Archives for December 2021

UNESCO MENGISYTIHARKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PALING AMAN DI DUNIA

PARIS: UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia, menyebabkan para pengkritik Islam yang sering menyalahkan agama Islam sebagai agama keganasan terdiam.

Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan kenyataan awal hari ini yang mendedahkan bahawa UNESCO telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Antarabangsa enam bulan kembali untuk mempelajari semua agama di dunia dan mengetahui yang paling damai di kalangan semua.

“Selepas enam bulan kajian dan analisis yang ketat, kita telah membuat kesimpulan bahawa Islam adalah agama yang paling aman,” kata Robert McGee, ketua saintis kajian komparatif Yayasan Keamanan Antarabangsa yang diumumkan dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh pegawai UNESCO.

Apabila ditanya mengenai serangan keganasan yang dilakukan atas nama Islam, termasuk yang baru-baru ini di Dhaka dan Baghdad, pegawai UNESCO menafikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan Islam.

“Keganasan tidak mempunyai agama,” katanya, “Islam bermaksud keamanan.”

Untuk mendokumenkan pengiktirafan rasmi ini, UNESCO akan mengeluarkan sijil kepada badan-badan Islam yang berminat, yang boleh memilih untuk memaparkannya di pelbagai tempat seperti madrasah, pusat pengajian Islam, masjid, kedai halal, rumah penyembelihan, dan sebagainya.

Junta Ka Reporter juga diberikan satu salinan sijil supaya kami boleh memaparkannya dengan sama kepada pembaca kami. Satu salinan juga telah diletakkan di pejabat pengasas kami Encik Mofat Javed.

“Pertubuhan hak sayap kanan harus berhenti menganiaya Islam dan Muslim sekurang-kurangnya selepas sijil ini dari UNESCO,” editor pengasas kami, Mofat Javed berharap.

Sijil dan pengumuman dari UNESCO telah dialu-alukan oleh pemimpin dunia dan pemimpin agama di seluruh dunia. Dalai Lama dilaporkan telah meminta agama lain untuk belajar dari Islam dan cuba menjadi seperti Islam, tanpa kekerasan dan belas kasihan sebagai agama damai.

Bagaimanapun, beberapa cendekiawan Islam mengatakan bahawa perbuatan UNESCO tidak diperlukan kerana Islam sudah menjadi agama yang terbaik dan terakhir.

Sumber: http://www.islamituindah.my

4 Cara Untuk Ketahui Minat Dan Bakat Sebenar Anda

Ada di antara kita yang masih tidak tahu apakah minat dan bakat sebenar yang kita miliki atau mempunyai potensi untuk digilap.

Mungkin kebanyakan kita mahir melakukan sesuatu kerana anda diajar untuk melakukannya atau andamelihat orang lain melakukannya.

Pandai melakukan sesuatu tidak bermakna itulah perkara yang anda minati ataupun itulah satu-satunya bakat anda.

Boleh jadi ia adalah salah satu daripada kepandaian atau kemahiran anda tetapi itu bukanlah minat sebenar anda.

Dengan melakukan apa yang anda minati pasti akan membuatkan anda berasa lebih gembira.

Malahan ramai tokoh usahawan di luar sana berhasil menjadi kaya dan berjaya dengan mengusahakan apa yang mereka minati dengan sepenuhnya dan menggabungkannya dengan bidang perniagaan.

Berikut adalah panduan bagaimana anda dapat mengenal pasti minat dan bakat sebenar anda yang anda sendiri mungkin tidak tahu.

#1. Bina ramai kenalan baharu

Berada dalam lingkungan sosial yang baharu adalah cara terbaik untuk anda mengenal pasti minat anda yang sebenar.

Perkenalan dengan orang lain akan mendedahkan anda kepada perkara-perkara baharu yang anda mungkin tidak tahu sebelum ini.

Anda mungkin boleh mencuba perkara baharu berdasarkan hobi, idea dan pendapat orang lain.

Mungkin juga ada yang ingin melakukan sesuatu namun tidak ada keberanian kerana bersendirian.

Dengan adanya rakan baharu yang berkongsi minat yang sama anda boleh melakukannya bersama-sama.

Jika anda mahu mula belajar melakukannya namun tidak tahu bagaimana untuk bermula, anda boleh berhubung dengan mereka yang sudah pandai, lalu belajar atau bertanyakan caranya.

