Archives for December 2021

Tip urus diabetis dengan baik

Anda telah diberitahu oleh doktor bahawa anda menghidap diabetes. Ia amat mengejutkan, berita yang tidak dijangka bagi setiap orang. Anda mungkin berasa sedih, marah atau takut memikirkan hidup dengan penyakit kronik ini. Jangan putus asa. Menghidap diabetes bukanlah pengakhiran hidup.

Anda masih boleh menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna sehingga ke usia tua. Apa yang perlu dilakukan adalah melakukan sedikit perubahan gaya hidup dan kuasai diri untuk menghadapi cabaran tersebut.


DIET SIHAT, SEIMBANG

Pesakit diabetes boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak ada penyakit itu. Namun perlu ada sedikit penyesuaian. Anda tidak perlu menyediakan makanan berbeza atau membeli makanan istimewa.

Mulakan dengan memilih pelbagai jenis daripada setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa dan nutrisi. Sekiranya anda berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak, rendah kalori dan garam bagi mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Pastikan banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin dan minum air. Jadikan satu kebiasaan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran seperti lobak merah dan kubis setiap hari. Minum enam hingga lapan gelas atau kira-kira dua liter air kosong setiap hari.

Pastikan pengambilan serat mencukupi iaitu kira-kira 20 hingga 30 gram sehari dalam diet anda. Sumber serat yang baik termasuk oat, beras yang tidak dibersihkan, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan paras kolesterol dalam darah anda sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apabila mengambil makanan, adalah baik untuk anda mengamalkan panduan ‘Pinggan Sihat’ iaitu penuhkan separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks) seperti beras atau roti. Gunakan pinggan lebih kecil (tanpa menambah) jika anda perlu menurunkan berat badan.

Dapatkan nasihat pakar diet jika anda memerlukan bantuan dengan pemakanan anda.



TERUS AKTIF SECARA FIZIKAL

Seperti makan makanan yang sihat, senaman secara berkala merupakan ‘tulang belakang’ dalam pengurusan diabetes. Diet dan senaman boleh membantu mengawal berat badan dan mengurangkan tahap glukosa darah. Ia akan membuatkan sel-sel otot anda lebih sensitif terhadap insulin. Senaman pula boleh menurunkan kadar kolesterol darah dan tekanan darah tinggi sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).

Selain itu, ia membantu anda berasa lebih baik (melalui pelepasan hormon baik, endorfin dari otak). Ia juga meningkatkan kesihatan anda terutama jantung, paru-paru, otot, tulang dan sendi.

Anda tidak perlu menyertai kelab kecergasan atau membeli peralatan mahal untuk mendapatkan senaman yang baik. Berjalan pantas adalah suatu senaman yang baik. Anda juga boleh berjoging, berbasikal, berenang atau melakukan tekan tubi atau aerobik secara privasi dalam ruang tamu di rumah.

Sebelum memulakannya, sila rujuk dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda boleh melakukan senaman dan apakah aktiviti yang selamat untuk anda. Jika anda baru bermula, mulakan dengan lima minit sehari dan secara beransur-ansur menambah lebih banyak masa.

Tetapkan matlamat untuk melakukan senaman intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit, tiga hingga lima hari seminggu. Anda perlu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kerap jika mahu menurunkan berat badan.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu mengekalkan waktu tertentu untuk melakukan senaman. Anda boleh menggabungkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, menaiki tangga dan bukannya lif adalah perkara baik untuk dilakukan. Pada waktu petang atau hujung minggu anda boleh melakukan aktiviti mencuci kereta atau membersihkan rumah.

Lakukan aktiviti fizikal termasuk senaman bersama keluarga, bukan hanya 
untuk memastikan keluarga sihat, malah mengeratkan hubungan.


KURANGKAN BERAT BADAN

Kajian menunjukkan jika seseorang yang menghidap diabetes berbadan gemuk, penurunan berat badan sebanyak 10 peratus dapat meningkatkan jangka hayatnya dengan menurunkan risiko kematian akibat semua penyakit yang berkaitan dengan diabetes termasuk serangan jantung dan angin ahmar.

Penurunan berat badan berlebihan juga membantu mengawal diabetes dengan menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap insulin sekali gus menurunkan kadar glukosa darah. Ia juga boleh memperbaiki profil lipid darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Baru-baru ini, kajian men­cadangkan bahawa dengan penurunan berat badan, seseorang boleh menterbalikkan (menyembuh) diabetes jenis 2.

