Subhanallah wabihamdihi..
Inilah perkuburan yang terbesar di dunia di mana ada 5 juta jenazah dikebumikan di sini malah ada yang telah berusia 1400 tahun.
Perkuburan ini di gelar Wadi as Salaam, di Najaf, Iraq.
(sekarang nie jadi tempat suci puak Shi’ah).
Seluas 9.17 km per segi, perkuburan ini menyimpan jasad jasad yang mulia di kalangan para sahabat Rasulullah SAW.
Sedikit kontrovesi, sesetengah para pengkaji sejarah Islam, menyatakan bahawa di sinilah tertanamnya jasad Saidina Ali menantu dan juga sepupu Rasulullah SAW. Namun begitu tiada siapa pun yang tahu dengan pasti di mana jasad Saidina Ali di kebumikan. Ia masih menjadi misteri sehingga sekarang.
Perkuburan ini juga menyimpan sebuah kisah sedih di mana, kepala Saidina Husain bin AbiTalib dikebumikan setelah dipenggal.
Manakala badannya tidak dapat dipastikan dengan sahih di mana ia dikebumikan.
Sebab itulah perkuburan ini menjadi sebuah tempat yang suci bagi Puak Syiah.
Apa yang lebih menarik, jika ada yang ingin dikebumikan di sini, maka mereka memerlukan kebenaran dari Ulama Syiah dan perlu membayar 5 juta dinar Iraq.