Aktiviti ‘Outdoor’ Bukan Lagi Trend, Ini 5 Lokasi Menarik Yang Anda Boleh Jelajahi Sekarang

Setelah lebih 90% individu dewasa lengkap dua dos suntikan vaksin, kerajaan telah memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia rentas negeri dan menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Perkara tersebut disambut baik oleh rakyat Malaysia di mana inilah peluang mereka untuk kembali ke kampung halaman untuk bertemu sanak saudara serta bercuti bersama keluarga.

Tidak lupa juga ramai yang mula minat untuk menceburkan diri dalam aktiviti outdoor yang bukan lagi dilihat sebagai satu trend. Iyalah, sudah penat duduk lama di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu, badan pun mula rasa mahu berpeluh dan rasa ‘angin luar’.

Ada yang sukakan aktiviti penuh adrenalin, dan ada yang lebih gemarkan ketenangan di dalam hutan. Jadi di sini kami senaraikan 5 lokasi yang menjadi tumpuan ramai pada ketika ini. Majoritinya di Lembah Klang sahaja dan anda boleh pergi mencubanya ketika cuti hujung minggu. Jom check it out!

1. Bukit Kiara Park, TTDI

Untuk anda yang baru menceburi aktiviti seperti ini, anda boleh cuba Bukit Kiara Park ini terlebih dahulu. Dikelilingi pokok-pokok hijau dan tasik, memang tenang bila anda berjalan santai di sini.

Laluan di sini adalah sepanjang 9km untuk anda terokai. Laluannya juga tidak terlalu sukar yang membolehkan anda hiking, berlari dan jika anda sukakan lebih cabaran, ada trail khas untuk mountain biking.

Begitu juga sepanjang anda berjalan atau berlari, ada banyak tempat untuk anda pit-stop jika mahu bergambar.

2. Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

Tidak ramai mengetahui berhampiran pinggir Kuala Lumpur juga terdapat beberapa air terjun yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya Air Terjun Sofea Jane atau nama sebenarnya Air Terjun Kubang Gajah di Kemensah, Selangor.

Hanya satu jalan saja untuk ke air terjun ini iaitu melalui jalan dari Zoo Negara hingga ke ATV Adventure. Di sini anda akan dihidangkan dengan pemandangan kiri kanan air sungai yang mengalir laju.

Jalan kaki secara santai hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke air terjun dan jika anda mahu cepat, anda boleh sewa ATV untuk ke atas sana. Memang fun!

3. Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh

Ini satu-satunya lokasi yang berada di luar Lembah Klang tetapi sedang popular dalam kalangan penduduk di Terengganu dan juga peminat aktiviti outdoor.

Tarikan utamanya pastilah air sungainya yang berwarna hijau dan sangat segar. Di sini terdapat juga tapak untuk anda berkhemah dan berkayak. Alang-alang anda sudah habis mandi dan bermalam di sini, boleh singgah makan kek di Cafe Marion.

4. Water Rafting @ Xventure Mind Whitewater, Kuala Kubu Bharu

Air terjun Sungai Chiling adalah lokasi popular bagi penduduk sekitar Kuala Kubu Bharu. Trek untuk anda ke air terjun ini juga sangat cantik dihiasi orkid liar dan buluh sebelum anda tiba ke lokasinya; air terjun setinggi 80 meter.

Jika anda mahukan aksi lebih ekstrim, Water Rafting @ Xventure Mind Whitewater menanti anda. Kalau anda ada GoPro, jangan lupa bawa untuk rakam aksi anda menyusuri laluan air di sini. Best! Dah habis aktiviti di sini, kenalah singgah Dataran Kuala Kubu Bharu untuk makan makanan lokal di sini.

5. Putrajaya Challenge Park, Putrajaya

Terletak di Putrajaya, ini adalah tempat untuk pelbagai aktiviti lasak antaranya mountain biking dan juga skateboarding. Memang besar dan sangat cool lokasinya!

Tidak lupa juga aktiviti rock climbing untuk anda yang gian mendaki bukit. Semuanya ada di sini.

