80 Peratus Madu Di Malaysia Adalah Madu Tiruan

80 Peratus Madu TIiruan Di Malaysia
Sumber: Google

80 Peratus Madu Di Malaysia Adalah Madu Tiruan

Sejak zaman purba madu diakui sebagai makanan berkhasiat dan dijadikan sebagai sumber tenaga yang penting.

Kini selain berfungsi sebagai makanan tambahan, madu turut digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa dan menambah kelikatan dalam produk makanan.

Ia mula digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan dan kesihatan manusia.

Sering dilabel sebagai makanan tambahan dalam kategori makanan sunnah, ramai yang mengusaha produk madu sehinggakan lambakan madu tiruan di negara ini.

Berdasarkan kajian pihak berkaitan, hampir 80 peratus madu di Malaysia didakwa terdiri daripada madu tiruan yang dihasilkan di negara ini selain diimport.

Lebih menyedihkan, ia dijual secara terbuka seperti madu asli atas sebab permintaan terhadap madu tiruan di sini tinggi dalam kalangan pengguna kerana pembungkusan yang menarik selain harganya murah.

Pembuat madu tiruan semakin ke hadapan kerana rasa madu yang dihasilkan tidak ubah seperti madu asli.

Dalam cubaan membendung lambakan madu tiruan yang makin berleluasa ini, ramai yang berkongsi cara membezakan madu asli dan madu tiruan.

Namun begitu, tidak semudah itu untuk kita membezakan madu melalui mata kasar. Proses untuk mengenal pasti madu tiruan hanya boleh dilakukan menerusi ujian makmal.

80 Peratus Madu TIiruan Di Malaysia

Tambahan pula, tanggapan ramai yang menganggap madu asli tidak dihurung semut adalah salah.

Madu mengandungi fruktos, sukrosa dan glukosa yang merupakan gula semula jadi.

“Sepanjang pengalaman menceburi bidang ini, setiap kali menuai madu di sarang, pasti madu itu dihurung semut,” kata pengusaha madu kelulut Orang Asli, Nur Raziana.

Menurut MARDI, amat sukar untuk membezakan madu asli dan tiruan daripada segi rasa tetapi bagi mereka yang sudah arif dengan madu kelulut, boleh dikenal pasti daripada segi aroma bunga.

Ada juga beberapa pandangan yang skeptikal mengenai madu sehingga mengaitkan madu sebagai punca utama diabetes.

Ditambah pula dengan peningkatan pesakit diabetes yang dirujuk di hospital dan ramai mengakui menjadi pengguna produk makanan tambahan berasaskan makanan sunnah.

Tetapi, pengguna harus tahu adakah madu yang dikatakan penyebab obesiti itu adalah madu asli atau tiruan?

Terdapat satu eksperiman dijalankan untuk membezakan dua jenis madu itu. Menerusi eksperimen tersebut, tikus yang diberi madu asli semakin kurus dan sihat, manakala tikus yang diberi madu tiruan semakin gemuk dan mempunyai banyak penyakit.

Hal ini membuktikan bahawa amalan pengambilan madu tiruan menyebabkan berat badan kekal sama.

Justeru, kita sebagai penggunalah perlu memastikan untuk mencari pengusaha madu asli agar tidak tertipu dengan produk madu tiruan di negara ini.

Sumber: HM

Speak Your Mind

*