Archives for January 3, 2022

Tak Boleh Minum Air Banyak? KKM Perjelas Antara Mitos Pasal Wanita ‘Pantang’ Lepas Bersalin

Para ibu milenial mesti ramai yang stress bila tiba masa untuk ‘berpantang’ selepas melahirkan anak kan? Tak boleh makan macam-macam, tak boleh banyak bergerak, dan macam-macam lagi lah!

Tetapi, menerusi portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ada beberapa perkara berkaitan budaya ‘berpantang’ selepas bersalin yang dikatakan sebenarnya mitos dan bukan perkara wajib untuk diamalkan.

Para ibu dah boleh buat checklist pernah tak korang buat perkara ini masa korang ‘pantang’ sebelum ni.

Jangan makan ubi-ubian

Menurut KKM, makan ubi-ubian semasa masih dalam ‘pantang’ bersalin boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut hanyalah mitos sahaja. Sebaliknya, ubi-ubian merupakan bijirin yang dapat bekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga kepada si ibu.

Tetapi, sekiranya si ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, digalakkan untuk mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.

Jangan makan makanan ‘sejuk’

Pexels Any Lane 5946081

Makanan ‘sejuk’ ni bukan macam ais krim atau ais tu tau. Tapi sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang itu yang dianggap sebagai ‘sejuk’. Dikatakan makanan sejuk boleh menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit badan.

Namun, sebenarnya tiada kajian yang mengatakan mengelak daripada mengambil makanan sejuk ini dapat memberi faedah kepada ibu berpantang. Tetapi, para ibu dinasihatkan untuk mengambil makanan yang tidak sejuk seperti sawi hijau, bayam, kucai, buah oren, dan betik untuk membantu melancarkan proses pembuangan najis dan mengelak daripada sembelit.

Ikan, ayam, telur tu ‘bisa’

How Much Protein Should I Be Eating

Sumber: intermountainhealthcare

Dikatakan makanan ini dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas merupakan makanan yang ‘berbisa’ dan ‘tajam’. Ia dianggap boleh melambatkan menyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan pendarah bagi ibu berpantang.

Tetapi, sebenarnya makanan ini mengandungi sumber baik seperti protein, vitamin dan garam mineral. Ibu berpantang digalakkan mengambil secukupnya sumber protein kerana ia amat penting untuk memulihkan luka selepas bersalin dan membantu pembentukan tisu untuk luka itu sembuh.

Elakkan banyak minum air

Pexels Elle Hughes 2101147

KKM mengatakan ibu dalam pantang tak boleh banyak minum air kerana ia dipercayai dapat menyebabkan urat saraf menjadi kembang merupakan mitos semata-mata.

Sebenarnya, ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Amalan ini amatlah penting untuk memastikan kecergasan badan ibu pulih, keseimbangan elektorlit dan mengawal suhu badan. Ia juga amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menghasilkan susu ibu kerana seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.

Jadi, kalau nak ikut amalan ‘berpantang’ zaman dulu tu takde masalah…tapi make sure semuanya masih dalam diet yang seimbang. Baru lah ibu dan baby sihat!

“Boleh hantar selagi tak sebesar gajah” – Ini 5 ‘Delivery’ Pelik Yang Pernah Dibuat Seluruh Dunia

Hantar Barang Pelik

Setiap penghujung tahun merupakan tempoh atau bulan yang paling sibuk untuk mereka yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barang kerana ketika inilah ramai akan mengirimkan hadiah sempena Chrismas, hadiah sempena tahun baru dan lain-lain.

Menurut sejarah, sistem penghantaran barangan mula diperkenalkan pada zaman empayar Parsi, sekitar 6 sebelum masihi dan kemudiannya diperluaskan lagi oleh empayar Rom yang memperkenalkan perkhidmatan penghantaran mesej, pegawai kerajaan dan lain-lain.