Hanya Menggunakan Honda RS150R, Perjalanan 4 Bulan Pasangan Ini Ke Paris Raih Perhatian Netizen

Siapa yang tidak suka melancong? Kebiasaannya ramai akan memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti kapal terbang, bas, keretapi dan sebagainya untuk memudahkan perjalanan.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kapcaipackers telah berkongsi pengalamannya melancong ke kota Paris bersama isteri dengan menaiki motosikal Honda RS150R. Menurutnya, perjalanan dari Malaysia ke Paris mengambil masa selama 4 bulan sebelum penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Selain Paris, dia dan pasangan juga pernah merantau ke beberapa buah negara lain seperti Rusia dan London dengan menaiki motosikal. Menariknya, pihak Honda memberi hadiah motosikal secara percuma kepadanya selepas tamat misi perjalanan ke kota London dan turut menawarkan khidmat servis motosikal secara percuma seumur hidup.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan lelaki tersebut bersama isteri melancong dengan manaiki motosikal. Malah, ada juga netizen bertanyakan tips kepadanya untuk cuba melancong dengan menaiki motosikal.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji dia dan pasangan yang melancong menggunakan motosikal. Ketika artikel ini ditulis, kisah perjalanan mereka yang menakjubkan itu meraih kebih 4 juta tontonan dan lebih 600 ribu tanda suka.

‘Loji Kumbahan Pun Glow Up’- Netizen Pelik Lokasi Busuk Tapi Cantik Di Kedah Ini Jadi Tumpuan Ramai

Setiap kali ada destinasi yang cantik, pasti ramai orang tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke sana. Lalu, lokasi tersebut mulai sesak dan menjadi tempat tumpuan pelancong.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi oleh @youzernotfaun memaparkan satu tempat cantik persis seperti di Jepun.

Akan tetapi, tempat itu sebenarnya merupakan loji kumbahan di Sungai Petani. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata berasa terkejut.

Rata-rata netizen mengatakan hanya mereka yang sanggup menahan bau boleh bergambar di situ kerana dari dalam kereta sudah boleh bau aroma yang tidak menyenangkan.

Dok dalam kereta pun boleh bau busuk. Macam mana la depa boleh bergambar dekat situ ? https://t.co/nOWcfU8uBZ

— فاريهن (@Farehaaaan) December 15, 2021

Malah, para netizen mengatakan walaupun cantik tetapi mereka tidak akan ke sana. Bukan itu sahaja, ada juga netizen telah terjah ke lokasi tersebut. Difahamkan lokasi tersebut telah ditutup kepada orang ramai kerana tidak selamat.

‘Salji’ Turun Di Genting SkyWorlds, Tarikan Terbaru Ini Buat Netizen Teruja

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba, Genting SkyWorlds telah dibuka kepada orang awam. Setelah lama menanti, kini anda boleh terjah taman tema ‘outdoor’ yang telah siap dibina.

Terbaharu, ramai yang berkongsi suasana di taman tema ‘outdoor’ tersebut dan masuk adalah percuma sehingga 2 Januari 2022. Malah, sempena Hari Krismas, anda akan dapat merasai seperti berada di negara 4 musim kerana terdapat salji buatan.

Untuk pengetahuan anda, ia dibuka setiap hari pada jam 4 petang sehingga tengah malam dan kini boleh dikatakan ramai orang sudah berpusu-pusu ke Genting SkyWorlds.

Bagi anda yang berpeluang ke Genting Skyworlds, bolehlah ke sini untuk merasai pengalaman menarik ini. Akan tetapi, sila patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Drake Kongsi Rekaan Rumah Agam Mewah Persis ‘Shopping Mall’ Miliknya Di Kanada

Jika anda rasa bosan untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara berkenaan pasti tidak akan berlaku buat penyanyi rap Drake.

Casa impian Drake yang terletak Di Toronto, Kanada ini muncul dalam majalah Architectural Digest edisi bulan Mei di mana pereka rekaan dalamannya, Ferris Rafauli bercerita tentang perjalanan menghias rumah berkenaan mengikut citarasa Drake.

