Archives for December 18, 2021

ITULAH PENTINGNYA ‘ENGLISH EDUCATION..!’

Hangat-Hangat Tahi Ayam

Siapa yang tak tahu maksud peribahasa ni? Budak-budak sekolah memang wajib tahu. Korang kalau tak tau maksud peribahasa mudah ni, memang ‘masaklah’ nak menjawab soalan UPSR nanti. 
Maksudnya:
Melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama-kelamaan bila dah rasa susah atau bosan, ditinggalkan saja.

Tapi kan, kalau peribahasa ni disuruh terjemah ke Bahasa Inggeris, agak-agak jadi apa ya? 
Sepatutnya, kalau diterjemah terus, jadi ‘Warm warm chicken shit’ la kan? Macam dalam iklan ni. Tapi, betul ke terjemahan tu? Ah, sudah!

Inilah jadinya bila diterjemah BM-BI sesuatu frasa atau ayat secara terus (direct). Lagi-lagi kalau pakai Google Translate. Memang boleh gelak guling-guling bila baca. 

Adik-adik semua, kalau nak terjemah sesuatu yang melibatkan peribahasa, simpulan bahasa, malah ayat atau frasa sekalipun, jangan mudah percaya Google Translate bulat-bulat tau! Kalau boleh, tak payahlah minta tolong Google terjemahkan peribahasa tu. Boleh cepat pencen cikgu korang bila baca nanti. Lebih baik rujuk dengan pakar bahasa atau cikgu Bahasa Inggeris terus. 
“Don’t make my blood go upstairs ok?”

Bak kata Usop Wilcha; “Itulah pentingnya ENGLISH EDUCATION!”

Oh ya, untuk peribahasa ‘Hangat-hangat tahi ayam’ ni bolehlah diterjemahkan menjadi;
New broom sweeps clean.

Panjang Setiap Jari Mungkin Mewakili Personaliti Anda?

Panjang Setiap Jari Mungkin Mewakili Personaliti Anda?

Bolehkah kita mentafsir personaliti seseorang berdasarkan panjang jari sahaja? Mungkin saja boleh dan mungkin juga tidak. Bergantung kepada penerimaan atau pentafsiran seseorang individu itu terhadap dirinya. Admin telah membaca dan kesimpulannya memang ada persamaan dan ada betulnya juga.

Di sini pihak admin ingin berkongsi kaedah menarik ini kepada pembaca. Lihat dulu gambar di bawah untuk mengenali serta mengenalpasti manakah bentuk panjang jari anda.

Sudahkah anda mengenalpasti mana satu panjang jari anda? Jika ya, sila baca penerangan secara ringkas dibawah:

A) Seseorang yang Menarik dan bersifat Pragmatik

Seseorang yang mempunyai jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk biasanya kelihatan menarik dan biasanya menjadi perhatian orang ramai. Mereka juga bersifat terbuka dan boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan atau situasi, bersifat mesra dan senang bergaul. Golongan ini juga merupakan seorang yang agresif dan mudah mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka bersifat sangat penyayang dan fleksibel kerana boleh menjadi saintis, askar, jurutera dan sebagainya.

B) Jenis “Mesti Siap” dan Berkeyakinan Tinggi

Seseorang yang mempunyai jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis adalah seseorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam dirinya. Golongan ini juga tidak suka bertangguh dan mesti menyiapkan tugas atau kerja dengan segera. Mereka lebih suka melakukan suatu tugasan secara bersendirian tetapi tidak semestinya bersifat introvet. Mereka sangat fokus pada matlamat utama dan tidak suka diganggu. Mereka gembira dengan kejayaan yang dicapai tetapi kadangkala inginkan lebih daripada itu.

C) Jenis bencikan Konflik, Sukakan Kedamaian

Seseorang yang mempunyai panjang jari manis dan telunjuk yang sama adalah seseorang yang suka akan kedamaian, persahabatan ataupun keamanan. Golongan ini suka untuk berinteraksi, bersahabat dan bersosial dengan semua orang. Mereka sangat setia dalam perhubungan,mengambil berat dan prihatin terhadap rakan-rakan. Tetapi perlu berhati-hati terhadap golongan ini. Mereka lebih suka mendiamkan diri atau memendam perasaan jika ada sesuatu yang tidak  disukai. Jika berterusan ditindas, mereka akan ‘meletup’ dengan tidak disangka-sangka.

Sumber: http://infosantai.com

Perwatakan Anda Melalui Jenis Darah

Ha, siapa sebenarnya anda? Nah, baca kajian menarik ini. Kena tak pada anda?

Eh, tapi… baca boleh, percaya jangan!!! 

Waktu Terbaik Belajar

Kalau nak jadi orang yang berjaya, kita bukan sahaja kena rajin berusaha. Yang paling penting, ‘WORK SMART’. Belajar secara bijak, barulah boleh mendatangkan kejayaan.

