Majlis Dedah Jantina Bayi Bertukar Tragedi, Pasangan Berdepan 30 Tuduhan Jenayah

page
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Bloximages, CBS Local

Majlis dedah jantina bayi yang dianjurkan pasangan suami isteri, Refugio Manuel Jimenez Jr dan Angela Renee Jimenez bertukar tragedi apabila mereka kemudiannya didakwa dengan lebih 30 pertuduhan jenayah.

Tuduhan jenayah yang dijatuhkan kepada keduanya berpunca daripada bom asap yang digunakan dalam majlis itu.

Dalam masa yang sama, keadaan cuaca yang panas dan kering menyebabkan kebakaran besar.

Api menyala sehingga 9,300 hektar dan memusnah lima kediaman, 15 bangunan lain dan menyebabkan korban seorang ahli bomba daripada pasukan elit yang berusaha memadamkan kebakaran, Charlie Morton.

Majlis Dedah Jantina Bayi Bertukar Tragedi, Pasangan Berdepan 30 Tuduhan Jenayah 2
Sumber: CBS Local

Antara tuduhan yang dikenakan ke atas pasangan berkenaan ialah membunuh secara tidak sengaja, kejahatan melulu sehingga menyebabkan kebakaran dengan kecederaan yang besar, termasuklah kebakaran harta benda orang lain.

Majlis Dedah Jantina Bayi Bertukar Tragedi, Pasangan Berdepan 30 Tuduhan Jenayah
Sumber: CBS Local

Bagaimanapun keduanya mengaku tidak bersalah dan dibebaskan untuk menunggu tarikh dipanggil semula ke mahkamah.

Dalam dunia yang ‘berpaksikan’ pada media sosial, ibu bapa seakan berlumba-lumba untuk menonjolkan kekreatifan masing-masing dalam acara mendedahkan jantina bayi mereka.

Antara yang pernah pihak ODISI kongsikan tentang majlis dedah jantina bayi ialah daripada pasangan YouTuber yang sanggup melabur sehingga lebih setengah juta untuk acara ini di Burj Khalifa.

YouTuber dari Dubai, Anas dan Asala Marwah sanggup melabur lebih setengah juta Ringgit Malaysia demi mengadakan acara dedah jantina anak kedua mereka di sebuah bangunan pencakar langit di Dubai.

Enggan tampil dengan upacara tipikal menggunakan kejutan belon ataupun smoke canon, pasangan yang mengendalikan saluran YouTube Anasala Family ini mendedahkan jantina anak mereka selepas kira detik di menara Burj Khalifa berakhir.

Sumber: The Guardian

Speak Your Mind

*