Archives for February 2, 2022

ANDA PERASAN TAK BILA MEMANDU DI MALAM HARI?

May be a cartoon of text

Gambar ini adalah bukti mudah yang boleh menimbulkan banyak persoalan.

Ke mana perginya serangga, kenapa tidak kelihatan hari ini di bandar2 dan sedikit sahaja di kawasan perkampungan? Apakah erti dunia tanpa mereka??

Apabila pembangunan yang pesat telah bermula,ia banyak mengancam serangga2 yang berterbangan, selain itu, penggunaan racun terlarang juga mengakibatkan serangga2 ini diambang kepupusan, serangga telah mula dimusnahkan secara beransur-ansur.

Pemusnahan serangga telah membantutkan sistem ekologi yang hebat.

Seluruh rantaian serangga telah dimusnahkan yang merupakan makanan untuk burung, pendebungaan, reptilia dan lain2 lagi.

Selain itu,banyak juga kesan buruk jika kita terus mengancam serangga2 dari terus membiak,hentikan penggunaan racun terlarang serta pembangunan yang tidak mesra alam demi kestabilan ekosistem ciptaan Tuhan.

Allah Maha Agung yang Menciptakan Sesuatu Mengagumkan

Burung Belatuk sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi musim sejuk.

Langkah pertama Burung Belatuk perlu mencari pohon yang mati dan akan membuat lubang dibatang pokok.

Lubang ini akan diisi dengan biji Oak.

Setiap lubang unik kerana perlu sesuai dengan saiz biji oak.

Tidak boleh terlalu besar kerana akan mudah dicuri oleh burung lain dan haiwan lain seperti tupai dan tidak boleh pula lubang terlalu kecil kerana menyusahkan biji oak untuk disimpan bahkan Biji Oak boleh pecah.

Dengan cara inilah Burung Belatuk dapat terus hidup walaupun musim sejuk kerana mempunyai makanan yang mencukupi.

Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu tanpa sia-sia.

Credit Gambar :

Group FB “Camera phenomena”

Pagar Paling Panjang Di Dunia

Pada tahun 1880 an, pemerintah di Australia telah membangunkan pagar yang membentang dari Jimbour di Darling Downs melintasi ribuan kilometer tanah gersang dan berakhir di barat semenanjung Eyre di tebing Nullarbor Plain.

Pagar ini memiliki jumlah panjang 5614 kilometer sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu struktur terpanjang di dunia dan pagar terpanjang di dunia.

Pada awalnya pagar ini dibangunkan untuk menghentikan penyebaran arnab melintas ke sempadan negara bahagian. Pada masa itu, arnab telah menakluk seluruh benua Australia dengan populasi mencapai 10 billion.

Setelah sekian lama pagar ini telah mengalami kerosakan. Pada awal tahun 1900-an, pagar ini kemudian diperbaiki lalu fungsinya berubah seiring berjalannya waktu.

Kenapa pagar ini kemudian digelar pagar Dingo?

Dingo ialah sejenis anjing liar di Australia yang sering memangsa kambing biri-biri dan ternakan lain kepunyaan orang Australia.

Disebabkan dingo adalah karnivor, pagar yang dibina sebelum ini telah ditukar fungsinya untuk mengurangkan serangan dingo terhadap kambing biri-biri milik warga Australia.

Pagar ini telah terbukti berjaya dalam menghalang dingo melintas selama bertahun-tahun walaupun di beberapa tempat dingo masih boleh ditemui di selatan negara itu.

Pagar ini merentasi sempadan antara negeri yang berbeza sehingga hari ini dengan anggaran kos penyelenggaraan kira-kira 10 juta dolar setahun.

Everything Men Know About Women

Buku ‘best seller’ bertajuk Everything Men Know About Women’ ini telah ditulis oleh Dr. Alan Francis iaitu seorang pakar psikologi Amerika Syarikat yang terkenal. Buku ini mengandungi 128 muka surat kosong.

Space Food

Makanan ini mungkin anda tidak akan menemukannya di negara lain, selain dari Russia. Ia diberi nama Space Food.

Space Food merupakan makanan khas yang dirancang untuk dibawa ke angkasa lepas.

Russia memiliki kemajuan dalam program angkasa lepas mereka. Sudah ramai angkasawan dari negara ini dihantar ke angkasa lepas untuk menjalankan penyelidikan.

Jadi tidak hairan lah jika banyak benda yang berkait dengan angkasa lepas banyak dijual di negara ini contohnya seperti Space Food ini. Walau begitu rasa dari Space Food ini dilaporkan sangat tidak enak kerana hanya mengutamakan kepada nutrisi semata-mata.

Tahukah Anda?

No photo description available.

Pada tahun 1936 Perancis memberi peluang kepada orang ramai boleh memandu kereta terus naik ke tingkat yang kedua di menara Eiffel.