Okey khusus untuk adik-adik yang bakal menduduk UPSR, PT3, SPM atau peperiksaan apa sekalipun, cuba ubah waktu belajar macam ni ya. Mana tahu, jauh lebih berkesan. 

KENALI JENIS KEJU

Pengenalan mengenai keju merupakan topik yang penting kerana kita mempunyai pelbagai persoalan mengenai keju. Maka pengetahuan mengenai keju dapat memperbetulkan tanggapan ini disamping memberikan maklumat yang tepat mengenai penggunaan keju yang betul. Maka dengan itu tidaklah kita melakukan sesuatu tanpa ilmu.

Seperti yang kita ketahui, keju merupakan makanan yang telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu oleh ramai penduduk dunia dengan kaedah penghasilan yang pelbagai. Mungkin sekiranya anda merasakan keju yang dibeli dikedai disediakan dengan cara yang tidak sesuai dengan anda, mengapa tidak; Anda menyediakan keju anda sendiri? Malah keju disediakan daripada pelbagai jenis susu (lembu, kambing, biri-biri, yak dan sebagainya) dan pelbagai jenis cara.

Penyediaan keju menggunakan bahan gantian ‘rennet’ dari tumbuh-tumbuhan telah lama digunakan iaitu semenjak zaman Roman lagi. Manakala dalam penghasilan keju moden pula kaedah yang dikenali sebagai ‘Fermentation produced chymosin’ (FPC) digunakan kerana ianya lebih murah selain mampu menghasilkan keju yang berkualiti.

Kaedah ini terhasil melalui teknologi kejuruteraan genetik yang membolehkan ‘gene’ yang menghasilkan rennet di dalam usus haiwan dipindahkan kepada bakteria, fungus atau yis bagi membolehkan ia menghasilkan ‘chymosin’ semasa proses penapaian. Jadi proses ini sama sahaja dengan proses penghasilan bahan makanan lain seperti kicap, tempeh dan tapai.

Menjelang 2008, lebih kurang 80% ~ 90% keju yang dihasilkan di US dan Britain adalah dihasilkan menggunakan FCP. Hari ini FCP yang digunakan dalam kebanyakan penghasilan keju secara industri adalah dihasilkan oleh fungus Aspergillus niger dan dipasarkan di bawah jenama CHY-MAX® sebuah syarikat dari Denmark atau dihasilkan oleh Kluyveromyces lactis yang dipasarkan di bawah jenama MAXIREN® sebuah syarikat Belanda.

Itu berkenaan dengan penghasilan keju secara moden kerana kita sering tertanya-tanya adakah keju yang kita makan dihasilkan dengan cara yang selamat untuk digunakan. Lain pula dengan keju yang kita sering lihat di dalam gambar atau yang biasanya digunakan oleh masyarakat barat terutama US dan juga Eropah. Maka dengan itu mari kita lihat beberapa jenis keju yang popular bagi memberi kita sedikit kefahaman mengapa kita menggunakan keju yang berbeza untuk tujuan yang berlainan;

Cheddar

Pengenalan mengenai keju merupakan topik yang penting kerana kita mempunyai pelbagai persoalan mengenai keju. Maka pengetahuan mengenai keju dapat memperbetulkan tanggapan ini disamping memberikan maklumat yang tepat mengenai penggunaan keju yang betul. Maka dengan itu tidaklah kita melakukan sesuatu tanpa ilmu.

Seperti yang kita ketahui, keju merupakan makanan yang telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu oleh ramai penduduk dunia dengan kaedah penghasilan yang pelbagai. Mungkin sekiranya anda merasakan keju yang dibeli dikedai disediakan dengan cara yang tidak sesuai dengan anda, mengapa tidak; Anda menyediakan keju anda sendiri? Malah keju disediakan daripada pelbagai jenis susu (lembu, kambing, biri-biri, yak dan sebagainya) dan pelbagai jenis cara.

Penyediaan keju menggunakan bahan gantian ‘rennet’ dari tumbuh-tumbuhan telah lama digunakan iaitu semenjak zaman Roman lagi. Manakala dalam penghasilan keju moden pula kaedah yang dikenali sebagai ‘Fermentation produced chymosin’ (FPC) digunakan kerana ianya lebih murah selain mampu menghasilkan keju yang berkualiti.

Kaedah ini terhasil melalui teknologi kejuruteraan genetik yang membolehkan ‘gene’ yang menghasilkan rennet di dalam usus haiwan dipindahkan kepada bakteria, fungus atau yis bagi membolehkan ia menghasilkan ‘chymosin’ semasa proses penapaian. Jadi proses ini sama sahaja dengan proses penghasilan bahan makanan lain seperti kicap, tempeh dan tapai.

