenomena ini dipopularkan oleh artis yang berasal dari Lithuania sebelum ia merebak ke seluruh negara. Penang menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelancong luar dan golongan mobilegrapher yang baru berjinak dengan aplikasi Instagram.

Laman Seni: dulu dan sekarang (2014–2020)

lamanseni piring

Aku personally lebih suka hasil karya sekarang. Tapi, mungkin kerana faktor cuaca dan usia, warnanya tak semeriah yang dulu.

lamanseni umbrella-wall

1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 jarang-jarang, 4 sudah hilang.

lamanseni wall-of-war

Sebuah kapal terbang perang tewas di medan peperangan.

lamanseni bujanglapok

Aku kagum dengan kualiti cat mural ni. Tak pudar ditelan zaman.

lamanseni blackgate

Dulu, ada banyak latar belakang polos macam ni. Jadi, kami terpaksa bawa props untuk muncul lebih kreatif.

lamanseni classroom 2

Inilah seni jalanan favourite aku. Instagram pernah paparkan semasa #WHPresolutions2014

Sekarang ada banyak tempat yang paparkan mural dan seni jalanan menarik. Tapi sayang, pihak yang tidak bertanggungjawab sering muncul untuk membuat onar. Mari sama-sama mainkan peranan untuk memelihara karya anak jati tempatan. Hargai seni jalanan kita.

Rancangan Nostalgia yang Menggamit Kenangan

Kita semua membesar dengan pelbagai elemen budaya pop mengikut generasi masing-masing. Bagi golongan yang berumur 50 tahun ke atas, mungkin hari-hari anda pernah diwarnai dengan fenomena filem Grease lakonan John Travolta dan Olivia Newton-John. Pengaruh filem ini sangat ketara, terutamanya di kalangan remaja ketika itu yang cuba meniru penampilan hero dan heroin filem tersebut — pelajar lelaki dengan rambut pomade gaya greaseball dan seluar ketat manakala pelajar perempuan pula dengan rambut gerbang yang juga menjadi ikutan para artis sehinggalah tahun 90-an.

Dekad 1990-an pula tidak kurang meriahnya dengan bermacam-macam trend dan budaya pop yang ditayangkan di kaca televisyen. Geng 90-an merupakan generasi yang paling bertuah kerana pertemuan era analog dan era digital membuahkan pelbagai jenis program TV yang menarik. Jom kita imbau kembali rancangan-rancangan yang pernah popular suatu ketika dahulu.

#1 Program bakat realiti

Pencarian bakat baru menerusi rancangan realiti memang mendapat sambutan sejak era 80-an lagi. Mesti ramai yang masih ingat penyingkiran Mas semasa beliau di AF2, saat Mawi menjadi kegilaan di Malaysia atau detik kegemilangan Jaclyn Victor di pusingan terakhir Malaysian Idol. Tapi berapa ramai antara kalian semua yang masih ingat Pujaan 10 Nescafe, sebuah program nyanyian yang cukup gah pada awal 90-an?

Pujaan 10 Nescafe merupakan rancangan radio terbitan RTM yang memaparkan 10 lagu terbaik setiap minggu. Banyak lagu ‘hit’ dan legend pernah menguasai carta ini, termasuklah “Kekasih Awal dan Akhir” dendangan Jamal Abdillah dan “Fiona” oleh 4U2C. Awie juga pernah memenangi persembahan solo terbaik dalam program ini dengan lagunya, “Tragedi Oktober”. Tonton di sini.

#2 Drama bersiri tempatan

Kalau bercakap tentang drama top zaman ini, anda mungkin akan menyebut Kampung People7 Hari Mencintaiku atau Pujaan Hati Kanda. Tapi masihkah anda ingat akan drama-drama TV yang menjadi perintis kepada drama-drama yang kita ketahui sekarang?