Untuk mengurangkan berat badan, anda mesti kurangkan makan dan lebih aktif secara fizikal. Ia adalah untuk mengurangkan pengambilan tenaga daripada makanan.

Anda boleh menjangkakan penurunan kira-kira 0.5 kilogram seminggu dengan makan kurang 500 kalori setiap hari. Untuk perbandingan, sebiji burger besar mengandungi kira-kira 540 kalori. Adalah munasabah untuk menurunkan 0.5 hingga satu kilogram seminggu melalui diet dan senaman sehinggalah anda mencapai berat badan ideal.

PARAS GLUKOSA DARAH NORMAL

Diabetes memberi kesan kepada tahap glukosa darah harian anda. Tahap glukosa darah yang berterusan tinggi akan merosakkan badan 
dan mengakibatkan komplikasi.

Mengekalkan glukosa darah anda pada paras normal dapat membantu mengelak atau melambatkan komplikasi.

Selain itu, anda boleh memantau tahap glukosa darah di rumah atau di tempat kerja dengan menggunakan glukometer mudah alih.

Pantau tahap glukosa darah mengikut nasihat doktor. Sese­tengah pakar diabetes mengesyorkan pemeriksaan sebelum makan, dua jam selepas makan, sebelum atau selepas senaman, sebelum 
tidur dan ketika berasa tidak sihat.

Pemeriksaan pada masa berlainan seperti ini memberi anda kefahaman bagaimana tahap glukosa darah anda terjejas oleh pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.

Dengan itu, ia akan mem­bantu anda dan doktor mengu­rus diabetes dengan cara terbaik.

Dengan ujian glukosa darah berkala, anda dapat mengesan tahap glukosa darah rendah (hipoglikemia) terutama jika mengambil insulin.

Sentiasa rekodkan dan bincangkan hasil ujian itu dengan doktor.

Setiap tiga bulan atau lebih, doktor akan meminta supaya dilakukan ujian HbA1c bagi memeriksa kawalan diabetes anda dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu.

Umumnya, anda disaran mengekalkan kadar glukosa darah antara 4-6 mmol/l semasa berpuasa (semasa bangun pagi) dan 6-8 mmol/l dua jam selepas makan utama.

Anda juga harus berusaha untuk mendapatkan bacaan ujian HbA1c kurang daripada 7.0 peratus atau lebih baik lagi kurang daripada 6.5 peratus. – BERNAMA

Kredit artikel: Utusan Online

Wajibkah wang hantaran?

WANG yang dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin pe­rempuan, itu adalah definisi wang hantaran menurut Kamus Dewan, tanpa menyebut sama ada ia wajib dihantarkan, ataupun tidak. Dalam rukun nikah, tidak juga disebut wang hantaran sebagai sebahagian daripada rukun berkenaan. Maka, di mana kedudukan wang hantaran?

Dalam ayat empat Surah an-Nisa’, Allah SWT berfirman untuk menjelaskan bahawa mas kahwin itu sebagai pemberian yang wajib, dan supaya tidak ada perkahwinan secara percuma dalam kalangan pasangan Islam, jika kita merujuk mafhum ayat 24 surah yang sama. Antara maksudnya, “Dihalalkan kepada kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu untuk kamu mencari isteri dengan harta kamu secara berkahwin, bukan secara berzina.”

Biasanya mas kahwin disebut dalam akad pernikahan. Tetapi, jika tidak disebut, maka kedua-dua pihak dalam perkahwinan harus memahami bahawa pengantin lelaki perlu membayar mas kahwin menurut konsep mahar misil. Iaitu dengan melihat berapa kadar mas kahwin yang pernah diberikan kepada saudara atau ahli kerabat perempuan di pihak pengantin perempuan ketika mereka berkahwin sebelum itu. Apa yang penting, mas kahwin mesti ada untuk isteri yang dinikahi walaupun tidak dibayar secara tunai. Sama ada secara hutang, atau beransur-ansur.