Menjelang 2008, lebih kurang 80% ~ 90% keju yang dihasilkan di US dan Britain adalah dihasilkan menggunakan FCP. Hari ini FCP yang digunakan dalam kebanyakan penghasilan keju secara industri adalah dihasilkan oleh fungus Aspergillus niger dan dipasarkan di bawah jenama CHY-MAX® sebuah syarikat dari Denmark atau dihasilkan oleh Kluyveromyces lactis yang dipasarkan di bawah jenama MAXIREN® sebuah syarikat Belanda.

Itu berkenaan dengan penghasilan keju secara moden kerana kita sering tertanya-tanya adakah keju yang kita makan dihasilkan dengan cara yang selamat untuk digunakan. Lain pula dengan keju yang kita sering lihat di dalam gambar atau yang biasanya digunakan oleh masyarakat barat terutama US dan juga Eropah. Maka dengan itu mari kita lihat beberapa jenis keju yang popular bagi memberi kita sedikit kefahaman mengapa kita menggunakan keju yang berbeza untuk tujuan yang berlainan;

Cheddar

Cheddar cheese berasal daripada England (perkampungan Cheddar di daerah Somerset) dan ia dihasilkan daripada susu lembu. Ia juga merupakan keju yang paling popular di seluruh dunia (mudah didapati). Keju ini mencapai usia matang apabila berusia 9 ~ 24 bulan. Mempunyai tekstur yang rapuh dan tergolong di dalam kumpulan keju yang mempunyai kekerasan separa-keras. Warna Cheddar yang asal adalah daripada putih ke kuning pudar. Adakalanya pewarna digunakan untuk memberikan warna kuning keemasan kepada keju jenis ini.

Chevres

Chevres berasal dari France dan ianya diperbuat daripada susu kambing. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz dihasilkan untuk keju jenis ini. Ia mempunyai tekstur yang berbeza-beza daripada lembut sehingga keras, ia juga biasa digunakan di dalam pencuci mulut (dessert) atau sebagai snack sebelum minuman makan malam. Salah satu kelebihan keju ini, ia biasa digunakan di dalam hidangan-hidangan hebat (fine dishes).

Burrata

Burrata bermaksud “buttery” berasal daripada Itali dan dihasilkan daripada gabungan mozzarella dan cream. Ia merupakan keju segar dengan dua bahagian iaitu luar yang dihasilkan daripada mozzarella daripada susu kerbau atau lembu dan bahagian dalamnya pula daripada bahagian daripada ‘curd’ yang lebih lembut bersama cream. Keju ini dihasilkan daripada kawasan Apulia di Itali yang terkenal sebagai kawasan penternakan biri-biri dan pertanian.
 

Burrata merupakan keju segar yang perlu dihidangkan segera. Ia dianggap telah lama apabila mencapai usia 48 jam. Burrata sesuai dihidangkan bersama salad, roti rangup, daging bakar, tomato segar bersama minyak zaitun dan spaghetti.

Edam

Keju Edam berasal daripada Belanda iaitu sebuah kawasan bernama Edam dan merupakan antara keju tertua semenjak 1300 sehingga 1700. Keju ini unik kerana disaluti dengan lilin paraffin dibahagian luarnya. Ia mampu bertahan lama dan menjadi semakin keras mengikut masa. Berikutan ini ia mudah bagi kegunaan samada untuk pelayaran di laut ataupun bagi mereka yang tinggal jauh di kawasan pendalaman. Ia biasa digunakan ketika masih baru – dimana teksturnya masil lagi elastik, kenyal manakala rasanya lebih lembut, manis dan seperti kekacang. Salutan lilin yang berwarna gelap menunjukkan Edam telah mencapai usia matang sekurang-kurangnya 17 minggu. Satu lagi jenis keju seakan akan Edam juga berasal daripada Belanda adalah Gouda yang juga popular di seluruh dunia.

Blue

Keju dari jenis ini dikatakan ditemui secara tidak sengaja dan dinyatakan di dalam teks semenjak 79 AD lagi. Keju jenis ini mempunyai jaluran urat bewarna biru (blue), biru-kelabu, biru-hijau atau biru coklat yang mmepunyai bau yang agak kuat. Ia mempunyai rasa yang seimbang di antara masin dan manis, serta ketajaman dan matang. Ia sesuai digunakan untuk salad dan juga bersama creame cheese sebagai sapuan.