Antaranya Salam Taj Mahal yang dibintangi oleh M Nasir, Umie Aida, Erma Fatima dan Vanidah Imran. Waktu itu, drama-drama yang difilemkan di luar negara mendapat sambutan hebat di kalangan penonton setia di rumah, misalnya Cinta Antara Benua yang melonjakkan lagi nama Ahmad Idham pada era tersebut. Ramai juga penonton yang ‘sangkut’ dengan sebuah lagi drama Ahmad Idham yang bertajuk Cinderella, yang dibintangi oleh Haliza Misbun sebagai kekasihnya.

Walau zaman berubah, drama bersiri tetap meraih minat orang ramai. Kalau sekarang ini penonton gilakan Mira Filzah, Ben Amir dan Yuna Rahim, sebelum ini nama-nama seperti Rosyam Nor, Amy Mastura dan Ako Mustapha yang menjadi sebutan ramai. Mungkin drama-drama seperti ini mempunyai pengakhiran yang sama, tetapi jalan cerita yang baik, plot twist yang menarik serta barisan bintang-bintang yang berbakat membuatkan genre ini kekal popular.

#3 Drama bersiri antarabangsa

Selain drama tempatan, naskhah antarabangsa juga pernah menjadi fenomena, contohnya Winter Sonata yang juga popular dengan lagu temanya. Lagu tersebut sangat diminati ramai sehinggakan penyanyi balada Hazami tampil dengan versi Bahasa Melayu.

Di kalangan peminat drama Latin, semestinya drama bersiri Rosalinda masih diingat sehingga kini. Perjalanan hidup Rosalinda yang disulami peristiwa menyayat hati dan akhirnya bertemu bahagia menjadi ilham kepada banyak telenovela Malaysia yang diterbitkan pada awal 2000. Siri drama ini juga melahirkan pengikut drama Latin yang fanatik di Malaysia. Mereka ikut tertarik dengan drama Filipina yang banyak meminjam elemen dan plot drama Latin, antaranya Sana’y Wala Nang Wakas dan Kay Tagal Kang Hinintay.

Untuk drama bersiri bahasa Mandarin pula, The Forest Cat yang dibintangi oleh Kent Chang (nama yang juga glamour di kalangan pelajar sekolah) merupakan drama yang paling mendapat sambutan semua kaum di Malaysia. Drama yang mengisahkah Fei Mou, seorang lelaki OKU, benar-benar menyentuh hati ramai pengikut drama bersiri antarabangsa. Ada yang tertanya-tanya bagaimana keadaan Kent Chang sekarang? Beliau kini sudah menjadi pengarah yang berjaya dan pernah berlakon dalam filem Ip Man.

#4 Rancangan kanak-kanak tempatan

“Dia bagai seorang pahlawan!” merupakan lirik lagu OST yang paling digemari oleh kanak kanak era 1990-an. Siapa yang tidak kenal watak Keluang Man, Tiong Man dan Inspektor Sahab yang mewarnai segmen kartun di stesen RTM satu ketika dulu? Ketika stesen televisyen menyiarkan kartun dan filem antarabangsa seperti Dash! Yonkuro, Doraemon, Dragon Ball dan Power Rangers, kanak-kanak di Malaysia masih setia dengan kisah adiwira yang berasal dari Hospital Bahagia Tampoi, Keluang Man. Cerita ini boleh dikatakan antara cubaan yang berjaya untuk menghidupkan genre adiwira di Malaysia.

Sekiranya anda peminat sukan badminton, sudah pasti anda ingat lagi akan siri animasi Anak-Anak Sidek. Siri ini mengisahkan zaman kanak-kanak adik-beradik legenda Malaysia iaitu Misbun (Bun), Rashid, Razif, Jalani (Alan) dan Rahman (Aman) yang kemudiannya menjadi pemain-pemain badminton yang mewakili Malaysia ke arena antarabangsa. Rancangan ini dianggap rare kerana premisnya yang luar biasa ketika itu: sebuah autobiografi dalam bentuk kartun.