Sehinggalah hari ini, perkhidmatan penghantaran barangan ditawarkan hampir seluruh dunia dan tidak hairanlah ada pelbagai barangan pelik dan menarik yang pernah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran ini. Antaranya :

1. Hantar Diri Sendiri

99155446 Suffragettes

Sumber: BBC

Pada tahun 1909, pasangan suami isteri Miss Solomon and Miss McLellan telah menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspress untuk ‘mengepos’ diri mereka sendiri untuk menghantar pesanan kepada Perdana Menteri UK, Herbert Asquith.

2. Barangan Tanpa Kotak/Pembalut

Seorang akauntan W Reginald Bray, dilabelkan sebagai ‘artis penghantaran barangan’ gara-gara ratusan barangan pelik yang pernah dihantarnya kerana syarat atau undang-undang penghantaran barangan ketika itu ialah “apa sahaja barangan asalkan lebih besar dari lebah dan tidak sebesar gajah”.99112623 Flipflop

Sumber: BBC

Menariknya, dia berjaya menemukan ketirisan dalam undang-undang penghantar barangan dan berjaya menghantar pelbagai barangan tanpa pembalut atau kotak tetapi hanya dengan menyertakan setem.

Difahamkan, dia berjaya mengepos selipar, seluar dalam, daun dan bermacam-macam lagi objek pelik tanpa sertakan sebarang pembungkusan.

3. Surat Dengan Alamat Teka Teki

Seorang pelukis telah menulis sebuah buku selepas berjaya membuat penghantaran surat dengan cara yang cukup unik.

99204979 Havelockaddress

Sumber: BBC

Difahamkan, dia berjaya menghantar sejumlah 100 surat yang mana alamatnya merupakan teka teki yang perlu diselesaikan sebelum penghantaran boleh dibuat. Namun difahamkan, pihak Royal Mail kemudian mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan menghantar lagi ‘permintaan’ sebegini kerana menyusahkan dan berkemungkinan untuk melewatkan penghantaran lain.

4. Ucapan Menggunakan Sebiji Kentang

Cuba bayangkan, korang buka peti surat dan menerima ucapan yang tertulis atas sebiji kentang! Ya, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat ini merupakan ‘pakar’ dalam penghantaran pesanan atau ucapan ‘kentang’ ini.4048

Sumber: The Guardian

Difahamkan, ia merupakan cara yang luar biasa dan secara tak langsung menggantikan cara tradisional untuk menghantar kad dengan menggunakan sebiji kentang!

5. Sampel Penyakit Beserta Label

Pada tahun 1985, akbar terkenal New York Times mendedahkan tentang penemuan penghantaran paling pelik di dunia yang mana ianya berbentuk penyakit yang dibalut dengan baik selain lengkap dengan label.

07 2

Sumber: Reader Digest

Difahamkan ianya dihantar oleh ahli fizik kerana ingin mengelak bayaran yang mahal dikenakan ketika itu.

Fuh, agak pelik jugak ye barang-barangan yang dihantar ni, namun selagi ianya tidak menyalahi undang-undang dan menepati syarat penghantaran, apa salahnya ye tak? 

Hantar hadiah guna Grab 100+ Cities Delivery (BETA) je!

Tapi di Malaysia ini berbeza, selain penghantaran biasa, ramai orang menggunakan e-hailing seperti Grab untuk menghantar barang sebab lebih cepat dan selamat.

Bercakap pasal Grab, sebenarnya Grab bukan hanya berfungsi untuk korang pesan makanan atau servis hantar barang je tau. Korang tahu tak sebenarnya Grab pun ada fungsi untuk ‘bagi hadiah’ ni melalui GrabFood dan GrabMart.

Lmmy1920 Og Brendaad 1200X600Px

Sumber: Grab

Jadi, katalah korang ada nak bagi atau terlupa untuk beli hadiah, bolehlah bagi je hadiah hadiah berbentuk  sajian, bunga, coklat, hadiah dan banyak lagi melalui Grab sama ada GrabFood atau GrabMart melalui Grab 100+ Cities Delivery (BETA) ni.

“Paling best, korang boleh bagi hadiah ke seluruh negara dan merentasi negeri dalam hari yang sama!

Contohnya, pasangan atau kawan korang tinggal di Perak, dan korang ada di Kuala Lumpur, tak ada masalah. Boleh dapat harini jugak!”