Parmesan (Parmigiano)

Parmesan juga merupakan keju yang berasal dari salah sebuah daerah di Italy iaitu Parma dan beberapa kawasan lain. Keju terbaik daripada daerah ini dikenali sebagai “Parmigiano-Reggiano” dan ia merupakan satu pengiktirafan yang dikeluarkan oleh kerajaan Itali sendiri. Jadi keju Parmesan yang biasa digunakan di kebanyakan pasaraya adalah dari jenis yang sama, tetapi bukan yang berasal daripada daerah Parma ini. Parmesan tergolong dalam kumpulan keju yang keras, melalui proses pemeraman yang panjang sehingga 2 tahun. Oleh kerana parmesan merupakan keju yang keras ia biasanya digunakan dalam bentuk parutan dan dicampur di dalam masakan.

Mozzarella

Satu lagi keju terkenal yang berasal dari Itali kerana biasa digunakan dalam penyediaan pizza. Mozarella merupakan keju lembut dan boleh digunakan untuk jangka waktu yang singkat dan tahan lebih lama dengan pengendalian yang betul – bekas simpanan vakum. Walaubagaimanapun kebiasaannya mozzarella digunakan sehari selepas penyediaannya. Di Itali, mozzarella yang dihasilkan menggunakan susu kerbau adalah variasi khusus dan dikenali sebagai Mozzarella di Bufala Campana dan dikawal oleh undang-undang EU. Selain daripada digunakan dalam penyediaan pizza, mozzarella juga digunakan dalam variasi makanan seperti ‘nan cheese’ oleh pengusaha makanan India.

Banyak lagi jenis-jenis keju yang perlu anda ketahui jika anda berminat untuk mengetahui cara penggunaan keju dan hidangannya yang betul. Keju yang berada dipasaran mungkin menggunakan nama yang sama dengan keju-keju seperti yang disebutkan di atas tetapi bukanlah keju sebenar seperti yang mana dihasilkan pada asalnya. Ia penting bagi membezakan antara keju yang tulin, dan kaedah penjagaan yang betul bagi mengelakkan keju ini rosak. Seterusnya anda mungkin dengan mudah boleh memadankan keju yang sesuai dengan hidangan anda seterusnya nanti.

Kredit: Artikel blog Rokan

Usah pinggir bunga telur

MENJADI satu kemestian untuk memberi cenderahati kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Tidak elok rasanya tetamu bertandang dari jauh pulang tangan kosong.

Pemberian buah tangan yang menjadi budaya turun temurun ini diamalkan sejak dahulu. Apa yang membezakannya hanya jenis barang dan perhiasan ditampilkan yang sentiasa bertukar saban tahun.

Tradisi pemberian bunga telur sememangnya sudah lama diamalkan dalam mana-mana resepsi perkahwinan Melayu. Ia dijadikan oleh-oleh buat tetamu bagi memeriahkan majlis sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada pihak pengantin.

Dahulu pelbagai jenis rekaan bunga telur ditampilkan. Ada yang dibalut menggunakan tisu, tuala, diletakkan di dalam bekas kaca, kayu atau rotan. Bunga telur dijadikan bunga pahar juga tidak kurang cantiknya dengan rona menawan yang pastinya menambat hati tetamu untuk dibawa pulang.

Lebih menarik apabila bunga pahar ini disesuaikan mengikut peredaran zaman dengan jenis bunga berasaskan renda, organza dan reben menjadikan mempelai mempunyai banyak pilihan.

Bagaimanapun, dengan lambakan produk cenderahati daripada luar menjadikan tradisi pemberian bunga telur kian dipinggirkan dan tidak lagi menjadi pilihan utama dalam sesebuah acara perkahwinan.

BEG serbaguna rekaan terkini tampil menarik untuk tetamu undangan.

Apatah lagi apabila ia mula ditukar kepada kek, gula-gula, bertih jagung, potpuri dan sapu tangan yang dibentuk indah sebagai pengganti telur. Namun barangan ini bagi sesetengah individu tidak mempunyai nilai sentimental disebabkan kotak dan bekasnya dibuang begitu saja.

Ini diakui pembuat beg, Siti Nor Hanir Zanar Misro atau dikenali sebagai ct N Honey yang berasakan masyarakat semakin kurang meminati cenderahati bunga telur disebabkan ia semakin hilang daya menariknya serta dan tidak menggambarkan karakter yang sangat bernilai.

“Sebenarnya tuan rumah masih boleh menggunakan telur sebagai elemen cenderahati mereka menerusi bekas yang pelbagai. Lebih menarik apabila bekas ini boleh disimpan sebagai kenangan atau diguna semula,” katanya.

Katanya, sememangnya bajet untuk buah tangan tetamu nilainya sama seperti pelamin, baju pengantin atau solekan sebab itu ramai yang ingin mendapatkan barangan berharga murah.

Bertujuan memberikan idea kepada pembaca, apa kata anda membuat sendiri bunga telur untuk acara keraian. Selain lebih menjimatkan dan unik, tetamu akan lebih merasai keikhlasan kerana dibuat dengan penuh kasih sayang dari pihak keluarga pengantin.

