Archives for January 2022

Jepun Didik Penduduknya Untuk Tidak Lagi Berdiri Sebelah Laluan Eskalator

Apabila hendak melancong ke sesebuah negara, pastinya kita akan membaca pantang larang serta budaya di negara itu sebagai persediaan. Misalnya, jika ke Jepun, antara etika yang kita perlu tahu ialah cara menggunakan eskalator di negara Matahari Terbit itu.

Di Jepun, kita dinasihatkan untuk berdiri di sebelah bahagian untuk mereka yang bukan dalam keadaan tergesa-gesa dan sebelah bahagian lagi untuk mereka yang ingin cepat ke sesuatu destinasi.

Dilihat bertapa berdisiplinnya mereka, Malaysia turut dididik untuk berbuat sedemikian sehinggakan terpampang papan arahan kepada mereka yang menaiki tangga bergerak ini berdiri di sebelah bahagian sahaja untuk beri laluan kepada mereka yang ingin cepat.

Jepun Tidak Beri Laluan Sebelah Eskalator
Sumber: Politi Scheiss

Bagaimanapun, amalan ini sebenarnya sedang diubah masyarakat Jepun. Pada 2018, syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR East) melancarkan kempen menggesa penumpang untuk berjalan atau berlari di eskalator.

Papan tanda dipampang sekitar stesen kereta api serta diperdengarkan pengumuman agar penumpang berdiri di kedua-dua bahagian eskalator.

Sebenarnya, Jepun bukanlah negara pertama menghentikan budaya ini. Menurut City Lab, bandar besar seperti Hong Kong, London dan Washington DC turut mendidik penduduk mereka untuk mengubah amalan berdiri di sebelah bahagian eskalator.

Amalan ini perlu diubah apabila sebuah kajian oleh The Japan Elevator Association mendapati lebih 880 kemalangan di eskalator sepanjang tahun 2013 dan 2014. Ia berpunca daripada orang ramai menggunakan eskalator dengan cara yang tidak betul seperti berjalan dan berlari di situ yang akhirnya menyebabkan tergelincir dan jatuh sehingga boleh membawa maut.

Jepun Tidak Beri Laluan Sebelah Eskalator
Sumber: Kyodo News

Bukan itu sahaja, berjalan semasa menaiki eskalator lebih merugikan masa! Ia akan mewujudkan perbezaan besar di antara jumlah kapasiti pengguna yang mampu menggunakan eskalator dalam satu masa.

Contohnya, apabila kita mengosongkan satu laluan eskalator yang sepatutnya boleh memuatkan dua orang, kita sebenarnya menyempitkan ruang yang boleh memuatkan pengguna lain dan akhirnya ia amatlah merugikan masa semua orang.

Justeru, masa lebih banyak dijimatkan apabila semua orang berdiri di kedua-dua bahagian eskalator dan semua orang boleh bergerak ke sesuatu destinasi dengan aman.

Jepun Tidak Beri Laluan Sebelah Eskalator
Sumber: Wall Street Journal

Sumber: SaysIluminasi

Hampir Jadi Mangsa Culik Di Sekolah, Bapa Nasihat Elak Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

Memasuki minggu kedua pelajar ke alam persekolahan, pelbagai ragam dan telatah mencuit hati yang dikongsikan ibu bapa serta guru di media sosial. Tidak ketinggalan juga sesetengah guru dan ibu bapa memberi nasihat dan teguran mengenai hal persekolahan.

Dalam kita mendengar cerita yang melucukan tentang pelajar sekolah, ada juga kisah yang perlu kita waspada dan dijadikan teladan. Seorang bapa memberi peringatan kepada pengguna media sosial terutama golongan ibu bapa agar elak memuat naik gambar dan nama anak di platform media kerana berisiko bahaya.

Ihsan Zainal berkongsi kisah anaknya hampir menjadi mangsa culik apabila seorang individu tidak dikenali datang ke sekolah untuk menjemput anaknya.

“Ketika isteri saya nak jemput balik anak saya seorang ini, tetiba ntah mana seorang itu memakai baju kemas nak jemput anak saya…dengan hanya terbalikkan namanya, rasanya ‘try and error’ kot…

“Kebetulan isteri ada di belakang dia turut terdengar nama anak kami. Namun nasib baik cikgunya mengenali isteri saya. Sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.

“Cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapanya,” luahnya di Facebook.

Individu tersebut secara tiba-tiba memberitahu tersilap sekolah lalu beredar dari situ. Menurutnya, insiden itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan tertinggi sekolah dan mengambil serius perkara tersebut.

Anak Hampir Jadi Mangsa Culik Muat Naik Gambar Di Media Sosial
Sumber: Ihsan Zainal

Susulan kejadian itu, Ihsan memberi nasihat elakkan berkongsi nama anak dan nama sekolah mereka di media sosial. Ia mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah sek$ual yang bukan sahaja kepada anak, malah boleh juga terjadi kepada ibu bapa tersebut.

Sumber: Ihsan Zainal

Individu Miliki Telefon Pintar Bawah Usia 21 Tahun Bakal Didenda Sehingga RM4,000 Di Negeri Ini

Undang-undang negara Barat ramai yang menetapkan 21 tahun sebagai umur matang belia mereka. Disebabkan itu jugalah belia yang berusia 21 tahun dilarang untuk menggunakan tembakau (merokok) dan memiliki senjata api.

Undang-undang had umur untuk belia 21 tahun ke bawah turut di tambah dengan larangan penggunaan telefon pintar jika usia belia belum mencapai 21 tahun.

Undang-undang yang baharu diperkenalkan di Vermont, sebuah negeri di negara Amerika Syarikat oleh Senator John Rodges kerana beliau berpendapat sebelum mencapai usia 21 tahun, individu berkenaan belum matang sepenuhnya untuk mengendalikan telefon pintar dengan selamat.

Dalam kertas cadangan tersebut, mereka turut menyatakan antara sebab yang menyebabkan cadangan itu diusulkan adalah kerana kes buli (peras ugut dalam talian) yang semakin meningkat.

Bukan itu sahaja, kes kemalangan yang melibatkan kereta kerana penggunaannya semasa memandu juga semakin tinggi di Amerika Syarikat terutamanya dalam kalangan remaja.

Undnag-Undang Larang Miliki Telefon Pintar Bawah Umur 21 Tahun 1

Menurut rang undang-undang tersebut, sekiranya individu bawah 21 tahun didapati memiliki telefon pintar, beliau mungkin akan berdepan dengan hukuman setahun penjara dan denda sebanyak USD1,000 (+-RM4,076).

Walaupun ada yang menolak dengan menyatakannya sebagai tidak masuk akal, rang undnag-undang ini sebenarnya bagi membuktikan had umur 21 tahun untuk pemilikan senjata api juga sebenarnya adalah tidak masuk akal.

Bagi Senator John, undang-undang memiliki senjata api juga sebenarnya sama dengan undang-undang memiliki telefon pintar dan keduanya sepatutnya dipertahankan sama rata.

Sumber: CNET

Sumpah Laknat Tak Wujud Dalam Islam, Mufti Gesa JAWI Kuat Kuasa Larangan Bersumpah Di Masjid

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan lafaz sumpah muhabalah di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Akuan sumpah itu adalah sebagai penafian terhadap dakwaan Azilah Hadri. bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Polis bahawa beliau telah mengeluarkan arahan untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Mengulas kepada isu berkenaan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan larangan majlis berkaitan sumpah dan sumpah laknat dilakukan di masjid.

Ini kerana fungsi dan peranan masjid dalam Islam adalah sebagai lokasi pembinaan kerohanian, pengukuhan sosial umat Islam, pembelajaran dan pendidikan selain daripada tempat meleraikan permasalah kehidupan dan sebagainya.

brazilian wax haram

Kata beliau, institusi masjid tidak seharusnya dimanipulasi oleh mana-mana pihak walaupun ianya membabitkan kepentingan awam atau kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Tambahnya lagi, pada masa ini wujud mahkamah untuk menyelesaikan isu perundangan yang lebih sesuai dan tepat untuk melakukan sumpah.

Akan tetapi, sumpah laknat tiada dalam perundangan Islam, sebaliknya hanya wujud dalam bab berkaitan li’an yang mana suami menuduh isterinya melakukan zina atau menafikan bayi yang dikandung isterinya sebagai anak.

Dalam prinsip perundangan Islam, sumpah hanya akan diambil kira atau dilakukan apabila diminta kadi atau hakim yang dilaksanakan selepas pendakwaan sudah dilakukan, bahan bukti sudah dikemukakan serta keterangan saksi didengar.