Rumah berkeluasan 50,000 kaki persegi ini buat yang pertama kali melihatnya pasti mengatakan ia tidak ubah seperti sebuah shopping mall yang mewah. Mana tidaknya, rumah ini turut dilengkapi gelanggang bola keranjang ‘NBA standard’ untuk beliau beriadah bersama rakan serta studio rakaman peribadi dengan konsep rekaan studio 1970-an.

“Disebabkan rumah ini dibina di tempat saya dilahirkan, saya mahu sebuah rumah yang dapat bertahan sehingga 100 tahun. Saya mahu ia mempunyai keunikannya yang tersendiri,” kata Drake sebelum memulakan projek rumah mewah ini.

Rumah yang juga dikenali sebagai The Embassy itu turut diberi kemasan ibarat rumah agam kurun ke-19 sambil menyelit perhiasan dunia streetwear seperti patung KAWS dan piano dengan artwork oleh Takashi Murakami. Rumah ini juga sudah diperlihatkan kepada umum menerusi video Muzik lagu terbaru Drake, Toosie Slide.

Peminat Drake rata-rata memuji taste mewah beliau dalam menghasilkan rumah idaman berbanding rakan senegara beliau, Justin Bieber. Rumah Justin Bieber baru-baru ini viral kerana rekaannya ibarat sebuah kolej komuniti berbanding sebuah rumah.

Dengan pendapatan USD150 juta (~RM650 juta) sepanjang tahun 2018, wang bukan penghalang untuk Drake menyiapkan rumah impian seperti ini. Untuk anda pula, perkara apa yang akan anda ambil berat sebelum membina rumah idaman anda?

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan ini, pastinya ada daripada anda yang sudah bosan tidak tahu ingin buat apa. Apa kata anda gunakan waktu ini untuk hias bilik anda.

Perkongsian pengguna Twitter @FiqSaid membuat transformasi bilik tidurnya mendapat perhatian netizen. Anda mungkin dapat ilham hias bilik anda dengan melihat rekaan yang dilakukan beliau.

Anda akan dapat lihat perubahan yang ketara dilakukan oleh beliau. Kita lihat dahulu keadaan bilik beliau sebelum ditransformasi.

EVoVv35UMAAUZTv
EVs_L9CVcAE3NT7
EVsXy9CUYAAj-qJ
EVsW6cUUwAEic0B
EVsWpoAVAAAr5JQ

Kita dapat lihat ruangan bilik tidaklah luas dan limited, tetapi kini beliau berjaya ‘makeover’ bilik beliau tampil kemas dan cantik dengan menggunakan barangan dari IKEA.

Difahamkan, kos beliau ‘makeover’ bilik menelan belanja lebih kurang RM5,000 dan warna putih dipilih untuk keseluruhan bilik. Lihat transformasi bilik beliau yang memanfaatkan setiap ruang yang ada.

EVoVv34UMAAHulK
EVs_L9EUcAA2Oh6
EVsW6c0U8AAtgOd
EVsWpn-U0AAfpDU
EVsXy9BU8AEHNbB

Mungkin disebabkan warna putih dipilih untuk barang dalam bilik membuatkan bilik kelihatan kemas dan teratur. Buat anda yang memiliki bilik kecil dan pening kepala untuk meletakkan meja belajar dan sebagainya, anda mungkin boleh cuba untuk mengubahsuai bilik anda seperti ini.

Menurut beliau, hasil menyimpan duit selama 5 tahun membolehkan beliau membeli barang-barang tersebut dan merealisasikan bilik impiannya. Anda juga boleh menjadikan usaha beliau menyimpan duit sebagai inspirasi untuk anda membeli barangan menghias bilik atau rumah anda.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan ilham kepada anda diluar sana agar dapat makeover bilik impian anda. Manfaatkan masa terluang saat ini dengan mulakan langkah mengubahsuai rumai anda.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari topeng muka, tekan di sini kerana Mr.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian topeng muka. Cepat sebelum terlambat.

