Archives for January 3, 2022

Persis Gambar Pinterest, Lihat Transformasi Bilik Dengan Rekaan Scandinavian Bermodalkan RM5,000

Sudah lebih sebulan kita hanya duduk di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Apakah aktiviti yang anda lakukan sepanjang berada di rumah?

Seorang pengguna Twitter @SyaifulNazren menjadi buah mulut netizen berikutan perkongsian biliknya yang cantik dan seperti lihat gambar Pinterest. Apa kata kita lihat dekorasi biliknya dan mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda transformasi bilik pula.https://platform.twitter.com/embed/Tweet.html?creatorScreenName=thevocket&dnt=true&embedId=twitter-widget-0&features=eyJ0ZndfZXhwZXJpbWVudHNfY29va2llX2V4cGlyYXRpb24iOnsiYnVja2V0IjoxMjA5NjAwLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X2hvcml6b25fdHdlZXRfZW1iZWRfOTU1NSI6eyJidWNrZXQiOiJodGUiLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X3NwYWNlX2NhcmQiOnsiYnVja2V0Ijoib2ZmIiwidmVyc2lvbiI6bnVsbH19&frame=false&hideCard=false&hideThread=false&id=1255025441657647104&lang=en&origin=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpersis-gambar-pinterest-lihat-transformasi-bilik-dengan-rekaan-scandinavian-bermodalkan-rm5000%2F&sessionId=37b6bba0e3c0ceeab6e1fd0bb3f1d5165bff0086&siteScreenName=thevocket&theme=light&widgetsVersion=9fd78d5%3A1638479056965&width=550px

Anda akan berasa kagum dengan transformasi biliknya dari bilik biasa ke satu bilik yang ‘awesome’.

ad0a

Kita dapat lihat ruangan biliknya tidaklah besar dan ‘limited’ serta ini merupakan satu cabaran untuk menghias biliknya seperti sekarang. Menurut Syaiful, transformasi biliknya mengambil masa selama sebulan dan menelan belanja lebih kurang RM5,000.

Difahamkan, beliau mendapat inspirasi untuk ‘make over’ biliknya berkonsepkan Scandinavian. Lihat transformasi bilik beliau yang memanfaatkan setiap ruang yang ada dan pasti anda akan terpegun.

EWq-97ZU8AE8Aa7
EWq-97ZU4AER8-w
EWq-97aU4AEDYZO
EWq-97aU4AAOTLX
EWmtu0XVAAcCcZX
EWmtu0YUwAAanWJ

Mungkin disebabkan warna putih dipilih dikeseluruhan bilik dan warna perabot serta barangan lain menggunakan 3 warna utama iaitu coklat, putih dan hijau membuatkan bilik ini kelihatan kemas dan cantik.

Buat anda yang tertanya-tanya di mana boleh dapatkan perabot dan barangan dekorasi seperti dalam gambar, beliau mengatakan bahawa dapatkan barangan tersebut di IKEA, H&M Home, Muji, Kaison, Daiso dan Spotlight.

Apa kata kita lihat beberapa gambar ruang tamu rumah beliau pula.

89c1
8590
c1e3
cd20

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan ilham kepada anda diluar sana agar dapat makeover bilik impian anda. Manfaatkan masa terluang saat ini dengan mulakan langkah mengubahsuai rumah anda.

Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?

Tidak semua orang memiliki bakat dan kemahiran untuk menghasilkan karya seni dan nilai sesuatu karya itu bernilai bagi pengkarya dan juga mereka yang menghargai hasil seni.

Akan tetapi, masih ada yang tidak menghargai sesuatu karya dan artist. Mana tidaknya, masih ada yang ingin mendapatkan karya secara percuma tanpa mengambil kira usaha dan titik peluh pengkarya tersebut.

Menerusi perkongsian Sue Anna Joe di Twitter miliknya, terdapat PR Agency yang menghubunginya di Facebook dan ingin beliau untuk lukis doodle pada 80 beg kertas sempena pelancaran produk baru syarikat terkemuka tanpa pembayaran.

Menerusi perkongsian tersebut, kita dapat lihat agensi tersebut memberikan tawaran untuk beliau dan sebuah syarikat terkemuka berkolaborasi. Jika beliau bersetuju dengan tawaran yang diberikan, bahan-bahan yang diperlukan oleh beliau akan disediakan pihak tersebut.

Malah, pihak agensi mengatakan akan memberikan kredit kepada beliau atas rekaan pada beg kertas jika bersetuju. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akan menerima tawaran tersebut jika disertakan dengan pembayaran.

Bukanlah mudah untuk mencari idea dan menghasilkan karya terbaik. Pastinya hasil seni seperti ini wajar untuk dibayar dan apa pula pandangan anda terhadap isu ini?