Jika anda bukanlah seorang yang gemar dan mahir bersosial, tidak mengapa. Tidak perlu keluar dan berkenalan secara berdepan.

Anda boleh berkenalan mereka dalam dunia maya jika itu yang lebih menyelesakan anda.

Hanya perlu sertai mana-mana kumpulan sosial yang berkaitan dengan minat anda yang baharu seperti group hiking, group travel, group masakan barat, group baking serta macam-macam lagi.

Belajarlah secara penuh semangat dan cubalah dengan sebaik yang mungkin supaya anda boleh lihat sejauh mana potensi anda.

#2. Cubalah beberapa hobi baharu serentak 

Jangan bazirkan masa dengan melakukan satu perkara sahaja pada satu masa.

Jika anda hanya mencuba satu aktiviti baharu misalnya bermain gitar dan anda mengambil masa yang lama untuk memahirinya dan sekiranya anda dapati anda kurang berminat bermain gitar, ia agak merugikan.

Kerana anda telah melaburkan sejumlah wang, tenaga dan masa untuk tujuan mendalami diri sendiri.

Cara yang terbaik, lakukan beberapa hobi atau aktiviti baharu pada waktu yang sama.

Pastikan anda tidak pernah melakukannya sebelum ini dan lihat hasilnya setiap kali anda melakukannya.

Walaupun anda masih tidak mahir, pasti akan ada salah satu aktiviti yang paling dominan yang anda gemari.

Setelah beberapa ketika, anda boleh bandingkan aktiviti yang mana satukah yang paling membuatkan anda gembira.

Jika anda masih tidak berasa benar-benar gembira dan bersemangat ketika melakukan kesemua aktiviti yang anda telah pilih, ini bermakna anda harus mencuba aktiviti yang lain pula sehingga anda menemui minat dan bakat anda yang sebenarnya.

#3. Baca sejumlah besar buku-buku

Buku? Perlukah untuk membaca buku jika anda bukan ulat buku? Jawapannya perlu! Kenapa?

Tidak kisahlah ‘genre’ apa yang anda mahu baca, ia akan bantu anda untuk memahami minat sendiri.

Bagaimana ia boleh membantu anda sedangkan membaca ternyata bukanlah aktiviti yang anda suka sejak dari dahulu?

Setiap buku ada menceritakan kisahnya yang tersendiri. Ada kehidupan di sebalik kisah yang terkandung dalam buku itu hatta komik sekalipun.

Manusia sering mendapat inspirasi daripada apa yang mereka lihat dan dengar.

Kita belajar daripada kehidupan dan pengalaman orang lain dan jadikan ia sebagai teladan.

Semasa membaca, kita akan mendapat pengetahuan baharu yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Artikel berkaitan: Membaca Membuka Minda Kepada Khazanah Tak Ternilai

Banyak idea baharu boleh muncul melalui pembacaan anda kerana membaca sebenarnya memberi ruang untuk anda berfikir dengan kritis.

Anda bukan sahaja boleh mendapat idea untuk minat anda yang sebenar malahan jika anda meminati bisnes, anda boleh gabungkan ilham baharu mengenai perkara yang anda minati dengan bisnes untuk menjana pendapatan.

Dengan membaca, anda akan dapati yang hala tuju hidup anda lebih jelas dan senang untuk mengatur langkah.

Apakah perbezaan membaca buku dengan membaca secara elektronik?

Mungkin nampak seperti tiada beza namun sebenarnya membaca dengan kaedah yang lama mungkin lebih memberi fokus dan masa untuk anda bersendirian dan berfikir dalam dunia anda sendiri.

Sebaliknya, membaca menggunakan gajet, anda mungkin akan mudah terganggu dengan media sosial dan lain-lain daripada fokus kepada pembacaan dan menghayatinya.

#4. Melancong ke tempat baharu 

Melancong ke tempat-tempat menarik sudah menjadi satu trend baharu dalam komuniti milenia kita.

Ramai yang bercuti dan melancong untuk mencari pengalaman di tempat orang, untuk menghilangkan stress dan pelbagai sebab lain.

Melancong sebenarnya bukanlah sekadar memberi kenangan dan membeli cenderahati, sebaliknya boleh menjadi inspirasi untuk anda mendalami minat kita yang sebenar.

