Archives for January 30, 2022

LIPATAN SEJARAH | BRUCE LEE MENINGGAL DUNIA

Oleh Pusat Maklumat dan Arkib

May be an image of one or more people and text that says "Mingguan Malaysia EINNED 時一4 Eksploitasi hutan tanpa hitung PEMBALAK: AMARAN TUN terian ambil alih tugas pemasaran b-putra SENIMAN BRUCE LEE MENINGGAL DUNIA M Majlis Revolusi Libya tolak perletakan jawatan Gaddafi Tujwen KOELAATD EEUTAS PENAGIH DADAH PENDEK UMUR"

PADA 22 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bruce Lee, 32 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Bruce Lee yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri Jeet Koon Do merupakan anak kepada seniman filem Kantonis, Lee Hoi Chuen.

Beliau mula berlakon filem di Hong Kong pada 1971 dengan filem pertamanya, The Big Boss memecahkan box office bukan sahaja di Hong Kong, malah di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

22 Julai 1968

Filipina memanggil pulang dutanya di Malaysia ekoran masalah tuntutan ke atas Sabah.

22 Julai 1970

Malaysia membuat bantahan keras kepada British atas cadangannya untuk menjual senjata dan kelengkapan kepada Afrika Selatan..

22 Julai 1972

Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia akan didirikan di Templer Park dengan belanja RM10 juta pada tahun hadapan.

-UM-

#kreditreputasi

Nutella

May be an image of food and text that says "palm oil nutella FERRERO skim milk powder NUSS NUSS-NUGAT-CREME cocoa hazelnuts sugar"

Inilah kandungan di dalam satu bekas Nutella.Cuba lihat kandungan gulanya.. ?

Tyler Rodgers

May be an image of 1 person, playing a sport, stadium and text

Tyler Rodgers seorang pitcher di dalam pasukan baseballnya membuat balingan slider dengan kelajuan 73 km/jam.

Balingan slider ini sangat bahaya kerana ia mampu mendatangkan kecederaan yang serius.

Rubic Cube Untuk Orang OKU Penglihatan

No photo description available.

Rubic cube adalah alat mainan yang berbentuk kub dan setiap sisi memiliki warna yang berbeza.

Warna-warna ini akan diletakkan berselerakan dan pemain perlulah menyusun warna-warna ini supaya menjadi sama dalam masa yang singkat.

Tahukah anda bahawa terdapat rubic cube yang dicipta khas untuk orang-orang kurang upaya penglihatan.

Anda boleh tengok gambar-gambar Rubuc cube untuk OKU Penglihatan di bawah.

Konsep serta bentuknya sama sahaja seperti rubic cube biasa. Ada 6 warna yang berbeza bagi setiap sisi.

Cuma bezanya, setiap warna ini memiliki bentuk corak jalinan sentuh yang berbeza. Hal ini demi membolehkan orang kurang upaya penglihatan tahu akan beza warna melalui sentuhan corak yang berbeza.

Apa pun, ciptaan rubic cube untuk OKU penglihatan ini merupakan idea yang sangat baik kerana orang kurang upaya penglihatan juga berpeluang untuk bermain permainan ini.

Terowong bawah tasik paling panjang di China

May be an image of bridge and road

BEIJING – Sebuah terowong lebuh raya sepanjang 10.79 kilometer (km) dan berada di bawah sebuah tasik air tawar di China serta terletak di wilayah Jiangsu, timur negara berkenaan telah dibuka untuk kegunaan pengguna-pengguna kenderaan baru-baru ini.

Terowong di bawah air tawar yang paling panjang di negara itu berada di bawah Tasik Taihu di wilayah tersebut dan menurut pegawai kerajaan di wilayah tersebut, terowong berkenaan dibina dengan kos lebih AS$1 bilion (RM4.18 bilion).

Tasik Taihu ialah tasik air tawar yang ketiga terbesar di negara itu.

Ia mula dibina pada pada 9 Januari 2018 dan terowong tu adalah sebahagian daripada Lebuh Raya Changzhou-Wuxi sepanjang 43.9 kilometer (km).

Lebih dua juta meter padu konkrit digunakan untuk membina terowong tersebut yang memiliki enam lorong dan selebar 17.45 meter.

Siling terowong itu telah dilengkapi dengan lampu diod pancaran cahaya (LED) berwarna-warni yang dirancang untuk mengelakkan pemandu berasa letih.

