Archives for January 30, 2022

Keluasan negara di Asia Tenggara

May be an image of text that says "THE TRUE SIZE OF SOUTHEAST ASIAN COUNTRIES BY LAND MASSES Indonesia 1,904,569 569 km2 Myanmar 676,575 km2 Thailand 513, 120 km2 Malaysia 329 847 km² Vietnam 331,212 km2 Philippines 299, 64 km² Laos 237 955 km² Cambodia 81,035 km² Timor Leste 15,007 km Brunei 5,765 km² Singapore 725.7 km @seasia.cc"

Tahukah anda negeri Perlis lebih besar daripada negara Singapura.

Keluasan bagi Perlis ialah 819 km²

Melaka 1,650 km²

Langkawi 479 km²

Pulau Pinang 1,048 km ²

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dikenali sebagai negeri negeri selat

Kisah Sebenar Di Sebalik Peristiwa Black Hawk Down

May be an image of 4 people and text

Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.

Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993.

Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.

Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain.Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.

Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia.Seorang anggota ATM yang turut terbabit dalam operasi itu, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia.“Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.“Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu.

Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.

Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.

Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.“Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim.Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.“Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut.Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.

Menaiki

“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.“Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.

Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak.

Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki ‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut.Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.“Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM – konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.“Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic.Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,” katanya.

Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya.Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.

Bertempur

Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap.Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.

Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.“Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat,” katanya.Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan,” katanya.

Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.

“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya.Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.

Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.

Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.

Sekilas Fakta – Air Terjun Kootenai

Air Terjun Kootenai adalah air terjun di Sungai Kootenai yang terletak di Daerah Lincoln, Montana, tidak jauh dari Laluan 2 USA. Ia adalah air terjun tanpa empangan terbesar di negeri ini dan salah satu air terjun terbesar di Us mengikut kadar aliran. Air terjun itu diakses melalui denai kaki dari kawasan parkir bersebelahan lebuh raya.

Keratan rentas sebuah kereta kebal

May be an image of 2 people and outdoors

Leopards 1. Apabila melihat kedudukan pengendali kereta kebal ini. Kita dapat melihat bahawa Ia bukanlah kenderaan yang selesa.

Dan bayangkan mereka duduk di dalamnya dalam suatu tempoh yang lama.

(harap2 adelah air cond, kalau takde kes naye nie?)

Olympus Mons: Gunung Tertinggi Dalam Sistem Suria ?

Terletak di rantau Tharsis Montes di Marikh, berhampiran khatulistiwa di hemisfera barat planet ini, Olmpus Mons (bahasa Latin untuk “Gunung OIympus”) adalah gunung berapi yang membentang sepanjang 601 kilometer lebar dan 25 kilometer tinggi, kira-kira 3 kali ganda ketinggian Gunung Everest. Keluasan Olympus Mons iaitu kira-kira 310,798 kilometer persegi jauh meninggalkan gunung berapi yang terbesar di bumi iaitu Tamu Massif yang terletak di barat laut Lautan Pasifik, dengan keluasan 292,500 kilometer persegi.

Bukan itu sahaja, keluasan gunung berapi ini hampir-hampir menyamai keluasan Malaysia yang berkeluasan 330,803 kilometer persegi. Bayangkan sebuah gunung berapi yang hampir sama besar dengan saiz Malaysia, dan setinggi 25 kilometer. Selain itu, gunung berapi Marikh ini mempunyai ketinggian lebih daripada 6 kali ketinggian gunung berapi tertinggi di dunia iaitu Mauna Kea dan Mauna Loa di Hawaii, Amerika Syarikat.

Walaupun saiznya yang agak besar, Olympus Mons sebenarnya adalah antara gunung berapi yang termuda di Marikh, yang tebentuk ketika zaman Hesperian iaitu sekitar 3.1 hingga 3.7 biilion tahun yang lalu, dengan beberapa bahagian gunung ini yang hanya berusia beberapa juta tahun sahaja.

Memandangkan usianya yang mudah, secara relatifnya, para saintis percaya bahawa gunung berapi ini mungkin masih aktif.