Mungkin jika anda terjumpa aktiviti atau benda baharu yang anda minati di situ namun tiada di tempat asal anda, nah, ini adalah peluang anda untuk membawanya pulang ke tempat anda dan memperkenalkannya kepada orang lain.

Silap haribulan boleh menjadi idea bisnes ataupun mungkin anda terlalu gemar melancong dan hanya melancong, jadi bukalah agensi pelancongan sendiri.

Itu adalah contoh idea bisnes berdasarkan minat yang anda boleh lakukan. Anda boleh melancong tanpa perlu mengeluarkan wang sambil berniaga.

Kredit artikel: Blog leaderonomic .com

10 Cara Selamat Atasi Sembelit Anak Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Semua orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berlainan. Ada yang membuang air besar sehari sekali, dua kali sehari atau lebih dari tiga kali sehari. Bagi orang yang normal, tabiat membuang air besarnya juga normal. Jadi, ia tidak menjadi satu masalah besar bagi orang yang normal.

Bagi orang yang tidak mempunyai tabiat membuang air besar yang normal, ia menjadi masalah besar baginya. Kadang-kadang, lebih dari dua hari tidak membuang air besar. Bukan sahaja orang dewasa yang mengalaminya malah kanak-kanak juga mengalami sembelit.

Semestinya, ibu bapa rasa bimbang apabila anak-anak mereka mengalami sembelit. Bagaimanakah cara untuk mengatasi sembelit anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar 10 cara selamat atasi sembelit anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

10 Cara atasi sembelit anak.

1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

Image via ibudoakan.com

2. Atasi sembelit dengan buah betik

Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

4. Balm/ Minyak Ubat

Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot.

5. Minum jus nanas

Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

6. Amalkan minyak zaitun

Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

7. Kunyit

Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

8. Jauhi makanan segera

Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

9. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik

Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

10. Bersenam

Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

kredit artikel: Blog bidadari.my

Tekanan Perasaan Boleh Membunuh! Kenali 10 Tanda Ini

Tekanan Perasaan Boleh Membunuh! Kenali 10 Tanda Ini

FacebookTwitterInstapaperPinterestEmailMore22

Tanda alami tekanan perasaan patut diketahui oleh semua orang. Tekanan perasaan ini adalah situasi di mana seseorang itu sedang mengalami gangguan pada mental dan ia boleh berpunca daripada tekanan di tempat kerja, menjadi mangsa buli di sekolah atau tempat pengajian dan sebagainya.

Wanita juga boleh mengalami masalah kemurungan selepas bersalin. Paling sedih apabila terjadi banyak kes di mana ibu yang dalam berpantang ini boleh membunuh anak kecil mereka sendiri yang baru saja dilahirkan itu. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia lebih dikenali dengan nama meroyan.

Penyakit mental terdiri daripada pelbagai jenis seperti skizofrenia, kemurungan yang teruk dan bipolar. Skizofrenia berlaku apabila individu berhadapan masalah halusinasi.

Sedang Alami Tekanan Perasaan, Kenali 10 Tanda Ini

#1 – Menyendiri Dan Melakukan Perkara Yang Pelik

Jika ada dikalangan sahabat, saudara atau pasangan kita mula bersikap ingin menyendiri dengan tanda-tanda kurang keyakinan diri dan sudah tidak mahu ambil peduli tentang dunia luar, maka ada baiknya kita cuba pantau akan perkembangannya. Takut juga kalau dia sedang ke arah kemurungan.

Perhatikan juga jika beliau ada sesuatu perkara yang sebelum ini tidak dilakukan. Ini mungkin untuk cuba mencari perhatian dengan melakukan pekara yang bukan-bukan. Awas, petanda ini mungkin disebabkan oleh kesihatan mentalnya yang sudah mula terganggu. 

#2 – Hidup Rasa Tidak Lagi Gembira

Tanda seseorang sedang alami tekanan perasaan yang seterusnya adalah apabila hidupnya seakan sudah tidak gembira dan tidak bahagia lagi walaupun sudah berada disamping orang-orang tersayang termasuk pasangan dan anak-anak.

Baginya keseronokan dalam hidup sudah hilang. Apa yang ada sekarang hanyalah rasa susah dengan tanggungjawab dan bebanan yang berat untuk dipikul.

#3 – Hidup Dengan Rasa Penuh Keraguan

Seseorang yang sedang mengalami tekanan perasaan akan turut  mula rasa keliru dengan hidupnya sendiri. Beliau seakan sudah hilang arah tuju pada semua benda seperti kerjaya, hubungan dengan pasangan, ikatan dengan keluarga dan sebagainya.

