Archives for January 31, 2022

Imej² sempadan Negara Yang Unik & Tidak Masuk Akal.

Bila memikirkan tentang sempadan antara negara, kita pasti terbayangkan suatu tempat yang dikawal ketat, sukar dilepasi, terpencil, sunyi dan kadang- kadang ada juga yang langsung tidak dapat dilihat.

Namun, ada sesetengah sempadan yang menakjubkan dan sangat menarik. Berikut adalah gambar antara sempadan yang unik di muka bumi.

May be an image of outdoors, tree and text that says "ENGLAND SCOTLAND"
May be an image of 1 person, road, tree and text that says "PERANCIS SEPANYOL"May be an image of outdoors and text that says "BOSNIA CROATIA"May be an image of 2 people, mountain and text that says "SEPANYOL PORTUGAL"

Padang Pasir Namib: Pemandangan Seperti Dalam Lukisan

May be an image of nature

Padang pasir Namib adalah merupakan sebuah kawasan padang pasir yang terdapat di benua Afrika. Padang pasir ini sangat luas.

Ia memiliki keluasan sehingga 2000 kilometer dan menjangkau sehingga tiga negara iaitu Angola, Namibia dan Afrika Selatan.

Padang pasir ini juga merupakan padang pasir yang paling tua di dunia. Hal ini dibuktikan dengan bacaan arid climate yang menunjukkan tempoh 55 hingga 80 juta tahun.

Padang pasir ini juga turut didiami oleh dua suku asli afrika iaitu suku Ovahimba dan juga Obatjimba Herero.

Apa yang lebih unik adalah pemandangan di sekitar padang pasir ini yang sangat cantik seperti dalam lukisan.

Cuba tengok gambar-gambar di bawah. Semua itu bukan lukisan sebaliknya pemandangan di padang pasir Namib.

Cantik kan?

Jalan Kolli Hills (Jalan MDR181) di Tamil Nadu, India

May be an image of nature

Jalan ini mempunyai 70 selekoh jepit rambut.

Transformasi Kereta Api China

May be an image of 2 people, train and railway

Beberapa perspektif kepada kadar transformasi kereta api China… ini adalah pemandu enjin yang sama 26 tahun.

Jenny Si Kuda Putih

May be an image of 3 people, people standing, horse, outdoors and text

Memperkenalkan Jenny si kuda putih yang berjalan jalan bersendirian di Bandar Frankfurt, Germany.

Pemiliknya sudah amat tua dan tidak mampu lagi untuk menunggangnya. Oleh kerana rutin hariannya berjalan jalan dengan pemiliknya. Kini Jenny meneruskan berjalan jalan Setiap hari di sekitar Bandar Frankfurt.

Oleh kerana ramai mengenali dan tahu kisahnya, akan memberi ia makan dan mengusap badannya. Malah mereka yang ada di Bandar Frankfurt ini memastikan bahawa Jenny dapat pulang ke ladang pemiliknya yang sudah Tua itu.

Ibu Gazel Korbankan Diri Demi Anak

May be an image of big cat and outdoors

Cuba tengok gambar di bawah. Gambar yang menunjukkan seekor gazel sedang berada di fasa terakhir dalam hidupnya.

Gambar ini diambil 10 tahun lepas dan telah memenangi banyak anugerah. Namun, si pengambil gambar ini mengalami depresi serta kesedihan melampau.

Hal ini demikian kerana gambar ini penuh dengan emosi.

Menurut tukang ambil gambar, terdapat seekor ibu gazel yang sedang berjalan dengan anaknya.

Tiba-tiba, kedua-dua diserang oleh sekumpulan chetah yang ganas. Sepatutnya, si ibu boleh lari dan masih berpeluang untuk selamatkan diri.

Namun, si ibu lebih memilih untuk korbankan dirinya sendiri dan membiarkan anaknya lari dan meneruskan kehidupan.

Hal ini kerana jika ia lari, pastinya anaknya akan mati kerana si anak masih belum mampu untuk lari sepantas dirinya.