Hantar Hadiah Rentas Negeri! 

Lebih menarik, korang yang suka cari hadiah last-minute ni mesti suka fungsi terbaru 100+ Cities Delivery (BETA) yang diperkenalkan oleh Grab ni. Difahamkan, melalui Grab Gifting, korang boleh berikan hadiah berbentuk melalui Grab sama ada GrabFood atau GrabMart.

Kalau korang nak cuba fungsi terbaru dan hantar hadiah kepada kenalan atau pasangan, caranya mudah :Step1 TileSumber: Grab

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Cari fungsi ‘100+ Cities Delivery (BETA)’ di paparan utama aplikasi Grab
  3. Tekan ‘Next’
  4. Pilih sama ada ‘Food’ atau ‘Mart’
  5. Pilih bandar pilihan
  6. Masukan alamat penerima
  7. Teruskan pesanan seperti biasa

Senang kan? Nak try send dekat min? Boleh dm mintak alamat ye~ Hehe

Pengkaji Di UK Dakwa Pemandu BMW Dan Audi Berpotensi Jadi ‘Psycopath’, Betul Ke?

Apabila melihat seseorang memandu di atas jalan raya, pelbagai stereotaip dan tanggapan berkenaan cara pemanduan boleh dibuat oleh pemandu lain dengan hanya melihat pada umur, jantina dan pekerjaan.

Malah, jenis dan warna kenderaan juga kadang kala membawa stereotaip berkenaan cara pemanduan seseorang. Sebagai contoh di Malaysia, Myvi sering dikaitkan sebagai ‘King of the road’ kerana stereotaip rakyat Malaysia yang beranggapan mereka memandu dengan laju dan secara merbahaya. Walhal kita semua tahu, bukan semua pemandu Myvi memandu seperti itu.

Terma ‘memandu seperti psikopat’ merujuk kepada seseorang yang memandu secara merbahaya. Persoalannya di sini, adakah mereka yang memandu secara merbahaya ini berkongsi karakteristik yang sama?

Dalam satu kaji selidik yang dilakukan pada Novemeber lalu, pengkaji telah mengumpul 2,000 pemandu dengan latar belakang pelbagai jenama dan model kereta untuk menyertai satu ujian psikopat.

Pemandu mana yang cenderung menjadi psikopat?

Hasil kajian mendapati pemandu yang memandu kereta BMW lebih cenderung untuk menjadi psikopat dengan skor 12.1 daripada 36. Menariknya, pemandu BMW sudah sinonim dengan pemanduan secara merbahaya di atas jalan raya.

Dengan carian di Google, ayat ‘Why are BMW drivers…’ akan disambung dengan hasil carian seperti ‘terlalu sombong’, ‘bodoh’ dan ‘dibenci’.

Cats 1

Kajian turut mendedahkan bahawa skor purata ujian ini untuk semua pemandu dengan latar belakang pelbagai jenama dan model hanya sekitar 6.6 sahaja. Ini bermakna, pemandu BMW mempunyai lebih banyak ciri-ciri psikopat dengan hampir dua kali ganda berbanding dengan pemandu kereta lain.

Skor psikopat pemandu BMW diikuti rapat oleh pemandu Audi, dengan skor 11.7 daripada 36. Ini bermakna mereka turut berpotensi untuk mempunyai sifat narsisisme dan suka berbohong kepada orang lain.

Amb

Sumber: Autocar

Skor psikopat ini turut menyenaraikan Fiat dengan markah 7.0, Mazda (6.4) dan Honda (6.3). Namun harus diingatkan, kajian ini dibuat berdasarkan kereta yang kebiasaannya digunakan di United Kingdom.

Kalau kajian ini dibuat di Malaysia, agak-agak pemandu kereta mana yang bakal mengungguli carta pemandu psikopat tersebut? Berikan jawapan anda di ruangan komen!

Sumber: Scrap Car Comparison

“Thumbprint siapa tu?” – Kenali Baljenac, Pulau Unik Di Croatia Berbentuk Sebijik Macam Cap Jari Manusia

Fingerprint Island

Sekali tengok, macam gambar yang sudah di-edit pun ada juga. Tapi rupanya, memang wujud di dunia nyata sebuah pulau yang berbentuk seakan cap jari manusia gergasi sekiranya dilihat dari atas.