Baginya dia sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa keputusan kerana dan dia juga tidak akan sesekali percaya dengan orang-orang sekeliling termasuklah juga pada dirinya dia sendiri. 

#4 – Cepat Melenting Atau Naik Angin

Antara  tanda alami tekanan perasaan, dia akan jadi cepat meleting dan menjadi seorang pemarah, berubah sikap, tak boleh silap sikit dia akan mengamuk tak tentu pasal malah kemarahannya sangat sukar dikawal. 

#5 – Tidak Bertenaga Dan Nampak Lesu

Jika seseorang mula kemurungan dia mula hilang semangat dalam hidup,Tidak bertenaga lagi untuk pergi kerja, rasa letih dan lesu sepanjang masa, hilang nafsu makan  Dia mula rasa penat dari segi fizikal dan mental.

#6 – Mudah kecewa dan beremosi

Bila seseorang mudah tertekan dengan pekara kecil itu tanda alami tekanan perasaan Contoh bila sesuatu perancangan yang dirancang tidak jadi dia akan bersedih sepanjang hari, dan suka membesarkan masalah masalah-masalah kecil, malah suka menyalahkan diri sendiri.

#7 – Terlampau risau akan hari ini dan masa depan

Jika dia mudah berasa risau itupun boleh menjadi tanda alami tekanan perasaan dan kemurungan, Risau tentang semua pekara. Risau yang tak boleh dikawal dan suka fikir yang bukan-bukan.

#8 – Kesedihan  berpanjangan

Kesedihan adalah tanda masalah  kemurungan yang paling jelas, Bila seseorang bersedih terlampau lama, Dan dia cuba menutup kesedihan itu dengan senyuman. Dia akan rasa hidupnya paling menyedihkan Rasa kehilangan harapan untuk teruskan hidup. Ini tanda-tanda  yang paling bahaya.

#9 – Mula ada sifat tidak ambil peduli 

Sekiranya seseorang mula tidak ambil peduli dengan hidupnyaIni tanda alami tekanan perasaan yang serius, dia mula minum arak, ambil dadah, tidak mahu mendengar nasihat,  abaikan kerja, abaikan keluarga dan nak lari dari masalah hidup.

#10 –  Rasa diri tidak cukup sempurna

Kalau seseorang mula rasa rendah diri, rasa dia tidak sempurna, rasa tidak berjaya, Itu tanda-tanda awal kemurungan, dia mula membandingkan diri dengan orang lain, Rasa hidupnya serba kekurangan dan keseorangan.

Tanda Alami Tekanan Perasaan Boleh Dikenali Melalui Soalan

Di sini turut disenaraikan beberapa perubahan dalam bentuk soalan yang boleh diajukan pada diri sendiri. Ia juga boleh diperhatikan pada ahli keluarga tersayang dan jika ada simptom di bawah, hendaklah segera diberi perhatian yang khusus.

a. Adakah anda tidur sepanjang masa atau sukar untuk tidur?

b. Adakah berat badan anda bertambah atau tidak berasa lapar sepanjang masa?

c. Adakah anda menunjukkan reaksi keterlaluan apabila dikritik?

d. Jika anda pelajar, adakah anda tiba-tiba hilang keinginan untuk ke kelas?

e. Adakah gred dan prestasi di sekolah merosot?

f. Adakah anda kini kerap menangis tanpa sebab munasabah?

g. Adakah anda tidak pedulikan lagi penampilan atau tidak menjaga kebersihan diri sendiri?

h. Adakah anda mengambil dadah atau minum banyak minuman beralkohol?

i. Adakah anda menunjukkan perlakuan yang boleh membahayakan diri atau orang sekeliling?

j. Adakah anda mengancam untuk mencederakan diri sendiri atau bercakap mahu mencederakan atau membunuh diri?

k. Adakah anda ada bercakap atau menulis mengenai bunuh diri yang biasanya tidak dilakukan oleh orang normal?

h. Adakah anda pernah mencari jalan untuk membunuh diri dengan melihat akses kepada pil, bahan bakar dan lain-lain?

Masalah Buli Boleh Menyebabkan Punca Tekanan Yang Drastik

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kes kematian seorang pelakon Korea popular dengan nama Sulli yang meninggal akibat bunuh diri dek kerana tekanan dan kemurungan. Sedihnya Sulli baru saja berusia 25 tahun.