Dalam ayat 27, Surah al-Qassas menyebut yang membawa maksud bahawa, bapa pengantin perem­puan (Nabi Syuaib) berkata kepada Nabi Musa, “Aku kahwinkan kamu dengan salah seorang anak perempuanku dengan syarat kamu harus bekerja denganku selama lapan tahun.” Berdasarkan ayat ini apa yang dapat penulis fahami, walilah yang menentukan bentuk dan kadar mas kahwin secara tepat untuk perempuan yang berada di bawah perwaliannya. Cuma ia haruslah berada dalam lingkungan yang dijelaskan oleh ulama, dan yang mendapat pengiktirafan oleh masyarakat setempat.

Mazhab Hanafi dan Hanbali menyatakan kadar mahar mestilah sekurang-kurangnya sebanyak 10 dirham, berdasarkan rujukan mereka pada sebuah Hadis Rasulullah SAW. Di sini, penulis cuba mengambil kadar dirham dari mata wang Emiriah Arab Bersatu (UAE). Maka, pada 1 April 2016, 10 dirham adalah bersamaan dengan RM10.65.

Dari situ, kita boleh lihat walaupun negeri-negeri di Malaysia tidak mempunyai kadar seragam dalam meletakkan jumlah minimum tertentu sebagai kadar mahar kepada wanita Islam, tetapi kadar minimum yang ditentukan oleh kerajaan negeri masing-masing tidaklah sebanyak RM10.65. Walaupun demikian, kadar-kadar yang berbeza di negeri-negeri ini perlulah disemak dari semasa ke semasa supaya dasar atau polisi yang ditetapkan tidak melangkaui apa yang dibincangkan oleh ulama.

Jangan disebabkan hasrat untuk memudahkan pasangan Islam hendak membina rumah tangga, tidak ada kadar baharu bagi mas kahwin dengan jumlah yang lebih munasabah menurut perubahan semasa. Jika ada pihak yang tidak berkemampuan walaupun ia amat minimum menurut kadar semasa, maka di sinilah peranan baitulmal atau institusi zakat. Ini kerana agama Islam tidak meletakkan status wanita Islam di tahap yang rendah, apatah lagi untuk dipandang rendah oleh sesiapa pun.

Ulama bersependapat syarak tidak menentukan kadar maksimum tertentu bagi mas kahwin. Bermakna, terpulanglah kepada wali atau pengantin perempuan untuk meletakkan kadar atau jumlah mahar yang perlu diserahkan oleh pengantin lelaki. Pengantin lelaki perlu memahami bahawa ini adalah hak bakal isterinya. Haknya adalah ruang perbincangan sekiranya mendapati kadar itu amat membebankan. Mendesak bukanlah akhlak Islam. Ini kerana agama Islam sudah pun memberikan garis panduan terbaik dalam pembinaan perkahwinan.

Jumlah yang disebut semasa akad itulah mas kahwin atau mahar. Jika ia tidak disebut, ia tetap suatu jumlah yang munasabah de­ngan neraca mahar misil. Amaunnya adalah menjadi milik sepenuhnya pengantin perempuan. Ini tidak boleh menjadi hak kepada ahli kerabatnya. Kecuali selepas pengantin perempuan menerimanya, dia menyerahkannya atau sebahagiannya kepada orang lain secara rela hati. Jika mahar tidak disempurnakan pembayarannya sehingga si isteri meninggal dunia, ia wajib dilangsaikan kerana telah menjadi pusaka pihak isteri. Maka, sekali lagi persoalan yang timbul, di mana kedudukan wang hantaran?

Jika merujuk Kelantan, istilah wang hantaran sebenarnya merujuk kepada mas kahwin ataupun mahar. Wang hantaran di Kelantan mempunyai fungsi sama sebagaimana mas kahwin ataupun mahar. Pada pandangan penulis, amalan di Kelantan lebih ringkas dan mudah. Apa pun jumlah yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, ia akan menjadi hak milik pengantin perempuan sepenuhnya.

Berbanding di negeri-negeri di Pantai Barat, walaupun wang hantaran tetap pemberian dalam bentuk wang daripada pihak pengantin lelaki, ia mempunyai fungsi agak berbeza. Ini kerana wang hantaran lahir daripada budaya, dan bukannya hukum syarak. Ada budaya yang menjadikan wang hantaran sebagai duit yang membiayai majlis perkahwinan. Ada juga budaya yang menjadikannya sebagai milik penuh kepada pengantin perempuan tetapi jumlah itu tidak disebut dalam akad pernikahan. Dari segi hukum syarak, bolehlah ia dianggap sebagai hadiah yang menjadi sebahagian daripada hibah ataupun pemberian.