Lama Terbiar, Lihat Bagaimana Rumah Kampung Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden

Setiap orang inginkan rumah yang cantik dan selesa. Malah, rumah peninggalan orang tua pastinya memiliki 1001 kenangan manis bersama keluarga tersayang.

Jujur, sayang jika dibiarkan rumah peninggalan begitu sahaja. Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Yanie Syafiin telah berkongsi rekaan rumah kampung peninggalan orang tua yang pasti buat anda terpegun.

Kita lihat dahulu keadaan sebelum rumah kampung peninggalan orang tua Yanie Syafiin ini sebelum diubahsuai.

96263528_125259782479803_4201139672379817984_o
96260753_125259892479792_5513490083841310720_o
95386715_125259979146450_6850155610835517440_o
95816485_125260005813114_1845733870146682880_o
96680547_125260029146445_5658264639591415808_o

Masih mengekalkan struktur lama, rumah ini telah diberi nafas baru dan mungkin dari luar rumah hanya kelihatan seperti rumah kampung biasa tetapi rekaan dalam rumah kelihatan mewah.

Pilihan warna yang digunakan tidak terlalu banyak untuk warna dinding dan perabot membuatkan setiap ruangan nampak kemas dan tidak serabut. Dapat dilihat, lantai masih mengekalkan penggunaan papan tetapi pada bahagian dinding telah ditambah plywood untuk kelihatan kemas dan ‘fresh’. Jom lihat keadaan selepas diubahsuai.

96561869_125260192479762_2188520484260282368_o
95830105_125259689146479_5674644837404508160_o
95665160_125260075813107_2780876549748948992_o
96083235_125260109146437_1410083904110460928_o
96693199_125260145813100_5787331516392538112_o

Mesti anda rasa terpegun melihat keadaan rumah papan ini yang telah diubahsuai, bukan? Pastinya perkongsian ini dapat memberikan inspirasi buat anda diluar sana untuk dekorasi rumah kampung mereka.

Lihat Bagaimana Lelaki Dari Thailand Ini Bina Rumah Kucing Yang ‘Awesome’ Dengan Bermodalkan RM27,000

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai orang untuk dibela. Mana tidaknya, comel dan teletah manja si kucing pasti buat ramai orang ‘cair’ dengan ia.

Terbaharu, menjadi buah mulut netizen apabila tular beberapa keping gambar pembinaan rumah kucing yang kelihatan eksklusif di media sosial. Untuk pengetahuan anda, pengguna Facebook DataKitt Cattery telah berkongsi proses menyiapkan rumah tersebut. Apa kata anda lihat dahulu gambar proses membina rumah kucing ini.

96671854_607755149948419_4052833927662927872_o
97458926_607755203281747_3638723755192090624_n
96514219_607755266615074_6843919374156300288_n
96533207_607755319948402_7518953826380939264_o
96540155_607755426615058_2941891291673264128_o

Kita dapat lihat pembinaan rumah kucing tersebut telah dibina di halaman rumah sahaja. Malah, dinding dan atap bumbung rumah kucing ini diletakkan aluminium untuk kelihatan eksklusif dan menawan.

Untuk pengetahuan anda, kos keseluruhan bagi membina rumah kucing ini dalam lebih kurang 200k Baht (~RM27,137.32) dan termasuk penghawa dinding. Mesti anda sudah tidak sabar untuk lihat hasil rumah kucing yang eksklusif ini. Ayuh kita lihat!

97263311_607755646615036_779879139405463552_o
96720822_607755536615047_1282922549679751168_o
97525824_607755773281690_8540860647863222272_o
96765135_607755593281708_6485992222935220224_o
96659509_607755866615014_4427492321554071552_o
96677453_607756073281660_7483166818840870912_o

Cantik, bukan? Manalah tahu dengan perkongsian ini dapat jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda bina rumah kucing anda sendiri. Pasti si comel anda lebih gembira.

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion

Sebut mengenai Pablo Escobar pasti orang ramai mengenalinya. Berjaya menjadi Colombian drug lord yang sangat terkenal serta berjaya memperoleh pendapatan sehingga berbillion dollar membuatkan beliau terus popular sehingga ke hari ini.

Meskipun sudah meninggal dunia sejak pada tahun 1993, legasi keluarganya yang kaya masih diteruskan sehingga kini. Menerusi laporan terbaru, abang Pablo Escobar iaitu Roberto Escobar baru-baru telah menyaman syarikat Apple dengan nilai $2.6 bilion (RM11.33 bilion).Roberto-Escobar

SUMBER: THE TRAVEL ADDICT

Menerusi laporan daripada TMZ, semuanya bermula apabila Roberto Escobar mendakwa terdapat pihak yang cuba menggodam iPhone X beliau menggunakan aplikasi FaceTime serta memperoleh alamat rumahnya. Tambahnya lagi, beliau turut menerima sepucuk surat berbaur ugutan menerusi alamat yang diperoleh.