Ini bukan kejadian pertama artis bunuh diri sebab tekanan, terutamanya di Korea Selatan. Faktor utama Sulli membunuh diri bukan saja kerana tekanan, tetapi lebih kepada tekanan emosi dan kemurungan akibat di kritik teruk oleh nitizen di sosial media.

Rata-rata setiap post Sulli di sosial media di hentam teruk setiap masa, jadi sedarkah anda bahawa jari yang menulis boleh membunuh manusia. Ingatlah kritikan, komen dan body shaming adalah jenayah  buli cyber yang tidak patut dilakukan.

Masalah Tekanan Perasaan Boleh Membunuh Dalam Diam, Awas!

Setiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2 peratus) mengalami pelbagai masalah kesihatan mental. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung.

Ini sememangnya satu info yang agak mengejutkan. Nampaknya majoriti masyarakat sekarang cenderung ke arah rasa tertekan dengan kehidupan. Awas! Ini sangat bahaya kerana masalah tekanan perasaan boleh membunuh diri seseorang individu dalam diam.

Agama Adalah Sebaik-baik Pelindung Yang Paling Ampuh

Anda pernah rasa ada lintasan di fikiran untuk membunuh diri? Ini sebenarnya satu tanda yang sangat bahaya dan perlukan rawatan segera. Tolong jangan biarkan ini berterusan. Jika anda ada rasa kerap sakit kepala, masalah penghadaman dan juga kesakitan yang kronik tanpa ada rasa kurang walau dah ambil ubat dan dah jumpa doktor untuk rawatan biasa, jangan tunggu!

Ya, jangan tunggu sebaliknya dapatkan rawatan dari pakar dan paling baik dekatkan segera diri dengan Allah SWT. Sejukkan kembali tubuh tu dengan curahan wudhu, tenangkan semula hati tu dengan menyebut nama Allah SWT dan tenangkan semula fikiran tu dengan kalimah suci Al Qur’an. InshaAllah segala yang berlaku akan kembali reda kerana agama adalah sebaik-baik pelindung yang paling ampuh!

Kredit artikel: Blog bidadari.my

Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Banjir Berlaku

Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
  • Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
  • Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

SEMASA BANJIR –  SEMASA PEMINDAHAN

  • Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir

SEMASA BANJIR – DIDALAM KENDERAAN

Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Banjir Berlaku

Langkah- Langkah keselamatan & kesihatan Semasa banjir berlaku

Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
  • Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
  • Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

SEMASA BANJIR –  SEMASA PEMINDAHAN

  • Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir

SEMASA BANJIR – DIDALAM KENDERAAN

  • Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH

  • Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan
  • Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.

SEMASA BANJIR –DI LUAR RUMAH

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang bolehmenghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR-SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR –PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam 
  • tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Kredit: Blog Zayan

Hati-hati bila panaskan nasi!

Nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan?

Tahukan anda, nasi yang dipanaskan semula untuk dimakan boleh menyebabkan keracunan makanan?

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tersebut namun cara nasi itu disimpan sebelum dipanaskan.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula.

“Ini menyebabkan pembiakan bakteria ‘bacilus cereus’ sehingga menghasilkan toksin beracun,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan nasi yang sudah berlendir dan berbau tidak boleh dimakan.

“Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan. Nasi telah dimasak dan tidak habis dimakan mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup,” menurut kenyataan itu lagi.

Ha, jadi untuk penggemar nasi goreng yang biasa menggunakan nasi lebihan, hati-hati ya! Simpan dengan cara yang betul bagi mengelakkan keracunan.

Sumber: Sinar Harian

Apa Yang Boleh Menggantikan Gula Vanila Dalam Penaik?

Vanilla adalah rempah yang paling dicari. Suami-suami moden hanya tidak mewakili pastri dan hidangan lain tanpa gula vanila.

Satu beg rempah boleh merasakan hampir satu kilogram produk.

Secara berasingan sukar untuk berkembang, sehingga mereka mula mencari pengganti yang sama. Menggantikan produk mempunyai serbuk kristal, sama dalam rasa.