Satu perkara lain, walaupun jumlah wang hantaran (bagi situasi selain Kelantan) tidak disebut dalam akad, dan tidak diserahkan kepada pengantin perempuan mengikut kepada peranannya yang merujuk kepada amalan kelompok atau daerah masyarakat Melayu tertentu, perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, perlulah ditunaikan. Sebagaimana Allah SWT menyuruh kita supaya menepati perjanjian. Menunaikan janji adalah akhlak seorang Mukmin, manakala sebaliknya adalah sebahagian daripada sifat munafik.

Akhlak Islam adalah membincangkan apa sahaja perkara dengan harmoni dan saling menjaga maruah. Jika kesepakatan gagal dicapai, pelbagai mekanisme telah disediakan Islam. Penulis berpandangan, apabila timbul krisis mengenai wang hantaran, kita seharusnya kembali semula kepada falsafah perkahwinan menurut Islam. Syariah tidak langsung membebankan umatnya dalam hal-ehwal perkahwinan. Ini kerana perkahwinan adalah perkara yang amat dianjurkan oleh Islam, dan amat dibanggakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kredit artikel : Utusan Online

5 Cili Pedas Gilerrrr Di Dunia!

Setakat makan ayam spicy Mcdollah 3 kali kepedasan tu, apalah sangat berbanding dengan 5 tersenarai cili terpedas di dunia. Yang kita makan tu setakat 100 ribu skala Scoville. Tapi yang ini mencecah 2 juta lebih skala Scoville! Boleh bayangkan tak? Minum air 2 liter pun belum tentu boleh hilang pedas weh. Okey jom kita tengok cili apa yang pedas sangat tu sehingga menggigit ulu hati.

Cili merupakan sayuran berbuah yang dipercayai berasal daripada Mexico dan Amerika Selatan. Ditanam secara meluas di serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika, cili menjadi sejenis makanan yang menjadi keperluan dan kesukaan manusia.

Namun tahukah anda bahawa ada beberapa cili yang dikategorikan sebagai pedas giler di dalam dunia? Yang mana cili-cili tersebut tiada dijual di Malaysia? Dengan menggunakan SHU (Scoville Heat Unit), kuantiti capsaicinoid yang memberikan rasa pedas pada cili dapat dikira.

1. Carolina Reaper (SHU: 2.2 juta)

Pernah merangkul gelaran cili terpedas pada 2013, Carolina Reaper sekali lagi merangkul gelaran yang sama dengan peningkatan bacaan SHU sebanyak 71 ribu daripada 1.641 juta.

Gambaran kepedasan cili Carolina ini ialah 200 kali lebih pedas dari cili Jalapeno kerana merupakan percampuran Ghost Pepper dan Red Habanero. Melihatkan pada bentuknya yang unik iaitu seperti ekor berbisa, kepedasan cili ini sudah dapat dirasakan.

2. Trinidad Moruga Scorpion (SHU: 2.009 juta)

Bacaan yang tepat bagi kiraan SHU cili yang baru dijumpai di Moruga ini ialah 2,009,231. Sekali sahaja anda menggigit cili ini, anda akan merasai kepedasan yang semakin meningkat. Hampir menyerupai kepedasan Carolina Reaper, sekali pandang cili ini berbentuk seperti buah beri namun jangan pernah tertipu kerana rasanya langsung menyerupai beri.

3. 7 Pot Douglah (SHU: 1.854 juta)

Dikatakan mempunyai rasa yang elok, 7 Pot Douglah ini tidak mempunyai warna merah yang menggambarkan rasa pedas. Sebaliknya cili yang mempunyai bacaan SHU 1,853,936 ini berwarna coklat pekat. Turut dikenali sebagai 7 Pod Douglah, Chocholate 7 Pod dan 7 Pot Brown, cili ini mampu memperdayakan anda dengan warnanya yang gelap dan kelihatan tidak pedas.

4. 7 Pot Primo (SHU: 1.469 juta)

Mempunyai ciri ekor yang ‘kurus’, 7 Pot Primo dicipta oleh seorang ahli hortikultur iaitu Troy Primeaux. Ada diantara peladang yang cuba untuk meniru menghasilkan cili Primo dengan menghasilkan ‘ekor’ yang lebih panjang. Mempunyai rupa yang hampir sama dengan Carolina Reaper, cili 7 Pot Prima ini memang boleh tahan rasa pedasnya.

