Archives for January 2022

Kereta Diselaputi Ais

May be an image of 3 people and outdoors

Disebabkan oleh keadaan cuaca yang ekstrim, sebuah kapal kargo yang membawa kereta dari Japan diselaputi oleh ais.

Oleh kerana ais tebal dan keras, maka mereka terpaksa menggunakan kren untuk memindahkan kereta tersebut dari kapal ke pelabuhan dengan penuh hati hati.

Bercerita tentang kereta buatan Japan.

Saya baru tahu bahawa Negara yang paling banyak mengimport kereta Jepun (yang baru) di dunia ini..

Adalah negara (…..)? Saya juga terkejut bila dapat tahu. Sahabat semua rasa negara apakah itu?

Namun begitu, untuk tidak mengecewakan rakan rakan semua, saya akan beritahu negara yang paling banyak mengimport kereta.

terpakai buatan Japan adalah negara Russia.

Ulat Gonggok

May be an image of x-ray and text that says "a b"

Pernah anda terpikir berapa jumlah kaki pada Ulat gonggok.

Ketahuilah bahawa Ulat gonggok mempunyai paling kurang 750 kaki.

(maknanya kaki ulat gonggok lebih dari 750 kaki)

Jika begitu, mesti anda hendak mengetahui Berapakah bilangan kaki Ulat gonggok yang terbanyak pernah dijumpai di dunia ini..

Di Australia, pengkaji haiwan telah menjumpai Seekor Ulat gonggok tanpa mata yang panjangnya 95.7mm dan bilangan kakinya adalah 1306.

Pernah anda terpikir berapa jumlah kaki pada Ulat gonggok.

Ketahuilah bahawa Ulat gonggok mempunyai paling kurang 750 kaki.

(maknanya kaki ulat gonggok lebih dari 750 kaki)

Jika begitu, mesti anda hendak mengetahui Berapakah bilangan kaki Ulat gonggok yang terbanyak pernah dijumpai di dunia ini..

Di Australia, pengkaji haiwan telah menjumpai Seekor Ulat gonggok tanpa mata yang panjangnya 95.7mm dan bilangan kakinya adalah 1306.

?

William Murdoch: Watak Kontroversi Filem Titanic

May be an image of 1 person

Titanic merupakan salah satu filem yang pernah popular dan pecah panggung satu ketika dahulu.

Namun, tahukah anda bahawa filem ini juga pernah terpalit kontroversi sehingga menyebabkan penerbit serta pengarah filem ini turun padang untuk meminta maaf.

Kontroversi dalam filem ini adalah berkaitan berkaitan watak seorang lelaki bernama William Murdoch.

Dalam filem Titanic, William merupakan pegawai kapal Titanic itu. Kalau anda perasan ada satu babak di mana William memegang senjata dan mengugut akan menembak sesiapa sahaja yang langkah ke depan.

Babak itu adalah babak ketika kapal Titanic sedang karam dan keadaan menjadi sangat huru hara.

Dalam filem Titanic itu, William tidak sengaja melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang individu mati kerana individu itu terlangkah ke hadapan akibat orang menolaknya dari belakang.

Disebabkan kesal dengan tindakannya, William pun menembak dirinya sendiri. Itu dalam filem lah.

Namun, dalam realitinya sangat berbeza sama sekali. Dalam peristiwa sebenar, William merupakan seorang hero.

Beliau menjalankan tugasnya sebagai pegawai kapal dengan sangat baik. Beliau sedikit pun tidak berganjak dari kapal Titanic yang sedang karam.

William kekal berada di dalam kapal dan menyelamatkan seberapa ramai mangsa yang beliau mampu sehinggalah kapal itu karam dan beliau mati.

Salah seorang pegawai Titanic yang lain yang bernama Lightoller menjadi saksi bahawa apa yang dipaparkan tentang William dalam filem Titanic tidak benar sama sekali.

Lightoller bersama balu William cuba untuk memanjangkan kes ini ke mahkamah atas dakwaan pihak penerbit filem cuba untuk cemarkan reputasi suaminya.

Akhirnya, isu ini diselesaikan secara baik. Pihak pengarah serta penerbit filem ini iaitu 20th Century Fox turun ke Dalbittie, Scotland iaitu kampung halaman William untuk berjumpa dengan isteri William dan memohon maaf secara terbuka.

Inilah antara kontroversi terbesar filem Titanic. Kesian William kan. Reputasinya sebagai wira tidak ditayangkan.

Makan Tikus?

May be an image of 1 person and text

San Zhi Er merupakan hidangan enak anak tikus yang baru lahir dan dicelup ke dalam minyak panas, merupakan hidangan yang popular di daerah Guangdong, China.

Ia dilaporkan telah disajikan sejak tahun 1949 lagi dan nama hidangan ini sebenarnya mempunyai maksud kejamnya yang tersendiri.

Tiga patah perkataan “San”, “Zhi”, “Er”, yang bermaksud bunyi kesakitan yang timbul dari sajian tersebut, bunyi pertama datang dari tikaman pisau, kedua celupan minyak panas dan ketiga bunyi saat mengunyah bayi tikus itu. ?

SELINGAN KLASIK : DI SEBALIK BABAK PERGADUHAN BESAR DI PENAMBANG SAMPAN SUNGAI KEMUNTING

FILEM Pendekar Bujang Lapok sememangnya popular bagi peminat filem klasik. Salah satu filem yang menjadi kegemaran ramai dikalangan peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem ini sangat banyak menyelitkan sindiran dan kritikan masyarakat yang disampaikan secara tersurat mahupun tersirat.