Maka ibu gazel pun korbankan diri demi anaknya itu.

Sedih kan? Walaupun gazel adalah haiwan, namun kasih sayang si ibu tetap sama banyaknya seperti manusia.

BERFIKIR DI LUAR KOTAK

May be an image of 10 people, people standing and car

Seorang budak India membawa generator dengan menaiki 4×4 masuk ke kawasan Taman Sri Muda semata untuk memberi perkhidmatan “Charge Handphone” secara percuma kepada orang ramai.

Nak membantu orang, ada banyak cara… HEBAT

BROTHER INI sebelah khemah kami.

Kredit: Albert Chung

Tangga Lurus Antara Terpanjang Di Dunia

May be an image of outdoors

Terletak di island of St. Helena, Jacob’s Ladder merupakan tangga lurus terpanjang di dunia dengan 699 anak tangga. Ianya dibina pada tahun 1829 sebagai laluan membawa hasil tanaman di bawah

Pulau Migingo: Pulau Perumahan Paling Kecil

May be an image of body of water

Pulau Migingo adalah merupakan sebuah pulau yang terletak di Tasik Victoria di negara Kenya.

Keluasan pulau ini hanya 2000 square-metre. Apa yang lebih menarik adalah keseluruhan pulau ini dipenuhi dengan rumah sahaja.

Oleh sebab itulah pulau ini digelar sebagai pulau perumahan yang paling kecil. Walaupun kecil tetapi ia dipenuhi dengan rumah semuanya.

Individu pertama yang menjumpai pulau ini dan membina rumah mereka di pulau ini adalah Dalmas Tembo dan juga George Kibebe.

Mereka adalah nelayan dan menjumpai pulau ini serta membina rumah di pulau ini pada tahun 1991.

Selepas mereka mendirikan rumah di pulau itu, lebih ramai lagi orang lain yang mengikut jejak mereka terutama sekali golongan nelayan.

Walaupun nampak padat namun tahukah anda bahawa di pulau ini terdapat kasino serta kelab malam yang mereka bina untuk mereka berhibur.

Kedudukan geografi pulau ini yang terletak di tengah-tengah dua negara iaitu negara Kenya dan Uganda turut menyebabkan pertelingkahan antara dua negara itu dalam menuntut pulau tersebut. Namun, Kenya dilihat lebih dominan dan pulau ini menjadi miliknya.

Cuba tengok gambar pulau ini. Nampak padat kan? Tapi memang unik.

Muntah Paus

May be an image of text

Muntah paus harga kira-kira RM500,000 jika tulen

Kuala Terengganu: “Jika ia (muntah ikan paus) tulen dan berkualiti tinggi, nilai dengan berat yang dikatakan lima kilogram itu, ia dianggarkan bernilai sekitar RM500,000,” kata Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari.

Menurutnya, bagi memastikan objek itu tulen atau sebaliknya, kajian terperinci perlu dilakukan dan kini pihaknya sedang menunggu sampel muntah berkenaan daripada Jabatan Perikanan Negeri.

Tiga pihak nyatakan minat beli muntah paus

Katanya, objek terbabit akan diserahkan ke UMT hari ini dan proses ujian mengambil masa kira-kira seminggu.

“Setakat ini, bermula Januari lalu hingga kini, kita sudah melakukan analisa membabitkan 18 sampel namun semuanya didapati tidak tulen.

“Saya juga teruja untuk melakukan ujian terhadap sampel muntah paus yang ditemui di perairan Marang itu,” katanya dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menunggu beberapa sampel yang dipercayai muntah paus yang ditemui di perairan negara untuk diuji ketulenannya.

Dr Hasrizal berkata, muntah paus yang bernilai tinggi mempunyai tiga bahan utama iaitu ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (tiga hingga empat peratus).

“Tanpa kandungan tiga bahan aktif ini, ia langsung tiada harga di pasaran,” katanya.