Massive Finger Print Crotia Md E1638672981899

Baljenac atau juga dikenali sebagai Bavljenac merupakan sebuah pulau kecil tidak berpenghuni yang terletak di Laut Adriatik di perairan Croatia. Apa yang uniknya tentang pulau ini adalah bentuknya yang seakan-akan cap jari manusia. Siap ada garis-garis lagi! Memang sebijik macam fingerprint manusia!

Untuk pengetahuan korang, garis-garis yang nampak macam garisan papilari di jari manusia ini sebenarnya adalah dinding batu yang sepanjang 23 kilometer. Dinding yang setinggi kira-kira pinggang manusia ini dihasilkan untuk melindungi tanaman daripada angin kuat selain memudahkan proses agrikultur di kawasan tidak boleh didiami manusia.

Hr Turizam E1638673030792

Lapor Oddity Central, dinding ini dibina oleh penduduk di Pulau Kaprije berdekatan dan merupakan teknik yang turut digunakan di beberapa negara Eropah seperti England dan Ireland. Pun begitu, hanya dinding yang dibina di Pulau Baljenac yang berupa seakan cap jari manusia jika dilihat dari atas.

Croatia Dry Stone Walls 12 E1638673078659

Dikatakan, kebanyakan struktur dinding batu yang dibina di pulau terbabit sudah didirikan pada abad ke-19 lagi. Ketika itu, Pulau Baljenac dan Pulau Kaprije merupakan pulau yang menjadi perlindungan orang Kristian semasa penjajahan Ottoman pada abad ke-16 dan 17. Ada juga yang kata, sesetengah bahagian dinding itu mungkin berusia lebih lama dari itu,

29E29D732C302Bb0Cae3C790Fa5403Ec E1638673124938

Memetik laporan portal MyBestPlace, disebabkan bentuknya yang unik, kerajaan Croatia telah menghantar permohonan kepada UNESCO untuk memasukkan pulau ini dalam senarai lokasi bersejarah dunia yang akan membawa perlindungan kepada kawasan itu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: MyBestPlace, Oddity Central

Green Lab: Kafe Khas di Korea Untuk Pengunjung Yang Mahu Mengelamun Tanpa Gangguan

F2 Kafe Termenung

Walaupun Korea Selatan terkenal dengan drama dan artis K-Pop yang telah berjaya dikenali di seluruh dunia, namun negara ini tetap ada sisi negatifnya juga di mana sesetengah rakyatnya sangat stres akibat bekerja.

Oleh itu, terdapat sebuah kafe di mana pengunjungnya boleh termenung dan tak buat apa-apa tanpa sebarang gangguan walaupun bunyi telefon.

Menurut The Washington Post, kafe dengan konsep seumpama itu telah dibina berdekatan sebuah taman di Seoul dan apa yang membezakan kafe ini dengan kafe yang lain adalah kafe termenung ini hanya menerima 10 pengunjung pada satu-satu masa.

Kafe Termenung 2

Sumber: Michelle Ye Hee Lee/The Washington Post

Ini adalah untuk memastikan pengunjungnya dapat fokus dan relax tanpa sebarang gangguan. Di sini juga, semua pengunjung perlu meletakkan telefon pintar mereka dalam mod senyap.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk bercakap agar sebarang gangguan dapat diminimalkan.

Kafe yang diberi nama Green Lab itu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Korea terutamanya dengan pandemik Covid-19 ini.

Pengunjung boleh memesan teh dan sambil menikmati minuman kegemaran, mereka juga boleh membaca buku, menulis jurnal ataupun hanya merenung dan melihat pemandangan tenang di luar kafe yang dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok.

Salah seorang staf kafe yang dikenali sebagai Bae Hyun berkata, Green Lab merupakan tempat di mana sesiapa sahaja boleh datang dan menenangkan diri mereka daripada kesibukan kehidupan di kota.