Namun jika gunung berapi tertinggi dalam sistem suria ini meletus, ia tidak akan mewujudkan letupan besar seperti mana yang anda bayangkan. Olympus Mons adalah apa yang dikenal sebagai gunung berapi perisai, yang terbentuk di atas titik panas lava cair. Ia tidak meletup dengan dahsyat, sebaliknya lava yang rendah kelikatan ini akan mengalir secara perlahan-lahan tetapi berterusan untuk satu tempoh yang sangat lama.

Aliran lava yang berterusan ini kemudiannya menjadi keras dan membentuk sisi gunung berapi, oleh itu gunung berapi perisai mempunyai cerun yang beransur-ansur. Malah, purata cerun Olympus Mons hanyalah 5%. Gunung berapi perisai seperti ini juga terdapat di Bumi, antaranya termasuklah Mauna Kea dan Mauna Loa. Dan sudah tentu sekali skala Olympus Mons sama sekali tak seperti apa yang ada di Bumi.

Gunung berapi Marikh

Olympus Mons mampu untuk membesar jauh daripada mana-mana gunung di Bumi dan menjadi gunung tertinggi dalam sistem suria disebabkan oleh sifat permukaan Marikh yang unik. Marikh mempunyai permukaan graviti yang lebih rendah berbanding Bumi, membolehkan lebih banyak lava terbina dari masa ke masa.

Selain itu, gunung berapi Marikh juga mempunyai kadar letusan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih lama berbanding gunung berapi di Bumi.

Walaupun sebahagian besar gunung berapi di Bumi aktif untuk tempoh beberapa juta tahun, namun para saintis mencatatkan bahawa letusan aktif oleh gunung berapi di Marikh berlangsung selama 90 juta tahun.

Ini membolehkan lebih banyak masa bagi lava untuk membina dan mencipta struktur pergunungan yang tersangat besar. Marikh juga mempunyai pergerakan plat tektonik yang sangat terhad, bermakna permukaan ini tidak beralih selepas gunung berapi meletus.

Jadi, gunung berapi tersebut berada di lokasi yang tetapi untuk tempoh yang lebih lama. Ia memudahkan lava untuk terbina di atasnya, menghasilkan gunung gergasi yang jauh lebih besar daripada yang ada di Bumi.

Di planet kita, pergeseran plat tektonik akan mengubah kedudukan gunung berapi dan membawa kepada penghasilan gugusan pulau gunung berapi yang kecil, dan bukannya sebuah gunung berapi yang besar.

Penemuan gunung tertinggi dalam sistem suria

Oleh kerana saiz Olympus Mons yang begitu besar, ia dapat dilihat oleh ahli astronomi sejak awal tahun 1800-an lagi. Ahli astronomi Giovanni Schiaparelli telah mengkaji permukaan marikh pada tahun 1877 dan mendokumenkan apa yang beliau percaya sebagai terusan di samping tompok yang cerah, yang dipercayai sebagai puncak kepada sesuatu yang besar. Apabila teknologi teleskop semakin maju, beliau dapat menentukan bahawa terusan tersebut bukanlah saluran air seperti yang dijangkakannya, tetapi tompok cahaya yang dilihatnya memang merupakan puncak kepada struktur pergunungan yang besar.

Beliau menamakannya sebagai Nix Olympica, yang bermakna “Salji Olimpik”. Akhirnya, pada tahun 1971, NASA menghantar probe tanpa pemandu iaitu Marine 9 ke angkasa lepas untuk menerokai permukaan Marikh dengan lebih jelas. Ia sampai ke Marikh pada 14 November di tengah-tengah ribut debu yang besar, tetapi imej yang diambil dan dihantar ke Bumi menunjukkan apa yang Giovanni dan yang lain percaya itu bukan sahaja puncak gunung, tetapi juga sebahagian daripada gunung berapi yang tersangat besar.

NASA kemudiannya menamakannya semula daripada Nix Olympia kepada Olympus Mons untuk menggambarkan penemuan baru. Sejak itu, NASA sentiasa memerhati petunjuk kepada bila letusan seterusnya akan berlaku.

First World Hotel Genting

Tahukah anda First World Hotel Genting merupakan hotel terbesar di dunia dengan memiliki 7,350 bilik mengalahkan dua hotel terbesar di USA Hotel MGM Grand (6,852 bilik) dan Hotel Venetian Resort (7,092 bilik) dari Amerika.