Rasanya pahit, tuan rumah perlu dicampurkan dengan gula. Ia adalah pengganti tiruan, tetapi ia telah meluas dalam memasak.+

Terdapat 398 kilokalori setiap 100 gram produk; ada unsur surih dalam komposisi:

  • tembaga;
  • zink;
  • mangan;
  • besi;
  • kalsium;
  • magnesium;
  • kalium;
  • sodium;
  • fosforus

Ditenuhkan dengan vitamin dan asid amino: riboflavin, tiamin, pyridoxine, asid pantothenik.

Bau lembut, menyenangkan disebabkan oleh kehadiran komponen tertentu:

  1. Alkohol anise. Apabila dibebaskan, ia memberikan bau yang serupa dengan bunga hawthorn.
  2. Glucosidine Glucoside. Ia terbentuk apabila memproses pod vanila segar. Ia berpecah menjadi glukosa dan aldehida aromatik bebas – vanillin.
  3. Aldehid coklat diperoleh daripada minyak cassic.
  4. Heliotropin, dengan bau heliotrope. Bau serupa dengan vanila.

Biasanya, ia digunakan dalam jumlah kecil, kerana ia mempunyai kandungan kalori yang tinggi.

Sebagai tambahan kepada aroma yang menyenangkan, serbuk juga mempunyai banyak ciri-ciri bermanfaat.

Makan kek vanila pada waktu pagi meningkatkan aktiviti otak dan nada badan.

Hidangan dengan aditif mempunyai senarai keseluruhan ciri-ciri yang berguna.

Pertama, anda boleh mengelakkan obesiti. Walaupun penaik mempunyai kandungan kalori yang tinggi, memakannya dengan gula vanila mengurangkan selera makan dengan cukup. Ini berlaku pada tahap kimia, ia menindih sel-sel yang merangsang nafsu makan.

Kedua, gula vanila mengurangkan kemungkinan diabetes. Apabila menggunakan produk, peningkatan dalam metabolisme badan, penurunan kadar gula diperhatikan.

Lebih banyak produk dengan gula vanila dapat menangani stres dan perasaan. Minyak penting dapat meningkatkan proses pencernaan dalam tubuh. Di samping itu, rempah adalah antioksidan yang sangat baik yang menghalang kanser.

Gula vanila mempunyai keupayaan untuk meneutralkan kesan alkohol dalam badan. Jika ia digunakan bersama-sama dengan alkohol, maka sedikit alkohol yang digunakan hanya direalisasikan. Minum mabuk alkohol sebahagiannya.+

Lebih-lebih lagi, gula vanila membiak, semasa haid, produk boleh dimakan dalam kuantiti yang kecil, maka rasa sakit akan dikurangkan dengan ketara.

Tidak setiap pelayan wanita tahu apa yang boleh menggantikan gula vanila.

Gula ini adalah perisa yang paling mudah, lebih-lebih lagi, agak berpatutan.

Jika anda menambahnya kepada hidangan, ternyata makanan yang lazat dan aromatik.

Gula vanila boleh ditambah kepada:

  • bijirin susu;
  • koktel;
  • charlotte;
  • pencuci mulut untuk pesakit kencing manis;
  • koko;
  • mousses;
  • penkek;
  • cheesecakes.

Krim dengan krim dan vanila mempunyai rasa istimewa. Sebagai contoh, untuk mendapatkan keju kotej buatan sendiri dengan rasa vanila adalah sangat mudah, anda hanya perlu menambah secawan vanila di keju kotej dan dapatkan jisim curd.

Terdapat banyak pengganti untuk suplemen ini. Sama ada mungkin untuk menggantikan gula vanila dengan vanillin, tahu, tidak setiap pelayan rumah sama sekali. Vanillin adalah perisa vanila. Dan aditif itu sendiri adalah perisa bercampur dengan gula. Ia juga boleh digunakan dalam masakan. Hanya dalam kuantiti yang lebih kecil. Ini kerana kepekatan yang lebih besar, bau dengan penambahan yang lebih besar mungkin terlalu keras.

Ia menjadi persoalan sebenar: berapa banyak meletakkan vanila daripada gula vanila, supaya ada rasa yang menyenangkan? Dalam perkadaran apa? Ia harus diambil sedikit sebanyak mungkin, contohnya, jika dalam resipi 2 sudu teh gula vanila, maka vanila harus diambil di ujung pisau.

Pengganti gula vanila yang terbaik boleh dianggap sebagai pod vanila sebenar. Ia sempurna, tetapi mahal.