Difahamkan juga, konsep kafe seumpama ini juga dah semakin meluas kerana sebuah kafe dengan konsep yang sama juga dibuka di Pulau Ganghwa iaitu Mung Hit.

Ada sesiapa nak bukak kafe konsep termenung ni tak di Malaysia ni? 

Sumber: The Washington PostInstagram @greenlab_seoulforest

Bila Last Pergi Sushi King? Ini 5 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Perasan

Sushi King New

Kalau kita perhatikan, setiap hari pasti ada yang kongsikan keterujaan masing-masing melakukan aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya, setiap hujung minggu rata-rata pusat beli belah akan menjadi tumpuan ramai terutamanya di restoran yang ada disana.

Setelah beberapa bulan tidak dibenarkan untuk menikmati makanan di kedai, pastinya kebenaran dine-in membuat orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengadakan ‘makan-makan’ bersama kawan dan keluarga.

Seperti pemerhatian beberapa minggu kebelakangan ini, rata-rata restoran akan penuh selain ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai promosi yang menarik untuk para pelanggan.Sushi King Promo

Sumber: Sushi King

Bila sebut pasal makanan ni, pastinya masing-masing punya citarasa tersendiri. Macam baru-baru ini, sempat jugak ke salah satu cawangan Sushi King setelah sekian lama, rindu perasaan tunggu sushi kegemaran di belt. 

Mungkin ada yang perasan, mungkin jugak ada yang tak perasan. Min perasan sesuatu yang ‘pelik’ di Sushi King. Antaranya :

1. Logo Dah Lain! Logo Baru Sushi King

Sumber: Sushi King

Kalau sebelum ini, kalau korang perasan, logo Sushi King hanyalah seekor ikan dengan garisan luar warna hitam, sekarang, bahagian dalaman pun dah ada warna. Bukan takat tu je, tagline pun dah berubah. Sekarang ni diorang gunakan “Your Happy Sushi Place”.

2. Sistem Penghantaran Makanan Automatik (FDR)Robot Sushi King

Sumber: Sushi King

Mungkin belum kesemua cawangan menggunakan konsep penghantaran automatik ini, tapi menurut sumber, ia akan dipeluaskan ke 54 cawangan Sushi King seluruh negara. Memang dari awal 2020 lagi Sushi King dah memperkenalkan sistem ini.

Secara tak langsung, ia memastikan produktiviti berada pada tahap optimum selain mendorong inovasi teknologi. Dalam masa yang sama memberikan kegembiraan kepada para pelanggan yang berkunjung sambil memastikan makanan tetap segar dan panas dalam masa yang sama, mengurangkan interaksi face-to-face antara pelanggan dan pekerja

3. Pengenalan E-Menu

Sebagai usaha Sushi King membawakan konsep ‘happy sushi place‘ untuk kesemua rakyat Malaysia, diorang ada perkenalkan e-menu yang lebih mesra pelanggan untuk kemudahan mereka yang dine-in terutamanya mereka yang berkeluarga.

Screen Shot 2021 11 22 At 4.20.04 Pm

Sumber: Sushi King

Difahamkan, e-menu ini bakal diperkenalkan di 116 cawangan Sushi King seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

4. Permainan Interaktif Mini

Selain pengenalan e-menu, kalau korang perasan, terdapat juga permainan interaktif mini yang boleh dimainkan oleh anak-anak dan pelanggan sementara membuat pesanan ataupun sementara menikmati sushi kegemaran.

Dalam masa yang sama, korang jugak berpeluang untuk menangi pelbagai ganjaran eksklusif.

5. Lebih 100 Cawangan

Kalau korang nak tahu, Sushi King mula bertapak di Malaysia sejak 1995 dan sehingga hari ini, diorang merupakan restoran makanan Jepun yang sentiasa membuat pembaharuan sesuai dengan permintaan dan secara berterusan berkembang dari generasi ke generasi datang.

Sushi King Baru

Doktor Kongsi Cara Mudah Untuk Keluarkan Serangga Yang Masuk Dalam Telinga

Collage 7

Korang pernah tak ada pengalaman serangga masuk dalam telinga? Paling biasa berlaku bila tengah tidur atau tengah buat aktiviti dalam hutan.

