Santan Punca Kolesterol Tinggi Hanya Mitos, Ini Fakta-Fakta Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Santan Tinggi Kolesterol Mitos
Sumber: Suara Sarawak

Santan Kolesterol Tinggi Hanya Mitos, Ini Fakta-Fakta Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Juadah masakan dan kuih muih tradisional kebanyakannya banyak menggunakan santan. Meskipun kini santan kotak telah mudah didapati, namun santan segar masih mendapat permintaan yang begitu tinggi. Ini kerana, santan segar memberikan rasa yang lebih lemak pada masakan.

Namun begitu, masyarakat kita sering dimomokkan bahawa santan adalah lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi.

Maka, ramai yang percaya dan mengambil langkah berjaga untuk seboleh-bolehnya mengurangkan penggunaan santan dalam masakan atau menukar bahan lain sebagai penggantinya.

Ya, ramai percaya bahawa santan mengandungi lemak tepu yang tinggi menjadi punca peningkatan paras kolesterol dalam darah.

Walau bagaimanapun, adakah pendapat ini benar dan bersandarkan kajian saintifik yang betul?

Berikut merupakan beberapa fakta tentang kebaikan santan dari segi kesihatan yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad bersumberkan perkongsian daripada Dr Norman Mohd Norawi.

“Setelah membaca pelbagai kajian terkini dalam jurnal-jurnal perubatan saya mendapati kajian-kajian berkenaan penggunaan santan atau minyak kelapa merumuskan fakta yang agak berlainan,” katanya.

Santan Tinggi Kolesterol Mitos


1. Kajian mendapati masyarakat mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah, begitu juga dengan paras kolesterol.

2. Pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dikalangan wanita pra menopaus di Filipina meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol jahat jenis LDL dan Trigliserida, menurut kajian dalam jurnal perubatan Asia Pasific 2011.

3. Data 2003 yang diambil oleh penduduk Filipina didapati mereka yang menggunakan santan dan minyak kelapa dalam masakan kurang masalah kolesterol berlebihan, darah tinggi, angin ahmar dan sakit jantung berbanding yang lain.

4. Kajian dari pakar biokimia dari Perancis, Prof Philippe Legrand menyatakan bahawa santan mengandungi asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

5. Santan boleh menjadi sebahagian dari diet yang sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.

6. Paras kolesterol pengambilan minyak kelapa dengan pengambil minyak bunga dalam pemakanan seharian adalah sama. Ini membuktikan pengambilan santan menyebabkan peningkatan paras kolesterol adalah tidak tepat.

7. Penduduk dunia yang makan santan setiap hari mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dengan masyarakat moden yang mengambil makanan segera dan makanan proses – menerusi kajian di Kepuluan Puka-Puka dan Tokelau.

Justeru, kita tidak perlu risau untuk menggunakan santan dalam masakan seperti mana resipi yang diajar nenek moyang kita sejak turun-temurun.

Cumanya, apa yang anda perlu bimbang adalah pengambilan gula dan makanan proses kerana kandungan lemak trans yang berbahaya kepada kesihatan jantung.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Speak Your Mind

*