MAKLUMAN: WAKTU OPERASI STUDIO KAD MATRIK PEJABAT PENDAFTAR UTMKL

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai pada 9 Januari 2017 (Isnin), waktu operasi bagi Studio Kad Matrik Pejabat Pendaftar UTMKL adalah seperti berikut:

Hari    :      Selasa dan Khamis (kecuali cuti umum)

Masa  :      8.30 pagi hingga 4.30 petang (rehat : 1.00 ptg – 2.00 ptg)

Waktu operasi ini adalah untuk urusan pengambilan kad matrik yang telah siap, mengambil gambar, mengemukakan permohonan baharu secara manual, dan juga urusan-urusan lain yang berkaitan dengan kad matrik.

Namun demikian, seluruh warga UTM masih lagi boleh mengemukakan permohonan kad matrik pada bila-bila masa menerusi emel kepada smartcard.kl@utm.my sebagaimana sebelum ini.