5. Trinidad Scorpion ‘Butch T’ (SHU: 1.464 juta)

Pernah memecahkan rekod sebagai cili terpedas di Guinness World Record pada tahun 2011 dari Australia, cili ini dinamakan scorpion kerana mempunyai bentuk duri sengatan seperti kala jengking di bahagian atasnya.

Dicipta oleh Butch Taylor, ada individu yang memberikan analogi bahawa makan cili ini seperti tertelan 1,000 matahari kerana rasa pedasnya sangat berbisa dan boleh menyengat seperti kala jengking.

Kalau anda perasan, bentuk 5 jenis cili yang terpedas di atas hampir sama kesemuanya, bukan? Tak perlu rasa, tengok sahaja gambar cili-cili di atas pun dah terasa pijar mulut.

Sumber: Pepper Head

Ratusan Serbu Taman Negara Gunung Gading Lihat Rafflesia Kembang

LUNDU: Sejak Jumaat lalu, Taman Negara Gunung Gading, di sini ‘diserbu’ hampir 200 pelawat untuk melihat sendiri bunga Rafflesia atau bunga pakma spesies ‘tuan mudae’ kembang.

Nama spesis bunga pakma itu adalah sempena nama Rajah Charles Brooke kedua dalam bahasa Melayu yang disebut ‘Tuan Mudae’.

Bunga terbesar di dunia itu mula kembang sejak Khamis dan dijangka berterusan hingga Selasa depan.

Pelawat perlu berjalan kira-kira 300 meter atau 20 minit dari pejabat taman negara tersebut sebelum sampai ke lokasi bunga pakma itu.

Pegawai bertugas di taman negara tersebut, Edmund Gering, 27, berkata bunga Rafflesia memerlukan masa hampir sembilan bulan untuk kembang.

“Bunga yang kembang kali ini berdiameter 70sm dan mempunyai enam kelopak.

Kebiasaannya Rafflesia hanya mempunyai lima kelopak. Setiap tahun ada kira-kira 20 bunga Rafflesia akan kembang di taman negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Pelawat yang ingin melihat Rafflesia perlu berdaftar dengan pihak pengurusan taman negara dan memerlukan jurupandu yang ditetapkan sebelum dibenarkan mengunjungi mana-mana lokasi bunga Rafflesia kembang.

Edmund berkata terdapat kira-kira 23 lokasi bunga Rafflesia dibuka untuk pelawat telah ditanda oleh pihak taman negara bagi memudahkan mereka mengunjunginya.

“Lokasi kali ini agak tersorok kerana bunga Rafflesia ini berada di celah  batu besar, namun pembantu konservasi sudah menandakan lokasi ini terlebih dahulu untuk rekod,” katanya.

Taman Negara Gunung Gading meliputi kawasan seluas 4,196 hektar dan diwartakan pada 1983 bagi mewujudkan zon pemuliharaan bagi tumbuhan itu yang hampir pupus.

Selain bunga Rafflesia, Gunung Gading mempunyai tarikan lain seperti kawasan bukit-bukau, air terjun dan periuk kera.

Pelawat boleh sampai ke taman yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuching dengan mengambil masa hampir dua jam perjalanan melalui jalan raya.

Menu Yang Sesuai Untuk Masak Daging Hari Raya Qurban

 8:00 PG  Mahamahu  0 Comments

Menu Yang Sesuai Untuk Masak Daging Hari Raya Qurban – Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kita yang berkemampuan adalah di haruskan untuk membuat korban tak kisah daging Lembu atau Kambing. Tapi kat sini Maha nak cadangkan kepada semua orang kat luar sana yang nak masak daging Hari Raya Qurban ini. Jadi ada beberapa menu sesuai untuk masak daging yang anda dapat sebagai mempelbagaikan rasa sahaja.

Gulai Kawah Daging


Menu ini adalah sangat sinonim yang di lakukan oleh banyak pihak apabila dapat daging korban. Bila nak bagi makan pada fakir miskin, gelandangan dan juga anak yatim. Cara paling mudah dan juga sedap kalau dapat makan dengan nasi putih yang panas mesti best. Selalu hidangan ini orang masak untuk kenduri kahwin dah lama tak makan Gulai Kawah ni kan.

