Archives for January 2022

Selagi Ada Hayat, Hargailah Pasangan Anda Sebaiknya

Hargai Pasangan Anda
Sumber: Medical News Today

“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”

“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.

Kelihatan dia tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.

Aku jadi cemas.

Wanita ini datang ke klinik dengan aduan demam tiga hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.

“Kenapa ni puan?” soal aku.

Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.

Suami dia ni kerja oil and gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di Kuala Lumpur. Jadi, wanita ini sudah biasalah tinggal di Johor Bharu seorang diri. Semuanya dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.

Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?

Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.

“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.

Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”

Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.https://dd8e65a7bdd679c109e343d88e6b3478.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.

Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.

Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.

Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.

Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.

Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.

Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.

Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Masih ada hiba bersisa di hati.

LinkedIn, Platform Media Sosial Yang Underrated Tapi Power!

linkedin

Antara media sosial yang kurang diketengahkan namun banyak manfaatnya adalah LinkedIn. LinkedIn mempunyai fungsi yang lebih kurang sama seperti Facebook mahupun Twitter, cuma di sini lebih banyak ditempatkan golongan professional untuk berhubung sesama mereka.

Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Khaled Nordin telah berkongsi akan peranan LinkedIn yang sangat hebat. Mari kita ikuti cerita beliau.

LinkedIn ni powerful.

Saya nampak post kawan saya ni. Dulu senior waktu belajar dekat Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam.

Dia ditamatkan kontrak disebabkan masalah yang dihadapi oleh syarikatnya. Banyak orang kehilangan banyak perkara dalam hidup pada tahun 2021 ni. Tak ketinggalan juga diri saya.

Dia post dia dibuang kerja di LinkedIn. Antara media sosial yang saya suka buka adalah LinkedIn. Pagi-pagi dah buka dan nampak kawan saya ni post dia ditamatkan kontrak.

Waktu itu, post dia tak ada orang like walaupun dah sejam dia post. Jadi saya orang pertama yang like post dia.

linkedin

Tapi, tak sangka lepas habis kerja saya buka LinkedIn saya semula dan reach post dia dah banyak. Dah beratus like dan ada juga yang komen untuk dia hantarkan resume/CV dia kepada email syarikat yang sedang mencari pekerja.

Saya suka post content-content terutamanya berkenaan dengan facade engineering/civil engineering. Saya dah mula kumpul pool followers yang agak besar. Walaupun tak cecah 5 angka lagi. Dan saya pun dah diiktiraf sebagai ‘content creator’ di LinkedIn.

Tapi, algorithm LinkedIn ni sangat powerful. Kalau influencer LinkedIn like sesuatu post. Dia akan attract pool followers daripada influencer LinkedIn tersebut walaupun 2nd dan 3rd degree connections.

Alhamdulilah, tak sampai 12 jam. Dia bagitahu sudah beberapa syarikat yang sudah tawarkan beliau pekerjaan.

Hanya satu like. Seseorang boleh dapat pekerjaan selepas tiada pekerjaan. Sangat-sangat powerful LinkedIn ni.

Sumber: Mohamad Khaled Nordin

Ini Apa Yang Sepatutnya Kita Lakukan Jika Berdekatan Dengan Mangsa Kemalangan

Apa Yang Perlu Kita Buat Berhadapan Situasi Kemalangan

Beberapa hari ini tular mengenai seorang wanita merakam dan menuduh pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di lokasi kejadian.

Namun, punca diketahui rupanya pemandu lori terbabit terkena serangan jantung ketika kejadian berlaku dan telah meninggal dunia.

Berikutan insiden yang berlaku, seorang pengguna di Facebook iaitu yang merupakan seorang doktor tampil berkongsi tindakan yang harus dilakukan apabila melihat seseorang menghadapi serangan jantung. Berikut merupakan penjelasan daripada beliau.

Aku ada terlihat satu video viral seorang mangsa memandu lori terbabas dan merempuh beberapa kenderaan lain yang dirakam oleh seorang wanita.

Wanita itu bertanya, “awak mabuk ke? Asal tak nampak apa awak buat?”

