Archives for January 2022

Korbankan Nyawa Demi Rakan Sekolah

May be an image of 1 person and standing

Inilah hero yang sebenar.. Pada tahun 2014 dunia digemparkan dengan kisah Aitzaz Hasan seorang budak lelaki yang berusia 15 tahun di Pakistan.

Dia telah mengorbankan nyawanya semata mata untuk menyelamatkan 2000 rakan sekolahnya dari seorang pengembom bunuh diri. (suicide bomber).

Begini kisahnya..

Suatu hari Aitzaz bersama sepupunya Mudassar Hassan dalam perjalanan ke sekolahnya. Mereka terserempak dengan seorang lelaki yang mencurigakan.

Apabila mereka melihat ada alat detonate dari celah bajunya. Maka mereka yakin bahawa lelaki ini adalah pengebom berani mati.

Aitzaz menyuruh sepupunya menuju ke Sekolah untuk memberitahu kepada guru dan rakan rakan sekolahnya perihal lelaki itu.

Manakala Aitzaz berkata kepada sepupunya:

“lelaki ini ingin mengebom Sekolah dan rakan rakan kita. Aku akan menghalang lelaki ini,”

Aitzaz terus mengejar lelaki itu, dan kerana panik lelaki itu menghidupkan antenator dan letupan pun berlaku membunuh Pengebom itu sendiri dan Aitzaz.

Aitzaz menjadi idola dan pelbagai penghargaan dari kerajaan Pakistan. Majlis pengebumiannya di hadir ramai orang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

Kata ayahnya..

“ya, kematian Aitzaz membuatkan saya dan ibunya menangis. Namun kematiannya telah menyelamatkan ratusan ibu dari menangisi kehilangan anaknya..”

Misi Elon Musk – Pendaratan Manusia ke Marikh Dijangka 2026.

No photo description available.

Misi Elon Musk dan syarikat miliknya Space-X untuk pergi ke Marikh bukan lagi merupakan projek rahsia. Melalui temuduga ketika menerima penghargaan dari media Axel Springer, beliau telah membentangkan garis masa dan langkah-langkah bagaimana SpaceX mahu ke Marikh. Buat masa ini, SpaceX telah menerbangkan kapal angkasa Starship untuk ujian altitud.

Elon Musk turut menambah, beliau yakin manusia akan mendarat ke Marikh sekitar 2024-2026. Beliau turut mengambil kira pengiraan masa penyeragaman Bumi dan Marikh setiap 26 bulan pada jangka masa itu. Namun, sebelum menerbangkan manusia ke Marikh, SpaceX terlebih dahulu perlu mengemudi misi tanpa kru manusia yang dirancang pada tahun 2022. Elon Musk juga turut mengatakan bahawa beliau mempunyai impian untuk dikebumikan di Marikh.

Elon Musk mendedahkan pelan pemulihan untuk kapal angkasa SpaceX Super Heavy, mencadangkan untuk tidak mendaratkan kapal angkasa itu sebaliknya menangkap ketika ia pulang ke Bumi, melalui lengan menara pelancar dilengkapi jaring sirip grid.

Setelah melancarkan 3 prototaip, penaiktarafan mula dirancang apabila penguat bakal ditambah. Roket Starship terakhir dilancar iaitu Serial Number 8 (SN8) merupakan pelancaran paling berjaya tetapi juga paling musnah teruk. Starship dilengkapi penguat Super Heavy dan roket angkasa direka untuk membawa 100 penumpang ke Marikh pada satu masa.

Pendaratan berjaya sangat penting untuk kegunaan semula roket dan berpotensi mengerahkan ratusan satelit kedalam orbit serta mendaratkan angkasawan di Bulan/Marikh pada masa sama. ??

Lembu Watusi

May be an image of animal and outdoors

Lembu Watusi yang bernama Lurch ini mempunyai tanduk yang terbesar dari semua binatang di dunia dimana panjang sebelah tanduknya adalah 38 inci dan berat sebelah tanduknya adalah 100 pound..

Sekaligus ia menjadi popular apabila Guinness Record mengesahkannya, serta muncul dalam siaran Ripley’s or Not dan Ellen DeGeneres Show.

bagaimanalah ia boleh membawa tanduk yang besar dan berat ini sepanjang hidupnya..

Namun begitu, ketumbuhan atau cancer mula menyerang di salah satu asas tanduknya dan pada tahun 2020 Lurch mati di ladang tuan ya.

Ubat Kanser

No photo description available.

Inilah antara bahan utama baru di dalam ubat Chemotherapy. NUC-7738. Ia diperolehi dari hilmalayan Caterpillar fungus. Ia di katakan mempunyai 40 kali kekuatan untuk membunuh Sel Kanser. Dan ia telah tersedia di pasaran sejak awal 2021 yang lalu.