Malah perkara berkaitan sumpah laknat ini turut disentuh oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyatakan ianya adalah tidak wujud dalam Islam, sebaliknya yang ada hanya sumpah dengan menyebut nama Allah dan tidak semestinya dilakukan di masjid.

Bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad pula memberitahu sumpah memang dibenarkan dalam Islam bagi menyatakan sesuatu perkara itu tidak dilakukan, namun bukannya sumpah laknat seperti yang disebut kini.

Sumber: Berita Harian

Jimat! Ini Tip Gandakan Kuantiti Sabun Cuci Pinggan Tahan Hingga 5 Bulan

Sabun pencuci pinggan merupakan salah satu bahan asas yang diperlukan bagi melancarkan kerja-kerja dapur, terutamanya jika anda menjalankan perniagaan makanan atau pun mempunyai keluarga yang besar.

Namun, ada tip tau untuk jadikan kuantiti sabun pencuci pinggan mangkuk ini jadi lebih berganda. Contohnya, 800ml menjadi sehingga lima liter!

Cara-caranya:

1. Tambahkan lima liter air dan 800ml sabun (tak kira jenama apa) berserta setengah cawan garam atau garam paket kecil.

Cara Gandakan Kuantiti Pencuci Pinggan 1

2. Gaul di dalam bekas yang sesuai dan SIAP!

Cara Gandakan Kuantiti Pencuci Pinggan

Mudah bukan? Selain daripada sangat jimat, cara begini tetap mengekalkan kualiti sabun pencuci dan pinggan mangkuk tetap bersih walaupun sabun sedikit cair.

Mangsa Tsunami 2004 Kongsi Peristiwa Pahit Untuk Generasi Masa Depan Ambil Iktibar

Hari ini, 26 Disember genap 17 tahun tsunami mengganas di beberapa negara di rantau ini dan bagi mereka yang terlibat, pasti kejadian itu masih segar dalam ingatan dan merupakan peristiwa pahit yang sentiasa dikenang di mana ratusan ribu nyawa terkorban seperti di Aceh Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka dan Malaysia sendiri.

Seperti bagi sebahagian penduduk di Aceh, peristiwa itu memberi kesan mendalam kepada mereka. Armilla, salah seorang mangsa tsunami yang kini bertugas sebagai pegawai pemandu Muzium Tsunami Aceh akan berkongsi pengalaman tentang peristiwa hitam itu kepada para pengunjung.

“Memandangkan saya mengalami sendiri trauma kejadian tsunami, apabila saya bertemu dengan para pengunjung saya akan berkongsi pengalaman…dan mereka tidak akan dapat melupakannya,”kata wanita berusia 44 tahun itu.

Lebih daripada 230,000 orang terbunuh di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand dan sembilan lagi negeri apabila gempa bumi sekuat 9.1 magnitud di kawasan perairan wilayah Aceh di Indonesia mencetus tsunami setinggi 17.4 meter.

Wilayah Aceh utara mengalami kerosakan teruk, di mana 128,858 orang terbunuh dan lagi 37,087 disenaraikan sebagai hilang.

Tsunami 2004
Sumber: Twitter

Di Pulau Pinang, kisah tsunami akan terus segar terpahat dalam ingatan seorang peniaga A Suppiah dan anaknya S Thulaasi, “bayi ajaib tsunami” yang baru 22 hari dilahirkan semasa kejadian ombak besar itu.

Dalam peristiwa itu badai tsunami yang menghempas Pantai Miami, Batu Ferringhi pada 2004 telah menghanyutkan seorang bayi yang sedang nyenyak tidur di atas tilamnya ke tengah laut dan apabila datang gelombang kedua pula dengan kehendak Tuhan bayi itu telah didamparkan ke pantai.

Tsunami 2004
Sumber: Bernama

Peristiwa itu menginsafkan Suppiah, 70, yang pada mulanya beliau berasa marah dan kecewa dengan kejadian itu kerana kedai dan semua barangnya musnah dipukul ombak kuat namun selepas dua hari kejadian apabila membaca akhbar bahawa ratusan ribu orang maut akibat kejadian itu sedangkan beliau serta keluarganya terselamat.