Mangsa dalam keadaan separa sedar hanya menoleh wanita yang merakam itu. Kelihatan seperti mangsa menahan kesakitan.

Difahamkan mangsa sebenarnya mengalami serangan jantung (myocardial infarction) yang mengakibatkan lori yang dipandu hilang kawalan lalu merempuh beberapa buah kenderaan lain.

Mangsa dikenali sebagai pakcik Yusri menghembus nafas terakhir di sebuah hospital di Lembah klang.

Innalillah.

Zaman sekarang ni zaman nak viralkan apa saja. Ada saja peristiwa, rakam dan viral dulu. Nak husnuzon tu, kemudian. Buruk perangai sesetengah masyarakat kita.

Yang lebih teruk lagi, perangai buruk sangka. Sangka baik jarang sangat. Sebab hati tu busuk. Semua kita sangka orang lain selain kita tu jahat. Jangan ya.

Apa Yang Perlu Kita Buat Berhadapan Situasi Kemalangan

Apa sepatutnya kita lakukan jika kita berdepan dengan mangsa seperti pakcik dalam situasi ini adalah;

1. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat dari BAHAYA. Jauhi dari api (jika ada kebakaran), tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.

2. Tepuk bahu mangsa untuk mengetahui tindakbalas mangsa dengan berkata, “Hello! Hello! awak ok?

3. Jika mangsa masih sedarkan diri (seperti dalam situasi tersebut) maka hanya menyuruh mangsa bertenang dan jangan bergerak sementara menunggu bantuan tiba.

4. Kemudian jerit minta bantuan orang sekeliling atau kita sendiri buat panggil 999.

Jika keadaan kemalangan dan mangsa tidak sedarkan diri.

1. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat dari BAHAYA. Jauhi dari api (jika ada kebakaran), tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.

2. Tepuk bahu mangsa untuk mengetahui tindakbalas mangsa dengan berkata, “Hello! Hello! awak ok?

3. Jika mangsa tiada tindakbalas atau tidak sedarkan diri, kalian hanya minta bantuan orang sekeliling atau kalian sendiri buat panggil 999.

4. Jika kalian bukan berlatarbelakang perubatan maka jangan buat apa-apa kerana setiap pergerakan mangsa kemalangan yang cedera akan mengakibatkan kecederaan menjadi semakin teruk dan parah.

5. Jika kalian adalah ahli perubatan yang mempunyai pengetahuan TLS (trauma Life Support) dan PHCAS (prehospital care and ambulance service), kalian boleh bantu. Ada tatacara khas untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

Jika situasi lain dimana mangsa yang memandu kenderaan tidak sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada kecederaan. Kalian boleh lakukan CPR seperti langkah-langkah berikut;

1. BAHAYA: Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat Jauhi tumpahan darah, objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya.

2. TINDAK BALAS: Tepuk bahu mangsa. Tanya dengan jelas “Hello! Hello! Anda OK?”

3. JERIT MINTA BANTUAN: Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!”

4. PERNAFASAN: Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh tidak melebihi 10 saat). Jika tidak, mulakan tekanan dada.

5. Melakukan CPR berkualiti tinggi dengan ciri-ciri berikut:
i. Kadar tekanan 100-120 kali seminit
ii. Kedalaman tekanan 5 cm hingga 6 cm.
iii. Mengurangkan gangguan ketika melakukan tekan dada (<10saat)
iv. Memastikan dada kembali ke asal (full recoil) selepas setiap tekanan dada.

6. DEFIBRILASI: Pasang pad AED pada dada mangsa. Ikut arahan AED.

Tahukah kalian, tindakan awal oleh orang awam dengan memulakan CPR segera di tempat kejadian meningkatkan kebarangkalian mangsa untuk selamat.

80-90% penyebab kematian mengejut adalah disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal. Kebarangkalian untuk hidup berkurang sebanyak 7-10% bagi setiap minit tanpa CPR dan defibrilasi segera.

Jika CPR dan defibrilasi segera dilakukan, kebarangkalian untuk mangsa hidup meningkat sehingga 30-70%.

