Archives for February 2, 2022

Harta Rampasan Tentera Nazi

No photo description available.

Sebuah gudang besar yang mengandungi 7000 beg@karung yang berisi emas, duit perak serta barang kemas yang berharga di temui pada tahun 1945. Ia adalah harta rampasan Tentera Nazi dari orang awam dari pelbagai negara.

Teringat kisah Qarun, kunci gudang hartanya sahaja dipikul oleh 40 ekor unta.

(ibarat 40 Lori kalau kita bandingkan dengan nilai semasa)

Memang kaya betul Qarun ini, patutlah dia terlalu sombong dan akhirnya di tenggelam kan oleh hartnya sendiri di laut mati.

Jambatan Lengkung Batu Tertua di Dunia

Jambatan Anji terletak di Sungai Xiaohe, wilayah Hebei Utara di China. Ia dibina pada zaman Dinasti Sui antara tahun 595M hingga 605M dan merupakan jambatan lengkung batu tertua di dunia.

Jambatan yang berusia lebih 1,400 tahun ini telah terselamat dari sepuluh bencana banjir besar, lapan peperangan dan beberapa gempa bumi. Ia masih digunakan hingga hari ini dan struktur asas sokongannya terus kukuh tanpa memerlukan sebarang penggantian.

Fakta kucing caracal ?

Kucing caracal merupakan spesis kucing terancam yang berukuran sedang yang terdapat di benua Afrika dan beberapa benua Asia. Haiwan ini termasuk dalam famili Felidae dengan penampilan yang anggun,ramping dan berotot. Caracal memiliki telinga yang menyerupai “antena”.

Ciri khas Caracal adalah mempunyai telinga hitam berumbai di bahagian hujung dan berbentuk agak meruncing sesuai dengan asal namanya dari bahasa Turki-karakulak yang bererti ‘telinga hitam’. Telinga ini sangat berguna untuk mencari mangsa kerana dikendalikan oleh 29 otot yang berbeza. Ukuran bulu warna hitam yang unik dan lentik pada hujung telinganya berukuran sepanjang 4.4sentimeter.

Bulu badannya yang cantik dan berwarna emas kemerahan. Ia turut mempunyai purata berat 18kilogram buat Caracal jantan dewasa.

Caracal memiliki umur yang panjang. Seekor Caracal mampu bertahan hidup di alam liar sehingga 12 tahun. Tempoh kehamilan Caracal betina sekitar 2-3 bulan. Seekor induk Caracal dapat melahirkan 1-6 ekor anak dan akan diputus susu ketika berumur 9 bulan.

Sifat Caracal yang sangat aktif berburu dan akan mengintai mangsa dalam radius 5meter. Caracal boleh melompat diudara dan berlari pantas.

Pemangsa utamanya adalah burung, monyet dll. Biasanya bangkai mangsanya disembunyikan disebalik pohon pokok.

Teks kredit : Dunia Kucing

Kuda Belang

May be an image of 3 people and outdoors
May be an image of big cat, nature and text that says "gettyimages Joe McDonald 521169702 521"

Foto yang di ambil pada tahun 1898 ini memaparkan kuda belang menjadi penarik kereta kuda. Menarikkan.?

Akan tetapi.. ?

Sebenarnya kuda belang tidak sesuai untuk dijadikan haiwan yang boleh bekerja seperti memikul barang, menarik ke daratan dan sebagainya.

Saintis, Ranjer dan zoologist telah membuat kajian untuk melatih kuda belang sebagai haiwan yang boleh membantu manusia bekerja.

Namun, ketentuan Tuhan yang menjadikan kuda belang ini bersifat liar, agresif dan otot ototnya tidak kuat untuk memikul dan menarik beban.

Apa yang mengejutkan saya.. Saya baru tahu bahawa banyak kejadian yang direkodkan di mana kuda belang membunuh singa dengan tendangannya ke muka singa.

Jangan main main dengan kuda belang?

Penjara Hotel

May be an image of furniture and bedroom
May be an image of indoor

Oleh kerana jumlah banduan yang sedikit di Netherlands maka kerajaannya menukar penjara Dutch ini kepada Hotel yang berprestij.

( Bagusnya diaorangkan, banggunan lama yang tidak lagi digunakan di palgiat menjadi sesuatu yang menguntungkan. Kalau dekat tempat kita, banggunan lama dibiarkan tanpa ada perancangan susulan, kan rugi macam tu)

Yang kedua, saya terpikir bagaimanakah negara Belanda ini mengurangkan kadar jenayah di tempat mereka. Sehinggakan bilangan banduan di penjara turut berkurang.

Kalaulah ia berlaku di negara kita bagaimanakah agaknya ya.

Semakin kita tenung gambar ini semakin banyak yang kita lihat

May be an image of 5 people and indoor

Cuba anda fikirkan apa yang pelik tentang gambar di atas.