Ekstrak vanili juga sesuai digunakan. Ini adalah tuang vanila, yang mempunyai 35 darjah kekuatan. Ia adalah yang paling sesuai untuk hidangan sejuk, kerana ia mengekalkan rasa dan aroma hanya dalam keadaan sejuk. Baking merosakkan kualiti ekstrak. Menunjukkan rasa yang terbaik dalam pencuci mulut, minuman, ais krim.

Mesti mematuhi satu syarat: semua hidangan mestilah sejuk. Ia boleh dilakukan di rumah. Satu gelas vodka yang ditanam dengan dua atau tiga buah vanila dihiris cukup. Disemai dalam bekas selama 2 bulan. Bekas hendaklah ditutup dengan ketat.

Inti vanila juga sangat popular. Berbeza daripada ekstrak kepekatan yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan bahan tambahan ini anda perlu berhati-hati sebaik mungkin, jika anda melampaui batas, anda boleh merosakkan hidangan itu.

Ia akan menjadi pahit dan sedikit keras terhadap bau.

Serbuk vanila boleh digunakan tanpa mengira suhu hidangan. Boleh digunakan walaupun dibakar dengan suhu tertinggi.

Ia dihasilkan dengan mengisar pod vanila. Sesuai dengan apa-apa hidangan. Ia boleh diarahkan secara bebas dari kedai dalam talian, atau dibeli di organisasi khas.

Tidak perlu membeli aditif. Anda boleh membuat gula vanila sebenar di rumah. Apakah ia tidak mempunyai perisa tiruan? Ia disediakan sangat mudah. Cukup 2 buah vanila, mereka perlu tidur dengan gula dan biarkan selama sekurang-kurangnya sepuluh hari. Anda juga perlu mengaduk gula dari semasa ke semasa. Hidangan hendaklah ditutup dengan ketat.

Selain sifat-sifat bermanfaat vanila gula mempunyai kontraindikasi. Ia boleh membahayakan sesetengah orang. Jika anda menggunakannya secara sederhana, maka tidak akan ada mudarat.

Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan:

  1. Masalah penghadaman. Dalam jumlah besar gula vanila mempunyai kesan negatif pada perut dan pankreas, kerana ia adalah rempah dan mempunyai minyak penting.
  2. Alahan. Pada satu tahap jeruk, ia adalah alergen yang sangat kuat. Ruam kulit alahan boleh berubah menjadi dermatitis, dan juga ekzema dari masa ke masa.
  3. Gula vanila cenderung menurunkan tekanan darah, oleh itu boleh menyebabkan pening.

Di samping penyalahgunaan aditif dapat menyebabkan akibat jika benar-benar kontraindikasi pada manusia. Sebagai contoh, wanita hamil perlu mengambil perisa vanila dengan berhati-hati, alahan boleh berlaku dua kali lebih cepat. Contraindikasi mutlak mungkin:

  • reaksi alahan. Ia boleh berlaku bukan sahaja semasa penggunaan
  • kanak-kanak di bawah umur tiga tahun tidak boleh dimakan, kerana risiko alahan lebih tinggi daripada orang dewasa;
  • vanila dalam keadaan eksaserbasi penyakit perut boleh dipenuhi dengan keadaan yang semakin buruk.

Kredit : Online Magazine

Risiko Ubat Punggung Mak Ayah Wajib Tahu

Ubat Punggung

Tahukah anda, penggunaan ubat masuk punggung anak ada risikonya? Kami pasti ada ibu bapa yang tidak tahu dan risau akan teknik yang perlu digunakan sekiranya keadaan memaksa mereka mengambil keputusan sedemikian.

Ini merupakan perkongsian oleh doktor-doktor terlatih daripada Klinik Avicenna mengenai beberapa perkara berkaitan ubat masuk punggung yang wajib ibu bapa tahu. 

Ubat masuk punggung biasanya akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan saja ubat ni di punggung dia, habis cerita.

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni kita fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp untuk Demam/Painkiller, iaitu:

1. Paracetamol, PCM (acetaminophen)

2. Diclofenac sodium (voren)

Bila nak guna ubat Supp ini?

1. Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.

2. Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:

1. Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.

2. Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?

Jawapannya, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?

1. Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak-anak. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. Jadi, kenal pasti betul-betul dos PCM anak.

2. Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada buah pinggang kalau overdose dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?

1. Dalam kes alergik PCM.

2. Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka dos seterusnya boleh cuba bagi Supp Voltaren.

