Archives for February 2, 2022

Apa rasanya tunggu je train depan rumah, pastu train sampai, terus masuk?

Sebuah landasan kereta api ringan telah direka untuk berjalan terus melalui terowong di flat 19 tingkat di bandar Chongqing, China.

Terowong itu telah dibina melalui tingkat 6 hingga 8 dan jika risau pasal bunyi bising train, bangunan itu telah dipasang penebat bunyi dan dikatakan tidak lebih kuat daripada mesin basuh pinggan mangkuk.

Penghuni boleh menaiki Transit Rel Chongqing No.2 dari stesen Liziba yang terletak di dalam bangunan.

Tahukah Anda

May be an image of nature

Gambar ni terus menerangkan tegangan permukaan (surface tension), macamana sesetengah haiwan tidak tenggelam.

Tahukah Anda

Pada 16 Februari 2021, Madu Centauri (Turki) memecahkan rekod dunia untuk madu termahal.

Menurut laman web rasmi Guinness World Records, ia berbeza daripada madu konvensional yang ada di pasaran dan membawa tanda harga yang tinggi iaitu 10,000 Euro sekilogram (RM46,885.30 sekilogram)

Madu gua ini dituai dari gua 2,500 meter di atas paras laut, jauh dari mana-mana kediaman manusia dan dari mana-mana koloni lebah lain. Nektarnya berwarna gelap dan mempunyai rasa pahit.

Stan Larkin: Keajaiban Perubatan

May be an image of 2 people and text

Stan Larkin sentiasa mengusung ‘backpack’ 24/7 selama 555 hari. Backpack ni lah jantung tiruannya sementara menunggu pemindahan jantung dilakukan.

Jantung tiruan ni akan ‘mengepam’ darah ke seluruh badan Larkin, dia juga sempat bersukan ringan bersama-sama kawan-kawannya.

Larkin menerima jantung baru pada 2016 pada usia 25 tahun.

Gambar Seekor Ikan Pari.

No photo description available.

Otak

May be an image of text

MITOS

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otak mereka.

FAKTA

Otak manusia sentiasa aktif. Oleh kerana bahagian otak yang berlainan digunakan untuk aktiviti yang berbeza, kita menggunakan 100% kuasa otak dalam sehari.

Katak Kayu

No photo description available.

Di Alaska, katak kayu membeku selama tujuh bulan setahun. Jantung haiwan ini akan berhenti berdegup, darah tidak lagi mengalir dan paras glukosa meningkat naik. Apabila cuaca menjadi lebih panas, katak kayu mencair lalu melompat pergi..Bayangkan membeku..lps cair baru perasan dah masuk tahun baru. yeay !

Kredit: Jim Jim

Dahulu Khemah Nabi Muhammad ﷺ Pernah Dipasang Di Atas Gunung Ini

Gunung Sala atau Gunung Sal adalah sebuah gunung di Madinah, Arab Saudi. Gunung Sala merupakan sebuah gunung di tengah kota Madinah, yang jaraknya dari Masjid Nabawi lebih kurang 700 meter.

Di sekitar kaki gunung (lereng) sebelah barat terdapat perumahan dan beberapa gua Bani Haram, di mana Nabi ﷺ pernah bermalam di sana ketika peristiwa khandaq, sementara tentara kaum muslimin berada di sebelah baratnya.

Khemah untuk Nabi berada di tempat yang tertinggi di Gunung Sala ini sehingga baginda dapat mengawasi medan dan berlangsungnya pertempuran. Di tempat ini juga Nabi berdoa selama 3 hari.

Lalu Allah mengabulkan doanya, iaitu pada hari rabu, di mana Jibril turun menyampaikan khabar gembira berupa janji kemenangan kepada Nabi. Maka dibangunlah di sekitar tempat itu beberapa masjid yang dikenali dengan Masjid Al-Fath (ertinya Masjid Kemenangan), Masjid Al-Ahzab dan Masjid al-A’la.

Kasturi

May be an image of 1 person and text

Kita semua tentu pernah dengar tentang kasturi, tetapi adakah kita tahu dari mana ianya datang?

Dibahagian bawah perut rusa betina terdapat protuberances yang secara beransur-ansur mulai membonjol menjadi seolah olah simpulan yang dipanggil vesikel.

Dengan peredaran masa, ianya menyebabkan rasa sakit pada rusa betina lalu memaksanya untuk membuang “benda” itu dari tubuhnya dengan cara menggosokkan kepada sesuatu yang kasar seperti pokok atau batu.

kasturi inilah yang menjadi bahan campuran yang diproses untuk menjadi minyak wangi. Wangian kasturi ini disukai oleh Rasulullah saw.

Kredit: Harin ibnu Adum

Kisah Disebalik Masjid Pokok Di Mekah

• Masjid Shajarah (Bahasa Arab: مسجد الشجرة) bermaksud ‘Masjid pokok’. Masjid

Shajarah dipercayai dibina di atas tapak tertanamnya sebatang pokok lama yang hidup pada zaman Nabi muhammad SAW. Ia menandakan tempat dimana Nabi (ﷺ) memanggil sebatang pokok lalu pokok itu pun dengan segeranya tercabut dari kedudukan asalnya di muka bumi. Pokok itu kemudian berjalan mendekati Nabi yang berada di depannya. Selepas itu Nabi meminta pokok itu kembali semula ke tempat asalnya.

• Diriwayatkan menurut al-Azraqy, Masjid Syajarah terletak berhadapan dengan Masjid Jin. Al-Fakihy juga turut berpendapat yang sama, tetapi beliau menambahkan bahawa di sanalah terdapatnya satu pohon di mana Nabi Muhammad memanggilnya lalu pohon tersebut berjalan mendekati Nabi Muhammad.

• Umar (رضي الله عنه) melaporkan bahawa Nabi (ﷺ) pernah tiba di Hajuon ketika beberapa orang Musyrikin (kafir) menolak ajakan baginda kepada Islam. Rasulullah ﷺ berdoa, “Ya Allah! Tunjukkanlah kepadaku suatu tanda yang sesudah itu aku tidak akan peduli terhadap penolakan orang-orang.”

• Baginda kemudian disuruh memanggil pokok berhampiran kepadanya. Apabila Nabi ﷺ berbuat demikian, pokok itu datang kepada baginda dan memberi salam kepada baginda. Nabi kemudian mengarahkannya untuk kembali dan ia mematuhi sewajarnya. Selepas itu Nabi (ﷺ) berkata, “aku sekarang tidak peduli dengan penolakan orang ramai” [Majma’uz Zawaa’id]

• Sehingga ke hari ini, Masjid Syajarah telah diperbaharui kembali bersamaan dengan pembaharuan Masjid Jin iaitu pada tahun 1421 Hijrah.