Bagaimanapun, ia masih belum dapat mengatasi terowong bawah laut paling panjang di dunia di Norway.

Terowong Ryfast di Norway itu sepanjang 14.3km dan menghubungkan bandar Stavanger dan Strand. – Agensi

Kebanyakan rakyat german mempunyai IQ yg tinggi.

May be an image of 7 people, people standing, monument and text that says "AAD SCHOLARSHIP DAAD Scholarship 2020 2021 in Germany (Fully Funded) TESHLPLOGY"

Negara German mempunyai populasi seramai 83.24 juta penduduk pada tahun 2020. Negara German juga berada didalam persatuan European Union dan antara negara yg paling ramai menghasilkan rakyat yg genius seperti Albert Einstein iaitu guru bagi fizik,atom dan juga dark energy.

Kucing “Fishing Cat”

May be an image of cat and big cat

Salah satu kucing jenis “wild cat” ataupun kucing liar yang garang adalah bernama kucing “Fishing Cat”.

Nama saintifik kucing ini adalah Prionailurus viverrinus. Habitat asal kucing ini adalah dari Asia Tenggara dan Asia Timur.

Apa yang lebih menarik adalah tempat tinggal kucing ini. Kucing spesies ini suka tinggal di kawasan berhampiran air.

Contohnya seperti di kawasan paya bakau, tepian sungai, tepian tasik serta kawasan “wetlands”. Mungkin sebab itulah ia digelar sebagai Fishing cat.

Kucing ini telah dikategorikan sebagai terancam dalam IUCN Red List. Hal ini demikian kerana populasinya yang semakin hari semakin mengurang kerana kawasan “wetlands” semakin berkurangan kerana dimusnahkan dan dibina bangunan.

Berat badan kucing ini adalah antara 5.1 hingga 6.8 kilogram. Besar juga saiznya. Panjang tubuh dari kepala hingga ke ekor pula adalah antara 57 ke 78 centimeter.

Lebih menarik adalah kucing ini bersifat “nocturnal” iaitu aktif dan berjaga serta bekerja pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Kucing ini juga mampu berenang dalam jarak yang panjang.

Hebat!

Scary kan tengok fizikal kucing ini? Ada tak sesiapa yang bela?

Awan Lenticular

May be an image of nature

Subhanallah wabihamdihi..

Bagaikan payung melindungi puncak gunung. Itulah awan lenticular yang sentiasa ada setiap kali angin bertiup, ke arah gunung.

Ia sering disalah anggap kerana bentuknya seakan kapal makhluk asing UFO.

Pasti kita hendak mengetahui bagaimana ia terjadi, saya cuba ringkaskan buat anda semua.?

Apabila angin bertiup di kaki gunung, angin tersebut naik ke puncak gunung. Kemudian angin itu turun ke kaki gunung sebelah lagi. Pada suhu tertentu, angin panas akan naik ke puncak gunung. Lalu membentuk satu pusaran angin lalu membentuk awan lenticular.

Sebab itulah juru terbang akan berusaha untuk mengelak dari melalui awan lenticular kerana pusaran angin itu membentuk turbulence

Walaupun nampak cantik dan indah,

Bak kata pepatah:

Air yang tenang jangan sangka tiada Buaya.

Siapa kata Korea Utara tiada kumpulan K-pop?

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

Sebuah kumpulan yang di gelar Moranbong Band. Adalah satu kumpulan muzikal yang pada mulanya membuat persembahan kecil kecilan. Oleh kerana Undang Undang di Korea Utara, kumpulan muzikal hanya boleh membuat persembahan di julat penonton yang kecil bilangannya.

Sehinggalah pada 2013 mereka hilang tanpa di ketahui ke mana. Setelah 4 bulan mereka muncul kembali, dengan pakaian rasmi serta Setiap ahli kumpulan juga mempunyai alat muzik mereka yang tersendiri. Dan Ia kembali membuat persembahan dalam julat penonton yang ramai..

Chameleon

No photo description available.

Subhanallah wabihamdihi..

Brookesia nana, atau nano Chameleon.

Dari 11,500 spesis reptile yang ada di muka bumi ini, nano Chameleon adalah yang paling kecil sekali.

Dengan panjang badannya 13.5 mm.

Comel betulkan.. ?