Tidak senang dengan ugutan yang diterima serta risau dengan keadaan dirinya serta keluarga, beliau memilih untuk saman syarikat penghasilan iPhone iaitu Apple.

Berdasarkan tuntutan saman yang dibuat, terdapat pihak yang berpendapat tujuan Roberto Escobar menyaman Apple adalah sebahagian daripada teknik pemasaran bagi melariskan produk keluaran syarikat beliau iaitu Escobar Inc yang menawarkan iPhone 11 Pro 256GB edisi terhad yang disalut dengan emas.Screen Shot 2020-05-28 at 4.31.14 PM

SUMBER: RIP APPLE

Lebih meragukan, model ini ditawarkan dengan harga $499 (RM2,174.94) iaitu jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan Apple. Para pembeli boleh mendapatkannya melalui laman web RIP Apple.

Di sebalik saman dengan kisah yang agak pelik terhadap syarikat Apple, siapa sangka Roberto Escobar berjaya memenangi tuntutan saman yang dibuat sebanyak $2.6 bilion. Roberto Escobar turut memaklumkan beliau sedia untuk berkongsi segala wang saman yang dimenangi kepada orang ramai.

Ironinya Apple sebelum ini pernah mengesahkan iPhone X sebagai telefon pintar dengan sekuriti terbaik di pasaran. Kemenangan Roberto Escobar di mahkamah sekaligus membuktikan sebaliknya sekaligus menimbulkan tanda tanya orang ramai mengenai pengaruh keluarga Pablo Escobar serta sekuriti iPhone.

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Tiada siapa sangka lantai jubin dari zaman Rom purba boleh ditemui dalam keadaan yang sangat baik. Tiga hari lalu, lantai jubin cantik dihasilkan dari abad ke-3 telah ditemui di sebuah pekan di utara Itali.

Ahli arkeologi di Verona berkata penemuan lantai jubin tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan dan walaupun sudah tertanam di bawah tanah untuk sekian lama, lantai jubin berkenaan masih dalam keadaaan baik; malahan warnanya juga tidak pudar dimamah zaman.

Lebih menarik, jubin ini tertanam di bawah ladang anggur dan mereka perlu menggali beberapa meter ke dalam tanah sebelum lantai jubin ini ditemui. Berdasarkan laporan, jubin berkenaan kemungkinan besar adalah milik sebuah villa yang pernah dibina di kawasan tersebut.

Pada tahun 1922, kawasan yang sama pernah digali namun tiada hasil. Bagaimanapun, aktiviti tersebut disambung tahun ini dan kini membuahkan hasil.

Kerja-kerja penggalian masih diteruskan untuk melihat secara penuh corak lantai jubin ini disamping mencari asas bangunan villa berkenaan. Yang pasti, lokasi ini pasti sebuah pekan yang cantik satu ketika dahulu.

Universiti Di Jepun Hasilkan Graduan Pengajian Ninja Pertama

Sekiranya ada yang berpendapat ninja hanyalah watak mitos yang dibuat-buat, lelaki Jepun ini membuktikan ninja wujud walaupun di era moden ini.

Genichi Mitsushashi menghabiskan masa 2 tahun mengasah bakat seni bela diri dan mempelajari sejarah tradisi ninja untuk menjadi individu pertama di Jepun menjadi lulusan pengajian ninja.

Beliau yang berusia 45 tahun tersebut menghabiskan pengajian beliau di Mie University. Selain mempelajari sejarah ninja di kelas, Genichi juga hidup seperti seorang ninja sebenar. “Dalam pembacaan saya, ninja bekerja sebagai petani di pagi hari dan belajar seni bela diri di petang hari,” kata Genichi.

Menurut Genichi, walaupun ninja dikenali sebagai pembunuh upahan, mereka juga individu yang hebat dalam survival skills. Mie University adalah universitiy pertama yang membuat kajian khusus tentang ninja pada tahun 2017 dan membuka kelas mengenainya setahun kemudian.ninja 1

GENICHI MITSUHASHI MEMOTONG KAYU DI IGA, MIE PREFECTURE, PADA 21 JUN 2020. (AFP-JIJI)

Mie University terletak di wilayah Iga, 350KM dari Tokyo; sebuah kawasan berbukit yang menjadi tempat asal-usul ninja di Jepun.