“Pelbagai rekaan cenderahati boleh dibuat bergantung kepada kreativiti. Sebagai pereka beg tangan saya sering menganjurkan tuan rumah memberikan barangan yang nampak unik dan boleh dipakai lama. Antaranya tas tangan comel yang boleh diisi telur atau coklat,” katanya.

Menariknya tas tangan ini boleh digunakan semula atau dijadikan beg tangan comel buat si kecil.

BUAT SENDIRI TAS TANGAN COMEL

1. BAHAN fabrik kulit atau vinyl, butang snap, rivet dan peralatan untuk mengetuk butang supaya ketat.

1. BAHAN fabrik kulit atau vinyl, butang snap, rivet dan peralatan untuk mengetuk butang supaya ketat.

2. FABRIK kulit yang sudah siap dipotong mengikut pola. Lubangkan tempat rivet dan butang snap. Untuk hasil lebih cantik dan kemas bolehlah dijahit di sekelilingnya. Masukkan rivet di bahagian tengah.

2. FABRIK kulit yang sudah siap dipotong mengikut pola. Lubangkan tempat rivet dan butang snap. Untuk hasil lebih cantik dan kemas bolehlah dijahit di sekelilingnya. Masukkan rivet di bahagian tengah.

3. DIIKUTI bahagian kiri tepi pola.

3. DIIKUTI bahagian kiri tepi pola.

4. AKHIR sekali di bahagian kanan tepi pola. Tutup kepala rivet.

4. AKHIR sekali di bahagian kanan tepi pola. Tutup kepala rivet.

5. KETUK rivet menggunakan peralatan khas supaya rivet tidak tanggal. Pasangkan rivet di bahagian talinya.

5. KETUK rivet menggunakan peralatan khas supaya rivet tidak tanggal. Pasangkan rivet di bahagian talinya.

6. PASANGKAN pula butang snap di bahagian depan.

6. PASANGKAN pula butang snap di bahagian depan.

TAS tangan comel untuk pemberian cenderahati.

Kredit: Harian Metro Online

Renjatan Elektrik

ANDA pernah terkena renjatan elektrik tiba-tiba jari anda terasa kebas apabila memegang sesuatu benda?

Adakah itu bermakna anda mempunyai kuasa tertentu?


SUHU kelembapan mempengaruhi mudah untuk terkena renjatan elektrik.
Pertamanya, anda perlu faham berkenaan dengan elektrostatik bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek itu berada dalam keadaan ‘statik’ ataupun tidak bergerak.

Tetapi apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan satu bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut.

Jika bahan itu berlebihan cas negatif (iaitu terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.

Perkara itu hanya berlaku pada sesetengah orang sahaja kerana ia disebabkan:

1. Orang yang selalu berjalan dengan cara menyeret kasut.

Mereka akan lebih berkemungkinan besar menghasilkan renjatan elektrostatik ini berbanding dengan orang lain.

2. Berjalan di lantai menggunakan karpet poliester ataupun getah.

Sebab itu kebanyakan daripada kita akan menghasilkan renjatan itu apabila berada dalam pejabat terutamanya yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester.

3. Baju diperbuat daripada poliester

Akan meningkatkan risiko untuk menghasilkan renjatan ini berbanding dengan baju yang diperbuat daripada kapas.

4. Suhu kelembapan

Kawasan yang mempunyai suhu yang rendah akan menyebabkan kelembapan udara juga menjadi rendah. Itu akan menyebabkan elektron sukar untuk bergerak dalam udara bagi melakukan nyahcas.

5. Pendingin hawa meningkatkan risiko untuk terkena renjatan ini.

Cara nak elakkan daripada terkena renjatan cas elektrostatik:

1. Kena ubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan.

2. Elakkan daripada menggunakan karpet dalam pejabat.

3. Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada poliester.

Sumber:The Diagnosa

Kredit: Sinar Harian

Jaga pemakanan ketika hamil

Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi.

Malah sebaik pasangan mula merancang memiliki cahaya mata pertama, mereka sepatutnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.

Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan.

Malah, mereka juga menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.

Menurut Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Norhaslinda Jefrezen, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.

Berbanding wanita yang tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.

“Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung. Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti,” katanya.

Namun apa yang berlaku kebanyakan ibu terutama yang tidak mengalami alahan, makan apa sahaja tanpa mengira kalori yang diperlukan tubuh. Pada anggapan mereka jika tidak makan, janin akan lapar sedangkan pertambahan jumlah kalori yang diperlukan adalah sangat kecil.

Selain kalori, protein, vitamin dan zat galian tertentu sangat mustahak untuk kesihatan ibu dan janin. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengamalkan pemakanan sihat akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik bukan sahaja pada peringkat awal malah untuk tahun seterusnya.