Tidak lupa juga animasi Kampung Boy dan Usop Sontorian yang ditonton oleh adik-adik (serta abang dan kakak juga) di waktu petang.

Artikel berkaitan: 5 Kartun Klasik Yang Mengembalikan Memori Zaman Kanak-Kanak

#5 Game show tempatan

Budaya game show ini asalnya dari budaya pop di Amerika tetapi bila Roda Impian diperkenalkan, rakyat Malaysia mula tertarik dengan konsepnya, lebih-lebih lagi dengan laungan “Saya putar, Halim!” dan “Wang besar!” yang dipopularkan oleh rancangan tersebut. Secara teknikalnya, rancangan ini hanyalah permainan crossword tetapi hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Ada peserta yang menang wang tunai berjumlah ribuan ringgit dan ada juga yang berjaya membawa pulang sebuah kereta!

Game show yang lain seperti Troli Monopoli juga pernah menghiburkan rakyat Malaysia dengan penyertaan artis-artis terkenal.

#6 Rancangan komedi

Sebelum adanya Raja Lawak, Maharaja Lawak dan sebagainya, stesen televisyen tanah air pernah menyiarkan beberapa rancangan yang masih mampu membuat penonton tertawa. Contohnya, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang dibarisi pelakon-pelakon kontemporari 90-an seperti Imuda, Allahyarham Zami Ismail, Sabri Yunus, mendiang Accapan dan Angeline Tan. Siri ini amat ‘dekat’ di hati rakyat Malaysia kerana premisnya yang berjiwa rakyat dan jenakanya yang mencuit hati.

Permintaan terhadap siri komedi semakin hangat di akhir 90-an kerana scene komedi di Amerika Syarikat pada waktu itu sedang rancak dengan aksi bintang-bintang seperti Eddie Murphy, Dave Chappelle dan Jim Carey. Dengan itu lahirlah siri Senario yang diterajui oleh Wahid, Saiful Apek, Lan Pet-Pet, Yassin dan Azlee Jaafar. Sambutan yang memberangsangkan telah meyakinkan pelabur industri filem untuk menghasilkan beberapa buah filem yang diinspirasikan oleh nama kumpulan tersebut. Yang paling segar dalam ingatan adalah sketsa VCD cetak rompak dalam Lagi-Lagi Senario. Ingat lagi tak?

#7 Iklan TV tempatan

Iklan-iklan TV dulu bukan seperti sekarang, mungkin kerana hari ini tidak ramai yang menonton TV berbanding dengan 10 atau 20 tahun yang lalu. Jika kita di depan TV, apa-apa siaran atau iklan pun boleh buat kita terhibur. Antaranya iklan Tora yang bertujuan untuk memasarkan barang permainan kanak.

Bagi penggemar iklan raya pula, iklan-iklan tersohor arahan arwah Yasmin Ahmad wajib ditonton kerana hasil karyanya meninggalkan kesan yang mendalam di sanubari rakyat menjelang Aidilfitri. Iklan ‘Plastic Bowl’ atau ‘Mangkuk Plastik’ umpamanya menawarkan perspektif penjagaan warga emas dari lensa kanak-kanak yang penuh syahdu dan menyentuh perasaan, membuatkan ramai yang berlinang air mata.

Untuk iklan yang bertemakan muzik pula, iklan ‘Through My Window’ yang dipersembahkan oleh Bunkface di tengah-tengah Bukit Bintang berjaya mengumpulkan ratusan anak muda yang meminati muzik indie tanah air. Jika anda sertai gig tersebut, anda dianggap cool ketika itu! Kempen ‘Through My Window’ turut melibatkan Shila Amzah, Tomok, Modread dan band underground, Marionexxes.

