Archives for January 3, 2022

30 Jam Hasilkan Lukisan Guna ‘Typewriter’, Karya Pelukis Muda Ini Curi Tumpuan Ramai

Kita sering melihat karya lukisan menggunakan warna air, cat dan sebagainya, tetapi adakah anda pernah melihat lukisan dihasilkan dengan typewriter? Sebelum hadirnya komputer, typewriter digunakan untuk taip dokumen dan siapa sangka ia mampu menghasilkan sebuah karya yang menakjubkan.

James Cook yang berusia 23 tahun telah tampil dengan pelbagai karya menarik dan memukau dengan menggunakan typewriter. Hasil karya beliau sangat tepat menampilkan orang, architecture, kehidupan dan juga haiwan.

Menurutnya, selepas mendengar kisah inspirasi Paul Smith yang cukup terkenal di dunia dimana merupakan pengkarya seni menggunakan typewriter tidak dapat menggunakan pensil atau berus lukisan untuk melukis disebabkan oleh cerebral palsy.

Difahamkan, karya yang rumit boleh disiapkan mengambil masa sehingga 30 jam dan bergantung pada beberapa faktor. Faktor yang diambil kira adalah saiz, skala dan kerumitan sesebuah karya itu.

Kini, sudah 5 tahun James Cook menceburkan diri dalam bidang seni ini dengan penghasilan karya menggunakan typewriter dan mula mencipta nama di seluruh dunia.

Kreatif Dan Tidak ‘Cliche’, Netizen Cemburu Lihat Majalah Sekolah Ala Netflix Remaja Ini

Masihkah anda ingat akan gambar anda dalam majalah sekolah? Jika dahulu, gambar untuk majalah sekolah diambil secara formal dan rekaannya yang ‘dull’ serta ‘old school’ pasti menggamit memori anda.

Zaman sudah berubah, maka majalah sekolah pun seharusnya berwajah baru dan dihasilkan dengan lebih kreatif, betul? Terbaharu, pengguna Twitter @dumbhaji telah berkongsi rekaan gambar kelas ala-ala Netflix untuk majalah sekolah.

EjTcTUPUwAEXp0I
EjTcT2WU8AA6gKL

Untuk pengetahuan anda, kesemua gambar ini telah di edit menggunakan Adobe Photoshop. Menurutnya, kelas lain turut edit menggunakan tema yang berbeza seperti ala-ala Spotify, pinterest dan lain-lain.

Lantaran itu, perkongsiannya mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan majalah sekolah mereka cukup ‘style’.

Nice gilaaaa thumbs up!!!!???✨

— butter? (@bat_butterr) October 2, 2020

Sudah semestinya gambar dalam majalah sekolah akan memberikan 1001 kenangan manis apabila anda sudah tamat pembelajaran. Kreatif sungguh kerana pelajar itu sendiri yang edit gambar majalah sekolah mereka.

Apa kata anda kongsikan gambar majalah sekolah anda. Mana tahu dapat berhubung dengan kawan lama ketika zaman belajar anda dahulu.

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup

Pelitup muka sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita ketika ini. Artis dari Brazil ini melihat peluang yang menarik untuk menghasilkan pelitup muka yang mirip dengan wajah si pemakai.

Jorge Roriz, pelukis berusia 65 tahun ini sememangnya sangat dikenali di Brazil. Selain melukis, beliau juga mempunyai bakat dalam penghasilan kostum dan kereta berhias untuk pesta keramaian karnival di Rio de Janeiro.pelitup-pelitup-roriz-data

SUMBER: BERITA MEDIACORP

Ketika ini, Brazil telah mencatatkan 5.88 juta kes COVID-18 dengan jumlah kematian seramai 166,000 orang. Akibat pandemik ini, segala pesta keramaian di Brazil terpaksa dibatalkan dan Jorge Roriz berasa buntu untuk mencari sumber pendapatan.