Namun bukan semua ibu mampu menjalani gaya hidup aktif ketika mengandung. Ada yang mengalami alahan teruk sehingga memerlukan masa untuk menjamah makanan.

“Apa yang saya sering tekankan adalah makan apa sahaja secara sedikit, tetapi kerap. Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang menyebabkan ibu mudah muntah. Minuman berkafein juga tidak baik untuk ibu hamil. Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman dan minum banyak air kosong,” katanya.

Memasuki trimester kedua adalah fasa yang paling menyeronokkan. Ini kerana bagi ibu yang mempunyai alahan, menjelang minggu ke-13, semua alahan ini hilang sendiri. Ibu mula berselera makan dan makan apa sahaja tanpa memikirkan pertambahan berat badan mereka.

“Jangan terlalu mengikut nafsu sebaliknya pilih makanan kaya protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk otak. Pertambahan kalori pada fasa ini hanyalah 200 kalori sahaja bersamaan dengan segelas susu atau enam biji badam,” katanya.

Ibu juga harus mengelak mengambil makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. Makanan segera dan snek ringan yang tidak bernutrisi seharusnya dielakkan. Jika terasa ingin mengunyah, cari kekacang perisa asli, tidak bersalut coklat atau garam yang tinggi.

Begitu juga pengambilan makanan atau minuman yang boleh memudaratkan diri dan bayi seperti minuman beralkohol atau merokok seharusnya dihentikan. Ini kerana ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan.

Jaga pemakanan trimester akhir

Menjalani pemeriksaan bulanan di hospital sangat penting. Ini kerana pada ketika ini berat ibu akan dipantau setiap bulan. Pertambahan berat badan secara mendadak berkemungkinan menandakan ibu mempunyai masalah kencing manis atau

darah tinggi.

“Ibu yang terlalu kurus pula berisiko melahirkan bayi kurang berat badan iaitu 2.5 kilogram ke bawah. Bukan itu sahaja kekurangan zat juga akan menyebabkan bilangan sel berkurang seterusnya menyebabkan pembentukan organ berlaku kurang sempurna,” katanya.

Pertambahan kalori pada trimester ketiga hanyalah sekitar 470 kalori sehari atau bersamaan segelas jus, seketul ayam panggang dan sayur. Pastikan hidangan mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin yang lengkap kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan bayi.

“Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan pelbagai warna untuk nutrisi yang lengkap. Di samping pemakanan seimbang dan berkhasiat, wanita hamil juga perlu menitikberatkan penjagaan diri seperti rehat yang mencukupi dan amalan senaman yang sesuai,” katanya.

Penjagaan pemakanan ini harus diteruskan ketika berpantang. Ini boleh dilakukan dengan mengambil sayur-sayuran, makanan kaya protein seperti ikan atau ayam juga banyakkan minum air kosong bagi mengelak sembelit dan memastikan susu badan sentiasa ada.

“Ramai beranggapan makanan dalam pantang harus dicatu dan hanya makan ikan masin. Sebenarnya tidak, amat penting ibu mengambil makanan berkhasiat bukan sahaja untuk kesihatan dirinya tetapi juga bayi juga,” katanya.

Pastikan bayi diperiksa doktor sebaik sahaja dilahirkan dan secara berterusan sepanjang tempoh pembesarannya. Pemeriksaan dan rawatan juga perlu dilakukan setiap tahun sekiranya anda sudah merancang kehamilan seterusnya. Dapatkan juga nasihat dan saranan doktor jika anda perlu mengambil ubat-ubat tertentu sepanjang kehamilan.

B7 Jenis makanan elak keletihan ketika hamil

1. Daging tanpa lemak

Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Seeloknya, cari daging tanpa lemak, tetapi elakkan makan daging diproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik. Bahkan, ada risiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.

2. Kekacang dan bijian

Mengantuk ketika hamil perkara yang sering berlaku. Sekiranya anda sedang bekerja elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat sebaliknya bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.

Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.

3. Sayuran berdaun hijau

Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan terutama sayuran berwarna hijau tua. Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh. Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan.

4. Buah aneka warna

Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih. Ini bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.

5. Kurma

Kurma salah satu makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil. Sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada ketika puasa. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung. Namun harus diambil dalam jumlah yang disyorkan sahaja.

6. Susu dan makanan berkalsium tinggi

Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).

Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu.

7. Air kosong

Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.

Kredit artkel: Harian Metro Online

Kelebihan perniagaan dalam talian

PERNIAGAAN dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini. Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah.

Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja.

Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan konvensional biasanya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja dan lain-lain dapat dikurangkan melalui perniagaan dalam talian.

Perniagaan ini juga berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan, peralatan dan kelengkapan lain.

Penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli stok, kos reka cipta laman web dan sebagainya.

Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna internet membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia.

Peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang masa kerana cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk kemudahan pengguna seterusnya menguruskan urusan penghantaran tempahan sebaik sahaja pejabat pos dibuka.

Justeru peniaga yang memilih kaedah perniagaan ini dapat menikmati kebebasan atau fleksibiliti waktu kerja tanpa menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Ramai muda-mudi kini tidak gemar untuk bekerja makan gaji dengan waktu kerja tetap. Mereka mula menceburi perniagaan dalam talian kerana lebih mengutamakan waktu kerja yang lebih bebas.

Namun, mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetap juga boleh membuka perniagaan dalam talian secara sambilan.

Mereka hanya perlu memeriksa tempahan pelanggan pada waktu rehat atau selepas waktu kerja dan menguruskan penghantaran pada keesokan hari mahupun meminta posmen mengambil barang tempahan di rumah.

Peniaga juga dapat menikmati kebebasan tempat bekerja kerana hanya perlu mengawal segala urus niaga melalui komputer dari mana-mana tempat seperti di rumah, restoran atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat mahupun ketika sedang melancong di dalam atau luar negara asalkan mempunyai akses internet .

Perniagaan dalam talian tidak dapat menggantikan sepenuhnya perniagaan konvensional tetapi dalam tempoh singkat perkembangan industri ini sudah berjaya mengatasi perniagaan biasa.

Pendek kata, tiada had masa mahupun kekangan jika seseorang berminat memulakan satu perusahaan dalam talian. Kecil atau besar, sambilan atau sepenuh masa, semuanya terletak di tangan sendiri.

Masyarakat kini kadangkala terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa untuk membeli-belah walaupun pada hujung minggu.

Perkembangan ini bukan sahaja telah mewujudkan industri penghantar barang (runner) malahan beberapa 
pasar raya utama telah mewujudkan kemudahan tempahan barang keperluan secara dalam talian dengan penghantaran percuma.

Kemudahan kepada pengguna yang tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat di samping menjimatkan minyak dan masa perjalanan ke kedai menjadi antara tarikan utama perniagaan dalam talian terus menjadi pilihan ramai, cuma tempah dan tunggu barang tersebut sampai di depan pintu.

Selain barang mahupun makanan, perniagaan dalam talian juga memudahkan tempahan perkhidmatan seperti mencuci, memindah barang, menyelenggara peralatan elektrik dan banyak lagi.

Kesimpulannya, perniagaan dalam talian mempermudahkan urus niaga bukan sahaja untuk pelanggan malahan kepada peniaga sendiri. Dengan bantuan dan pemantauan kerajaan, perniagaan dalam talian dapat melahirkan lebih ramai jutawan dan memudahkan urusan harian rakyat di seluruh negara.

Kredit artikel: Utusan Online

Tip urus diabetis dengan baik

Anda telah diberitahu oleh doktor bahawa anda menghidap diabetes. Ia amat mengejutkan, berita yang tidak dijangka bagi setiap orang. Anda mungkin berasa sedih, marah atau takut memikirkan hidup dengan penyakit kronik ini. Jangan putus asa. Menghidap diabetes bukanlah pengakhiran hidup.

Anda masih boleh menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna sehingga ke usia tua. Apa yang perlu dilakukan adalah melakukan sedikit perubahan gaya hidup dan kuasai diri untuk menghadapi cabaran tersebut.


DIET SIHAT, SEIMBANG

Pesakit diabetes boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak ada penyakit itu. Namun perlu ada sedikit penyesuaian. Anda tidak perlu menyediakan makanan berbeza atau membeli makanan istimewa.

Mulakan dengan memilih pelbagai jenis daripada setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa dan nutrisi. Sekiranya anda berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak, rendah kalori dan garam bagi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Pastikan banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin dan minum air. Jadikan satu kebiasaan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran seperti lobak merah dan kubis setiap hari. Minum enam hingga lapan gelas atau kira-kira dua liter air kosong setiap hari.

Pastikan pengambilan serat mencukupi iaitu kira-kira 20 hingga 30 gram sehari dalam diet anda. Sumber serat yang baik termasuk oat, beras yang tidak dibersihkan, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan paras kolesterol dalam darah anda sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apabila mengambil makanan, adalah baik untuk anda mengamalkan panduan ‘Pinggan Sihat’ iaitu penuhkan separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks) seperti beras atau roti. Gunakan pinggan lebih kecil (tanpa menambah) jika anda perlu menurunkan berat badan.

Dapatkan nasihat pakar diet jika anda memerlukan bantuan dengan pemakanan anda.



TERUS AKTIF SECARA FIZIKAL

Seperti makan makanan yang sihat, senaman secara berkala merupakan ‘tulang belakang’ dalam pengurusan diabetes. Diet dan senaman boleh membantu mengawal berat badan dan mengurangkan tahap glukosa darah. Ia akan membuatkan sel-sel otot anda lebih sensitif terhadap insulin. Senaman pula boleh menurunkan kadar kolesterol darah dan tekanan darah tinggi sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).