Landskap Airbnb dan Rumah Percutian Pasca PKP

Image 1 2
Imej oleh Mari Franca Asia

Sebelum penularan wabak COVID-19 yang datang tanpa diduga, industri pelancongan di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Rumah-rumah percutian muncul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Aplikasi dalam talian seperti Airbnb telah memudahkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang pelancongan. Semenjak trend ini bermula, para pengendali rumah penginapan tampil menawarkan alternatif yang cukup selesa buat para pelancong yang ingin merasakan pengalaman yang berbeza. Selain menginap di hotel 5 bintang yang mendominasi kawasan-kawasan bandar dan pesisiran pantai, kaki melancong bebas memilih destinasi idaman di kota raya mahupun di desa.

Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberikan kesan yang besar dan mendalam kepada industri ini. Contohnya, beberapa buah hotel yang terkenal di Ipoh sudah pun gulung tikar akibat ketiadaan pelancong semasa PKP dilaksanakan. Perkara yang sama juga berlaku kepada sebilangan syarikat perhotelan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kebanyakan hotel yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang mempunyai modal yang besar ini sepatutnya mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung beberapa bulan tanpa pelanggan. Sekarang bayangkan senario yang sama turut dialami oleh pemilik rumah pelancongan yang kebanyakannya bekerja sendiri atau makan gaji dengan syarikat yang lain.

Encik Mohammad Ariff Bin Arbi, pemilik dan pengendali Mendung Escape di Sarawak, tidak menerima sebarang tempahan sewa bilik sepanjang PKP berlangsung.

Image 2 2
Imej oleh Airbnb

“Kami tak terima apa-apa booking pun disebabkan oleh larangan merentas negeri,” jelas beliau. Kebanyakan pengunjung yang membuat tempahan di Mendung Escape datang dari luar Sarawak, sama ada dari bandar-bandar lain di Malaysia atau benua Eropah.

“Selalunya pelancong yang datang ke tempat kami berasal dari kota besar seperti Kuala Lumpur. Mereka ingin melarikan diri dari kesibukan bandar dan mencari ketenangan jauh di kawasan pergunungan.”

image 3 1
Imej oleh Rojak Daily

Pemandangan gunung-ganang dan landskap yang indah menjadi tarikan utama di Mendung Escape. Lokasinya yang unik di kawasan Bau perlu didaki selama 20 minit sebelum tiba di pekarangan tempat penginapan tersebut. Jadi bagi Encik Ariff Arbi, beliau bukan sahaja harus menunggu larangan merentas negeri dibatalkan tetapi juga larangan mendaki bukit atau gunung.

Keadaan rumah peranginan di Hulu Langat pula sedikit berbeza. Tanah Larwina merupakan sebuah rumah pelancongan mewah yang luar biasa, lagi-lagi untuk peminat staycation yang ingin bercuti tidak jauh dari Kuala Lumpur. Rumah ini bukan sahaja menawarkan pengalaman bermalam di hutan dengan suasana dan layanan 5 bintang, malah para pengunjung juga berpeluang meneroka sebuah dusun buah-buahan dan ladang haiwan untuk pencinta binatang.

“Dusun ini merupakan suatu hobi saya. Memang saya telah lama berminat dengan aktiviti pertanian, dengan tanaman dan binatang. Kalau sesetengah orang gemar bermain golf di hujung minggu, saya pula asyik ke sini. Keluarga saya juga boleh ikut serta ke sini,” kata Encik Faisol Hussain, pemilik Tanah Larwina.

Image 4 1
Imej oleh Airbnb

Jika kita lihat usaha-usaha yang dilakukan oleh Encik Faisol Hussain, beliau benar-benar melabur wang yang banyak untuk menjadikan Tanah Larwina sebuah tarikan di Hulu Langat. Reka bentuk rumah, infrastruktur, logo, dan juga ekosistem kecil yang wujud di persekitarannya dihasilkan dengan penuh minat dan kesungguhan.

image 5 2
Imej oleh Airbnb

Disebabkan keistimewaan ini, ramai pelancong yang telah membuat tempahan untuk bermalam di rumah penginapan tersebut sebelum PKP tidak membatalkan tempahan mereka untuk menginap di sana. Pelancong-pelancong ini hanya mengalihkan tarikh dan waktu untuk berkunjung selepas arahan PKP dibatalkan.

