Perjalanan pergi UTM AIS TeamTac ’17

Team Building & Tactical Planning ’17 (UTM AIS TeamTac ’17) telah dijalankan pada 3-4 April 2017 di Impiana Morib Hotel.

Sebahagian staff akademik dan kakitangan sokongan telah berkumpul di bangunan Menara Razak seawal 8.00 pagi. Bas telah disediakan oleh pihak pengurusan AIS. Terima kasih Puan Fazy yang bertungkus lumus memastikan semua ahli telah hadir. Dah lama tak naik bas, sekalai-sekala naik best bersama rakan-rakan rasa seronok juga. Alhamdulillah kami dapat bas masih baru dan cantik keadaan dalam dan luarnya.

Wajah-wajah ceria menaiki bas untuk ke Impiana Morib