Fakta Pendek – Chimpanzee

May be an image of animal and outdoors

Satu kajian dari University of Portsmouth mendapati chimpanzee mampu tersenyum dan ketawa tetapi tidak mengeluarkan suara. Hanya memek mukanya menunjukkan dia seolah olah ketawa. Namun begitu, kadang-kadang mereka mengunakan vocal seperti manusia ketawa tetapi atas tujuan komunikasi.

Kelawar

No photo description available.

Subhanallah..

Tahukah anda bahawa seekor kelawar akan makan 2000 hingga 6000 serangga hanya dalam satu malam sahaja. Malah ia mempunyai kegemaran menjelirkan lidahnya. Kelawar juga akan terbang sambil mendukung anaknya. Suatu fakta yang jarang diketahui..gambar pertama dan ketiga bukanlah gambar yang menunjukkan kelawar berdiri ia cuma diterbalikkan, agak2nya kalau benar ia boleh berdiri beginilah rupanya ?

Goreng Ayam Menggunakan Lemak

May be an image of food

Scotland merupakan negara pertama yang menggoreng ayam di dunia dengan menggunakan lemak ayam.

Ramai dari kita menyangka bahawa ayam goreng adalah makanan yang berasal dari Amerika Syarikat, ini kerana negara tersebut amat terkenal dengan ayam goreng KFC. Dimana KFC mempunyai lebih 18,000 restoran di hampir 118 buah negara.

Baiklah tanpa berlengah dan membuang masa anda, marilah kita terus kepada bagaimana ayam goreng dari Scotland masuk Amerika Syarikat?

Ianya dikatakan bermula dari perpindahan tentera serta migran Scotland yang masuk ke Amerika Syarikat pada awal 1700. Dan mereka membawa masuk sekali resepi ayam goreng menggunakan lemak ayam, dan dari situ lah resepi ayam goreng dipelbagai kan oleh rakyat Amerika Syarikat. Sebelum tersebarnya resepi ayam goreng ke seluruh dunia, orang-orang di Amerika Syarikat serta negara- negara lain hanya merebus atau memanggang ayam untuk dijadikan hidangan.

(Gambar ihsan dari Google)

Anak yang Taat kepada Ibunya

May be an image of 3 people and text

Foto Ben Affleck dan Matt Damon yang sedang menelefon ibu mereka untuk memberitahu mereka menerima anugerah melalui filem “Good will Hunting”.

Menunjukkan betapa besarnya jasa ibu dalam mengembangkan karier mereka sebagai pelakon.

Arab Saudi Dilitupi Salji

May be an image of snow and nature

JEDDAH – Penduduk tempatan berpusu-pusu melakukan perjalanan untuk menikmati salji terbaharu yang turun di barat laut Arab Saudi, lapor portal berita Arab News semalam.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji apabila mereka bangkit dari tidur pada 1 Januari lalu.

Banjaran Gunung Jabal Al-Lawz di Tabuk kerap kali menyaksikan salji turun apabila suhu menjunam ketika musim sejuk. Musim sejuk dianggap musim paling indah di rantau berkenaan.

“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” kata Faris Al-Harbi yang merupakan seorang jurutera dan membesar di Tabuk kepada Arab News.

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Salji biasanya turun di kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha. Penduduk tempatan dan pelawat menuju ke rantau-rantau tersebut untuk bermain salji dan menikmati cuaca sejuk.

Selain Tabuk, bahagian barat daya negara itu iaitu rantau Asir turut menyaksikan salji turun. Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala lebih banyak salji diramal turun. – Agensi

2017 National Geographic Nature Photographer of the Year Winners

May be an image of animal and nature

Inilah foto yang memenangi 2017 National Geographic Nature Photographer of the Year Winners. Memaparkan sebuah kisah menyayat hati seekor orang utan jantan yang berselindung dibalik pokok di sebuah sungai yang di diami oleh buaya.

Fotografer Jayaprakash Joghee Bojan, yang pada awalnya ingin mengambil foto Buaya di Sungai Borneo, Indonesia. Secara tidak sengaja, dia terserempak dengan Seekor orang utan yang ingin menyeberangi sungai kerana kawasan hutan habitatnya telah habis diteroka untuk penanaman pokok kelapa sawit.

Kelakuan ini adalah jarang jarang berlaku di mana orang utan akan menjauhi kawasan berair kecuali untuk minum. Namun begitu orang utan ini terpaksa menyeberang demi untuk menyambung kehidupan ya. ?

Kata Jayaprakash, dia dapat melihat wajah Sayu yang penuh ketakutan.

Atas sebab Inilah juri memilih fotonya sebagai pemenang.