Temasik Retreats di Port Dickson juga menghadapi situasi yang sama. Semestinya institusi ini diuruskan oleh sebuah syarikat yang lebih besar berbanding rumah pelancongan persendirian yang lain, jadi mereka mampu untuk bertahan dalam menghadapi krisis kesihatan dan kewangan.

“Pelanggan kami juga mengalihkan tarikh penginapan mereka ke akhir tahun. Premis kami tidak beroperasi semasa PKP, tetapi wang simpanan kami memainkan peranan yang besar dalam menampung perjalanan operasi ketika krisis pandemik.”

Temasek Retreats merupakan vila mewah yang dibina berhadapan dengan laut. Ia dilengkapi dengan kolam infiniti dan jakuzi yang mampu memuatkan sembilan orang. Vila pula boleh menampung sebanyak 25 orang dalam satu masa.

image 6
Imej oleh Temasek Retreats

Sebagai persediaan untuk menerima pelanggan dalam masa yang terdekat, Temasek Retreats telah menyediakan garis panduan demi menjaga kepentingan dan keselamatan tetamu serta kakitangan mereka yang bekerja di sana.

“Kami hasilkan panduan kami berdasarkan garis panduan yang sudah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Keseluruhan vila kami akan dibersihkan sebelum ketibaan tetamu dan proses yang sama akan dilaksanakan sebaik saja mereka pulang. Cadar, selimut dan kain-kain yang telah digunakan akan dihantar kepada syarikat dobi yang profesional. Semestinya, sebelum tetamu masuk ke premis, suhu badan mereka akan diambil.”

image 7
Imej oleh Temasek Retreats

Mungkin cara Mendung Escape dan Tanah Larwina sedikit berbeza daripada Temasek Retreats. Yang pentingnya mereka semua tetap mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tidak dinafikan bahawa industri pelancongan kita tidak lagi sama seperti dahulu. Walaupun begitu, dengan adanya rumah-rumah pelancongan yang masih menawarkan pengalaman yang istimewa seperti di atas, harapan tetap ada untuk masa hadapan industri ini.

Usaha-usaha menguatkan ekonomi pelancongan bukanlah terletak di bahu kerajaan pusat atau negeri sahaja. Bagi memastikan industri pelancongan domestik kembali maju, pengendali rumah-rumah peranginan serta rakyat Malaysia harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keselamatan serta kesihatan sentiasa diutamakan.

Sambil bersiar-siar keliling Malaysia, janganlah lupa untuk memberi sokongan kepada peniaga-peniaga tempatan di seluruh tanah air! Untuk maklumat terkini tentang pelbagai perkhidmatan yang terdapat di kejiranan anda atau di mana-mana lokasi dalam negara, kunjungi Yellow Pages sekarang.

Kewujudan Air Terjun Pelangi: Rahsia Warga Pahang Terbongkar

Sebagai negara yang terletak di garisan khatulistiwa, tanah air kita kaya dengan pelbagai keunikan alam yang dikelilingi hutan hujan tropika. Jadi nama-nama seperti Air Terjun Sungai Chiling, Air Terjun Buaya Sangkut dan Air Terjun Lata Kinjang bukan lagi asing bagi penggemar aktiviti lasak dan jungle trekking. Tetapi tidak ramai yang tahu akan rahsia yang sudah lama disimpan oleh warga Pahang — kewujudan Air Terjun Pelangi.