Cetus Fenomena, Patung Figura ‘Dancing Coffin’ Mula Dijual Dengan Harga RM175 Sahaja

Pasti anda tahu akan kewujudan tarian kematian oleh kumpulan ‘Dancing Coffin’ di Ghana yang kini terkenal menjadi meme, bukan? Terbaharu, JMG 1/6 Miniatures telah tampil dengan koleksi patung figura kumpulan ‘Dancing Coffin’.

Untuk pengetahuan anda, patung figura ini hadir dengan 2 set iaitu set A dan set B. Bagi set A, ia tampil dengan 7 orang penari, manakala set B pula hanya ada 5 penari.

Menariknya, patung figura ini kelihatan ‘real’ dan keranda yang dibawa oleh patung tersebut boleh dibuka dan tutup. Malah, patung figura ini juga digayakan berdiri membawa keranda atau merangkak membawa keranda.

Harga bagi set A adalah $49 (~RM213.62), manakala set B berharga $40 (~RM174.38).

abG3q4X_700b
aMxebmR_700b
a7WvKez_700b
arV1eXK_700b
aBm9QLN_700b
amvqLGy_700b

Bermula Di Facebook Live, Potret ‘Terima Kasih Abah’ Ini Bakal Ke Putrajaya

Usaha pemuda dari Kelantan, Mohamad Aqef Aizaq menghasilkan potret ‘Terima kasih Abah’ buat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nampaknya membawa tuah kepada beliau di tengah-tengah situasi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Ramadan yang baru tiba minggu ini.

Menurut beliau, potret perdana menteri yang dihasilkannya ketika bersiaran secara langsung di Facebook Live itu bukan sahaja dikongsikan ramai netizen sebelum ini tetapi turut mendapat perhatian daripada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya

“Saya buat siaran langsung (live) menerusi Facebook ketika menulis potret itu. Daripada sikit, lama-kelamaan ramai yang tonton dan mula share. Memang niat nak hadiahkan kepada beliau, jika ada rezeki nak masukkan dalam frame cantik-cantik dan serah sendiri ke tangan beliau apabila situasi COVID-19 dah pulih.

“Nak dijadikan cerita, disebabkan ramai yang share, pada Jumaat lalu ada pihak menghubungi saya dan menyatakan beliau daripada Pejabat Perdana Menteri. Pegawai tersebut berkata dia akan menghubungi saya lagi selepas ini untuk maklumkan bagaimana untuk menghantar lukisan tersebut,”katanya.

Melalui temubual bersama Mstar, Mohamad Aqef menceritakan dia yang kini bercuti daripada kerja tergerak hati untuk melukis potret perdana menteri Malaysia itu bagi mengisi masa lapangnya.

Lukisan yang dihasilkan menggunakan lakaran pensil itu menurut Aqef mempunyai maksud serta simbolik yang tersendiri dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.

Menurutnya, lukisan itu dihasilkan melalui pemerhatian terhadap riak wajah ikhlas perdana menteri itu menyampaikan ucapan dan perutusannya sebelum ini.

“Cara bagaimana beliau mendepani situasi dalam masa yang sama menjaga kebajikan rakyat, bagaimana beliau mentadbir, semua itu saya terjemahkan dalam lukisan ini.

Persis Gambar Pinterest, Lihat Transformasi Bilik Dengan Rekaan Scandinavian Bermodalkan RM5,000

Sudah lebih sebulan kita hanya duduk di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Apakah aktiviti yang anda lakukan sepanjang berada di rumah?