3. Jika pasti demam bukan disebabkan denggi. Sebab tu kena jumpa doktor dulu, bukan suka-suka ambil sndiri. Jika tidak, boleh menyebabkan pendarahan.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?

Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

Supp Voltaren ada fungsi tambahan sebagai anti ejen inflammatory, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya artiritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?

1. Supp Voltaren tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak di bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac dan kanak kanak yang ada masalah perdarahan.

2. Supp Voltaren tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada denggi. Boleh mengakibatkan pendarahan. Jadi, pastikan ambil ubat hanya bila doktor arah.

3. Supp PCM tidak boleh digunakan untuk bayi di bawah 6 bulan. Bergantung pada keadaan. Bawah 6 bulan, sila jumpa doktor.

4. Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

5. Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.

Dos Penggunaan:

Kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.

1. Supp PCM 125mg:

6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp

4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

2. Supp PCM 250mg:

5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp

9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih daripada 4 kali dalam tempoh 24 jam.

Dos utk Supp PCM, formulanya ialah: 

20-30mg/kg berat badan.

Contohnya berat 10kg.

10kg x 30mg= 300mg.

Jadi blh bg anak dose sebiji supp PCM 250mg.

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya:

0.5 –1mg/kg berat badan.

So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg itu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Contoh berat anak 10 kg, supp Voltaren 12.5mg boleh digunakan.

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk dos ubat dalam kes paediatrik yang tepat, sila rujuk doktor. Dos yang ditulis ni hanya sebagai panduan umum sahaja.

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul

1. Baringkan anak mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).

2. Lembapkan ubat supp dengan vaselin atau minyak dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.

3. Lepas masuk ubat, biar anak baring seketika bagi ubat menyerap.

Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan, ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

-Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna-


Kredit Sumber: Klinik Avicenna via siakapkeli.my 

Kredit gambar: dailybcd.com

Cara Mudah Menanggalkan ‘chewing gum’ daripada baju

Chewing gum melekat pada baju? Argghhhh!!!

Sebagai mak-mak, pastinya rimas melihat chewing gum yang melekat pada baju anak-anak. Menjadi satu kerja pula bila terpaksa menghabiskan masa semata-mata untuk menanggalkan kesan chewing gum tersebut kan? 

Dah, tak payah pening-pening! Cuba petua ni dulu.

Letak pakaian yang terkena chewing gum di dalam peti sejuk selama beberapa jam, kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati chewing gum mudah ditanggalkan daripada pakaian.

DIET IKUT JENIS DARAH LEBIH BERKESAN

Diet yang kamu lakukan selama ini kurang berkesan ataupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diidamkan? Mungkin boleh cuba diet mengikut jenis darah.

Mungkin darah kamu sesuai untuk diet protein, mungkin juga tidak. Jadi ketahui lebih lanjut diet apakah yang sesuai agar kamu tidak rugi.

Cara ini menjanjikan diet lebih berkesan kerana selain fit ia turut menyihatkan badan. Makanan diambil dikatakan bertindak secara sains dengan jenis darah. Jadi, apakah jenis darah kamu dan menu apa pula lebih sesuai?

Darah Jenis O: Sesuai dengan diet tinggi protein termasuk daging pejal, itik, ikan, sayur-sayuran dan buah. Kurangkan dari mengambil grains atau kacang. Bayam dan brokoli sangat membantu.  Elak memakan produk tenusu, jagung, gandum, kacang buncis, sawi bunga, kubis dan kubis bunga.

Darah Jenis A: Diet bebas daging tetapi mengambil banyak buah dan sayuran, kacang dan bijirin. Semestinya organik dan segar. Kiranya kamu perlu jadi vegetarian untuk diet lebih berkesan. Elak daging, bahan tenusu dan gandum.

Darah Jenis B: Diet campuran omnivore. Boleh makan sayur hijau, telur, hati, tenusu rendah lemak dan teh. Daging boleh tapi bukan ayam. Ayam memberi masalah buat si darah B. Elak jagung, gandum, tomato, kacang dan sesame seeds.

Darah Jenis AB: Digalakkan memakan tofu, nanas, makanan laut, tenusu dan sayur hijau. Elak mengambil caffeineatau daging yang di masak secara smoked. Jangan makan daging merah dan jagung jika kamu berniat mahu turunkan berat badan.

Kredit: Blog Cosmopolitan