Justeru Suppiah berkata setiap tahun pada tarikh 26 Dis , beliau akan mengadakan upacara sembahyang bagi mengenang mangsa-mangsa yang maut dalam kejadian itu selain mengadakan upacara menolak bala.

Peristiwa itu juga membuatkan Suppiah sering menitipkan nasihat kepada anaknya yang terselamat itu agar menjadi seorang yang akan membantu sesiapa sahaja di kala kesusahan tanpa mengira umur.

Di Malaysia, Pulau Pinang adalah antara negeri yang paling terjejas yang mencatatkan 52 daripada 68 kematian di seluruh negara.

Tsunami 2004
Sumber: Facebook

Sumber: AwaniBerita Mediacorp

Masih Gigih Turun Ke Laut, Makan Ikan Rebus Jadi Rahsia Nenek 104 Tahun Kekal Sihat

Walaupun sudah mencecah usia 104 tahun, nenek yang dikenali sebagai Tok Pora ini masih gigih turun ke laut untuk bekerja sebagai nelayan pantai.

Sudah menjadi pekerjaannya ketika di usia belasan tahun lagi, Tok Pora atau nama sebenarnya Sepora Amin memberitahu tidak pernah terlintas di hatinya untuk bersara daripada pekerjaan itu.

Makan Ikan Rebus Rahsia Nenek Kekal Sihat 1

Tidak boleh duduk diam sejak muda, Tok Pora yang menetap di Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba, Langkawi akan mula berasa sakit seperti senak di bahagian perut apabila hanya duduk diam tanpa melakukan pekerjaan.

Makan Ikan Rebus Rahsia Nenek Kekal Sihat 2

Kata beliau, rahsia untuk kekal bertenaga sehingga kini hanyalah dengan mengamalkan menu ikan rebus dan ulam setiap hari.

Turut menghasilkan belacan daripada udang yang ditangkap, Tok Pora yang menerima lawatan daripada Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyatakan beliau hanya memerlukan peralatan memproses udang untuk dijadikan belacan selain daripada membaiki rumahnya yang sudah uzur.

Makan Ikan Rebus Rahsia Nenek Kekal Sihat

Kisah Tok Pora tular di laman media sosial mendapat perhatian ramai selepas dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang rata-ratanya memuji kegigihan dan kerajinan beliau yang mengalahkan ramai anak muda zaman kini. Tiada istilah melayu malas, kalau bertuah ke pulau tuba Langkawi bertemulah seorang wargaemas berumur 104 tahun masih melakukan aktiviti nelayan. Harap pihak yg berkaitan memberi perhatian & pertolongan utk kelangsungan Hidupnya ???

Pemuda Ini Kongsi Kenapa Perlu Cuci Pakaian Yang Baru Dibeli Sebelum Memakainya

Apabila tiba masuk gaji, pelbagai barangan yang hendak dibeli berlegar-legar di dalam kepala seperti barangan peribadi, keperluan rumah dan pakaian baharu.

Bercakap tentang pakaian baharu, anda seorang yang akan terus memakai pakaian yang baru dibeli atau cuci dahulu kemudian pakai?

Sebenarnya, sangatlah digalakkan setelah membeli pakaian baharu perlu dicuci terlebih dahulu tidak kiralah sama ada pakaian yang dibeli berjenama atau tidak.

Bukan hanya disebabkan pakaian yang kita beli itu orang lain juga pernah mencubanya tetapi dari mana datangnya pakaian itu sendiri. Seorang pengguna Facebook, Mohd Fhais memberi nasihat pembeli perlu memcuci pakaian yang baru dibeli sebelum memakainya.

Mohd Fhais, CEO ByRara berkongsi pengalaman pernah melawat kilang membuat baju di Bangladesh yang mana terdapat beberapa longgokan kain dengan berat lebih 1000kg berada di atas lantai kilang selama berbulan-bulan tanpa perlindungan atau ditutup dengan rapi.

Basuh Pakaian Yang Baru Dibeli Sebelum Pakai
Sumber: FB Mohd Fhais

Kain yang terkena kencing tikus dan lipas tidak dibasuh tetapi hanya buang bahagian tersebut sahaja.

Basuh Pakaian Yang Baru Dibeli Sebelum Pakai
Sumber: FB Mohd Fhais

Bukan itu sahaja, ia juga berpotensi bahaya disebabkan bahan kimia ketika proses pembuatan pakaian yang akan menjadikan iritasi kepada kulit badan.