AED (Automated External Defibrillator) adalah alatan mudah alih berbateri yang dapat menganalisa rentak jantung dan aku menyarankan penggunaan defibrilasi jenis automatik iaitu AED. Mudah digunakan oleh orang awam yang tidak mempunyai latar belakang perubatan.

“… Dan Barang siapa yang memelihara kehidupan (menyelamatkan nyawa) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan (menyelamatkan nyawa) seluruh manusia.” (Al-Maidah: 32).

Biar kita jadi masyarakat yang memberi manfaat kepada orang lain, bukan masyarakat pemviral fitnah yang membawa keburukan di alam ini.

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

Jenama Fesyen Mewah Ini Jadi Bualan Netizen, Jual Gelang Mirip Pengapit Hos Berharga Lebih RM2 Ribu

Gelang Mirip Pengapit Hos Balenciaga

Jenama Fesyen Mewah Ini Jadi Bualan Netizen, Jual Gelang Mirip Pengapit Hos Berharga Lebih RM2 Ribu.

Jika bercakap mengenai fesyen, ia adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ini adalah kerana cita rasa fesyen dan penampilan setiap individu sebenarnya berbeza-beza dan ia juga didorong dengan faktor usia dan gaya hidup seseorang.

Tambahan pula fesyen hari ini sering berubah mengikut pada peredaran zaman. Ada dalam kalangan kita yang gemar menggayakan pakaian dan ada pula yang melengkapkan fesyen dengan pelbagai aksesori tambahan.

Dalam pada itu gaya fesyen zaman sekarang kini dilihat semakin pelik tambahan pula harga bagi sesetengan aksesori tersebut juga dilihat seolah tidak masuk akal.

Walaupun dilihat seperti tidak masuk akal, namun tetap ada golongan yang sentiasa ingin tampil ‘up to date’ dan sering menjadi ikutan ramai.

Baru-baru ini hangat diperkatakan oleh netizen apabila tular fesyen terkini sebentuk gelang yang menyerupai pengapit hos atau ‘hose clamp’.

Walaupun nampak ringkas, jangan terkejut bahawa harga gelang yang dinamakan Balenciaga Tool Bracelet ini dijual pada harga AS$659 (RM2,774).

Untuk pengetahuan anda, rekaan unik gaya industri ini sebenarnya dihasilkan oleh syarikat pengeluar barangan fesyen dan perhiasan mewah, Balenciaga.

Difahamkan, rekaan fesyen yang dikeluarkan Balenciaga sememangnya diinspirasikan daripada alatan enjin kereta yang reka bentuknya mengikut pengapit. Namun, butiran bolt dan pengapit hos menjadikan gelang itu kelihatan berbeza daripada gelang biasa yang lebih ke arah kontemporari.

Malahan tidak sampai 24 jam, gelang Balenciaga dilaporkan habis terjual menerusi laman rasmi mereka. Ya, mungkin ramai peminat fesyen terkini tergila-gilakan bentuk gelang tersebut.

Terdahulu, salah sebuah jenama fesyen terkenal juga menjadi bualan ramai apabila mengeluarkan koleksi gelang dan cincin yang mirip ‘cable tie’.

Mungkin selepas ini muncul lagi koleksi ‘tidak masuk akal’ bagi kita yang menggunakan barang sekeliling, dirasai pelik dan nampak kebudak-budakan tetapi itulah akan menjadi fesyen mewah masa kini.

Sumber: Hype Beast

Lelaki Ini Perbetulkan Fakta Teori Black Hole Penerangan Ustaz Auni. Reaksi Netizen Bercampur Baur

Pada tahun 2019, Ustaz Auni ada memberi syarahan mengenai teori lohong hitam atau pun black hole.

black hole

Apa itu lohong hitam (black hole)?

Menurut semakan Wikipedia, lohong hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah “hitam/gelap”.

Istilah “lubang gelap” digunakan secara meluas, walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa.

Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat beberapa fakta yang disampaikan oleh Ustaz Auni kurang tepat. Seorang pengguna Facebook bernama Zamir Mohyedin tampil membetulkan fakta tersebut. Mari kita ikuti penerangan beliau.

Ada banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam video di bawah yang mempunyai 712K tontonan.

1. Peristiwa Isra’ Mikraj merupakan tanda aras (benchmark) penerokaan/kajian angkasa.

Ini tidak benar. Kajian angkasa dibuat dengan pelbagai sebab. Antaranya manusia dahulu kala kaji angkasa untuk tahu musim menuai, musim menanam, ramalan cuaca dan bencana.

Selain itu, terdapat golongan kaji angkasa kerana mahu tahu sifat tabii alam semesta.

Objektif utama penerokaan angkasa (naik ke angkasa) pula bertunjangkan hegemoni. Rusia dan Amerika Syarikat merupakan dua negara terawal yang berlumba-lumba naik ke angkasa. Motifnya untuk tunjukkan teknologi siapa lebih maju untuk meranapkan negara lain.

2. Pembetulan tentang teori kerelatifan.

Video ini mendakwa semakin laju kita bergerak, masa akan jadi semakin pendek. Beliau menggunakan analogi, kalau laju bergerak, lagi cepat sampai yang mana tersasar dengan maksud sebenar teori kerelatifan.

Dalam teori kerelatifan khas, semakin laju kita bergerak, sebenarnya masa jadi semakin memanjang. Masa menjadi dilat (dilute). Masa yang dilat (time dilation) bermaksud, semakin laju kita bergerak, masa yang kita alami lebih perlahan berbanding orang yang bergerak perlahan.

Kelajuan ini terpakai dan signifikan apabila kita bergerak menghampiri kelajuan cahaya, bukan kelajuan 280 km/j seperti yang dianalogikan dalam video.

1 saat orang yang bergerak menghampiri kelajuan cahaya terasa lebih panjang berbanding 1 saat orang yang pegun.https://0c28887dcebe9f98c1eb28878bf8cecf.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Apabila kita bergerak menghampiri kelajuan cahaya, ia boleh mengakibatkan kita lambat menua berbanding orang yang pegun.

3. Dakwaan Albert Einstein menteorikan tentang pengembangan alam.

Ini mungkin ramai tidak tahu. Awal kurun ke-20 dulu, ramai saintis percaya alam ini statik dan tidak berkembang. Malah, ramai saintis percaya alam telah wujud seadanya, tiada permulaan.

Einstein dulu pun tidak percaya alam ini berkembang. Sewaktu Georges Lemaitre dan Alexander Friedmann merumuskan alam ini berkembang melalui teori kerelatifan am, Einstein menambah pemalar kosmologi dalam teorinya untuk menjadikan alam ini statik.

Tetapi Einstein akui kesilapannya setelah banyak bukti, terutamanya daripada Edwin Hubble, yang menunjukkan alam ini berkembang.

4. Dakwaan tentang Robert Woodrow Wilson.

Wilson dan rakannya, Arno Allan Penzias menemui latar sinaran kosmik bagi menguatkan teori dentuman besar (big bang). Tetapi bukan mereka yang merumuskan dan mencipta teori dentuman besar seperti yang didakwa di dalam video. Georges Lemaitre yang merumuskan teori dentuman besar.

5. Dakwaan sinaran punca dentuman besar tercetus.

Tiada saintis yang mendakwa punca dentuman besar adalah daripada sejenis sinaran. Mungkin beliau keliru dengan latar sinaran kosmik yang ditemui oleh Wilson dan Penzas.

6. Video siap cakap Stephen Hawking bangang kerana wujudkan teori lohong hitam untuk menyanggah teori yang tidak wujud (sinaran sebagai pencetus dentuman besar).

Sedangkan Stephen Hawking wujudkan teori lohong hitam (lebih khususnya ketunggalan lohong hitam) tersebut kerana saintis tidak tahu bagaimana keadaan sebelum dentuman besar itu tercetus. Inspirasi daripada Roger Penrose, Hawking berpendapat alam semesta bermula daripada ketunggalan (singularity).

