PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof/ Prof Madya/Dr.

Dengan segala hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (SATREPS) bagi tahun kewangan 2018. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu-isu global di dalam bidang sains dan teknologi.

3. Sehubungan dengan itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berminat perlulah mengemukakan cadangan projek / penyelidikan baru untuk dipertimbangkan bagi tahun kewangan 2018. Penyelidik UTM yang berminat perlu menghantar borang permohonan lengkap (hardcopy) dan emelkan softcopy kepada RMC (m.amirulnizam@utm.my atau eitaeusof@utm.my) sebelum atau pada 10 September 2017 (Ahad) untuk tindakan kami sebelum dikemukakan kepada pihak JPT, KPT.

4. Bersama-sama ini disertakanSurat Makluman Pembukaan Permohonan SATREPS, Format Permohonan seperti di Lampiran A, Garis Panduan Kerjasama Teknikal (Needs Survey Guidance) SATREPS di Lampiran B dan Senarai Permohonan SATREPS 2018 seperti di Lampiran C untuk makluman dan tindakan YBhg. Prof/ Prof Madya/Dr. selanjutnya.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai di RMC – En. Amirul Nizam/Pn. Raja Rozita (ext 37822) atau pegawai di JPT yang berkenaan, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870 6959.

Sekian, terima kasih.

Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537837

RMC Portal : http://rmc.utm.my

RMC Facebook : http://www.facebook.com/tmcutm

RADIS : http://radis.utm.my/rmc/

RMC Helpdesk : http://rmconline.utm.my/Helpdesk.html