Daging Goreng 

Menu paling simple dan juga paling cepat untuk di sediakan. Tak perlu masak lama2 dan hanya menggunakan bahan yang tidak banyak. Daging ni boleh goreng dengan kunyit atau goreng pedas dengan cili juga sangat sedap. Boleh lah cuba untuk masak daging ok.

Sup Daging atau Sup Tulang

Ni juga masakan yang sangat sedap dan paling ramai orang suka untuk makan bila di masak dengan menggunakan rempah ratus. Sup Daging atau Sup Tulang pun hari biasa kita akan order untuk makan malam dalam panas dan juga di sediakan sambal kicap yang pedas memang terangkat.

Daging Masak Merah

Menu ni kadang2 kita kalau makan kat kedai mesti order. Tak susah nak buat cuma nak pastikan daging tidak liat kena rebus dulu baru masak tu sedap. Tapi Daging Masak Merah tak semua orang pandai buat ada yang rasa sos jer dan ada yang warna merah tapi tak sedap. 

Daging Masak Kicap

Menu orang bujang ni memang sesuai untuk makan malam dan cepat serta mudah. Daging Masak Kicap paling cepat nak di sediakan kadang orang letak black paper untuk rasa lebih pedas. Ikut selera lah nak masak macam mana tapi ia sesuai untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak terutama kalau daging korban nak bagi pada gelandangan atau fakir miskin.

Daging Masak Rendang

Ni paling popular lah setiap hari raya mesti ada masak rendang ni. Raya Korban pun ramai orang masak rendang juga nak hidanga pada tetamu. Daging Rendang ni ada banyak jenis dan banyak cara memasak. Tapi ia memakan masa yang agak lama untuk menyediakan hidangan ini yang penting ia paling sedap hehehe…

CINTA AGUNG DI ARAFAH

CINTA AGUNG DI ARAFAH

Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Bahasa Arab: جبل عرفات‎; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu yang terletak di sebelah timur Makkah al-Mukarramah. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Jemaah haji wajib berhenti seketika di sini pada 9 Zulhijjah sebelum masuk waktu maghrib, jika tidak batal hajinya.

Di Arafah merupakan tempat simbolik yang sesuai bagi mengenang semula kisah percintaan Adam dan Hawa setelah diturunkan dari syurga. Dikatakan mereka terpisah, Hawa di tempatkan di Jeddah, manakala Nabi Adam pula terdampar di India. Mereka hidup berjauhan selama 40 tahun dan akhirnya di pertemukan semula di Arafah. Disebabkan itu maka ramailah bagi jemaah yang bujang berdoa untuk dipertemukan jodoh atau bagi yang sudah berkahwin pula mendoakan agar jodoh mereka diperteguhkan sebagaimana seteguhnya cinta Adam dan Hawa. Namun begitu kisah ini tidak dapat disahihkan sepenuhnya oleh para ulama disebabkan tiada riwayat yang muktabar sepenuhnya. Di sisi lain pula Ibnu Kathir menyebutkan Nabi Adam diturunkan di Safa manakala Hawa diturunkan di Marwah. (Rujuk buku Kisah 12 Isteri Para Rasul).

Selain itu yang nyata lagi sahih ialah khutbah terakhir baginda Nabi Muhammad SAW yang juga berlaku di lembah Uranah di Arafah. Setelah 10 tahun berhijrah ke Madinah, menurut riwayat Rasullullah SAW tidak pernah mengerjakan haji kecuali dalam di waktu terakhirnya iaitu dalam peristiwa Haji Wida’ sebelum baginda wafat. Antara kandungan khutbah baginda.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Pada hari ini juga umat islam yang tidak berpeluang mengerjakan haji disarankan berpuasa sunat dan memperbanyakkan doa. Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda: “Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.” (Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).

Ritual di Arafah berakhir saat masuknya waktu maghrib, menandakan masuknya 10 Zulhijjah dan para jemaah haji bolehlah berangkat ke tempat seterusnya iaitu di Mudzalifah.

Cara Mudah Potong Daging Agar Tidak Liat Dan Empuk

Menu berasaskan daging memang sedap. Tapi jika salah potong, boleh sakit gigi. Liat dan lambat empuk.

Ini cara mudah untuk memotong daging. Setiap step ada di bahagian gambar.

Selamat mencuba.

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

1 buku setengah daging yang sudah dibuang lemak (saiz sebesar penumbuk tangan)

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

Cantikkan? Ini hasil yang kita nak.

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

Urat daging.. Jalur menegak. 