Mungkin penceramah keliru dengan konsep lohong hitam dan sinaran sehingga tersilap huraiannya. Hawking pernah merumuskan bahawa lohong hitam melepaskan sinaran (dipanggil sinaran Hawking). Apabila sinaran dilepaskan, lohong hitam akan jadi semakin nipis dan proses penyejatan ini menyebabkan kematian lohong hitam kelak.

Sekadar maklumat tambahan: lohong hitam bukan lagi teori. Kita telah berjaya mencerap gambar lohong hitam pada tahun 2019. Pada tahun 2020, topik lohong hitam memenangi Hadiah Nobel Fizik.

Sumber: Zamir Mohyedin

Lelaki Ini Kongsikan Tentang Bahaya Gurauan Lucah

office

Pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja adalah perkara biasa asalkan sikap profesionalisme diterapkan dalam komunikasi.

Yang menjadikan pergaulan antara kedua belah pihak tidak elok adalah apabila hubungan menjadi terlalu mesra dan seperti tiada batasan sehingga berani membuat gurauan lucah.

Perkara ini ditegur oleh seorang penceramah motivasi terkenal, Fadzli Aziz. Mari kita selami apa yang beliau sampaikan.

Normalisasi Zina

“Kau tahu tak yang kau punya buah da** tu besar sangat. Tak susah ke nak lari? Kalau jogging, habis bergegar. Hahaha”, sambil gelak ketawa.

gurauan lucah

Terkejut saya dengar perbualan artis lelaki ni yang tegur artis perempuan di depan saya betul-betul.

Masa tu saya dan rakan-rakan UNIC tengah tunggu giliran di belakang pentas untuk buat persembahan.

Saya teringat dialog ni sampai sekarang sebab terkejut masa tu. Kejutan budaya. Saya yang terasa malu dan segan.

Tapi dialog-dialog lawak sebegini apabila berlaku di tempat kerja, sesuatu yang membimbangkan.

Gurauan seperti bertepuk bertampar, berdiri terlalu rapat sehingga masuk kepada intimate space, membiasakan berdua-duaan di tempat kerja boleh menimbulkan banyak peluang ke arah curang dan zina.

Apatah lagi gurauan lucah yang dibiasakan menyebabkan kita tidak lagi merasakan perkara salah itu salah.

Bagi si pelaku yang biasanya lelaki, apabila rakan sekerja perempuan nampak ok walaupun gurauan itu bersifat lucah, si pelaku tadi akan menganggap bahawa si perempuan tadi suka akan gurauannya.

Bahkan dia akan menganggap dia tak bertepuk sebelah tangan. Bahkan mungkin rakan sekerja perempuan juga inginkan perkara yang sama.

Bahkan bercakap lucah ni apabila dilayan akan mampu merangsang nafsu bagi sesetengah orang.

Sebab tu jangan anggap kata-kata hanya bersifat kata-kata semata-mata. Bahkan tanpa sedar boleh berlaku sexual grooming ditempat kerja.

Sebab tu orang lelaki atau perempuan kalau tegas dalam bab ni, si pelaku tak akan berani untuk melanjutkan gurauannya kerana bimbang akan dikenakan tindakan.

Oleh sebab itu, jagalah diri di alam pekerjaan. Kemesraan tidak bermakna boleh bergurau apa sahaja.

Team work yang mantap tidak bermakna mesti berpegangan, bertepuk bertampar di tempat kerja.

Bekerja secara profesional bukan sahaja dari sudut skop dan kepakaran kerja, tetapi profesional juga dari segi agama dan juga hubungan.

Semoga semuanya terjaga.

Sumber: Fadzli Aziz

Remuk Hati Melihat Betapa Lemahnya Keadaan Badan Si Kecil Selepas Makan Ayam Ini

ayam

Menjaga kesihatan anak-anak merupakan salah satu kewajipan ibu bapa. Dengan anak yang sihat, kehidupan lebih bahagia dan bermakna.