Menurut Healthline, bila serangga masuk dalam telinga korang, ia boleh mati dekat dalam tu. Tapi ada juga kemungkinan serangga ni akan terus hidup dan gali telinga korang untuk cari jalan keluar. Bila benda ni berlaku, ia boleh sebabkan korang rasa sakit atau tak selesa. Ahhh ghisauuu

Biasanya, serangga yang masuk ke dalam telinga ni tak merbahaya pun tapi ada juga yang boleh timbulkan komplikasi.

Simptom serangga masuk telinga

Antara tanda-tanda serangga masuk dalam telinga adalah apabila korang dengar bunyi berdengung atau rasa pergerakan serangga tersebut. Bergantung dengan apa yang serangga tu buat sama ada menggali atau menggigit, korang biasanya akan rasa sakit, bengkak atau tak selasa.

Biasanya orang dewasa tak ada masalah untuk kesan serangga yang masuk ke dalam telinga, tapi bila kena dekat anak-anak memang susah nak tahu. Jadi kalau tiba-tiba anak korang gosok atau garu telinga, mungkin ini petanda ada serangga masuk telinga.

Shutterstock 1446773072

Sumber: Hello Doktor

Cara keluarkan serangga yang masuk telinga

Baru-baru ini, Doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung Dan Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih ada kongsikan tips untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga anak atau telinga sendiri melalui Facebook peribadinya.

Doktor, telinga anak saya masuk serangga. Macam mana nak buat ni?”

  • Letakkan baby oil ke dalam telinga. Serangga akan lemas dan mati. Ada serangga yang akan segera keluar. Selalunya serangga akan mati dengan baby oil, telinga dah tak sakit lagi.
  • Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor akan lakukan pemeriksaan. Doktor akan bantu keluarkan serangga sekiranya serangga masih ada dalam telinga
263565671 461321192023497 3791609760065238527 N

Eh senang je rupanya, tapi kalau korang tak boleh jugak keluarkan sendiri make sure cepat-cepat dapatkan bantuan dari pakar. Nanti tak pasal-pasal benda lain pulak jadi. Ok?

“Ganti jadi punching bag” – Sesiapa Yang Stres Boleh Bayar Untuk Pukul Lelaki Turki Ini

F1 Turki Punching Bag

Pernah tak anda yang mengalami stress cuba untuk memukul angin atau objek yang ada di sekeliling anda tapi terpaksa tahan diri dan kawal kemarahan sebab takut barang-barang kepunyaan rosak atau menyebabkan kecederaan pada diri anda sendiri?

Kalau korang ada kecenderungan macam ni, adalah digalakkan untuk korang dapatkan punching bag, jadi jika stres korang tak akan pukul benda yang tak sepatutnya.

Turki Punching Bag 3

Sumber: Anadolu

Namun, seorang lelaki di Turki ini pula ada idea yang lebih unik iaitu dia sendiri menjadi punching bag manusia di mana sesiapa yang stres boleh membayar untuk memukul dirinya.

Menurut Oddity Central, Hasan Riza Gunay memulakan bisnes untuk melegakan stres itu setelah dia melihat ada sesetengah orang yang boleh melegakan kemarahan dengan cara tidur, bersenam dan bermeditasi. Namun, tidak dilupakan juga ada segelintir individu yang perlu melegakannya dengan cara memukul sesuatu.

Dia dikatakan telah berkecimpung menjadi punching bag manusia sejak tahun 2010 lagi dan kini dia bergelar jurulatih stres berlesen. Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat juga yang perlu diikuti oleh pelanggan yang mahu menumbuk dirinya.

Antaranya, saya kadang-kadang akan memakai topeng yang diperbuat daripada gambar orang yang membuat klien saya stres dan mereka boleh menjerit dan marah pada gambar tersebut, “ katanya.

Setiap sesi jadi punching bag hanya boleh dilakukan selama 10 hingga 15 minit sahaja dan setiap individu yang berminat juga perlu mempunyai sebab yang kukuh untuk menumbuknya. Contohnya, kalau orang tu tak stres pun dan hanya mahu memukulnya secara suka-suka, Hasan tidak akan menerima individu itu sebagai pelanggannya.