Selain itu, ia membantu anda berasa lebih baik (melalui pelepasan hormon baik, endorfin dari otak). Ia juga meningkatkan kesihatan anda terutama jantung, paru-paru, otot, tulang dan sendi.

Anda tidak perlu menyertai kelab kecergasan atau membeli peralatan mahal untuk mendapatkan senaman yang baik. Berjalan pantas adalah suatu senaman yang baik. Anda juga boleh berjoging, berbasikal, berenang atau melakukan tekan tubi atau aerobik secara privasi dalam ruang tamu di rumah.

Sebelum memulakannya, sila rujuk dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda boleh melakukan senaman dan apakah aktiviti yang selamat untuk anda. Jika anda baru bermula, mulakan dengan lima minit sehari dan secara beransur-ansur menambah lebih banyak masa.

Tetapkan matlamat untuk melakukan senaman intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit, tiga hingga lima hari seminggu. Anda perlu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kerap jika mahu menurunkan berat badan.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu mengekalkan waktu tertentu untuk melakukan senaman. Anda boleh menggabungkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, menaiki tangga dan bukannya lif adalah perkara baik untuk dilakukan. Pada waktu petang atau hujung minggu anda boleh melakukan aktiviti mencuci kereta atau membersihkan rumah.

Lakukan aktiviti fizikal termasuk senaman bersama keluarga, bukan hanya 
untuk memastikan keluarga sihat, malah mengeratkan hubungan.


KURANGKAN BERAT BADAN

Kajian menunjukkan jika seseorang yang menghidap diabetes berbadan gemuk, penurunan berat badan sebanyak 10 peratus dapat meningkatkan jangka hayatnya dengan menurunkan risiko kematian akibat semua penyakit yang berkaitan dengan diabetes termasuk serangan jantung dan angin ahmar.

Penurunan berat badan berlebihan juga membantu mengawal diabetes dengan menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap insulin sekali gus menurunkan kadar glukosa darah. Ia juga boleh memperbaiki profil lipid darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Baru-baru ini, kajian men­cadangkan bahawa dengan penurunan berat badan, seseorang boleh menterbalikkan (menyembuh) diabetes jenis 2.

Untuk mengurangkan berat badan, anda mesti kurangkan makan dan lebih aktif secara fizikal. Ia adalah untuk mengurangkan pengambilan tenaga daripada makanan.

Anda boleh menjangkakan penurunan kira-kira 0.5 kilogram seminggu dengan makan kurang 500 kalori setiap hari. Untuk perbandingan, sebiji burger besar mengandungi kira-kira 540 kalori. Adalah munasabah untuk menurunkan 0.5 hingga satu kilogram seminggu melalui diet dan senaman sehinggalah anda mencapai berat badan ideal.

PARAS GLUKOSA DARAH NORMAL

Diabetes memberi kesan kepada tahap glukosa darah harian anda. Tahap glukosa darah yang berterusan tinggi akan merosakkan badan 
dan mengakibatkan komplikasi.

Mengekalkan glukosa darah anda pada paras normal dapat membantu mengelak atau melambatkan komplikasi.

Selain itu, anda boleh memantau tahap glukosa darah di rumah atau di tempat kerja dengan menggunakan glukometer mudah alih.

Pantau tahap glukosa darah mengikut nasihat doktor. Sese­tengah pakar diabetes mengesyorkan pemeriksaan sebelum makan, dua jam selepas makan, sebelum atau selepas senaman, sebelum 
tidur dan ketika berasa tidak sihat.

Pemeriksaan pada masa berlainan seperti ini memberi anda kefahaman bagaimana tahap glukosa darah anda terjejas oleh pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.

Dengan itu, ia akan mem­bantu anda dan doktor mengu­rus diabetes dengan cara terbaik.

Dengan ujian glukosa darah berkala, anda dapat mengesan tahap glukosa darah rendah (hipoglikemia) terutama jika mengambil insulin.

Sentiasa rekodkan dan bincangkan hasil ujian itu dengan doktor.

Setiap tiga bulan atau lebih, doktor akan meminta supaya dilakukan ujian HbA1c bagi memeriksa kawalan diabetes anda dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu.

Umumnya, anda disaran mengekalkan kadar glukosa darah antara 4-6 mmol/l semasa berpuasa (semasa bangun pagi) dan 6-8 mmol/l dua jam selepas makan utama.

Anda juga harus berusaha untuk mendapatkan bacaan ujian HbA1c kurang daripada 7.0 peratus atau lebih baik lagi kurang daripada 6.5 peratus. – BERNAMA

Kredit artikel: Utusan Online