Antara cara untuk menjaga kesihatan anak adalah dengan menjaga pemakanannya. Makanan yang baik untuk anak dapat membantu pertumbuhannya.

Bahana apabila salah menyediakan makanan anak adalah seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Beliau menceritakan tentang kesan yang terjadi apabila ibu bapa menyediakan makanan yang kurang sempurna kepada anaknya. Jom kita baca.Ahmad Luqman Bukhari@drluqman“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?” “Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.” https://t.co/oUmmA5CIYK8:31 PM · Jan 5, 20226.2K7.6K

“Cuba puan ingat balik betul-betul, ada tak belikan apa-apa makanan dari luar, delivery ke, beri pada dia sehari dua ni?”

“Tak adalah doktor. Sepanjang kena duduk rumah ni semua makanan masak sendiri. Pelik saya tiba-tiba dia jadi begini.”

Sayu suara si ibu menjawab seraya menoleh ke arah anaknya yang sedang terbaring di atas katil.

Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mencengkung. Dehydrated teruk!

Mana tak nya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum branula terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah lengan untuk proses rawatan kecemasan.

“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawak balik dari tempat kerja.

Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak.

ayam

Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit.”

Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya.

Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak sempurna. Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak.

Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius.

Tapi sangat bahaya untuk anak kecil.

Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia). Pernah tau berlaku kes keracunan teruk sampai akibatkan kematian!

Sebab tu mak ayah kena tolong periksa betul-betul setiap makanan masa nak beri pada anak.

Jangan bagi kalau ada tanda-tanda ayam tak cukup masak seperti:

  • berbau hanyir
  • berlendir
  • tekstur daging berbeza dari biasa
  • suhu di bahagian daging lebih sejuk
  • ada kesan darah terutama dekat tulang ayam
  • daging berwarna kemerahan

Bantu saya sebarkan info ni pada mak ayah yang lain ya. Risau jugak, lagipun tak lama lagi dah nak mula puasa. Takut-takut nanti bila dah tak larat nak masak sendiri, kita terbeli makanan yang buatkan anak kesayangan keracunan dan jatuh sakit.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Kenapa Masyarakat Barat Takut Dengan Angka 13?

Barat Takut Dengan Angka 13

Ketakutan masyarakat Barat dengan angka 13.

Terdapat satu kajian dibuat oleh SellCell yang mana kebanyakan pengguna iPhone tidak menyukai nama iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada bulan September atau Oktober tahun ini.

Seramai 74 peratus responden memilih mahu nama iPhone 13 ditukar yang mana majoriti berpandangan iPhone 2021 adalah nama paling sesuai untuk diganti. Manakala selebihnya memilih nama iPhone 12s sebagai pengganti iPhone 13.

Barat Takut Dengan Angka 13

Sifat yang ditunjukkan oleh sebilangan responden ini dikenali sebagai triskaidekafobia iaitu fobia terhadap angka yang kononnya membawa malang.

Jika segelintir masyarakat Tionghua sering mengaitkan nombor empat sebagai nombor malang atau tidak membawa tuah, masyarakat Barat juga turut mengalami fobia terhadap angka 13.

Mereka mengalami rasa takut yang luar biasa terhadap angka 13 sehinggakan mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengelakkan diri daripada memperoleh nombor itu dalam kehidupan.

Fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual sehinggakan situasi kronik itu menimbulkan beberapa keadaan yang pelik di negara terbabit, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Antara keadaan pelik itu ialah ada bangunan tinggi di kota besar di negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13 dan terus ke 14.

Hotel atau hospital tidak memiliki bilik dengan nombor berkenaan, malah ada juga kenderaan tidak menggunakan angka 13 pada nombor plat.

Barat Tak Suka Angka 13

Kenapa segelintir masyarakat Barat takut dengan angka 13?

Barat Takut Dengan Angka 13

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada beberapa momokan berkaitan alam mistik dan keagamaan yang tersebar sejak dulu lagi.

Menurut kepercayaan tahyul bagi masyarakat lama, sesiapa yang mempunyai nama terdiri daripada 13 huruf dianggap sebagai mempunyai unsur negatif.

Perkara ini jelas diperlihatkan menerusi beberapa nama pembunuh terkenal seperti Charles Manson, Jeffrey Dahmer dan Albert De Salvo. Selain daripada nama berkenaan, anda juga sudah pasti mengetahui individu yang bernama Adolf Hitler yang turut dikenali sebagai Adolfus Hitler.

Dalam laporan kajian National Geographic, saintis Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Universiti Delaware, Thomas Fernsler, menjelaskan pengkaji numerologi menganggap nombor 12 sebagai angka yang lengkap dan seimbang misalnya 12 bulan dalam setahun.

Justeru, lebihan satu nombor selepas 12 akan menyebabkan ia mengganggu keseimbangan dalam turutan nombor.

Disebabkan kisah-kisah yang berlaku di sekeliling mereka pada masa lampau, mereka masih mempercayai angka tersebut membawa malang. Namun, tidak semua masih menganggap kepercayaan sebegitu lagi.

Sumber: Apple InsiderBH

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Pahit Menjual Durian Selama 48 Jam

durian

Musim durian telah kembali! Kepada penggemarnya, sekarang lebih mudah untuk membeli raja buah ni. Hanya order online, terus boleh sampai ke rumah.Namun, adakah anda tahu realiti di sebalik bagaimana anda boleh membeli buah ini daripada peruncit sama ada di jalanan mahupun secara online? Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Jamalee telah membuat perkongsian bagaimana beliau mula menjual buah ini dan apa hasil yang beliau dapat selepas 48 jam.Jom baca lebih lanjut.

PENGALAMAN MENJUAL DURIAN SELAMA 48 JAM

Saja nak kongsi pengalaman jadi penjual durian kopek ni. Pada saya pengalaman menarik untuk dikongsikan sebab saya pilih untuk jual durian ni untuk lihat dan rasa sendiri apa yang menyebabkan durian ni orang kata mahal-mahal-mahal.So ceritanya bermula begini…2 hari lepas saya dengan wife ambil keputusan untuk jual durian kopek (alaa yang dah masuk bekas tu). Kami ambil keputusan untuk jual durian yang dah dikopek sebab:1. Kami sendiri dah banyak kali terkena beli durian mahal-mahal, bila bukak alahai ada yang dah rosak, ada yang mengkal, dan ada yang dapat 3 ulas saja (tebal kulit je).2. Sebab kami sendiri rasa orang jual durian yang dah siap kopek ni mahal. I mean, beli durian sekilo RM12 – RM13, takkan jual sampai RM30 – RM40 ya dak? I mean how hard can it be? How greedy can you be?

Jadi dengan niat untuk memberikan yang terbaik pada harga yang paling marhaen, kami pun terjun dalam bidang jual durian ni.Kami mula-mula kena buat keputusan durian jenis apa nak jual. Disebabkan kami tinggal di Hulu Langat, maka kami ambil keputusan untuk jual durian Langat (durian kampung dan durian bukit).Kami juga buat keputusan takkan campurkan dengan durian luar, biarpun lebih murah. Kita kena bantu pekebun-pekebun di sini.Berbekalkan contacts-contacts saya sebelum ini (saya ada jual sayur dan buah lain juga), kami mula menjejak pemilik-pemilik dan penjual-penjual durian Langat ori ni..Kami pun jumpalah beberapa pekebun dan mereka pun bersetuju untuk jual kepada kami pada harga yang berpatutan.Kami balik, buat kira-kira sikit, dan kami pun dapat harga jualan untuk setiap pek pada harga RM28.00 untuk 500 gram.Masa tu kira-kira, oklah ada untung yang munasabah, harga jualan pun dapat diberi pada harga marhaen dan harga mampu milik.