Justeru itu, timbul satu idea di mana beliau ingin berkarya bukan pada kertas lukisan tetapi pelitup muka sebagai bahan untuk beliau meluahkan bakat seninya.90330121_RI-Rio-de-Janeiro-RJ-02-11-2020-Jorge-Roriz-e-artista-plastico-e-faz-sucesso-com-mascar

GAMBARAN JORGE RORIZ YANG SEDANG MENAMBAHKAN PERINCIAN PADA PELITUP MUKA PELANGGANNYA. SUMBER: REUTERS

“Saya tidak mahu manusia hilang identiti wajah yang telah dicipta. Wajah mencerminkan identiti bukan pelitup muka,” ujar Roriz yang turut memakai pelitup muka yang saling tidak ‘tumpah’ dengan wajah asli beliau dari segi kedutan warna kulit, bentuk hidung, mulut hinggalah misai putihnya.

Dikhabarkan Roriz telah menerima pelbagai reaksi positif daripada pelanggannya. Untuk menempah pelitup muka Roriz, pelanggan hanya perlu menghantar gambar wajah mereka melalui telefon pintar. Ciri-ciri wajah anda akan ditiru semula secara teliti dengan menggunakan calitan berus dan cat khas.

Sekilas pandang, wajah anda tidak akan dapat dibezakan sama ada anda pakai pelitup muka mahupun tidak kerana pelitup muka yang dihasilkan oleh Roriz sangat mirip wajah anda. Unik, bukan?

Inovasi ini bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka malahan ia juga meningkatkan pendapatan beliau yang juga terkesan akibat pandemik ini.

Mungkin pelukis tanah air boleh menjadikan Roriz inspirasi untuk hasilkan pelitup muka unik bagi pasaran tempatan. Jika ada servis seperti ini di Malaysia, adakah akan beri sokongan?

Kreatif Guna Daun Ukir Gambar Tun Mahathir, Hasil Karya Lelaki Ini Buat Netizen Kagum

Sebelum ini ada individu yang serlahkan kreativiti hasilkan potret dengan rubic cube, kali ini ada yang tonjolkan kreativitinya dengan menggunakan sehelai daun.

Pengguna TikTok @hafizi_eiji telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya ukir potret Tun Mahathir di sehelai daun. Nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kesabaran serta daya kreativiti tinggi untuk menghasilkan karya seperti itu.

Difahamkan, Hafizi mengukir potret Tun Mahathir atas permintaan pengikutnya di TikTok. Hasilnya cukup memukau para netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian.

Malah, para netizen turut berasa kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Hafizi dan mengatakan bukan mudah untuk mengukir pada daun. Tidak hanya itu, rata-rata netizen berharap Hafizi akan terus menghasilkan karya-karya seperti ini.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan mendapat 60 ribu tanda suka.

Lelaki Australia Dilarang Tinggalkan Israel Sehingga 31 Disember Tahun 9999, Ini Rupanya Yang Berlaku…

Terperangkap Dalam Israel Selama 8000 Tahun

Seorang lelaki Australia baru-baru ini mendakwa dirinya ‘terperangkap’ di Israel sejak tahun 2013 lagi dan tidak benarkan keluar dari negara tersebut selama 8,000 tahun akan datang selepas isterinya memfailkan penceraian.

Semenjak Isterinya yang merupakan warganegara Israel telah memfailkan penceraian, Noam Huppert, 44, secara rasmi dilarang untuk tinggalkan Israel sehingga 31 Disember 9999 kecuali dia membayar lebih daripada USD 3 juta (RM12,549,000) untuk nafkah anak-anaknya di masa depan. Uish gilalah! Israel

Sumber: mStar

Menurut mStar, Huppert berkata, dia salah seorang daripada ribuan lelaki warga asing yang jadi mangsa undang-undang penceraian yang digelar sangat ‘kejam dan keterlaluan’ oleh hak asasi manusia.

Huppert yang bertugas sebagai ahli kimia analitik di sebuah syarikat farmaseutikal telah berpindah ke Israel pada 2012 untuk tinggal lebih dekat dengan anak-anak yang masih kecil.

ADVERTISEMENTPexels Photo 2087392

Sumber: Gambar hiasan

Tapi dek kerana jodoh tak panjang dengan isterinya, mereka bercerai di mahkamah Israel yang kemudian mengeluarkan perintah ‘stay-of-exit’ terhadapnya kerana ‘hutang nafkah masa depan’ sebanyak 5,000 shekel Israel sebulan sehingga anak-anaknya berusia 18 tahun.

Dia dikehendaki melunaskan keseluruhan ‘hutang’ itu jika mahu meninggalkan Israel walaupun dengan tujuan untuk bercuti ataupun bekerja.