Babak awal dalam filem ini sangat menarik perhatian. Tentunya, babak pergaduhan besar di Penambang Sampan Sungai Kemunting. Semestinya babak ini sentiasa diingati peminatnya. Ramai yang akan teruja dan bergelak tawa menonton aksi gaduh yang dipaparkan.

Dalam babak ini, P.Ramlee ingin sampaikan sesuatu yang besar kepada penonton. Jika kita lihat gelagat samseng-samseng yang menjaga penambang sampan begitu biadap lagi kurang ajar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Berlakunya birokrasi dan penindasan yang begitu jelas.

Kata-kata kasar mereka kepada para pelanggan samada tua atau muda juga begitu menyakitkan hati. Tentunya, ramai yang berasa geram dan ‘panas’ dengan gelagat biadap samseng-samseng ini.

Sehinggalah Pendekar Mustar Pinang Sebatang yang berani melawan mereka ini. Pendekar Mustar berjaya mengalahkan dua orang dari kalangan mereka hanya menentang bersendirian.

Bujang lapok tiga sekawan ini terus memberanikan diri mendapatkan perahu bagi mengikuti jejak Pendekar Mustar untuk belajar silat. Disini, kita dapat lihat watak Ramli memulakan ‘revolusi’ kepada semua pengunjung supaya menentang kebiadapan dan kezaliman yang berlaku di Penambang Perahu.

Sehinggalah berlakunya pergaduhan besar antara para pengunjung dan samseng-samseng yang bekerja di Penambang Perahu itu. Mereka melepaskan geram akan ketidakadilan dan kebiadapan yang dilakukan oleh samseng-samseng itu terhadap mereka sebelum ini.

Disini P.Ramlee mahu memberitahu kita bahawa setiap kezaliman dan ketidakadilan seharusnya ditentang. Bukan hanya melihat, berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.

Hakikatnya, ramai yang membenci kezaliman yang berlaku tetapi tidak ramai yang berani bertindak. Apabila ada yang berani bertindak atas kezaliman yang berlaku, pasti ramai yang akan menyokong dan berdiri dibelakangnya.

Bagi Brader… Babak ini mempunyai mesej yang besar dan jelas disebalik aksi dan gelagat lucu yang dipaparkan. Kita memerlukan orang yang berani untuk memulakan sesuatu revolusi dalam menentang kezaliman dan ketidakadilan.

Dalam dunia ini, orang jahat tidak akan mampu merosakkan dunia. Tetapi orang baik yang berdiam diri atas kezaliman yang berlaku didepan mata, akan menghancurkan keamanan dunia.

Sumber: BraderFilem

Embrio

No photo description available.

Subhanallah wabihamdihi..

Inilah embrio manusia pada usia 7 minggu. Jelas kelihatan otak telah terbentuk dan jari tangan dan kaki jelas kelihatan.

Pada Waktu ini, pertumbuhan otak bayi lebih aktif dari bahagian lain. Sebab itulah kita dapat melihat otaknya dengan jelas dan kepala bayi kelihatan lebih besar dari tubuhnya.

Apa yang menarik adalah otak bayi menghasilkan 100 Sel otak dalam seminit.

Ada Piramid Selain di Mesir?

May be an image of outdoors and monument

Subhanallah wabihamdihi..

Rupa rupanya negara Sudan mempunyai 200 buah piramid lebih banyak dari bilangan piramid di negara Mesir.

Ia tidak popular kerana Saiznya yang kecil berbanding Saiz piramid yang ada di Mesir.

Time Traveller?

May be an image of aeroplane and text that says "DEPARTURE: 2022 LANDING: 2021 HIR mo CHINA"

Penerbangan pesawat ini telah berlepas dari China pada 1 Januari 2022 dan mendarat di Amerika Syarikat pada 31 Disember 2021.

Pesawat CA625 Air China berlepas dari bandar Beijing pada awal pagi 1 Januari, dua jam selepas tahun baru bermula.

Selepas lebih 11 jam perjalanan, pesawat itu mendarat di bandar Los Angeles pada 21:24 malam dan Beberapa jam kemudian penumpang dapat menyambut tahun baru 2022 untuk kali kedua.

Ini berlaku kerana penerbangan terbang melepasi zon waktu tempatan yang berbeza.

May be an image of map, sky and text that says "CA625 CA625/CCA625 /CCA625 Air China flightradar24 flightradar24 Simone Previdi PEK BEIJING 08:00) CCA625 LAX LOS ANGELES (UTC-08:00) 22:40 SCHEDULED ACTUAL 01:35 SCHEDULED 02:19 ESTIMATED 21:24 01:38 ago 8,661 m, 09:25 More CA625 information AIRCRAFT (A359) Airbus A350-941 REGISTRATION B-1080 COUNTRY REG."

Salji

Subhanallah. Keunikan kepingan salji.

Struktur asasnya adalah heksagon iaitu bersegi, berbucu atau berpanca enam.

Kredit kepada penulis dan photographer asal.

May be a close-up of nature
May be a close-up of natureMay be a close-up of natureMay be a close-up of nature

Suria Perkasa Hitam

May be a close-up

Inilah suria perkasa hitam.. ?

(Gurau je ?)

Inilah long beetle horn yang di ambil secara makrofotografi spesis kumbang yang mempunyai anthena yang panjang melebihi tubuhnya.

Namun begitu ia amat mirip dengan hero kesukaan saya semasa kanak kanak..

Suria pekasa hitam..