Jadi bermulalah rutin kami selama 2 hari.– Pagi keluar ke setiap kebun ambil buah.– Balik tengahari, kopek dan isi ke dalam pek.– Buat penghantaran.– Balik petang tu pusing lagi sekali setiap kebun ambil buah.– Malam tu kopek dan isi dalam pek, simpan dalam fridge.– Esok paginya buat penghantaran.– Lepas tu pusing kebun ambil buah.– *repeat*Malam ini genaplah 2 hari atau 48 jam kami jual durian dalam pek, berat 500 gram, pada harga RM28.00.Total berat keseluruhan buah yang dikopek ialah 77 kilogram.Tolak yang rosak apa bagai, dapat lah dalam 37 pek bersamaan 19 kilogram isi sahaja.Balik tadi kira-kira untung kasar, harga jualan tolak kos, 1 pek dapatlah lebih kurang RM4.20.Tolak bekas, tolak duit minyak tol, dapatlah dalam RM3.20 untung bersih (lebih kurang) untuk setiap pek.RM3.20 x 37 pek, dapatlah RM118.40 untuk 2 hari dari pagi sampai ke malam.Bahagi 2 orang punya gaji, saya dan wife, sorang dapatlah RM59.20 sorang untuk 2 hari.Maknanya gaji saya dan wife sehari dalam RM29.60 serba seorang.Banyak kan?Tak. Saya bukan kongsikan pengalaman ni untuk meraih simpati, jauh sekali nak kata menyesal letak harga murah sangat. Saya berkongsi supaya ramai tahu mengapa harga durian ni kadang terasa macam harga Yahudi.Yeah of course, ada saja cara lain saya boleh buat untuk kurangkan kos contohnya beli borong beratus kilo, atau pajak kebun, tapi realitinya saya bukan tokey besar, dan banyak penjual durian lain, makcik-makcik kampung semua tu bukan tokey besar juga.So fahamlah kadang bila kita tawar-menawar dengan mereka, kenapa mereka kelihatan agak sugul bila harga yang kita minta terlalu sikit.Zaman-zaman durian selonggok RM7 – RM8 telah lama berlalu…Dan akhir sekali saya nak kongsi realiti kejam dunia berniaga.Pelanggan tak kisah anda buat kerja dari pagi sampai ke malam. Pelanggan tak kisah anda uruskan semuanya berdua saja. Pelanggan tak kisah anda niat baik nak bagi harga murah untuk semua boleh nikmati. Pelanggan tak kisah anda berkejaran ke sana ke mari untuk siapkan order.Pelanggan kalau dia nak cancel, dia cancel saja, walaupun anda dah on the way…Itu realiti dunia berniaga.Of course ada yang baik hati dan amat memahami lah.Tapi cukup 2 3 orang pelanggan yang jenis bekeng yang akan membuatkan seluruh hari anda rasa macam sia-sia.Jadi itulah dia, perkongsian pengalaman 48 jam mencuba jual durian.Terima kasih kerana sudi membaca.Hiduplah Durian Untuk Negara!*Lepas ni kena naikkan harga. Tak boleh letak RM28.00 satu pek dah. Ini sebenarnya tujuan asal posting ni.Tahukah anda, terdapat taktik licik daripada segelintir peniaga buah ini meletakkan harga bergantung kepada betapa mewahnya kenderaan si pembeli? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

Sumber: Mohamad Jamalee

Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Adalah Tanda Dedikasi Pada Kerja

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun

Di Jepun, tidur dalam mesyuarat adalah tanda kepada dedikasi bekerja?

Di kebanyakan negara, tidur semasa acara sedang berlangsung boleh ditafsirkan sebagai tindakan yang tidak menghormati majlis.

Namun tahukah anda di Jepun, tidur semasa mesyuarat berlangsung selalunya dilihat sebagai simbol dedikasi kepada kerja?

Melihatkan pada budaya Jepun yang terlalu keras dalam bekerja, perlakuan tidur di dalam mesyuarat atau lebih dikenali sebagai inemuri merupakan perkara biasa dan ia diterima masyarakat.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 1
Sumber: Amusing Planet

Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.

Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.

Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.

Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja Di Jepun 3
Sumber: Bashny

Akan tetapi dalam inemuri ada peraturan; bergantung kepada status dalam tangga sosial.