Memang kaw-kaw strict. Kalau tak bayar memang tak boleh ke mana lah ceritanya. Duduk Israel sampai hujung nyawa. 

Apa itu teknologi 5G?

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G.

Walau bagaimanapun teknologi 5G mempunyai keupayaan yang berbeza berbanding teknologi sebelumnya. Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

Kelajuan 5G boleh dicapai mencecah 1.5GB sesaat dalam satu ujian yang dilakukan dan keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.

Buat penggemar filem, teknologi 5G amatlah dinantikan kerana anda hanya perlu beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD berbanding sebelum ini dengan kadar lengahan (atau lebih dikenali sebagai latency) pada sekitar 20 milisaat. Dengan teknologi 5G, kadar lengahan ini menjadi sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat.

Kadar lengahan ini membolehkan kawalan peranti pada jarak jauh menjadi lebih cekap dan jitu.

Selain itu, teknologi ini juga mampu menghubungkan sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi LTE yang hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti dalam keluasan sama.

Lebih mudah, tiga sifat utama 5G
1. Kelajuan yang tinggi
2. Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
3. Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi

Kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi teknologi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga lebih rendah pada peranti dengan maksud penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih lama.

Malah, kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT)

Menerusi 5G, keupayaan seperti pengesanan wajah serta pengkalan data dapat diintegrasikan dengan lebih lancar. Kehadiran teknologi generasi kelima (5G), berpotensi untuk merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara kita.

Semoga teknologi 5G dapat kita manafaatkan dengan sebaiknya.

Ketahui Perbezaan Antara Blogspot Dan WordPress Sebelum Membina Blog

Ketahui Perbezaan Antara Blogspot Dan WordPress Sebelum Membina Blog | Blog bukan sesuatu yang asing buat masakini, malahan blog yang dulunya ditulis sebagai diari peribadi dan sebagai hobi, tapi kini telah berubah kepada usaha yang menguntungkan malahan makin ramai yang membuat dan menulis blog secara serius.

Perbezaan Antara Blogspot Dan WordPress

Sekiranya anda merancang untuk memulakan blog anda sendiri, terdapat sejumlah laman web yang menawarkan perkhidmatan hosting mereka; yang paling terkenal ialah Blogspot dan WordPress.

Blogspot dan WordPress adalah syarikat gergasi dalam dunia blogging. Blogspot dimiliki oleh Google dan menggabungkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan. Paling penting ialah Google Adsense, bagi anda yang ingin meraih pendapatan dari blog yang anda bina.

Perbezaan utama antara keduanya adalah pembayaran yang diperlukan. Blogspot menawarkan perkhidmatan percuma, yang dilengkapi dengan iklan yang mereka paparkan bagi yang berkelayakan. WordPress juga adalah percuma dengan beberapa n ada beberapa yang hanya tersedia setelah anda membayar langganan premium.

Kedua-dua perkhidmatan adalah baik bagi anda yang baru mencuba untuk menulis blog.

Perbezaan lain antara Blogspot dan WordPress adalah dengan Javascript. Blogspot membenarkan pengguna memasukkan skrip pihak ketiga ke dalam blog, sebaliknya ia tidak dibenarkan di blog WordPress. Secara mudah dan boleh diklasifikasikan, anda ada pilihan untuk menggunakan platform yang lebih interaktif atau memilih platform yang lebih bersih dan pantas. Terpulang kepada pengguna untuk memutuskan perkara yang lebih bersesuaian mengikut kepakaran diri.

Kedua-dua perkhidmatan tersebut membolehkan pengguna membuat blog peribadi, yang boleh dilihat dan disorok dari masyarakat umum. Perbezaan aspek dalam Blogspot dan WordPress adalah dengan siapa yang dapat melihatnya. Dengan Blogspot, anda terhad kepada 100 orang yang dapat melihat catatan peribadi dan pengguna ini juga mesti mempunyai akaun Blogspot. Sebagai perbandingan, WordPress tidak memberikan sekatan kepada siapa dan berapa ramai pengguna yang boleh dijemput untuk melihat catatan peribadi anda.

WordPress membolehkan anda melindungi catatan anda dengan kata laluan, yang merupakan cara lain untuk menghadkan siapa yang dapat melihat kandungan catatan anda. Ciri ini tiada di dalam Blogspot.

