Pencapaian Atlet UTM di dalam Kejohanan SEA GAMES 2017

Assalammualaikum Wr. Wb.

Seperti semua sedia maklum bahawa, SEA Games 2017 sedang berlangsung dari 19 sehingga 30 Ogos 2017 di sekitar Kuala Lumpur.

UTM Sports Excellence dengan rasa bangga mengucapkan TAHNIAH kepada para atlet UTM yang mewakili Malaysia dan dapat menyumbang pungutan pingat seterusnya menjadikan Malaysia kini di tangga teratas dengan kutipan pingat sebanyak 119 pingat sehingga 29 Ogos 2017.

Antara atlet UTM yang terlibat menyumbang pingat di dalam SEA GAMES 2017 ialah seperti berikut :-

1)  Nurfariha binti Abd. Razak (Bola Jaring)

Fakulti : Pengurusan         Pencapaian : EMAS

2)  Pow Mei Foong (Bola Jaring)

Fakulti : Pengurusan         Pencapaian : EMAS

3)  Muhammad Faizul bin M. Nasir (Pencak Silat)

Fakulti : Kejuruteraan Mekanikal       Pencapaian : EMAS

4)   Nik Norlydiawati binti Nik Azman (Judo)

Fakulti : Pendidikan         Pencapaian : GANGSA

Kami warga UTM Sports Excellence dengan rasa bangga sekali lagi mengucapkan TAHNIAH di atas semangat kesukanan dan sumbangan yang membanggakan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA dan  negara kita MALAYSIA.

Terima kasih.