Yuji Yamada, profesor yang bertanggungjawab dalam pengajian ninja di universiti berkenaan terkejut dengan komitmen Genichi yang kini hidup seperti ninja sebenar di samping mempelajari ilmu tentang ninja.

Sebelum seseorang pelajar dibenarkan untuk mengambil pengajian ini, mereka terlebih dahulu perlu lulus ujian sejarah Jepun dan boleh membaca dokumen berkenaan ninja.

“Terdapat 3 pelajar menyertai program ini setiap tahun dan kami turut menerima permintaan dari luar negara. Perlu diingatkan program ini cuma mengajar tentang ninja, bukan menjadi seorang ninja” kata Yuji.

Genichi yang sebelum ini membantu perniagaan keluarganya sebagai penyelenggaraan bangunan di Osaka, pindah ke wilayah Iga ada musim bunga 2018, di mana dia bertekad untuk mempelajari ninja dan melakukan pertanian kampung di pergunungan.

Beliau mendaftar di universiti tersebut dan membeli sebuah rumah kayu dua tingkat di mana beliau menanam padi dan sayur di ladang untuk kegunaannya sendiri. Beliau juga membaiki sebuah gudang untuk dijadikan ‘dojo’ dan mengajar teknik ninja serta kemahiran bertempur.

Jadi, Genichi kini sah menjadi seorang ninja yang diperakui. Sekiranya anda berniat untuk menjadi ninja, anda boleh menuntut ilmu secara terus dengan Genichi di Jepun nanti.

Karya Hebat JR Di Louvre, Paris Hancur Dalam Masa Satu Hari

Bersempena dengan ulang tahun ke-30 struktur kaca, JR tampil dengan sebuah karya ‘The Secret of the Great Piramid’ di Louvre,Paris. Karya menakjubkan ini dihasilkan hasil usaha JR selaku artis utama dengan bantuan 400 sukarelawan.

Untuk pengetahuan anda, karya tersebut dihasilkan di sekeliling piramid kaca Louvre dengan kolaj sementara yang diperbuat daripada jalur kertas yang menjadikan struktur ikonik itu kelihatan dibina dari lubang di dalam tanah. Justeru itu, anda hanya mampu dapat menikmati keindahan sebenar karya tersebut dengan hanya melihat dari balkoni bukannya dari bawah.

Akan tetapi, karya tersebut tidak bertahan lama apabila ianya dihancurkan oleh mereka yang datang untuk melihat karya tersebut. Pastinya karya ini akan menjadi sebuah memori buat yang telah menghayatinya dan hanya akan kekal sebagai memori kerana ianya kini sudah musnah.

Remaja Malaysia Cipta Sejarah Bakal Jadi Pelajar Termuda Di Royal College Of Surgeon Ireland

Seorang lagi anak Malaysia mencipta nama dipersada dunia apabila Emir Haady Zulkharnain berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Emir Haady berjaya memperoleh keputusan dengan keputusan 5A+, 1A dan 1B yang melayakkan beliau diterima masuk ke Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Emir mula menduduki IGCSE pada usia 14 tahun setelah 10 bulan menjalani latihan. Kemudian Emir melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level pada bulan Januari 2017 lalu dan berjaya mendapat keputusan A+, 2 A dan 1B.

Emir-Haady-Imran-Bin-Zulkharnain-2

Kejayaan Emir berjaya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang turut mengucapkan tahniah melalui tweet terbaharu beliau.

Beliau sempat disambut sendiri oleh Head Of Admissions di pusat pengajian tersebut untuk melawat kampus tersebut. Emir bakal memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan(MBBS) di RSCI bermula September ini.

Karya Unik ‘Digital Artist’ Dari Pahang Ini Bakal Dipamerkan Di Itali

Setiap orang memiliki cara berbeza untuk melihat kecantikan sesuatu gambar itu. Bayangkan jika gambar yang sudah cantik ditambah dengan sedikit editing memang ‘wow’ hasilnya.

Terbaharu, Zulkarnain Ismail iaitu seorang ‘digital artist’ berasal dari Pahang telah berkarya dengan memanipulasi digital. Karya beliau boleh dikatakan unik dan menarik perhatian orang ramai.

Jika anda dapat lihat pada karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah lebih kepada haiwan dan alam sekitar. Menariknya, hasil karya beliau sekarang dipamerkan di Gallery of Modena, Itali.

Apa yang lebih mengejutkan adalah beliau belajar sendiri melalui tutorial YouTube dan sering masuk pertandingan edit gambar untuk memperbaiki teknik editing beliau.

Bukan mudah untuk hasil karya dipamerkan di galeri luar negara dan ini merupakan satu pencapaian yang baik dan membanggakan. Walau bagaimanapun, tiada lagi perancangan untuk pameran di Malaysia.