Ringkasan sebagai pembandingan
Blogspot benar-benar percuma sementara pembayaran diperlukan untuk ciri premium WordPress
Blogspot membenarkan Javascript sementara WordPress tidak
Blogspot mengehadkan jumlah penonton untuk blog peribadi sementara WordPress tidak
WordPress membenarkan catatan dilindungi kata laluan sementara Blogspot tidak

Apa pun pilihan ditangan anda.

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive

Cara Sekat Pengguna Lain Dari Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive | Google telah perkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna servis storan Google Drive menyekat pemilik akaun Google lain daripada mengakses dan berkongsikan kandungan ke dalam Google Drive mereka.

Ciri baru diperkenalkan bagi menangani isu spam di dalam storan awan Google.

Berikut adalah langkah menyekat pemilik akaun Google lain daripada mengakses dan berkongsikan kandungan ke dalam Google Drive anda:-

1. Pergi ke laman drive.google.com
2. Pilih fail yang ada dalam Google Drive anda dan klik butang kanan tetikus
3. Pada tetingkap menu seperti rajah di bawah, klik pada Block yang memaparkan nama akaun Google yang menghantar fail kepada anda.
4. Seterusnya klik pada butang Block untuk mengesahkan.

Langkah bagi membatalkan sekatan ke atas akaun tersebut, ikuti langkah-langkah berikut:-

1. Klik pada gambar profail akaun Google anda.
2. Klik pada Manage your Google Account.
3. Kemudian klik pada People & Sharing dan klik Blocked di bahagian Contacts.
4. Di dalam Blocked akan dipaparkan nama pengguna yang disekat. Klik pada tanda pangkah bagi membatalkannya.

Langkah ini boleh dibuat secara langsung dari aplikasi Drive pada peranti pintar Android ataupun iOS.

Sekiranya anda menyekat pengguna tersebut, anda juga tidak akan dapat berkongsikan fail dengan akaun yang telah disekat itu kecuali dibatalkan terlebih dahulu.

Untuk info lebih lanjut tentang ciri sekatan ini, layari laman sokongan Google Drive Help.

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali

Elak Dimasukkan Ke Grup Whatsapp Atau Telegram Oleh Individu Tidak Dikenali | Penggunaan Whatsapps serta Telegram telah menjadi sangat meluas bukan sahaja untuk berhubungan secara peribadi juga pasti ada grup chat yang mengumpulkan keluarga, rakan-rakan mahupun untuk tujuan kerja.

Akan tetapi ada kalanya kita tiba-tiba berada dalam grup Whatsapp atau Telegram yang kita tidak kenali atau yang tidak ingin kita sertai. Kadang-kala secara kita tidak sedar kita berada di dalam grup yang mengajak permainan perjudian atau berunsurkan pornografi.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan dari menjadi ahli grup yang tidak dikenali, adalah baik untuk had atau sekat dari kita dimasukkan kedalam grup sesuka hati ke dalam kumpulan perbualan di WhatApp ataupun di Telegram yang boleh digunakan bagi pengguna Android mahupun iOS.

A. WhatsApp

  1. Buka aplikasi WhatsApp, pergi ke bahagian Settings, tekan Account.
  2. Klik Privacy dan pilih My Contacts pada bahagian Groups.
  3. Pilih My Contacts atau My Contacts Except..

Sepertimana di WhatsApp, anda perlu buka aplikasi Telegram dan ikuti cara mudah seperti berikut

B. Telegram

  1. Buka aplikasi Telegram, pergi ke bahagian Settings dan tekan Privacy and Security
  2. Tekan pada Group (Android) Groups & Channels (iOS) dan pilih My Contacts

Dengan ini, tiada lagi anda berada dalam kumpulan perbualan yang pelik-pelik atau tidak suka. Semoga bermanfaat!

Tips Lajukan Internet Di Handphone

Tips lajukan Internet handphone

Ada beberapa tips yang boleh melajukan capaian internet bagi semua penyedia telekomunikasi yang digunapakai bagi melancarkan sewaktu melayarinya

1. Bersihkan cache
Lakukan pembersihan cache pada aplikasi yang berada di dalam telefon pintar, terutama aplikasi yang menggunakan Internet. Cache yang terkumpul dalam telefon akan melambatkan proses di telefon dan memperlahankan Internet telefon anda.

