Lebih Sedekad Kaji Banyak Kitab Agama, Pasangan Mualaf Ini Akhirnya Temui ‘Cinta’ Dalam Al-Quran

Lelaki Mualaf Temui Islam Lepas Belajar Banyak Agama

Konsep penghijrahan amatlah besar. Semua orang melakukan penghijrahan sama ada penghijrahan diri, kawasan, sikap, agama dan sebagainya. Proses penghijrahan adalah sesuatu yang manis terutamanya penghijrahan ke arah kebaikan.

Seorang mualaf, Cedric Lim berkongsikan cerita serta proses penghijrahan beliau dan isterinya daripada seorang yang skeptikal terhadap agama kepada dua individu yang menemui cinta di dalam agama Islam.

Lelaki Mualaf Temui Islam Lepas Belajar Banyak Agama 1

Lim atau nama Islamnya Muhammad Daniel Lim Abdullah pada dahulunya merupakan seorang anti-agama, peminat ‘kipas-susah-mati’ muzik death/black metal (masih lagi peminat) dan sering berfikir buruk berkenaan agama.

Rakan-rakan dan keluarga yang mengenali mereka memang tidak menjangkakan bahawa Daniel yang berasal daripada keluarga bukan beragama/Buddha manakala isterinya adalah seorang Kristian akan memeluk agama Islam.

Mengambil masa lebih dari sedekad (10 tahun) untuk beliau mengkaji pelbagai jenis agama da n kitab-kitab suci antaranya kitab suci Buddha (Mahayana, Theravada, Sokka), Taoism (Dao De Jing), Hinduism (The Vedas, Bhagavad Gita, Ramayana etc), Judaism (Torah), Christianity (Bible Old & New), Zoroastrainism (Avesta), Satanism (Anton LaVey Satanic Bible), Confucianism dan Pastafarism (Flying Spaghetti Monster).

Sebelum ini, beliau merasakan yang paling memberi kesan dan berkait dengannya adalah falsafah Buddha, Torah dan Bible, namun masih belum mampu menganggap Buddha sebagai agama.

Beliau boleh menerima penerangan bahawa pencipta atau Tuhan Abraham dama Taurat dan Alkitab tetapi tidak pernah tertarik untuk menjadi agama kerana beberapa persoalan yang dipertikaikan oleh beberapa individu.

Beliau pada ketika itu hidup dalam penafian bahawa tiada Tuhan di dunia ini dan beliau bebas melakukan apa sahaja tanpa agama.

Sehinggalah pada suatu hari, beliau berbincang berkenaan agama dengan sahabat Muslimnya dan menyedari masih ada satu kitab yang belum beliau baca iaitu Al-Quran. Semasa memberitahu sahabatnya bahawa beliau percaya tiada Tuhan, jawapan daripada rakannya amat mengejutkannya.

“Anda sudah separuh Muslim jika anda percaya bahawa tiada Tuhan kerana Muslim percaya tiada Tuhan tetapi hanya ada Pencipta/Pembuat segala kewujudan dan nama Pembuatnya adalah Allah. Dia kekal, Dia mutlak, bukan lelaki atau perempuan, tiada ibu/bapa/anak dan tiada apa yang boleh anda bayangkan.”

Kerana rasa ingin tahu, beliau mula mengkaji Islam dan bertemu dengan seorang lagi rakan yang membawanya senaskah terjemahan Al-Quran Bahasa Inggeris. Beliau mula membaca dengan niat mahu mencari kesalahan agama Islam.

Akhirnya semakin banyak persoalan yang beliau timbulkan semakin beliau bertanya kepada diri sendiri kerana dihimpit dengan fakta-fakta yang tidak mampu disangkal. Beliau dapati Al-Quran hanyalah buku yang bahasa aslinya dipelihara (Bahasa Arab) dengan perkataan mutlak tidak berubah selama lebih 1,400 tahun.

Tidak ada versi lama atau baharu mahu pun yang diubah suai dan lebih 1/4 daripada semua manusia di dunia ini adalah Muslim dan berjuta-juta menghafalnya dengan hati.

Beliau juga temui banyak fakta saintifik di dalam Al-Quran dan 80% daripadanya adalah bersesuaian dengan sains moden dan tidak ada 0.01% terbukti salah oleh saintis. Manakala 20% lagi masih lagi samar-samar.

Lelaki Mualaf Temui Islam Lepas Belajar Banyak Agama 2

Secara logiknya beliau berfikir jika 80% daripada fakta saintifik di dalamnya adalah benar, maka terbuktilah Al-Quran itu benar dari Yang Maha Pencipta kerana walaupun tanpa teknologi moden pada zaman dahulu penjelasan di dalamnya adalah 100% betul.

Akhir sekali yang beliau paling terkejut, Jesus disebut paling banyak di dalam Al-Quran secara terperinci dengan ibunya, Mary (Mariam) dan beliau lebih memahami Torah dan Bible dengan lebih baik melalui AL-Quran.

Tidak berniat untuk memperkecilkan agama lain, Daniel Lim memberitahu bahawa beliau hanya berkongsi perjalanan hijrahnya dan memohon agar semua orang untuk menghormati semua aga bagi memupuk masyarakat beragama.

Sumber: Cedric Lim

Speak Your Mind

*