Kredit: Che Pa

Pusara Sepupu Rasullullah SAW Yang Berbau Wangi

Ini adalah pusara nya Sayyiduna Abu Ubaidah bin Al Harith Radiallaahu anh. Beliau ini merupakan sepupu kepada baginda Rasullullah SAW dan tergolong dalam kalangan sahabat nabi yang terawal memeluk islam setelah datangnya wahyu yang pertama.

Beliau wafat pada saat dirinya cedera semasa beradu satu lawan satu dipermulaan perang Badar. Dipertengahan jalan disatu kawasan bernama Assafra inilah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir

Sebelum itu beliau sempat bertanyakan kepada baginda “adakah dirinya mendapatkan ganjaran syahid? disebabkan beliau merasakan yang dirinya tidak meninggal seperti sahabatnya yang lain iaitu ditengah medan perang Badar.

Di sini baginda Rasulullah SAW bersaksi bahawasanya dirinya tergolong dalam golongan mereka yang syahid di perang Badar.

Pernah satu ketika sahabat nabi melalui kawasan ini mereka mengatakan yang mereka menghidu bau yang sangat wangi. Maka baginda Rasulullah SAW menjelaskan yang di sini terdapatnya pusara Sayyiduna Abu Ubaidah bin al Harith bin abdul muttalib @Abu muawiah.

Kredit: Group Haramain/Che Pai

John Bardeen – Penerima Hadiah Nobel Fizik

Ketika John Bardeen menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1956, beliau cuma bawa seorang daripada tiga orang anaknya.

Raja Gustaf VI (Raja Sweden) yang menganugerahkan Hadiah Nobel Fizik pada ketika itu tegur Bardeen mengapa tidak membawa kesemua anaknya.

Bardeen pun membalas yang beliau berjanji akan bawa kesemua anaknya untuk Hadiah Nobel seterusnya.

Yang kelakarnya, Bardeen cakap selamba macam beliau boleh dapat Hadiah Nobel lagi sebab kejadian itu sangat nadir (ganjil)

Pada tahun 1972, beliau dapat lagi Hadiah Nobel Fizik. Kali ini, Bardeen bawa semua anaknya ke majlis penganugerahan tersebut.

Sehingga ke saat ini, John Bardeen satu-satunya manusia yang menerima Hadiah Nobel Fizik dua kali kerana kajiannya dalam semikonduktor dan keberaliran lampau (superconductivity).

Kredit: Zamir Mohyedin

Segitiga Bermuda

Antara mitos terbesar yang kita pernah disuap masa kecil dulu ialah ruang lautan di Segitiga Bermuda tidak dapat dilalui. Mana-mana kapal laut dan kapal terbang yang melaluinya akan hilang secara misteri. Malah, telah banyak buku-buku dikeluarkan yang mencatatkan konspirasi ini.

Pada hari ini kita dapat lihat sebenarnya ia adalah sekadar mitos. Gambar di bawah merupakan paparan secara langsung kapal-kapal yang melalui segitiga bermuda. Ia merupakan antara kawasan yang tersibuk di dunia. Banyak kapal keluar masuk setiap hari. Tiada sebarang kehilangan misteri dan pelik seperti yang digembar-gemburkan.

Labah-labah Yang Menyamar Menjadi Semut

Myrmecomorphy atau mimik semut adalah istilah bagi haiwan yang mempunyai rupa semut sehingga sukar untuk dibezakan dengan rupa semut sebenar.

Labah-labah adalah contoh haiwan yang mengamalkan Myrmecomorphy. Terdapat kira-kira 300 spesies labah-labah yang menyamar sebagai semut.

Untuk menjadikan penyamaran lebih sempurna, labah-labah semut juga mempunyai tabiat mengangkat kaki hadapannya berulang kali supaya kelihatan seperti antena semut sedang bergerak.

Sebab pertama terjadinya Myrmecomorphy supaya semut yang lalu lalang di situ menyangka bahawa mereka sedang melalui sesama semut.

Sebab kedua adalah, haiwan pemangsa berasa takut untuk menyerang semut yang mempunyai tabiat menyerang haiwan lain secara berkumpulan. Jadi, labah-labah semut akan berjalan ke arah laluan yang biasanya dilalui oleh semut.

Apabila semut berada berhampirannya, labah-labah semut akan melakukan serangan hendap kemudian menyeret semut ke tempat lain di mana ia boleh memakan semut itu dengan selamat.

Oleh kerana rupanya sangat mirip dengan rupa semut sebenar, semut-semut lain akan menyangka labah-labah itu adalah semut yang sedang membawa bangkai kawan(sesama semut).

Di dalam foto ini adalah si penyamar iaitu labah-labah semut dan semut sebenar. Dapatkan anda meneka dengan tepat semut sebenar di sebelah atas atau bawah?