Pernahkah anda terdengar perumpamaan tentang Bandar yang tidak pernah tidur (the city that never sleeps).
Maksudnya kehidupan dan aktiviti manusia di bandar itu tidak pernah berhenti. Tidak kira siang ataupun malam. Bandar yang tidak pernah tidur ini sentiasa sibuk dan ada sahaja manusia berlegar legar dengan pelbagai aktiviti. Malah sistem pengangkutan dan kenderaan berjalan siang dan malam.
Keindahan malam di Bandar itu diperolehi dari lampu lampu neon, paparan LCD dan sebagainya menjadikan malam itu meriah dan hidup.
Para pengkaji menobatkan Bandar New York adalah Bandar yang tidak pernah tidur dengan pelbagai aktiviti.
Di ikuti juga Bandar Ginza Di Tokyo, yang juga mempunyai suasana malam yang sangat indah dengan cahaya lampu.
Namun begitu, bagi saya Bandar yang paling sibuk dan tidak pernah tidur adalah Mekah di Arab Saudi yang tidak kira malam dan siang Sentiasa ramai dengan lautan manusia untuk beribadah kepada Allah SWT.