air terjun pelangi image 2

Air Terjun Pelangi merupakan sebuah tarikan semula jadi yang terletak di Sungai Lembing, Pahang. Berbeza dengan tarikan seperti Air Terjun Sungai Chiling yang hanya memerlukan anda berjalan kaki selama sejam, mereka yang mahu mengunjungi Air Terjun Pelangi perlu menaiki kenderaan jenis 4×4 untuk sampai ke kawasan berhampiran lokasi tersebut. Jangan bawa kereta biasa pula, pengsan nanti nak servis!

air terjun pelangi image 3

Kalau anda tidak dapat membayangkan bagaimana rupa Air Terjun Pelangi, seorang netizen yang menggunakan nama @IsskndarAriffin telah memuat naik sebuah thread di Twitter yang memaparkan perjalanannya ke air terjun tersebut.https://platform.twitter.com/embed/Tweet.html?dnt=false&embedId=twitter-widget-0&features=eyJ0ZndfZXhwZXJpbWVudHNfY29va2llX2V4cGlyYXRpb24iOnsiYnVja2V0IjoxMjA5NjAwLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X2hvcml6b25fdHdlZXRfZW1iZWRfOTU1NSI6eyJidWNrZXQiOiJodGUiLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X3NwYWNlX2NhcmQiOnsiYnVja2V0Ijoib2ZmIiwidmVyc2lvbiI6bnVsbH19&frame=false&hideCard=false&hideThread=false&id=1309700875829555200&lang=en&origin=https%3A%2F%2Fjiran.com.my%2Fkewujudan-air-terjun-pelangi-rahsia-warga-pahang-terbongkar%2F&sessionId=9e485bde58834d1a94f711d6780c070a46719f3e&theme=light&widgetsVersion=9fd78d5%3A1638479056965&width=550px

Menurut beliau, pelangi di kawasan itu hanya muncul pada jam 9 hingga 10.30 pagi, bergantung kepada cuaca dan kedudukan awan ketika itu. Jadi kepada kaki hiking atau mereka yang minat dengan fotografi, anda perlulah membuat persiapan dan bertolak lebih awal jika ingin ke Air Terjun Pelangi.

air terjun pelangi image 4

Lokasi ini masih tidak diketahui ramai kerana faktor perjalanannya yang mungkin sukar bagi sesetengah pihak yang tidak memiliki kenderaan yang sesuai. Anda perlu meredah Hutan Simpan Remen Chereh sejauh 18 kilometer. Hampir sejam diperlukan untuk tiba di tapak lokasi.

Mengikut seorang blogger pula, Hasif Hamsyari, kenderaan anda akan merentasi tiga sungai iaitu Sungai Jin, Sungai Hillview dan Sungai Bunga atau nama timangannya Sungai Cuci Kaki. Kenapa dipanggil ‘Cuci Kaki’? Ini kerana di kala cuaca buruk, kenderaan anda mungkin tidak boleh merentasi sungai tersebut dan anda hanya mampu ‘mencuci kaki’ sahaja.

air terjun pelangi image 5

Air Terjun Pelangi juga mendapat pengiktirafan daripada TripAdvisor dan telah disenaraikan sebagai salah sebuah air terjun yang tercantik di Malaysia. Ini sudah tentu membuatkan anda tidak sabar untuk menyaksikan sendiri keindahannya, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Walaupun di era pandemik ini kita perlu berwaspada dalam setiap pergaulan dan mematuhi peraturan ketika menyertai aktiviti riadah atau sukan lasak, janganlah kita lupa untuk menikmati kehidupan dan menghayati khazanah alam ciptaan Tuhan ini.

New Petting Zoo Unveiled as Tourist Attraction in Ipoh

Ipoh City’s latest tourism product is the Petting Zoo at Gunung Lang Recreational Park which is part of the Lembah Kinta Geopark.

Image 1 1 1

The new venue boasts some 800 animals from 25 species.

For city dwellers and their children, this offers the perfect opportunity to get close to nature and animals.

Image 2 2 1

Ipoh Mayor, Datuk Rumaizi Baharin officiated the pre-launch recently.

He stated that the zoo was built at a cost of RM1 million on a 1.8 hectare site.

