Sampai di Impiana Morib

Alhamdullilah kami telah selamat sampai di Hotel Impiana Morib. Perjalanan dengan menggunakan bas mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Alhamdulillah Prof. Dr. Suhaimi dan anak-anak buahnya Dr. Othman dan Dr. Azri telah sampai awal.

Mari kita lihat suasana di Hotel. Cantik juga hotel ni. Walau pun tidak terlalu besar tapi amat sesuai untuk aktiviti seperti kursus dan bengkel. Lihat tu ada kura-kura di atas kayu tu!

Apa agaknya perkara yang difikirkan oleh kura-kura tu?

Di bahagian belakang Hotel terdapat pantai, tapi pantai nya tidaklah boleh mandi sebab pantainya berlumpur. Walaubagaimanapun tetap indah ciptaan Allah yang maha kuasa.

 

Pemandangan pantai di belakang Hotel

Aktiviti yang menarik adalah waktu makan. Tengok tu wajah-wajah ceria apabila dapat menikmati juadah.

Aktiviti yang menyeronokkan. MAKAN 🙂

Tidak ketinggalan untuk Dr. Ganthan dan Dr. Pritheega, makan Vege turut disedakan oleh pihak Hotel. Yummy!!!

Sedapnya Mee Tiaw Goreng