Archives for January 31, 2022

Beza Kos Dulu dan Sekarang

May be an image of 5 people and text

Gunung Berapi Vesuvius

No photo description available.

Mari kita renung & ambil iktibar dari peristiwa ini…

Gunung berapi Vesuvius yang meletus pada 24 Ogos tahun 79 Masihi di Pompeii meninggalkan kesan yang sangat tragis, gunung berapi ni meletus selama 2 hari berturut-turut yang menyebabkan bandar Pompeii binasa dan tenggelam oleh debu gunung berapi yang sangat membinasakan.

Pada ketika tu, penduduknya dianggarkan lebih kurang 11 ribu orang dan sedang berada di tahap yang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan tamadun lain. Ramai yang mati akibat gas beracun dan gas panas dari aliran Pyroclastic yang mencecah 3000 darjah celsuis yang mampu membakar manusia hidup- hidup dalam sekelip mata. Ibarat diletak di dalam oven. Sangat menyeramkan….

Bukan hanya manusia, malah turut ditemui haiwan ternakan yang sudah menjadi batu dan keras. Kelihatan begitu sadis,malah ramai yang tidak sempat lari dan mati dalam keadaan mengerikan. Ada yang kelihatan seperti merangkak, seolah olah mahu lari dari azab yang dahsyat itu. Debu gunung berapi yang setinggi 6 meter telah menyeliputi bandar purba mereka selama ribuan tahun.

Kota purba Pompeii terkenal dengan kegiatan maksiat, lebih 20 rumah pelacuran terdapat disekitar kota itu pada ketika gunung berapi meletus, azab Allah SWT itu sangatlah benar. Di saat zaman kegemilangannya kota purba Pompeii dihujani dengan debu,asap dan larva panas dari gunung berapi Vesuvius.

p/s: sila lihat gambar untuk kaitan posting dengan nas al quran.

Moga jadi asbab hidayah & kebaikan…

Mata Kucing

MAHA SUCI ALLAH…!!!

Di belakang retina mata kucing terdapat satu lapisan dipanggil “Kristal Tapetum Licidum” yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini membantu kucing melihat dengan lebih jelas di dalam gelap semasa memburu. Kerana itu mata kucing bersinar pada waktu malam

Jika manusia boleh melihat seluas 160 darjah, kucing boleh melihat lebih luas sebanyak 187 darjah untuk memastikan diri mereka selamat dari sebarang ancaman di sekelilingnya

Pada mata kucing ada membran ketiga dipanggil “Nictitating Membrane” membolehkan kucing mengedip matanya tanpa perlu menutup keseluruhan mata. Ia membantu kucing ketika memburu agar debu-debu tidak masuk ke dalam mata. Membran ini juga menjadikan mata kucing kekal bersih dan lembab

Dengan kasih sayang Allah, kucing tidak perlu sering mengedip mata seperti manusia. Tidak mengedip mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang peliharaan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar.”

An-Nahl 16:66

Hanya Allah Maha Mengetahui

Perkara Yang Benar

Kredit: Aji Yusop

Selamat Tinggal Guru!

May be an image of 1 person and playing a musical instrument

Seorang guru yang baik pastinya akan sentiasa dikenang oleh masyarakat kerana kebaikannya.

Oleh itu, seseorang guru itu perlulah menjadi GURU yang membawa keluar anak muridnya daripada kegelapan kepada cahaya.

Begitulah besarnya pengorbanan mendiang guru di negara Brazil ini sehingga pemergiannya ditangisi ramai.

Gambar di bawah menunjukkan seorang anak murid mendiang bernama Diego Frazao Torquato yang berusia 12 tahun.

Gambar menunjukkan beliau sedang bermain violin dalam keadaan sambil menangis serta bersedih.

Gambar ini telah mendapat anugerah sebagai gambar paling beremosi dan sensitif.

Hal ini apabila melihat keadaan Diego yang sangat bersedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mendiang gurunya.

Sistem Saraf Tunjang Manusia

May be an image of text

Inilah kita sebenarnya..

Inilah sistem saraf tunjang manusia yang mengawal segala organ organ dalam tubuh kita. Setiap bahagian dalam tubuh kita samada sistem rangka, kulit dan lain2nya hanya berperanan melindungi sistem saraf ini. Bolehlah kita katakan inilah sahaja kita yang menyimpan semua memori dan segala2nya.

Joe Arridy : Banduan Paling Ceria Menunggu Kematian

May be a black-and-white image of 2 people, people standing and indoor

Beliau dilahirkan pada 29 April 1915 merupakan warga Amerika Syarikat.Beliau dijatuhi hukuman mati melalui kaedah ‘Gas Chamber’ iaitu menggunakan semburan gas beracun sehingga mati.