Justeru, sebelum memakai pakaian baharu dibeli hendaklah mencucinya dahulu bagi mengelakkan naik ruam atau sebarang penyakit berbahaya.

‘Palatau’: Wabak Sebenar Yang Perlu Dibanteras Dalam Era Media Sosial Kini

Sejak akhir-akhir ini, istilah ‘palatau’ menjadi semakin trending di laman media sosial.

Berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘kepala tahu’, palatau merujuk kepada seseorang individu atau kumpulan yang suka bercakap mengenai sesuatu perkara seakan-akan dirinya pakar.

Boleh juga disebut sebagai sembang kencang, geng palatau ini gemar into the scene dengan menyebarkan ‘kebijaksanaan’ mereka menerusi hantaran media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Senarai Berita Palsu Koronavirus Di Malaysia

Cenderung mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berasas, geng palatau ini perlu dibanteras kerana kemunculannya lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Susulan banyaknya kemunculan geng-geng ini, pihak berkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memburu mereka yang terlibat serta menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dengan penyebaran berita palsu oleh individu tidak bertanggungjawab dan hanya mendapatkan maklumat yang sah daripada sumber yang sudah disahkan.

Media tempatan seperti Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia juga telah bekerjasama memerangi geng ini dengan menggunakan platform mereka bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Lihat poster yang terhasil daripada idea kreatif pereka grafik, Faris Akmal Faizal dan mahasiswa bidang farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azahari Azizi yang menyindir geng palatau.

Palatau Wabak Baharu

Sumber: Harian Metro

Mahu Anak Kuasai Pelbagai Bahasa, Ibu Hantar Anak Masuk SJK

Ibu bapa mana tidak memikirkan kebaikan demi masa depan anak-anak? Pastinya, semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Belakangan ini, ramai ibu bapa Melayu yang makin berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan (SJK) berbanding sekolah biasa. Mungkin ada pelbagai faktor yang menyebabkan ibu bapa masa kini cenderung menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

Seperti seorang ibu ini, Nurul Fadznie Ashikin Hairul, 27, mengambil keputusan menghantar anak sulungnya, Siti Nur Husna belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk persekolahan tahun 2020.

Memetik laporan Sinar Harian, Nurul Fadzie menghantar anaknya ke sekolah tamil bagi memenuhi hasrat ibu mentua yang mahu cucu-cucunya menguasai pelbagai bahasa.

“Saya dan suami tidak kisah anak belajar di SJKT kerana anak akan menguasai bahasa lain dan kelebihan komunikasi.

“Keputusan itu juga bagi memenuhi hasrat ibu mertuanya, Sharifah Ismail, 60, yang mahukan cucu-cucunya menguasai bahasa lain,” katanya.

Selain anaknya dihantar ke sekolah jenis kebangsaan, anak saudaranya turut dihantar bersekolah di SJK Cina demi memenuhi impian ibu mentuanya itu.

Mengetahui cabaran anak menghadapi pembelajaran di SJK, beliau sebelum ini telah menghantar anaknya ke tadika yang menggunakan bahasa penghantar Tamil sebagai persediaan awal.

Hantar Anak Ke SJK Tunai Hasrat Mentua
Sumber: FB

“Memang di tadika, dia (Husna) satu-satunya pelajar Melayu dan di sekolah kali ini pun situasi sama,” katanya.

Malah, anak sulungnya itu turut bergembira dan teruja serta tidak kekok belajar di sekolah Tamil dan bergaul dengan rakan-rakan berbangsa India. Katanya, Husna kini mampu berkomunikasi dalam bahasa Tamil walaupun belum fasih sepenuhnya.

“Buat masa ini saya dan suami tidak pernah mendengar kritikan atau kata-kata kurang enak dengan keputusan kami menghantar anak ke sekolah Tamil sebaliknya terima kata-kata positif dan rangsangan daripada ahli keluarga lain serta jiran-jiran,” katanya.

Pasangan itu juga merancang untuk menghantar dua anaknya lain ke sekolah berbeza sama ada aliran agama atau bahasa agar masing-masing dapat menguasai kemahiran berlainan.

Jika kebanyakan ibu bapa Melayu menghantar anak ke SJK, berbeza pula dengan ibu bapa warga India ini yang menghantar anaknya ke PASTI.