  • Pergi ke Settings – Applications/Apps. (bergantung jenis telefon)
  • Akan tertera semua aplikasi yang terdapat dalam telefon. Pilih aplikasi yang paling kerap digunakan, misalnya Instagram, Facebook, browser Internet seperti Chrome, ataupun permainan yang menggunakan Internet.
  • Kemudian, pergi ke bahagian App info. Pilih Storage untuk memaparkan penggunaan ruang oleh aplikasi tersebut.
  • Seterusnya, pada bahagian Cache, tekan Clear Cache.

Anda juga boleh membersihkan cache di dalam telefon secara automatik menggunakan aplikasi membersihan cache seperti App Cache Cleaner.

2. Ubah setting Internet – semak semula tetapan sedia ada di telefon
Tukar ketetapan kepada pautan 3G sekiranya signal 4G tidak kelihatan. Periksa kestabilan Internet di tempat anda, sekiranya berubah daripada E ke H+, 3G ataupun kadangkala 4G, ini bermakna signal di kawasan anda tidak stabil.

  • Pergi ke Settings – pilih More.
  • Cari menu untuk network telefon, misalnya, Mobile networks. Kemudian, pilih Preferred network type. (berbeza mengikut jenis telefon)
  • Pada Preferred network type, pilih jenis pautan Internet yang ingin digunakan.
    Cuba dahulu pada 4G, sekiranya tiada signal yang keluar, tukar kepada 3G.

Nota : Kilang pembuatan telah menetapkan pautan Internet pada telefon secara automatik, bermakna, telefon anda tersebut secara automatik akan memilih jenis pautan yang terkuat di kawasan itu.

3. Buang widget tidak perlu
Widget ialah paparan di dalam home screen telefon anda seperti jam, kalendar, ruangan untuk Google Search atau paparan cuaca. Widget, terutamanya yang menggunakan Internet, sangat memakan kelajuan Internet telefon, melainkan widget itu benar-benar diperlukan.

  • Tekan pada widget, jangan tarik jari anda yang sedang menekan itu daripada skrin.
  • Tunggu sehingga ada logo tong sampah yang tertera.
  • Kemudian, tarik widget tersebut ke arah tong sampah tersebut. Widget telah berjaya dibuang.

Anda masih boleh mencari semula widget tersebut sekiranya ingin menggunakannya. Ikut panduan pada setting untuk bahagian Display di dalam telefon anda, dan pastikan anda mendapat setting untuk Home Screen ataupun Widget.

4. Buang aplikasi yang tidak digunakan
Kebanyakan aplikasi tidak memerlukan penggunaan Internet yang tinggi, tetap akan menggunakan Internet yang tinggi untuk memaparkan iklan yang disertakan dalam aplikasi tersebut. Jadi, buang sekiranya tidak digunakan.

5. Tutup app yang sedang digunakan
Sekiranya anda membuka sesebuah aplikasi, dan anda keluar daripada aplikasi tersebut dengan menekan butang Back atau Home, aplikasi tersebut tidak akan terus terpadam, sebaliknya masih beroperasi di background untuk telefon.

Ini akan melambatkan bukan sahaja telefon, tetapi juga memperlahankan Internet dan telefon menjadi cepat panas. Ini adalah disebabkan aplikasi yang masih beroperasi di background memakan RAM. Matikan aplikasi ini sekiranya tidak mahu digunakan pada waktu tersebut

6. Lajukan Internet dengan aplikasi Internet Booster
Dalam Google Play Store ataupun App Store, terdapat beberapa aplikasi yang berfungsi untuk lajukan Internet telefon pintar antaranya Internet Speed Master dan juga Internet Booster & Optimizerm, dua aplikasi yang terbaik setakat ini.

Apa pun semak dulu bahagian review untuk mendapatkan feedback daripada pengguna lain yang telah download aplikasi ini, sama ada baik atau sebaliknya.

7. Buat Factory Reset
Cara terakhir ini hanya boleh dilakukan sekiranya Internet masih bermasalah setelah pelbagai cara dilakukan. Kembalikan setting dan sistem kepada asal untuk telefon dan risikonya anda akan kehilangan data.

Sebaiknya hantar handphone anda kepada pakar.