The operating hours are from 10am to 7pm daily. Guests can touch animals like sheep, ponies, iguanas, ostriches and chickens.

Tickets are priced at RM6 for adults and children aged two and above.

Image 3 1 1

“This zoo provides opportunities for the locals and domestic tourists to get close to or play with the animals like rabbits, raccoons, porcupines, birds, snakes and other species,” said the mayor.

Getting Back to Nature at Bakun Dam

Malaysia is blessed with lush greenery and beautiful tropical landscapes that mesmerise the eyes and the soul. With the abundance of flora and fauna, it comes as no surprise that Malaysians would travel beyond the country’s concrete jungles and urban skylines to search for a place that evokes a sense of belonging.

For Bethany Luhong Balan, a Kayan multimedia designer and visual artist who currently resides in Kuching, that special place is Bakun Dam, Sarawak.

bakun dam image1

“My most recent trip to Bakun Dam was in December last year,” she says. “My father was still in the middle of building his small lodge or homestay, and we spent a weekend there to see the progress.”

“Once you enter the Sungai Asap area, it’s about an hour’s drive to the Bakun Dam jetty, and then about 20–30 minutes by boat to my family’s lodge. The dam reservoir itself is huge, almost the same surface area as Singapore. Our lodge (The Bayoh Lodge) is built right up against the shoreline, at the edge of where the reservoir ends. My father decided to name our lodge after the Bayoh tree, which grows all around us,” explains Bethany.

bakun dam image2
bakun dam image3

The Bayoh Lodge has three separate units, each with a sleeping area that can fit 4–5 people, an attached kitchenette and bathroom, and a shared verandah. Her father and uncle lined the verandah with long benches made from planks and tree trunks. Bethany spent her time there with her family, soaking in the scenery, drinking coffee, and enjoying each other’s company.

“We’re still adding more amenities and creature comforts — perhaps a deck or common area for activities. The goal is to eventually open it up once it’s safe to travel again for company retreats or family vacations. It’s very rustic and isolated. There’s no Internet or even phone signal, so we were basically cut off from the human world.”

bakun dam image4

“We were right in the middle of the animal kingdom, though. There are waterfalls and streams nearby with a lot of freshwater fish. We saw monkeys in the trees on the shoreline, birds and butterflies, and there was even a family of otters that visited our lodge as if they were curious about what we were doing there.”

Over 20 years ago, Bethany’s family moved from Bakun Dam to a different location in Sungai Asap, where the differences were quite stark. When it comes to basic amenities, her family didn’t have electricity in Bakun. They had to use oil lamps at night and bathed in the river or out on the back verandah, using rainwater collected in huge basins.

bakun dam image5

Living in longhouses means that you’re blessed with the wonders of the river. “Longhouses are always built near a river, because in the past, rivers were a source of water, food, and communication. They were our roads, basically. The river we relocated to is smaller and farther away than the one near our old longhouse. Everything feels smaller and tamer somehow, but maybe that’s just because I’m an adult now, not a 7-year-old child.”

bakun dam image6

Despite the lack of amenities, Bethany admits that her stay at Bakun was refreshing, a restful getaway from the hustle and bustle of city life. Bethany and her family would catch fish and prepare them for dinner, visit waterfalls and just enjoy everything nature could offer. In Bethany’s own words, she was experiencing how her ancestors lived: “If they were hungry, they caught their own food. If they were bored, they told stories.”

It is no wonder that a story like Bethany’s garnered so much attention on her Twitter post. With many of us now yearning for a change of scenery and the chance to simply unplug from our daily routine, a glimpse into Bethany’s story allows us to close our eyes and experience the beauty that Bakun Dam has to offer.

Drop an email to bayohlodge@gmail.com to experience Bethany’s journey yourself! And if you’re looking for the next place to escape, check out the list of accommodation for your next trip under Yellow Pages Travel & Leisure section.