Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala sukacitanya bersempena dengan Kempen Pencegahan Bunuh Diri 2017 oleh Pusat Kaunseling UTM selari dengan World Suicide Pevention Day 2017 yang disambut di seluruh dunia, pihak Pusat Kaunseling menjemput warga UTM untuk bersama-sama menyertai Klinik Bimbingan Psikologi yang akan dianjurkan seperti berikut:
Tajuk Klinik: “BUNUH DIRI”
Tarikh : 12 September 2017
Masa : 10.00 pagi -12.00 tengahari
Tempat : Pusat Kaunseling UTMKL
Tujuan klinik ini adalah bagi membicara dan berkongsi pengalaman, perasaan, simptom-simptom dan tindakan-tindakan yang perlu diambil berkenaan isu ini. Sayangi diri dan ambil tahu mengenai orang-orang tersayang anda sebelum terlewat!
Sila isi borang yang disediakan menerusi link di bawah sebagai pengesahan kehadiran.
Kehadiran staf akan direkodkan di dalam UTM Smile sebagai mata CPD. Sila hubungi Cik Farhanah pada talian 03-26154326 atau Pn. Hasdiana pada talian 03-26154371 untuk pendaftaran penyertaan dan sebarang pertanyaan.
Sekian, didahulukan dengan terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah”