Archives for January 2022

Mengingati Mati Mengurangkan Hasrat Duniawi Kita. Ketahuilah, Sakit Bukanlah Syarat Kepada Kematian

HIDUP di dunia ini begitu mempesonakan, ‘menyihir’ mata dan telinga, malah hati serta jiwa. Pun demikian, apabila digoda dengan harta, manusia mudah alpa sehingga terjerumus ke dalam jurang kebinasaan.

Ketahuilah bahawa bumi yang dihuni kita pada hari ini hanyalah bersifat sementara, akhiratlah merupakan tempat paling abadi.

Dalam kitabullah, ALLAH SWT jelas mengingatkan umat-NYA untuk mengutamakan akhirat. Renungilah sedalam-dalamnya maksud di dalam Surah al-An’am, ayat 32: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Tidak salah sebenarnya untuk mengecapi nikmat dunia seperti memiliki kemewahan, namun kita tidak boleh sesekali lupa dengan kehidupan di alam abadi. Mengertilah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

ALLAH telah menentukan ajal setiap insan sejak azali lagi. Apabila sampai ketikanya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun.

Dalam Islam, di antara amalan yang diajar kepada umatnya adalah sentiasa mengingati mati. Maut diumpamakan sebagai ‘jodoh’ yang akan kita temui pada penamat perjalanan dalam hidup ini.

Justeru, mengapa kita digalakkan untuk ingat kepada kematian? Apakah fadilat dan bekalan yang perlu kita sediakan untuk menghadap ALLAH kelak?

Elak maksiat, dosa

Sinar Islam Plus menghubungi pendakwah Dr Mohd Nasir Masroom (gambar) untuk kupasan lanjut. Ujar beliau, pada umumnya, hukum mengingati mati adalah sunat.

Terdapat banyak dalil di dalam al-Quran dan hadis yang memberi peringatan tersebut. ALLAH berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Oleh itu, sesiapa yang dihindarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya.”

Dalam Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian).”

Mengapa umat Islam disaran untuk sentiasa berfikir tentang ajalnya? Menjawab pertanyaan itu, Dr Mohd Nasir berkata, terdapat banyak kelebihan atau hikmah di sebalik seruan berkenaan.

“Pertama, seperti yang disebut dalam hadis tadi, dengan mengingati mati, hati manusia akan terputus daripada kelazatan dunia yang sering melalaikan.

Kelalaian terhadap dunia sering menyebabkan manusia melakukan perbuatan maksiat, dosa dan kezaliman. Dengan mengingati mati, manusia menjadi lebih berhati-hati dengan perbuatan dosa dan maksiat,” terangnya sambil menambah, tidak lupa kepada ajal juga boleh mendorong seseorang untuk menggandakan amal kebajikan dan kebaikan sebagai persediaan menghadapi maut.

Pada masa sama, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia itu berkata, amalan tersebut secara tidak langsung akan melahirkan sifat terpuji. Antaranya seperti bersederhana dalam setiap urusan duniawi, lebih cermat dan berhati-hati dalam melakukan tindakan termasuk membuat keputusan.

“Selain itu, manusia dapat menghindarkan sifat keji seperti sombong, tamak, rakus dan pentingkan diri sendiri.

“Seseorang juga dianggap sebagai bijak kerana bersedia menghadapi kematian, mereka akan rugi dan menyesal jika tiada persediaan yang cukup. Ini kerana kematian adalah satu kepastian dan hanya amalan yang baik akan menjadi bekalan di alam abadi nanti,” katanya.

Pernyataan itu diperkukuhkan lagi dengan sabda baginda dalam Hadis Riwayat Ibn Majah yang bermaksud: “Mukmin yang bijak adalah mereka yang banyak mengingati mati. Dan sebaik-baik mereka adalah orang yang bersedia (dengan bekalan) selepasnya, merekalah orang-orang yang bijak.”

Rahsia kematian

Mengulas lanjut, agamawan tersebut berkata, mengingati mati tidaklah bermaksud kita hanya melakukan ibadah seperti solat, zikir dan meninggalkan urusan mencari nafkah, bekerja mahupun bersosial. Itu adalah satu kefahaman yang tidak betul, tegasnya.

Kita kena ingat, tujuan hidup seorang Mukmin adalah untuk beribadah kepada ALLAH SWT. Ini bermaksud, semua perbuatan kita bermula daripada bangun tidur sehinggalah masuk tidur semula pada setiap hari adalah bermatlamatkan untuk beribadah kepada-NYA. Ingin saya ulangi, ibadah tidak terhad kepada solat, puasa dan doa tertentu semata-mata, tetapi merangkumi semua perbuatan dan pekerjaan yang berasaskan kepada niat yang baik, ikhlas dan mematuhi hukum syarak,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Nasir menyangkal andaian sebahagian masyarakat bahawa kematian hanya akan datang apabila sakit tenat atau terlantar di atas katil.
Jelas beliau, sebagai manusia, kita boleh menjangkakan tarikh kelahiran seorang bayi, namun tiada siapa tahu mengenai masa kematian secara pasti.

Firman ALLAH: “..Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI lagi amat meliputi pengetahuan-NYA.” (Surah Luqman, ayat 34)

Penceramah itu berkata, sakit bukanlah syarat kepada kematian dan sihat bukanlah ketetapan kepada kehidupan.

Ramai yang kembali sihat selepas sakit yang berpanjangan dan ramai yang menemui ajal secara tiba-tiba tanpa tanda dan sangka. Sesungguhnya, kematian datang tepat pada masa yang telah ditetapkan seperti firman ALLAH SWT dalam Surah al-Araf, ayat 34,” katanya.

Kepada satu soalan, beritahu Dr Mohd Nasir, ALLAH merahsiakan tarikh dan waktu kematian supaya umat-NYA sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Justeru, kita perlu bersiap siaga setiap masa untuk mengerjakan kebaikan dan menghindari daripada melakukan kejahatan, kerosakan serta kezaliman.

 

Inilah sifat adil ALLAH SWT kepada hamba-hamba-NYA iaitu memberi peluang kepada semua insan memilih untuk melakukan kebaikan atau kejahatan. Sekiranya manusia tahu masa kematiannya, sudah tentu mereka akan bertaubat atau menjadi baik pada penghujung masa hidup mereka. Jika ini berlaku, maka tiada manusia yang akan menjadi baik dari awal usia mereka. Masa mereka akan dihabiskan dengan melakukan perkara mengikut hawa nafsu semata-mata. Masing-masing akan mencongak untuk berubah menjadi baik setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari sebelum malaikat maut menjemput mereka,” ujarnya.

Segera bertaubat

Penulis kemudian mendapatkan pandangan pendakwah Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir (gambar) dengan bertanyakan perihal manusia yang berputus asa dalam kehidupan, lalu bercita-cita untuk mati.

Beliau lantas berkata, dalam kehidupan fana ini, memang sarat dengan cabaran.

“Contohnya, pada era Covid-19 ini, dua ranjau besar yang sering dihadapi adalah kehilangan insan tersayang dan kemerosotan ekonomi. Ramai juga diberhentikan kerja dan terpaksa bermula semula.

“Jika ujian ini ditamatkan dengan membunuh diri, maka berapa ramai yang perlu membunuh dirinya hanya kerana ujian dalam kehidupan?” soalnya.

Jalan sebenar-benarnya untuk menangani tantangan berkenaan adalah dengan kekuatan dan keampuhan iman. Perbuatan menamatkan nyawa sendiri apabila dilingkari rintangan adalah perbuatan yang tidak wajar dan haram, tegas beliau.

Nas di dalam al-Quran ada menyatakan: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Sesungguhnya, kata Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia itu, apabila kita diuji, ingatlah kepada-NYA dengan menzahirkannya ucapan tarji’, inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Bersegeralah bertaubat, perbuatan suka menangguhkan (taubat) amat merugikan. Masa tidak menunggu kita, sebaliknya (masa) makin sedikit. Andaikan umur kita ditakdirkan hingga 60 tahun, bermakna masa yang kita ada semakin tak banyak,” katanya.

‘Jadikan Dunia Sebagai Lombong Galian Pahala Bagi Persiapan Menuju Akhirat’ -Pendakwah

MAUT adalah tirai pertama bagi seseorang hamba memasuki alam akhirat, kata Mudir Maahad Tahfiz Darul Faizin, Hulu Langat, Selangor, Muhamad Rahmat Muhamad Ajib (gambar) yang memetik Surah Ali Imran, ayat 185.

Sehubungan itu, kata pendakwah tersebut, umat Islam sewajarnya melakukan beberapa amalan yang boleh mengingatkan kita kepada kematian.
Antara yang disyorkan adalah dengan melafazkan istighfar. Ujar Muhammad Rahmat, Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa melazimi kalimah suci itu sehingga akhir hayat baginda.

Selain itu, kata beliau, menziarahi kubur juga menjadikan kita memiliki keseimbangan antara semangat membangun kehidupan di dunia dengan tuntutan iman pada hari akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Berziarahlah kalian ke kuburan, kerana ziarah kubur mengingatkan kalian akan kematian.“ (Hadis Riwayat an-Nasai dan lainnya)
“Apabila kita berbuat demikian, secara tidak langsung, ia akan menyedarkan kita bahawa sama ada cepat atau lambat, kita pasti menjadi salah satu penghuninya (kubur),“ katanya ketika dihubungi.


Bagaimanapun ujar Muhammad Rahmad, terdapat dua ‘penyakit‘ yang menyerang dan menular dalam kalangan umat Islam pada hari ini.

Tidak lain tidak bukan adalah sikap yang terlalu cintakan dunia dan begitu takut dengan kematian.

“Ingat, apabila dua sifat ini lahir dalam diri, kita akan mula lalai dan tiada persediaan untuk kehidupan sesudah mati gara-gara terlalu sibuk dengan nikmat dunia yang sementara ini,“ kata beliau.

Mengenai pandangan kononnya mengingati kematian hanya melemahkan semangat hidup, pernyataan tersebut ditolak mentah-mentah oleh pendakwah muda tersebut.

Jelasnya, jika manusia menggunakan akal fikiran yang serba kekurangan ini, pasti dengan rasa gentar kita akan lari daripada perkara yang ditakuti.

“Sebagai contoh, jika kita seriau dengan angsa, kita berusaha mengelak daripada mendekati haiwan itu.

“Begitu juga kalau kita takut dengan ALLAH yang berkuasa terhadap semua yang ada di langit dan di bumi. Tiada guna kita lari kerana segalanya dimiliki oleh-NYA.

“Samalah dengan maut, kalau kita lari (daripadanya), tiada sepotong bumi mahupun langit yang bukan dalam genggaman DIA dan memang tiada ruang untuk kita menghindarinya.

Sebaiknya kita perlu meningkatkan takwa dan semangat untuk beribadah dalam menyiapkan bekalan hari akhirat,” katanya panjang lebar.
Muhammad Rahmat juga mahu seluruh umat Islam merenungkan kisah para sahabat baginda yang mendambakan kematian. Ini kerana mereka yakin kehidupan di dunia ini hanya memenatkan dan cuma sementara. Justeru, marilah kita jadikan dunia kita sebagai lombong galian pahala agar kita terus bersemangat menggalinya bagi persiapan menuju ke alam abadi nanti,“ pesannya.

Isteri Tuntut Sesuatu Di Luar Kemampuan Suami, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam 'neraka'
https://7b678807dc4eb43d931aa9fa213742e3.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
  • Monday , 3 January 2022
Sinar Plus

Isteri Tuntut Sesuatu Di Luar Kemampuan Suami, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jangan jadi suami yang buat isteri tinggal dalam 'neraka'

ISLAM sentiasa menjaga hak wanita atau isteri. Dalam Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterainya akad pernikahan yang sah.

Pemberian nafkah merupakan antara tanggungjawab suami yang perlu dipenuhi dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat jika gagal dilunaskan dengan sempurna.

Isteri memang mempunyai hak untuk menuntut nafkah dari suami namun bagaimana jika ia sesuatu yang di luar kemampuan suami untuk ditunaikan?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini perincian hukum isteri menuntut sesuatu yang luar dari kemampuan suami.

“Dalam sesebuah kehidupan rumah tangga, suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluarga mengikut kadar kemampuannya.

“Justeru, isteri seharusnya tidak menuntut sesuatu perkara yang diluar kemampuan suami, sekiranya suami telah menunaikan hak-hak nafkah yang diwajibkan ke atasnya.

“Islam menetapkan garis panduan yang jelas tentang nafkah dan tanggungjawab suami terhadap keluarganya. Islam tidak memberatkan seseorang melainkan dengan kemampuannya,” jelasnya.

Dalam pemberian nafkah kepada keluarga, Islam menetapkan nafkah pasangan itu perlu dilihat mengikut kemampuan suami. Hal ini berdasarkan firman ALLAH SWT:

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – Surah Talaq (7)

Suami isteri bermanja-manja

Di samping itu juga, isteri tidak seharusnya membebankan suami seperti menuntut sesuatu diluar kemampuannya, sehingga boleh mendatangkan kemudaratan terhadap hubungan antara suami isteri.

Justeru, para isteri perlulah bersikap menuntut harta suaminya dengan cara yang paling baik iaitu sekadar untuk mencukupkan keperluan keluarga mereka. Perkara ini bersandarkan hadis Nabi SAW yang berpesan kepada Hind binti ‘Utbah R.Anha yang bermaksud;

“Ambillah apa yang untuk kamu dan anak-anakmu dengan cara yang makruf (cara yang baik).” – Riwayat Ahmad (24231)

Para ulama fiqh telah sepakat dalam pemberian nafkah terhadap isteri adalah wajib sekadar memenuhi keperluan asas dengan mengikut kemampuan suami dan melihat kesesuaian tempat yang didiami oleh mereka. [Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 40/279).

Setiap pasangan mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing.

Pasangan suami isteri perlu saling memahami di antara satu sama yang lain agar sesebuah kehidupan rumahtangga itu dapat dibina di atas landasan yang baik dengan mengikut acuan yang ditetapkan oleh syarak.

Jadi, dalam perkara ini isteri tidak seharusnya membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuannya, melainkan sekiranya suami seorang yang kaya dan memiliki harta yang lebih untuk menunaikan segala permintaannya.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Masjid Jadi Platform Penyatuan Penduduk Berbilang Agama Di Negara Eropah. Ini 5 Masjid Paling Mahal Lagi Menawan

MENURUT Islamic Republic News Agency (IRNA), masjid di seluruh dunia setakat tahun 2019 mencecah 3.85 juta buah.

IRNA yang memetik laporan Al-Bayan berkata, bilangan masjid sedia ada di kebanyakan negara masih tidak mencukupi lantaran jumlah penduduk yang beragama Islam semakin meningkat di seantero benua dari semasa ke semasa.

Hal itu dikatakan lebih meruncing di negara Eropah apabila statistik menunjukkan pertumbuhan penduduk Muslim yang tinggi disebabkan faktor penukaran agama, penghijrahan termasuk kadar kelahiran.

Di Perancis misalnya, penduduk Islam dianggarkan mencecah 7 juta orang, namun hanya mempunyai 2,200 buah masjid.

Situasi sama juga berlaku di Britain. Terdapat 1,000 buah masjid, namun komuniti Islam merangkumi 5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Meskipun demikian, masjid-masjid yang sudah dibina atas inisiatif pihak tertentu dari zaman dahulu hingga ke era milenial mempamerkan sisi unik dari segi seni bina yang mematuhi syariah, reka bentuk, keluasan, struktur, kedudukan setiap bahagian sehinggalah penggunaan warna pada setiap perincian.

Baru-baru ini, sebuah laman web berpaksikan konten Islamik, The Muslim Vibes baru-baru ini menyenaraikan lima masjid paling popular dan menawan di Eropah yang pastinya menggamit sesiapa untuk datang mengimarahkan rumah ALLAH.

Setiap daripada masjid itu dilihat mempunyai kriteria tersendiri, di samping pembinaannya yang memakan kos berjuta-juta ringgit. Namun yang pasti, fungsinya hanya satu iaitu beribadah kepada ALLAH YANG MAHA ESA tanpa sekelumit perasaan jemu.

ALLAH SWT berfirman dalam Surah al-Jin, ayat 18 bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) ALLAH semata-mata.”

1 Masjid Cambridge Central
Lokasi: 309-313, Mill Road, Cambridge, CB1 3DF, United Kingdom (UK)
Tarikh siap: 2019
Rujukan: cambridgecentralmosque.org

REKA bentuk masjid tersebut diilhamkan daripada gabungan seni bina Islam dan Inggeris.

Menurut Abdul Hakim Murad yang bertindak sebagai ketua di masjid terbabit, bangunan tersebut mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk disiapkan.

Berkonsepkan oasis yang dilingkari tumbuhan semula jadi, Masjid Cambridge Central dibina dengan kerjasama pakar dari UK yang terdiri daripada Keith Critchlow, Emma Clark, Amber Khokhar dan Ayesha Gamiet.

“Reka bentuk akhir masjid dilihat seperti ‘mengahwini’ seni bina tradisional, susunan geometri oktagonnya, hortikultur, tanaman dan pertukangan asli Inggeris. Paduan itu menjadikan ia satu bangunan yang unik,” kata laman web rasmi masjid berkenaan.

Antara ciri paling istimewa adalah penggunaan struktur kayu.

Selain itu, pemasangan lampu-lampu memberi pencahayaan yang indah di ruangan solat.

Seperti yang ditulis dalam ruangan komen di laman sosial, masjid tersebut akan menyambut kehadiran tetamu ALLAH dengan taman-taman yang indah, air pancut dan sebuah atrium yang gah lagi menawan.

Masjid Agung Cordoba
Lokasi: Calle Cardenal Herrero 1, 14003 Cordoba (Andalusia), Sepanyol
Tarikh siap: 786 Masihi
Rujukan: https://www.britannica.com/ dan https://www.spain.info/

Masjid Agung Cordoba yang terletak di Sepanyol turut dikenali sebagai Spanish Mezquita-Catedral de Córdoba. Ia diubah menjadi katedral Kristian pada abad ke-13.
Struktur asal bangunannya dibina oleh pemerintah, Umayyah Abd ar-Rahman I pada tahun 784-786 Masihi.

Umayyah telah menggandakan ukuran keluasan masjid pada abad ke-9 dan ke-10, sekali gus menjadikan masjid tersebut sebagai salah satu bangunan suci terbesar di dunia Islam.

Apabila seseorang memasuki ke kawasan halaman Masjid Agung Cordoba di sebelah selatan, mereka akan melihat bahagian atapnya tampil unik apabila disokong dengan batuan berkualiti jenis porphyry, jasper dan marmar.

Secara keseluruhannya, terdapat 850 tiang dengan 19 lorong (utara-selatan) dan 29 lorong (timur ke barat).

Hiasan paling indah di masjid tersebut adalah di mihrab ketiganya yang berbentuk oktagon.

Dindingnya pula dilapisi dengan mozek gaya bizantium dan diperbuat daripada emas.

Masjid Agung Cordoba sudah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.IKLAN

Pusat Islam Rijeka
Lokasi: Ul, Ante Mandica 50, Rijeka, Croatia
Tarikh siap: 2009
Rujukan: https://archnet.org/ dan https://islamicartsmagazine.com/

Pusat Islam Rijeka, Croatia merupakan hasrat terbesar yang diinginkan oleh umat Islam di Rijeka sejak sekian lama.

Ia terletak di satu kawasan dataran tinggi seluas 10,800 meter persegi dan telah menjadi mercu tanda pelabuhan tersibuk di negara berkenaan.

Masjid yang mempunyai ciri kontemporari dan dinobatkan sebagai antara bangunan tercantik di Eropah itu memiliki enam buah kubah.

Bahagian depannya pula terdiri daripada subkonstruksi logam yang ditutup dengan plat keluli tahan karat, sekali gus mewujudkan pengudaraan yang sangat baik di bangunan tersebut.

Fakta paling menarik tentang Pusat Islam Rijeka adalah reka bentuknya tidak ditentukan oleh arkitek, tetapi oleh salah seorang pemahat Croatia yang terkenal, Dusan Dzamonja.

Ideanya dipercayai dipengaruhi oleh tradisi pembinaan kubah masjid pada zaman Uthmaniyyah, namun desainnya berprinsipkan ‘makna baharu dalam tema lama.’

Arkitek Darko Vlahovic dan Branko Vucinovic kemudian melaksanakan tugas dengan merealisasikan idea Dzamonja yang dikatakan mempunyai nilai estetika dan artistik bermutu tinggi.

Selain Vlahovic dan Vucinovic, arkitek bersekutu dalam projek tersebut terdiri daripada Dora Vlahovic, Luka Vlahovic, Dubravka Durkan-Horvat dan Davor Mauser. Pembinaan masjid itu difahamkan ditaja oleh pemerintah Qatar.

4 Masjid Nabi Muhammad
Lokasi: Bandar Chechen, Shali, Rusia
Tarikh siap: 2009
Rujukan: https://www.reuters.com/

Pada Ogos 2009, pihak berkuasa di wilayah Chechnya, Rusia telah merasmikan masjid terbesar di Eropah, Masjid Nabi Muhammad dalam upacara penuh kemegahan.
Bangunan yang dihiasi marmar itu memiliki kapasiti yang boleh memuatkan 30,000 orang pada satu-satu masa.

Terletak di luar ibu kota wilayah Grozny, masjid berkenaan direka dengan penuh berhati-hati dari aspek desain, keluasan, ukuran dan keindahannya.

Seperti dilaporkan Reuters, pekarangan masjid ditanam dengan sejumlah pokok bunga, dihiasi air pancut dan pada masa sama, dapat menampung 70,000 jemaah tambahan.

Pemimpin Chechen, Ramzan Kadyrov yang dilantik oleh Presiden Vladimir Putin untuk memerintah wilayah Muslim itu pada tahun 2007 telah mempelopori kebangkitan kembali Islam di Chechnya, termasuk dengan membangunkan masjid-masjid mewah.

Masjid Cologne Cathedral
Lokasi: Venloer Str,160, Koln, Germany
Tarikh siap: 2017
Rujukan: https://www.atlasobscura.com/ dan https://www.dw.com/

Binaan Masjid Cologne Cathedral yang terletak di Jerman memiliki gaya seni binaan dari Empayar Uthmaniyyah yang mempunyai kubah konkrit dan kaca dengan dua menara.

Ia terletak di kawasan komersial dan pintu masuk di tingkat bawah. Di tingkat atas bangunan, terdapat ruang untuk solat dan perpustakaan Muslim.

Arkitek terkenal negara itu, Gottfried Bohm dan anaknya, yang pakar dalam membangunkan gereja, bertanggungjawab untuk pembinaan dan reka bentuk masjid.
Antara fakta menarik tentang masjid berkenaan adalah:

-Ia dikelilingi dengan dinding kaca dan tangga yang dapat diakses dari jalan, melambangkan keterbukaan kepada semua agama.
-Masjid ini dibiayai oleh ratusan persatuan Muslim, termasuk melalui pinjaman bank dan sumbangan daripada pihak berkuasa urusan agama pemerintah Turki di Jerman, DITIB.
-Masjid ini pertama kali dibuka untuk solat pada bulan Ramadan, tahun 2017, namun secara rasminya pada kepada umum pada tahun 2018.
-Terdapat kedai dan kemudahan sukan yang bertujuan untuk memupuk interaksi antara penduduk yang berlainan agama.

BERIKUT ialah 10 MASJID tertua di dunia

MESKIPUN sudah beratus-ratus tahun berlalu, beberapa buah masjid di dunia masih utuh berdiri dan terus menjadi mercu tanda kepada umat Islam. Berikut senarai rumah ALLAH yang masih ‘hidup’ dan terus dikunjungi.

Masjid al-Haram, Makkah
Masjid al-Haram ialah masjid yang pertama dan tertua di dunia serta merupakan tempat paling suci bagi umat Islam. Ia dibina mengelilingi Kaabah iaitu kiblat seluruh Mukmim di seantero benua ketika mengerjakan solat.

Masjid an-Nabawi, Madinah
Ia dibangunkan selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dari Makkah. Hampir 1,400 tahun, bangunan ini telah melalui proses penstrukturan sehingga dinobatkan sebagai masjid kedua terbesar di dunia.

Masjid al-Aqsa, Jerusalem
Didirikan pada 705 Masihi dan merupakan tapak yang sangat penting dan suci dalam Islam. Rumah ALLAH ini telah melalui banyak peristiwa seperti gempa bumi, diserang sehingga dikembalikan kepada pejuang Islam, Salahuddin al-Ayyubi selepas penawanan Baitulmaqdis. Masjid ini sangat bersejarah dan menjadi kebanggaan umat Islam.

Masjid Besar Sana’a, Yemen
Dibina pada abad ke-7 hingga ke-8 bersebelahan dengan tapak Istana Ghumdan. Masjid ini memiliki seni bina yang hebat kerana dalam era yang berbeza-beza, pelbagai penambahbaikan dilaksanakan. Bangunan indah ini juga disenaraikan sebagai tapak warisan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Masjid Uqba, Tunisia
Ia dibangunkan oleh seorang Jeneral Arab Uqba, Ibn Nafi pada tahun 670. Masjid yang terpenting di Tunisia ini telah menjadi pusat pembelajaran, pemikiran Islam dan sains sekular sebelum universiti di negara itu ditubuhkan pada abad ke-11.

Masjid Ummayad Syria, Damsyik
Dibina pada 634 Masihi dan telah bertahan dalam banyak dinasti. Tempat ibadah ini memiliki pesona tersendiri dan menjadi salah satu sejarah terpenting dalam dunia Islam.

7 Masjid Quba
Terletak di tepi kota Madinah, masjid ini merupakan salah satu rumah ibadah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, baginda akan menziarahi Masjid Quba pada setiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya dan kadangkala Rasulullah ke sana pada hari Isnin.

Masjid Jumma Lama Kilakarai, Tamil Nadu, India
Didirikan pada zaman Dinasti Pandiya pada tahun 628, tetapi dinaik taraf semula pada abad ke-11. Ibn Battuta dalam catatannya mengenai masjid ini mengatakan ‘orang-orang di sana hidup seolah-olah mereka berada di Tanah Arab’.

Masjid Agung Kufah, Iraq
Dibina pada tahun 670 Masihi dan memiliki 187 buah tiang, empat menara setinggi 30 meter dan lima gerbang.

10 Masjid Besar Xi’an, China
Masjid tertua di China ini siap pada tahun 742 Masihi. Tidak seperti masjid di seluruh dunia yang mempunyai kubah dan menara, Masjid Besar Xi’an direka dengan gaya seni bina pagoda Cina dan tulisannya diterjemah ke dalam bahasa Arab.

Sumber dan foto UNSPLASH, https://divisare.com/, cambridgecentralmosque.org, https://www.fodors.com/,
https://www.themoscowtimes.com/, https://art.branipick.com/, i.imgur.com dan https://www.taiwannews.com.tw

Jumpa Wang Di Tepi Jalan, Ambil Atau Biarkan. Ini Penjelasan Dr Zulkifli

6 cara 'sorok' duit, gaji tak habis sampai hujung bulan

PASTI ramai antara kita yang mengalami situasi berjumpa wang tercicir di tepi jalan atau mana-mana tempat awam.

Apakah tindakan korang jika berhadapan dengan perkara tersebut?

Menjawab persoalan ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya.

Dr Zulkifli tampil menjawab soalan daripada seorang individu yang bertanyakan “Adakah saya boleh mengambil duit yang saya jumpai di tepi jalan? Kalau tidak boleh, adakah saya perlu membiarkannya ataupun bagaimana”

Katanya, harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Al-Luqatah.

Dr Wahbah Zuhaili menjelaskan maksud Al-Luqatah di sisi syarak di dalam kitabnya, daripada Ibnu Qudamah Al-Hanbali Al-Luqatah bermaksud “Harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain”.

Selain itu Syeikh Mustafa Bugha di dalam kitabnya menyatakan: “al-Luqatah mengikut Syarak adalah sesuatu barang atau harta yang bernilai (di sisi syarak), dijumpai di tempat yang tidak mempunyai pemilik dan tidak mengetahui hak miliknya”.

Syeikh Mustafa Bugha mengklasifikasikan harta Al-Luqatah kepada dua bahagian:

Harta Al-Luqatah (haiwan) iaitu menjumpai haiwan peliharaan yang bernilai di sisi syarak.

Para ulama membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu haiwan yang boleh menguruskan dirinya sendiri seperti unta dan haiwan yang tidak dapat menguruskan dirinya seperti anak lembu.

Harta Al-Luqatah (selain daripada haiwan) Syeikh Mustafa Bugha mengharuskan mengambil barang itu dan menjaganya. Ia juga tertakluk kepada hukum syariat samada wajib ataupun tidak.

Berkenaan dengan harta Al-Luqatah selain haiwan, Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhaniy, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud;

“Kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya.

Berkenaan dengan hukum mengambil harta al-Luqatah fuqaha berbeza pendapat berkenaan dengannya.

Mazhab Syafie dan mazhab Hanafi membolehkan kita mengambilnya ini kerana seseorang itu wajib menjaga harta saudaranya.IKLAN

Manakala mazhab Maliki dan mazhab Hanbali melarangnya.

Berkenaan dengan hal ini Syeikh Mustafa Bugha menggariskan beberapa pembahagian iaitu;

  • Sunat mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan kemungkinan barang yang dijumpai akan hilang.
  • Harus mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan barang itu tidak hilang.
  • Wajib mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya meyakini barang itu akan hilang apabila tidak mengambilnya ini kerana menjaga harta orang Islam itu adalah wajib.
  • Makruh mengambilnya sekira ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.
  • Haram mengambilnya kepada orang yang tidak beramanah dan tidak dapat menjaganya.

Hebahan harta Al-Luqatah yang mempunyai nilai yang besar mengikut jumhur para fuqaha adalah wajib.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW daripada Zaid bin Khalid yang bermaksud “hebahkan ia selama setahun”.

Syeikh Wahbah Zuhaili menulis di dalam kitab beliau berkenaan cara menghebahnya iaitu dengan mengumumkan ke atasnya (harta Al-Luqatah) atau mengiklankannya di tempat yang dijumpai, dan di tempat pengumpulan masyarakat seperti pasar, pintu masjid dan kedai-kedai makan.

Sekiranya harta tersebut tidak dituntut sebaiknya diserah kepada pihak berautoriti bagi menjamin keselamatannya dan diputuskan oleh qodi atau hakim untuk proses kegunaan bertujuan kemaslahatan umum atau diserahkan kepada baitumal.

Guna duit anak

Berkenaan dengan barang yang tidak menjadi tumpuan orang ramai dan mudah rosak seperti tali, kayu atau makanan tidak harus mengumumkannya seperti hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, katanya;

رَخَّصَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْعَصَا وَالسَّوْطِ وَالْحَبْلِ وَأَشْبَاهِهِ يَلْتَقِطُهُ الرَّجُلُ يَنْتَفِعُ بِهِ

Maksudnya: Rasullullah SAW memberikan kami rukhsah (kelonggaran) mengambil tongkat, cemeti, tali dan sejenis dengannya yang diambil oleh seseorang bertujuan untuk mengambil manfaat dengannya.

Begitu juga dengan harta yang dijumpai kurang nilainya tetapi menjadi tumpuan orang ramai seperti wang yang kecil nilainya.

Maka seharusnya dia mengumumkan selama mana ia merasakan pemiliknya tidak mahu lagi mencarinya ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya bahawa Saidina Ali RA berjumpa dengan Rasullullah S.A.W bertanyakan tentang satu dinar yang dijumpainya.

Lalu Baginda menyuruhnya untuk mengumumkan sebanyak tiga kali. Sekiranya tidak ada yang menuntutnya maka manfaatlah kesemuanya.

Jadi dapat disimpulkan bahawa duit tersebut boleh diambil, tetapi dengan beberapa panduan:

1. Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut.

2. Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama mana anggaran bahawa pemiliknya tidak akan mencarinya lagi. Kemungkinan selama tiga hari atau kurang mengikut anggaran nilai barang tersebut.

3. Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut.

4. Sebaiknya duit yang dijumpai dihebahkan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp atau seumpamanya.

Setelah itu sekiranya masih belum dijumpai pemiliknya dalam tempoh yang tertentu duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.

Namun sekiranya nilai yang besar dan berharga diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada pihak yang berautoriti bagi menguruskan harta itu.

Sumber: Maktabah al-Bakri

Ganjaran Besar Dan Berpanjangan Di Dunia Juga Di Akhirat Dengan Berwakaf Al-Quran. Berikut Fadilat-Fadilat Lain

6 cara 'sorok' duit, gaji tak habis sampai hujung bulan

PASTI ramai antara kita yang mengalami situasi berjumpa wang tercicir di tepi jalan atau mana-mana tempat awam.

Apakah tindakan korang jika berhadapan dengan perkara tersebut?

Menjawab persoalan ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada penjelasannya.

Dr Zulkifli tampil menjawab soalan daripada seorang individu yang bertanyakan “Adakah saya boleh mengambil duit yang saya jumpai di tepi jalan? Kalau tidak boleh, adakah saya perlu membiarkannya ataupun bagaimana”

Katanya, harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Al-Luqatah.

Dr Wahbah Zuhaili menjelaskan maksud Al-Luqatah di sisi syarak di dalam kitabnya, daripada Ibnu Qudamah Al-Hanbali Al-Luqatah bermaksud “Harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain”.

Selain itu Syeikh Mustafa Bugha di dalam kitabnya menyatakan: “al-Luqatah mengikut Syarak adalah sesuatu barang atau harta yang bernilai (di sisi syarak), dijumpai di tempat yang tidak mempunyai pemilik dan tidak mengetahui hak miliknya”.

Syeikh Mustafa Bugha mengklasifikasikan harta Al-Luqatah kepada dua bahagian:

Harta Al-Luqatah (haiwan) iaitu menjumpai haiwan peliharaan yang bernilai di sisi syarak.

Para ulama membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu haiwan yang boleh menguruskan dirinya sendiri seperti unta dan haiwan yang tidak dapat menguruskan dirinya seperti anak lembu.

Harta Al-Luqatah (selain daripada haiwan) Syeikh Mustafa Bugha mengharuskan mengambil barang itu dan menjaganya. Ia juga tertakluk kepada hukum syariat samada wajib ataupun tidak.

Berkenaan dengan harta Al-Luqatah selain haiwan, Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhaniy, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW ditanya oleh seseorang berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud;

“Kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya.

Berkenaan dengan hukum mengambil harta al-Luqatah fuqaha berbeza pendapat berkenaan dengannya.

Mazhab Syafie dan mazhab Hanafi membolehkan kita mengambilnya ini kerana seseorang itu wajib menjaga harta saudaranya.IKLAN

Manakala mazhab Maliki dan mazhab Hanbali melarangnya.

Berkenaan dengan hal ini Syeikh Mustafa Bugha menggariskan beberapa pembahagian iaitu;

  • Sunat mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan kemungkinan barang yang dijumpai akan hilang.
  • Harus mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan barang itu tidak hilang.
  • Wajib mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya meyakini barang itu akan hilang apabila tidak mengambilnya ini kerana menjaga harta orang Islam itu adalah wajib.
  • Makruh mengambilnya sekira ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.
  • Haram mengambilnya kepada orang yang tidak beramanah dan tidak dapat menjaganya.

Hebahan harta Al-Luqatah yang mempunyai nilai yang besar mengikut jumhur para fuqaha adalah wajib.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW daripada Zaid bin Khalid yang bermaksud “hebahkan ia selama setahun”.

Syeikh Wahbah Zuhaili menulis di dalam kitab beliau berkenaan cara menghebahnya iaitu dengan mengumumkan ke atasnya (harta Al-Luqatah) atau mengiklankannya di tempat yang dijumpai, dan di tempat pengumpulan masyarakat seperti pasar, pintu masjid dan kedai-kedai makan.

Sekiranya harta tersebut tidak dituntut sebaiknya diserah kepada pihak berautoriti bagi menjamin keselamatannya dan diputuskan oleh qodi atau hakim untuk proses kegunaan bertujuan kemaslahatan umum atau diserahkan kepada baitumal.

Guna duit anak

Berkenaan dengan barang yang tidak menjadi tumpuan orang ramai dan mudah rosak seperti tali, kayu atau makanan tidak harus mengumumkannya seperti hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, katanya;

رَخَّصَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْعَصَا وَالسَّوْطِ وَالْحَبْلِ وَأَشْبَاهِهِ يَلْتَقِطُهُ الرَّجُلُ يَنْتَفِعُ بِهِ

Maksudnya: Rasullullah SAW memberikan kami rukhsah (kelonggaran) mengambil tongkat, cemeti, tali dan sejenis dengannya yang diambil oleh seseorang bertujuan untuk mengambil manfaat dengannya.

Begitu juga dengan harta yang dijumpai kurang nilainya tetapi menjadi tumpuan orang ramai seperti wang yang kecil nilainya.

Maka seharusnya dia mengumumkan selama mana ia merasakan pemiliknya tidak mahu lagi mencarinya ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya bahawa Saidina Ali RA berjumpa dengan Rasullullah S.A.W bertanyakan tentang satu dinar yang dijumpainya.

Lalu Baginda menyuruhnya untuk mengumumkan sebanyak tiga kali. Sekiranya tidak ada yang menuntutnya maka manfaatlah kesemuanya.

Jadi dapat disimpulkan bahawa duit tersebut boleh diambil, tetapi dengan beberapa panduan:

1. Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut.

2. Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama mana anggaran bahawa pemiliknya tidak akan mencarinya lagi. Kemungkinan selama tiga hari atau kurang mengikut anggaran nilai barang tersebut.

3. Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut.

4. Sebaiknya duit yang dijumpai dihebahkan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp atau seumpamanya.

Setelah itu sekiranya masih belum dijumpai pemiliknya dalam tempoh yang tertentu duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.

Namun sekiranya nilai yang besar dan berharga diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada pihak yang berautoriti bagi menguruskan harta itu.

Sumber: Maktabah al-Bakr

Jika Ada Kencing Manis, Pastikan Anda Amalkan 7 Tips Penjagaan Kulit Ini!

Kita semua pasti perlu mempunyai cara, petua atau tips penjagaan kulit masing-masing agar organ terbesar pada tubuh badan ini kekal sihat, bersih dan cantik.

Ia juga sudah tentu akan jadi lebih penting lagi terutamanya jika anda ada penyakit yang berisiko melibatkan serta menjejaskan kulit seperti kencing manis.

Persoalannya, apakah antara tips penjagaan kulit buat mereka yang ada diabetes? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa kaitan di antara diabetes dengan kulit?

Individu dengan penyakit kencing manis cenderung mempunyai kulit yang kering serta gatal dan ini akan jadi punca ia mudah mengalami komplikasi berbahaya.

Sebagai contoh, ia mungkin boleh menyebabkan kulit anda lebih mudah untuk terhiris, terluka serta berdarah dan lebih teruk lagi, mengakibatkan infeksi yang serius.

Anda juga mungkin perasan bahawa kulit akan lebih mudah untuk merengsa, meradang dan pulih dengan lambat lantas membuat anda perlu bertindak lebih cepat.

Dalam erti kata lebih mudah, diabetes adalah antara punca keadaan kesihatan kulit anda terganggu dan terjejas. Disebabkan itu, jangan ambil mudah tentang hal ini.

Ada beberapa tip penjagaan kulit khas buat anda yang ada diabetes. Jom teruskan membaca!

Tips penjagaan kulit jika anda ada diabetes!

Semua pakar dermatologi menyatakan bahawa tip penjagaan kulit memainkan peranan yang penting dalam usaha anda untuk mengawal dan merawat diabetes.

Semua tip, cara dan petua yang betul mampu untuk mengelakkan komplikasi kulit berbahaya seperti infeksi, luka lambat sembuh atau amputasi anggota badan.