Seorang pengguna Twitter @SyaifulNazren menjadi buah mulut netizen berikutan perkongsian biliknya yang cantik dan seperti lihat gambar Pinterest. Apa kata kita lihat dekorasi biliknya dan mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda transformasi bilik pula.https://platform.twitter.com/embed/Tweet.html?creatorScreenName=thevocket&dnt=true&embedId=twitter-widget-0&features=eyJ0ZndfZXhwZXJpbWVudHNfY29va2llX2V4cGlyYXRpb24iOnsiYnVja2V0IjoxMjA5NjAwLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X2hvcml6b25fdHdlZXRfZW1iZWRfOTU1NSI6eyJidWNrZXQiOiJodGUiLCJ2ZXJzaW9uIjpudWxsfSwidGZ3X3NwYWNlX2NhcmQiOnsiYnVja2V0Ijoib2ZmIiwidmVyc2lvbiI6bnVsbH19&frame=false&hideCard=false&hideThread=false&id=1255025441657647104&lang=en&origin=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpersis-gambar-pinterest-lihat-transformasi-bilik-dengan-rekaan-scandinavian-bermodalkan-rm5000%2F&sessionId=37b6bba0e3c0ceeab6e1fd0bb3f1d5165bff0086&siteScreenName=thevocket&theme=light&widgetsVersion=9fd78d5%3A1638479056965&width=550px

Anda akan berasa kagum dengan transformasi biliknya dari bilik biasa ke satu bilik yang ‘awesome’.

ad0a

Kita dapat lihat ruangan biliknya tidaklah besar dan ‘limited’ serta ini merupakan satu cabaran untuk menghias biliknya seperti sekarang. Menurut Syaiful, transformasi biliknya mengambil masa selama sebulan dan menelan belanja lebih kurang RM5,000.

Difahamkan, beliau mendapat inspirasi untuk ‘make over’ biliknya berkonsepkan Scandinavian. Lihat transformasi bilik beliau yang memanfaatkan setiap ruang yang ada dan pasti anda akan terpegun.

EWq-97ZU8AE8Aa7
EWq-97ZU4AER8-w
EWq-97aU4AEDYZO
EWq-97aU4AAOTLX
EWmtu0XVAAcCcZX
EWmtu0YUwAAanWJ

Mungkin disebabkan warna putih dipilih dikeseluruhan bilik dan warna perabot serta barangan lain menggunakan 3 warna utama iaitu coklat, putih dan hijau membuatkan bilik ini kelihatan kemas dan cantik.

Buat anda yang tertanya-tanya di mana boleh dapatkan perabot dan barangan dekorasi seperti dalam gambar, beliau mengatakan bahawa dapatkan barangan tersebut di IKEA, H&M Home, Muji, Kaison, Daiso dan Spotlight.

Apa kata kita lihat beberapa gambar ruang tamu rumah beliau pula.

89c1
8590
c1e3
cd20

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan ilham kepada anda diluar sana agar dapat makeover bilik impian anda. Manfaatkan masa terluang saat ini dengan mulakan langkah mengubahsuai rumah anda.

Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?

Tidak semua orang memiliki bakat dan kemahiran untuk menghasilkan karya seni dan nilai sesuatu karya itu bernilai bagi pengkarya dan juga mereka yang menghargai hasil seni.

Akan tetapi, masih ada yang tidak menghargai sesuatu karya dan artist. Mana tidaknya, masih ada yang ingin mendapatkan karya secara percuma tanpa mengambil kira usaha dan titik peluh pengkarya tersebut.

Menerusi perkongsian Sue Anna Joe di Twitter miliknya, terdapat PR Agency yang menghubunginya di Facebook dan ingin beliau untuk lukis doodle pada 80 beg kertas sempena pelancaran produk baru syarikat terkemuka tanpa pembayaran.

Menerusi perkongsian tersebut, kita dapat lihat agensi tersebut memberikan tawaran untuk beliau dan sebuah syarikat terkemuka berkolaborasi. Jika beliau bersetuju dengan tawaran yang diberikan, bahan-bahan yang diperlukan oleh beliau akan disediakan pihak tersebut.

Malah, pihak agensi mengatakan akan memberikan kredit kepada beliau atas rekaan pada beg kertas jika bersetuju. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akan menerima tawaran tersebut jika disertakan dengan pembayaran.

Bukanlah mudah untuk mencari idea dan menghasilkan karya terbaik. Pastinya hasil seni seperti ini wajar untuk dibayar dan apa pula pandangan anda terhadap isu ini?