Turki Punching Bag 2

Sumber: Oddity Central

Tambahnya lagi, kebanyakan pelanggannya merupakan individu yang mengalami serangan panik dan pernah kecewa atau stres dengan kerja atau kegiatan harian mereka.

Dia juga jarang merasa apa-apa kesakitan walaupun dipukul oleh klien kerana selain memakai alat keselamatan seperti helmet, 70 peratus pelanggannya adalah wanita.

Kesemua mereka juga akan menandatangani sebuah dokumen terlebih dahulu yang menyatakan Hasan Riza Gunay sememangnya rela dipukul untuk orang yang mahu melegakan stres.

Kat Malaysia belum ada perkhidmatan macam ni, so korang pergi gym je la untuk lepaskan stres.  

Sumber: Oddity Central, Anadolu

Facemask Ciptaan Saintis Jepun Guna Sel Burung Unta, Akan Bercahaya Jika Pemakai Ada Covid-19

3Ostich

Sekumpulan saintis dari Jepun telah berjaya mencipta pelitup muka (facemask) bagi mengenalpasti individu yang membawa virus Covid-19.

Teknologi facemask terbaharu ini dilapisi dengan sel daripada burung unta dan akan bercahaya sekiranya terdedah dengan virus Covid-19 apabila disinari cahaya ultraviolet.

Screenshot 2021 12 11 At 1.28.07 Pm

Memetik laporan Reuters, kumpulan saintis dari Kyoto Prefectural University mendapat idea inovasi ini berdasarkan kajian-kajian lalu berkenaan kekuatan daya tahan burung unta terhadap penyakit berjangkit.

Hasil daripada inovasi ini, pihak saintis berkenaan akan membangunkan usaha untuk membolehkan pelitup muka itu bercahaya sekiranya terkena Covid-19 tanpa perlu disinari dibawah cahaya ultraviolet.

Screenshot 2021 12 11 At 1.29.06 Pm

Dengan teknologi terbaharu ini, kumpulan saintis tersebut berharap dapat membantu orang ramai dan jabatan kesihatan bagi mengawal virus Covid-19 dari terus merebak. Inovasi ini sangat penting bagi mengenalpasti mereka yang menghidapi Covid-19 tetapi tidak bergejala atau asymptomatic.

Sekiranya perkara ini berjaya, mereka akan memasarkan facemask ini bermula Julai 2022.

Sumber: Reuters

Kedai Di Indonesia Ini Jual Kek Kahwin Dan Donat Guna Indomie, Nampak Sedap!

Cats 10

Lain daripada yang lain! Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada sebuah kedai di Indonesia yang menawarkan menu unik dengan menggunakan bahan mi segera jenama Indomie.

Pioneer Indomie Cake Indonesia mula tular di media sosial apabila kedai ini menawarkan kek kahwin dengan menggunakan Indomie sepenuhnya, meskipun kek kahwin kebiasaannya dihiasi dengan krim dan rekaan yang cantik.

Bukan itu sahaja, kedai ini juga pernah menjual kek sempena hari jadi dengan menggunakan bahan Indomie. Uniknya, kek Indomie tersebut diletakkan isi ayam, hirisan keju dan hiasan lilin seperti kek hari jadi yang biasa. Boleh cuba ni!

Tidak cukup dengan itu, kedai unik ini turut menjual donat. Sama juga seperti kek, donat ini turut dibuat dengan menggunakan bahan mi segera jenama Indomie

Difahamkan, donut yang dijual hadir dalam dua variasi menu iaitu donat goreng dan donut biasa. Donut biasa ialah mi segera yang dibentuk menjadi seperti donut. Nampak sedap, kan?

Umum mengetahui mi segera jenama Indomie sangat terkenal di Indonesia. Mungkin ini adalah faktor yang membuatkan kedai ini mencipta resepi kek dan donat dengan menggunakan bahan Indomie.

Jika kek dan donat Indomie ni dijual di Malaysia, ada yang berani cuba tak?