Tips penjagaan kulit #1. Melembapkan kulit dengan kerap

Memastikan kulit anda selalu lembap dan tidak kering mampu membuat ia lebih fleksibel selain mengelak rekahan kulit yang biasanya akan jadi punca infeksi.

Untuk hasil yang bagus, pakar dermatologi menyarankan anda melakukan tip-tip di bawah ini:

#2. Mandi dengan suhu air yang betul

Suhu yang paling disarankan adalah suam di mana ia tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas untuk memastikan tiada komplikasi pada kulit anda kelak.

Ini kerana air mandian yang terlalu sejuk atau panas boleh jadi punca kulit menjadi kering, gatal, tidak selesa lantas berisiko meningkatkan komplikasi.

#3. Guna sabun yang sesuai untuk kulit

Jika ada diabetes, kulit anda cenderung untuk sensitif. Segala sabun mandian atau cucian yang tidak sesuai pula sudah tentu akan memberi kesan pada kulit.

Disebabkan itu, sila guna sabun yang sesuai yakni diformulasikan khas buat pesakit kencing manis untuk bantu kulit anda menjadi lebih lembap dan lembut.

Tips penjagaan kulit #4. Mengeringkan kulit dengan baik

Selepas mandi pula, anda perlu untuk mengeringkan kawasan kulit yang terlindung seperti celah jari, alat sulit, ketiak dan lain-lain bahagian yang tersembunyi.

Ini kerana air masih boleh terperangkap di kawasan tersebut lantas meningkatkan risiko infeksi pada kulit. Jadi, sila lebih peka ketika keringkan tubuh badan.

#5. Rawat luka pada kulit dengan segera

Sangat penting bagi mereka yang ada diabetes untuk rawat luka pada kulit dengan segera kerana kes amputasi biasanya bermula dengan luka yang kecil.

Caranya, sila cuci kawasan luka dengan air dan sabun serta antibiotik hanya apabila doktor menyarankan anda menggunakan ia dan balut luka dengan pembalut.

#6. Potong kuku agar ia kekal pendek

Kuku pada jari tangan dan kaki yang panjang boleh merengsa dan meradang pada bahagian di antara kuku dan kulit. Ia juga berisiko untuk membengkok ke atas.

Kesannya, kawasan di antara kuku dan kulit ini lebih berisiko mengalami infeksi. Disebabkan itu, sila potong kuku anda dengan kerap agar ia kekal pendek.

#7. Segera jumpa doktor jika ada infeksi

Individu yang ada diabetes berisiko mengalami infeksi lebih cepat dan mudah berbanding mereka yang sihat dan mempunyai sistem endokrin stabil.

Sekiranya anda perasan sebarang tanda infeksi pada kulit seperti berikut, segera jumpa doktor:

Konklusinya, jangan ambil mudah tips penjagaan kulit jika anda ada diabetes. Ini kerana ia adalah kunci untuk memastikan tiada komplikasi berlaku pada hari kelak.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Daging Jadi Pengganti Kek Hari Jadi Di Jepun

SANGGUPKAH anda makan kek yang diperbuat daripada daging? Di Jepun ada jawapannya iaitu kek daging.

Daging babi, lembu atau ikan itu akan dihiasi dengan mesej `Happy Birthday‘ dan dibentuk seperti kek, siap dengan lilin.

Meskipun ia kelihatan biasa kerana hanyalah daging tetapi ada daging yang direka menjadi pelbagai bentuk.

Gambar-gambar kek ini dimuatnaik oleh Adrian Walters dalam Facebook miliknya.

“Di Jepun, terdapat satu adat ‘Yakiniku’ untuk parti hari jadi,” katanya.

Kek itu ditawarkan oleh sebuah restoran. Jika anda mahukan kek daging, silalah berkunjung ke Jepun.

Kulit Kayu Manis Dalam Masakan Tidak Bahaya – KKM

Penggunaan kulit kayu manis jenis ‘cassia‘ dan ‘cinnamon‘ sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan, hanya digunakan sedikit sahaja dalam masakan.

“Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis cassia adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis cinnamon, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg/kg,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya peka dan prihatin terhadap dakwaan menerusi media sosial bahawa kononnya kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya serta boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

Kulit kayu manis cassia yang turut dikenali sebagai Chinese cinnamon, berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam, manakala kulit kayu manis cinnamon adalah kulit kayu manis ‘Ceylon cinnamon‘ yang berasal dari Sri Lanka.

Orang ramai yang berasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan terus kepada pihak KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang terdekat.

Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my atau menerusi facebook BKKM www.facebook.com/

Burger Terhebat Di Dunia Tanpa Guna Daging

NEW YORK – Satu burger terbaharu di kota raya New York, Amerika Syarikat dinobatkan sebagai yang terhebat di dunia walaupun tidak langsung mengandungi daging.

Superiority Burger terkenal ini berharga AS$6 (RM26) dibuat dengan hanya menggunakan pati sayur-sayuran dan dinamakan burger paling hebat di dunia oleh majalah GQ.

Pasti pilihan itu menimbulkan kontroversi, tetapi ramai yang memuji rasa dan tekstur intipati burger itu tanpa mengetahui ia sebenarnya tiada langsung menggunakan daging lembu.

Burger itu dihidangkan dengan roti ban, daun salad dan tomato selain jeruk dil dan sos. Pemilik Superiority Burger East Village, Brooks Headley berkata, isi kandungan burger sayuran rahsianya.

Namun, bekas pemain dram kumpulan punk rock tersebut malah berkata, burger vegetarian semakin popular di negara kuasa besar dunia itu.

“Saya tidak perlu makan daging untuk menikmati burger yang sempurna. Keenakannya dinikmati secara menyeluruh, setiap kunyahan pati burger digabungkan dengan ban, daun salad dan sos memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan,” katanya