GELARAN RASMI SULTAN DAN PERMAISURI JOHOR

Asslamualaikum wbt dan Salam sejahtera,
 
Semoga warga UTM dan keluarga dalam keadaan yang memuaskan.
 
Sukacita dimaklumkan, mulai dari tarikh 5 September, 2017 gelaran rasmi Sultan Johor dan Permaisuri Johor adalah seperti berikut   :
SULTAN JOHOR
–  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim   atau 
   Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor         atau 
   Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor                    atau 
   Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
PERMAISURI JOHOR  
–  Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor          atau 
   Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor                                                          atau 

   Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor

 

Penggunaan dalam Bahasa Inggeris pula adalah  :
 
–  Gelaran bagi Sultan ditukar daripada ‘His Royal Highness’  kepada  ‘His Majesty’
–  Gelaran bagi Permaisuri Johor  ditukar daripada  ‘Her Royal Highness’ kepada  ‘Her Majesty’.
    (mengikut Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895).
 
 Berita penuh boleh layari  pautan ini  :

Harap maklum, terima kasih.

Pejabat Hal Ehwal Korporat  / Office of Corporate Affairs
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor, Malaysia