May be an image of outdoors
May be an image of outdoorsMay be an image of sky

Kasut Emas Firaun Tutankhamun

May be an image of footwear

#IskandarZulfaqar

Firaun sangat terkenal dengan sikap ego dirinya. Salah satu sebab keegoannya adalah kekayaannya yang menggila.

Namun, ingatlah kita bahawa kekayaan akan menjadi sia-sia jika kita tidak mengeluarkan zakat serta bersedekah.

Harta itu akan menjadi asbab kemurkaan Allah kepada kita jika kita tidak menggunakannya di jalan yang betul.

Firaun memiliki kekayaan yang sangat banyak. Dikatakan hampir setiap barangan dalam istananya dibuat daripada emas.

Salah satu barang yang dibuat daripada emas yang dimiliki firaun Tutankhamun adalah kasutnya.

Anda boleh tengok gambar di bawah. Bukan sekadar kasut, firaun Tutankhamun juga ada penutup jarinya.

Setiap jari ada penutup dan semua penutup itu diperbuat daripada emas.

Biar betul semuanya emas

No photo description available.

SEBAB APA DATO MEOR TAK MENGAKU KALAHKAN BRUCE LEE DULU?

Betul ke ni, konfius

Dalam sebuah dokumentari berjudul ‘Pusaka Kita Maruah Kita’,

salah seorang saksi yang masih hidup dan pernah mendengar kisah ini secara langsung dari mulut Dato Meor Abdul Rahman menceritakan detik-detik pertarungan di lapangan terbang itu.

Ia terjadi ketika Dato Meor dalam perjalanan ke Jepun.

Sewaktu beliau transit di Hong Kong, iaitu 45 minit sebelum meneruskan penerbangan, tiga orang lelaki telah datang menemui beliau di sebuah Coffee House.

Salah seorang daripada lelaki itu mengenakan jubah China.

Lelaki itu bertanya kepada Dato Meor, “Betulkah kamu ini (ahli) seni mempertahankan diri orang Melayu yang paling hebat?”

Dato Meor membalas, “Ya, saya.” Jawapan Dato Meor ini diberikan kerana beliau menganggap sebagai orang Melayu, beliau perlu menjaga maruah bangsa.

Disebabkan lokasi yang tidak sesuai ketika itu, maka Dato Meor meminta supaya pihak Bruce Lee memilih tarikh dan lokasi yang lebih sesuai. Selain itu, Dato Meor juga telah meminta supaya pihak Bruce Lee menandatangani surat perjanjian agar kedua-dua pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Menurut Dato Meor, dalam sedang dia bercakap ketika itu, Bruce Lee telah menghayunkan tendangannya. Waris kepada Dato Meor berkata kelajuan pergerakan itu ibarat sekelip mata.

Gambaran yang sama juga diberikan oleh seorang saksi yang mendengar kisah ini dari Dato Meor.

Kata beliau, tendangan Bruce Lee itu tidak terkira walaupun dalam sesaat. Namun, Dato Meor menegaskan Silat Gayong memiliki kehebatan tersendiri.

Setelah Bruce Lee melakukan tendangan itu, Dato Meor berjaya menepis semua serangannya. Pertarungan ini berakhir dalam waktu tidak sampai seminit apabila Dato Meor menumbuk bahagian pinggang kiri Bruce Lee.

Akibat tumbukan ‘Kipas Nanduung’ Dato Meor itu, Bruce Lee terpaksa dipapah oleh dua orang pengiringnya pergi.

Dua minggu selepas pertarungan itu, dunia dikejutkan dengan kematian Bruce Lee.

Kisah ini adalah kisah benar.

Namun, telah dinafikan oleh golongan skeptikal Melayu.

Antara persoalan yang dibangkitkan adalah;

Jika pertarungan itu benar-benar berlaku di lapangan terbang seperti yang dikatakan, mengapa tidak ada rakaman CCTV hingga ke hari ini? Sedangkan HK sudah memiliki teknologi itu?

✓ Pertarungan ini melibatkan seorang Raja Kung fu dan bintang Hollywood terkemuka dengan seorang lelaki Melayu Muslim yang kurang dikenali di peringkat antarabangsa.

