Archives for February 2022

Naga Laut Berdaun

Naga laut berdaun (Phycodurus eques) atau naga laut Glauert, ialah ikan laut dalam keluarga Syngnathidae, yang termasuk naga laut, ikan paip, dan kuda laut.

Ia ditemui di sepanjang pantai selatan dan barat Australia. Dari nama pun kita boleh agak macamana rupa Naga Laut Berdaun ni, lagi pun ia juga mengambil nama sempena legenda naga China.

Tahukah Anda

Jambatan Øresund atau Oresundsbroen menggabungkan laluan jalan raya dan rel kereta api bertingkat menyeberangi Selat Øresund antara Denmark dan Sweden. Panjangnya adalah 7845 meter, kira-kira separuh jarak antara Sweden dan Denmark.

Dari pesisir pantai Sweden ia mempunyai 2 tingkat iaitu atas lebuhraya 4 lorong, bawah untuk rel keretapi 2 lorong. Jambatan ini berakhir di tengah selat iaitu di pulau buatan Peberholm yang dibina dengan menambak kawasan laut. Panjang pulau buatan ini 4km dan lebar beberapa ratus meter. Tiada penempatan di sini.

Untuk ke Denmark, ada terowong yang menyambung antara Pulau Peberholm dan Denmark.Terowong yang menghubungkan hujung Jambatan Öresund di Pulau Peberholm dan penempatan terdekat di Denmark disebut Terowong Drodgen. Terowong ini sepanjang

4,050 meter. 3,150 meter daripadanya dibina di bawah laut.

Jambatan Øresund turut menerima Anugerah Struktur Terhebat IABSE (Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur) 2002, iaitu sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Zurich, Switzerland.

Apa rasanya tunggu je train depan rumah, pastu train sampai, terus masuk?

Sebuah landasan kereta api ringan telah direka untuk berjalan terus melalui terowong di flat 19 tingkat di bandar Chongqing, China.

Terowong itu telah dibina melalui tingkat 6 hingga 8 dan jika risau pasal bunyi bising train, bangunan itu telah dipasang penebat bunyi dan dikatakan tidak lebih kuat daripada mesin basuh pinggan mangkuk.

Penghuni boleh menaiki Transit Rel Chongqing No.2 dari stesen Liziba yang terletak di dalam bangunan.

Tahukah Anda

May be an image of nature

Gambar ni terus menerangkan tegangan permukaan (surface tension), macamana sesetengah haiwan tidak tenggelam.

Tahukah Anda

Pada 16 Februari 2021, Madu Centauri (Turki) memecahkan rekod dunia untuk madu termahal.

Menurut laman web rasmi Guinness World Records, ia berbeza daripada madu konvensional yang ada di pasaran dan membawa tanda harga yang tinggi iaitu 10,000 Euro sekilogram (RM46,885.30 sekilogram)

Madu gua ini dituai dari gua 2,500 meter di atas paras laut, jauh dari mana-mana kediaman manusia dan dari mana-mana koloni lebah lain. Nektarnya berwarna gelap dan mempunyai rasa pahit.

Stan Larkin: Keajaiban Perubatan

May be an image of 2 people and text

Stan Larkin sentiasa mengusung ‘backpack’ 24/7 selama 555 hari. Backpack ni lah jantung tiruannya sementara menunggu pemindahan jantung dilakukan.

Jantung tiruan ni akan ‘mengepam’ darah ke seluruh badan Larkin, dia juga sempat bersukan ringan bersama-sama kawan-kawannya.

Larkin menerima jantung baru pada 2016 pada usia 25 tahun.

Gambar Seekor Ikan Pari.

No photo description available.

Otak

May be an image of text

MITOS

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otak mereka.

FAKTA

Otak manusia sentiasa aktif. Oleh kerana bahagian otak yang berlainan digunakan untuk aktiviti yang berbeza, kita menggunakan 100% kuasa otak dalam sehari.

Katak Kayu

No photo description available.

Di Alaska, katak kayu membeku selama tujuh bulan setahun. Jantung haiwan ini akan berhenti berdegup, darah tidak lagi mengalir dan paras glukosa meningkat naik. Apabila cuaca menjadi lebih panas, katak kayu mencair lalu melompat pergi..Bayangkan membeku..lps cair baru perasan dah masuk tahun baru. yeay !

Kredit: Jim Jim

Dahulu Khemah Nabi Muhammad ﷺ Pernah Dipasang Di Atas Gunung Ini

Gunung Sala atau Gunung Sal adalah sebuah gunung di Madinah, Arab Saudi. Gunung Sala merupakan sebuah gunung di tengah kota Madinah, yang jaraknya dari Masjid Nabawi lebih kurang 700 meter.

Di sekitar kaki gunung (lereng) sebelah barat terdapat perumahan dan beberapa gua Bani Haram, di mana Nabi ﷺ pernah bermalam di sana ketika peristiwa khandaq, sementara tentara kaum muslimin berada di sebelah baratnya.

Khemah untuk Nabi berada di tempat yang tertinggi di Gunung Sala ini sehingga baginda dapat mengawasi medan dan berlangsungnya pertempuran. Di tempat ini juga Nabi berdoa selama 3 hari.

Lalu Allah mengabulkan doanya, iaitu pada hari rabu, di mana Jibril turun menyampaikan khabar gembira berupa janji kemenangan kepada Nabi. Maka dibangunlah di sekitar tempat itu beberapa masjid yang dikenali dengan Masjid Al-Fath (ertinya Masjid Kemenangan), Masjid Al-Ahzab dan Masjid al-A’la.