Untuk memotong daging, haruslah bertentangan dengan jalur urat td. 

Ia bertujuan untuk memutuskan otot pada daging tersebut.
1) daging menjadi lembut(tidak liat)
2) daging cepat empuk ketika memasak

cara mudah potong daging agar tidak liat dan empuk

Tadaaa! Selesai potong daging tadi. Tak sampai 5 minit.

Kredit: Cik Puan Mia Sowi

Beza Expiry Date, Best Before Dan Use By Pada Label Makanan. Harus Tahu Ini Sebelum Makan

Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Kami kongsikan 3 label yang biasa digunakan :

1. Best Before

Kebiasaannya label best before ada pada makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan best before sekiranya makanan atau item tersebut di pek di tempat lain dan bukannya di jual terus di kedai tempat produk tersebut di beli.

Kesegaran makanan selepas tarikh best before akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.

Kiranya, best before memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah.

Gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu, buang sahaja.

2.Use Before/ Use By

Label ini digunakan untuk produk makanan yang perlu dimakan sebelum tarikh yang dicetak. Ianya bertujuan menjaga kesihatan serta keselamatan pengguna. Makanan yang rosak akan mengundang bahaya.

Beza Use Before dan Best Before ???

Use Before – Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh use before.

Best Before – masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan.

3. Tarikh Luput (Expiry Date)

Expiry Date selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi.  Selepas tarikh luput,  produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang.

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari

7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

•   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.

Kredit: Blog Cahay Purnama

TIPS MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN SUPAYA SENTIASA BARU

Penampilan adalah penting terutamanya ia melambangkan keperibadikan seseorang.

Oleh itu, warna pakaian haruslah dijaga dengan baik supaya tidak mudah kusam dan luntur. 

Terutama sekali baju kegemaran anda yang anda beli dengan menggunakan duit gaji anda. Tentu sayang pika dibiarkan luntur dan rosak kan?

Oleh itu, BP ingin kongsikan beberapa tips menarik yang boleh anda amalkan bagi mengekalkan warna pakaian anda dan sentiasa kelihatan baru!

1.Suhu Air

Basuh pakaian anda dengan air sejuk kerana ia dapat menghalang daripada merosakkan material kain. Air panas lazimnya digunakan untuk pakaian yang sangat kotor dan jika terdapat kesan degil. Jika baju anda hanya berbau, gunakan sahaja sabun dan air bersuhu sejuk untuk membersihkannya.                         

2.Asingkan Pakaian Mengikut Warna

Asingkan pakaian sewaktu mencuci kerana mungkin ada pakaian cepat luntur warnanya. Cara terbaik untuk mencuci pakaian adalah mencuci terlebih dahulu pakaian yang berwarna putih atau terang dan kemudian cucilah pakaian yang berwarna gelap pula secara berperingkat. Jangan campurkan pakaian yang berwarna putih dengan pakaian berwarna supaya pakaian berwarna putih tidak mudah kusam.

3.Elak Guna Mesin Pengering

Elakkan mengeringkan pakaian yang berwarna gelap atau hitam di dalam mesin pengering kerana ini akan mempercepatkan warna pakaian luntur. Sebaik-baiknya, sidailah pakaian tersebut di bawah tempat teduh di kawasan berangin.

4.Garam Bantu Mengekalkan Warna Pakaian

Garam merupakan bahan pengawet yang baik di dalam makanan. Jadi, jika digunakan dengan betul, garam juga dapat membantu mengekalkan warna pakaian kita. Caranya mudah iaitu tambahkan suku cawan garam beraiodin ke dalam mesin basuh.

5.Cuci Tangan 

Pakaian yang diperbuat daripada bahan sutera atau kapas atau bahan lembut digalakkan dicuci dengan menggunakan tangan untuk mengelakkan pakaian cepat rosak dan warnanya luntur. Anda juga boleh tambahkan cecair pencuci Dynamo yang boleh membantu mengekalkan warna pakaian supaya tidak mudah luntur dan juga berbau harum sentiasa.                           

6.Simpan Pakaian Dengan Betul

Pastikan pakaian yang dijemur betul-betul kering sebelum diangkat dan dilipat. Simpan pakaian di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan pakaian mudah berbau dan juga berkulat terutamanya apabila pakaian tersebut disimpan dalam almari yang gelap. 

Selamat Mencuba!

Kredit artkel: Blog Bawang Putih