Apakah anda terlalu bebal untuk percaya kerajaan British (yang menguasai HK ketika itu) dan ahli perniagaan seperti penerbit filem dari Hong Kong dan Hollywood akan biarkan jenama Bruce Lee tercalar? Apa akan terjadi pada legasi Bruce Lee dan imej Kung fu di mata dunia? Lebih buruk lagi, apa akan terjadi pada industri filem Hong Kong yang seperti kita tahu berjaya menguasai dunia selama beberapa dekad selepas pertarungan tersebut?

✓ Lagipun, sudah tentulah keluarga, sahabat dan krew Bruce Lee sendiri tidak mahu mendedahkan hal yang sebenar kerana kekalahan itu akan mencalarkan maruah.

✓ Pihak Bruce Lee sendiri tidak memiliki bukti bahawa kematian itu disebabkan kecederaan ketika pertarungan dengan Dato Meor. Sebarang tuntutan bukan sahaja akan memalukan pihak Bruce Lee sendiri, bahkan tidak akan membuahkan hasil.

✓ Berdasarkan cerita di atas, pihak Bruce Lee sebenarnya yang menimbulkan provokasi. Sekiranya pertarungan itu di bawa ke mahkamah, pihak Bruce Lee yang mungkin dipersalahkan.

Jadi tindakan terbaik dalam kes ini adalah dengan menguburkan kisahnya.

Tahukah anda ketika Dato Meor ditanya wartawan mengapa beliau berdiam diri ketika timbul banyak dakwaan yang mengatakan kematian Bruce Lee itu disebabkan pertarung lain,

Dato Meor menjawab, “Adakah kita harus memberitahu kita telah membunuh orang?”

Dan ketika beliau ditanya pula, “Mengapa sekarang dia mengakui hal itu?”

Dato Meor membalas, “Sekarang saya dah tua.”

Vid: https://youtu.be/LB33-3575d4

Kredit : Hafiz Sahaja

Info Pendek – Bandar Ashgabat

Ashgabat merupakan ibu negara Turkmenistan tercatat dalam rekod dunia (Guinness World Record) kerana memiliki kepadatan Bangunan marmar tertinggi di seluruh dunia.

Bandar ini dikenali kerana penuh dengan jalan raya yang luas, air pancut, patung dan bangunan putih berkilau hasil daripada ledakan pembinaan bangunan ketika pemerintahan bekas Presiden Sapparmurad Niyazov. Ia berlaku selepas negara ini mendapat kemerdekaan dari kesatuan soviet.

May be an image of 7 people and outdoors
May be an image of monument and road
May be an image of outdoors

Bukti Cinta

May be an illustration of 1 person

Rumini ,27, dan ibunya Salamah, 70, ditemui meninggal dunia dalam keadaan saling berpelukan oleh penyelamat ketika misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa letusan gunung berapi Semeru, Indonesia yang berlaku pada 4 Disember 2021.

Kisah Rumini kemudiannya menjadi viral di media sosial. Ramai yang menitipkan doa atas jasa dan bukti cintanya. Saat gunung Semeru meletus, semua orang bertempiaran menyelamatkan diri. Rumini juga sebenarnya boleh.

Dia boleh lari sekencangnya untuk menyelamatkan diri. Tetapi dia memilih untuk setia di sisi ibunya yang tidak boleh berjalan atas faktor usia. Dia memilih untuk menemani dan memeluk ibunya hingga akhir hayat.

Bagi Imam Syafii, 30, mana mungkin dia dapat melupakan pelukan terakhir isterinya pada malam sebelum kejadian yang dirasakannya berbeza dari kebiasaan. Isterinya juga menitipkan pesan pada malam itu supaya dia menjaga anak mereka dengan baik dan menyayangi si kecik sepenuh hati.

Nota : Ada laporan lain menyebut, Salamah bukan ibu sebaliknya nenek Rumini. Siapa pun Salamah, moga bukti cinta Rumini menjadi asbab diampunkan dosa dan dilapangkan kuburnya, amin.

Akhbar Berita Harian melaporkan pada 10 Disember, angka kematian akibat letusan Gunung Berapi Semeru, Indonesia, meningkat kepada 43 orang.

No photo description available.
May be an image of 2 people and people standing

???? ??????!

?#DangAnum?