Si Pencinta Haiwan – Kevin Richardson

May be an image of 1 person and big cat

Kisah Kevin Richardson, seorang pencinta haiwan yang membeli seekor anak singa daripada seorang pemburu pada tahun 1960. Dia menjaga anak singa itu sehingga cukup besar untuk dilepaskan di alam liar.

10 tahun kemudian Kevin mengetahui bahawa singa yang dipeliharanya menjadi ketua kumpulan singa dan Kevin memutuskan untuk melihat.

Tanpa disangka, ketua singa buas itu sebenarnya berlari dan memeluk Kevin seolah-olah menunjukkan kerinduan kerana sudah lama tidak berjumpa.

~Pertemuan semula yang penuh emosi ini membuktikan bahawa ikatan yang kuat boleh wujud antara manusia dan haiwan. ❤️

Foto – Kevin Richardson

Kuil Ramses II di Abu Simbel di selatan Mesir

Kuil Abu Simbel terletak di selatan Aswan, di tebing barat Sungai Nil, di Nubia kini berhampiran sempadan Mesir dengan Sudan. Di situ terdapat dua kuil diukir pada batu yang dibina semasa pemerintahan dinasti ke 19 Raja Mesir Ramesses II. (memerintah 1279–13 SM)

Kucing yang Mempunyai 2 Muka

May be an image of ragdoll cat

Kucing yang mempunyai 2 muka ini, dikenali sebagai Frank dan Louie. Lebih dikenali juga dengan nama Frankenlouie, merupakan kucing yang di iktiraf oleh Guinness Book Of World Records sebagai kucing bermuka 2 yang paling lama hidup. Kucing ini mati pada usia 15 tahun, bersamaan dengan 76 tahun usia manusia.

Kredit: John Mohamed

Ikan Berkepala Lutsinar

Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar.

Sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) merakamkan video seekor ikan yang mempunyai kepala lut sinar sehingga menampakkan bahagian isi dalaman dan mempunyai sepasang mata bercahaya di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

la berjaya dikesan oleh Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) dengan menggunakan ROV pada kawasan kira-kira 609.6 meter di teluk tersebut yang terletak di luar pantai California.

Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut. Pada kebiasaannya, panjang hidupan laut itu ialah lebih 15 sentimeter. Kedua-dua mata hidupan laut itu berwarna hijau cerah dan memandang ke atas untuk membolehkan ia mengesan kuantiti maksimum cahaya dalam satu arah.

Ikan itu mempunyai deria penglihatan yang begitu kuat hasil daripada persekitaran yang mana tiada cahaya matahari boleh sampai kepada kedalaman lebih 600 meter. Hidupan laut itu dikenali sebagai ikan barreleye di AS.

-AFP

Bandar Unik – Barcelona

Selain terkenal dengan kelab bola sepaknya, bandaraya Bercelona juga memiliki rekabentuk susun atur kota yang sangat indah dan terancang.

Salah satu kawasan penempatan di Barcelona yang terkenal dengan susun atur kotanya yang indah adalah Eixample. Eixample mula dibangunkan pada abad ke-20.

Susun atur terancang Kota Eixample ditanda dengan jalan-jalan lurus yang panjang, pola-pola garis yang tepat, jalan-jalan lebar dan blok persegi oktagonal dengan sudut yang dinamakan Chamfered. Rekabentuk ini merupakan rancangan Ildefons Cerda, dengan ciri khas ruang terbuka hijau yang luas dan jalan raya yang lebar.

Bangunan pencakar langit yang hampir tiada di kota ini memungkinkan cahaya matahari dapat masuk ke setiap sudut kota dan menghadirkan pemandangan kota yang Wow. Beberapa bahagian dari Eixample banyak dipengaruhi oleh seni bina Modernista, seperti karya arkitekcer terkenal Antonio Gaudi. Salah satu karyanya di Eixample adalah Casa Mila dan Casa Batlo.

Kawasan Perumahan Unik di Denmark

Bandar Taman Brøndby di Copenhagen, Denmark. Bandar ini direka oleh arkitek Erik Mygind dengan sewa sebulan sekitar $150. Penyewa hanya boleh tinggal selama 6 bulan sahaja dalam setahun.

Bandar ini dicipta khususnya untuk mereka yang tinggal di pangsapuri agar boleh bercucuk tanam pada musim bunga dan panas. Saiz umah agak kecil dan sebahagian ruang merupakan ruang penyimpanan perkakas dan alatan berkebun.

Antara tujuan lain susun atur bandar ini adalah untuk meniru corak tradisional perkampungan orang Denmark pada kurun ke-18 dimana penduduk kampung akan berkumpul ditengah-tengah sebagai tumpuan masyarakat untuk melepak, bertanya khabar di antara sesama jiran.

Buruh Kanak-kanak di Bangladesh

No photo description available.
May be a close-up of child and outdoors

Seorang jurugambar di Bangladesh berjaya dokumenkan gambar-gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada kerakusan manusia.

Mereka menjadi buruh dan bekerja pada usia yang sangat muda.

Anak kita masih elok di rumah. Mengadap tv, mengaji dan belajar secara online. Bersyukurlah wahai kawan-kawan.

Gambar dari IG GMB_Akash

Edukid. Co

Negara Brazil Pengeluar terbanyak buah oren dunia

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

Subhanallah wabihamdihi..

Tahukah sahabat sahabat semua bahawa Negara Brazil adalah pengeluar terbanyak buah oren di dunia.

Brazil mengeksport sebanyak 15 juta tonne matric. Berbanding China 7 tonne matric.

Saya pun baru tahu?

Kucing Berbulu Hijau

May be an image of cat and outdoors

Kucing berbulu hijau?

Sebelum itu, foto ini bukanlah photoshope..

Ia memang gambar sebenar. Kucing hijau ini menjadi popular setelah fotonya dimuat naik di Internet.

Namun sebenarnya, kucing jalanan ini tidur di atas serbuk cat di garage rumah. Ia menjadi viral dan ramai yang berusaha untuk menangkapnya?

Akhirnya kucing itu di tangkap dan di mandi kan barulah kelihatan bulunya yang sebenar..

(buat saspen je yerk?)

Rusa Dua Kepala

May be an image of deer and nature

Seorang pelancong dari Japan yang sedang memandu kenderaan menuju ke Hokaido, terserempak lalu merakamkan foto seekor rusa yang bertaut dengan kepala rusa yang lehernya putus dari badan.

Apabila foto ini menular di alam maya, maka timbulnya pelbagai teori dan tanggapan untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Maka, saintis dan zoologist mengandaikan bahawa rusa tersebut menanduk kepala rusa yang sememangnya hanya tinggal kepala sahaja dan melekat ke tanduknya.

(Nak senang cerita, rusa ini jumpa kepala rusa tanpa badan.. Kemudian ia menanduk tanduk rusa itu yang akhirnya terlekat dekat tanduk ya sendiri)

Dan pendapat kedua..

Rusa ini berlawan menanduk satu sama lain sehingga menyebabkan tanduk kedua dua rusa ini terlekat. Kedua dua rusa ini meneruskan perlawanannya sehingga salah seekor darinya tercabut kepala dari badan..

Kalau sahabat sahabat semua rasa atau tahu macam mana ia boleh terjadi kejadian ini.. Boleh lah kongsi bersama.. ?