Namun ramai orang percaya bahawa beliau tidak bersalah kerana beliau sejak dilahirkan lagi memang mempunyai masalah mental serta mempunyai tahap rendah IQ hanya 46 (setara dengan tahap pemikiran anak kecil yang berusia 6 tahun) .Beliau ditangkap kerana disabitkan bersalah merogol & membunuh seorang budak perempuan berusia 15 tahun pada tahun 1936.

Satu perbicaraan telah diadakan untuk mengesahkan kewarasan Joe, namun peguam Joe tidak berjuang sama sekali berkenaan tahap kesihatan mental Joe yang tidak dapat membezakan yang mana satu fakta dan salah. Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa Joe dihukum mati pada tanggal 6 Januari 1939.

Diakhir hayatnya,beliau hanya berhajat makan ais krim.Tetapi beliau tidak sedar bahawa itulah makanan terakhirnya.Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria serta murah dengan senyuman.Budi baik Joe disenangi oleh semua banduan & warden sehingga beliau menerima hadiah berupa mainan kereta api oleh salah seorang anggota warden.

Pada saat akhir hukuman dilaksanakan,Joe sempat memberi mainan kereta api kesayangannya kepada rakan sel tanpa menyedari bahawa beliau akan dihukum mati.Apabila disoal akan hukuman itu,beliau kelihatan bingung & tidak mengerti apa yang berlaku.Joe melangkah ke bilik hukuman dengan wajahnya yang tersenyum.

Pada tahun 2011, Governor Colorado telah menganugerahkan pengampunan selepas mati iaitu ‘Posthumous Pardon’ kepada Joe & mempercayai bahawa beliau tidak bersalah & telah menjadi mangsa kepada undang undang yang tidak sistematik pada waktu itu.

Pada akhir cerita,warden penjara mengatakan… “The man you kill tonight is six years old. He has no idea why he dies”…

King Ung Yong

May be an image of 3 people and people standing

King Ung Yong boleh bercakap empat bahasa pada usia 2 tahun,

Memahami algebra pada usia 3 tahun dan merupakan pelajar jemputan fizik di universiti pada 4 tahun dan telah di jemput ke amerika oleh NASA pada usia 7 tahun,

Kim telah disenaraikan dalam Guinness Book of World Records di bawah “IQ Tertinggi. Dia menamatkan pengajiannya dan mendapat Ph.D pada usia 15 tahundan mempunyai IQ tertinggi, 201…

©

Fizzananni Fizza

‘Baby Yingliang’

Salah satu embrio dinosaur terbaik yang dipelihara ditemui baru² ini di Ganzhou di selatan China. Embrio, digelar ‘Baby Yingliang’, milik dinosaur teropod tanpa gigi, atau oviraptorosaur, dan dianggarkan berusia antara 72 hingga 66 juta tahun yg lalu. ?

Credit : LidaXing

Pokok Acacia

May be an image of tree and outdoors
May be an image of 3 people and outdoors

Sebuah pokok acacia yang hidup teasing di gurun Sahara 150 km dari Nigeria.

Pokok yang berusia 300 tahun menjadi mercu tanda serta panduan arah sesiapa yang merentas gurun Sahara.

Tetapi malangnya pada tahun 1973, Pokok ini telah di langgar oleh seorang pemandu mabuk hingga tumbang menyembah bumi.

Bahagian yang tertinggal dari Pokok ini di bawa ke Muzum Negara Nigeria.

Si Ikan Lumba-lumba – Baiji

May be an image of 7 people and outdoors

Inilah foto terakhir Seekor ikan lumba lumba air tawar di Sungai Yantze atau Baiji yang berjaya di rakam oleh Chinese Marine Biologist.

Mereka menangkapnya di Sungai Yantze untuk mengetahui tahap kesihatannya. Ini kerana ia hanya tinggal Seekor sahaja lagi yang masih hidup di Sungai itu.

(mesti dia rase sunyikan.. ?)

Oleh kerana kerakusan manusia dalam menjarah alam sekitar yang sebelumnya sangat sempurna sebagaimana dicipta oleh Tuhan.

Pada tahun 1950, terdapat 1000 ekor Baiji di Sungai Yantze. Ikan lumba lumba ini amat cerdik dan bijak sering menemankan para nelayan. Ia juga adalah hidupan sungai yang suka bersosial dan mudah mendekati manusia.

Kemudian pada 1994 Baiji berkurang sehingga di bawah 100 ekor. Dan kini hanya Seekor seperti di dalam gambar. Dan selepas ia dilepaskan semula sehingga kini tiada lagi Baiji di lihat di sepanjang sungai Yantze..

Para saintis mengumumkan bahawa Baiji atau Ikan Lumba lumba Sungai Yantze telah pupus sepenuhnya.

Dengan foto terakhir ini, sekurang kurangnya dapatlah generasi akan datang mengetahui bahawa pada satu ketika dulu ada ikan lumba lumba yang hidup di Sungai Yantze.. ?