Tawaran Diskaun Ke Atas Hutang Dendaan Lewat Pemulangan Bahan Perpustakaan

Assalamu’alaikum wr wbt /Salam Sejahtera.

 

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr. / Saudara,

 

TAWARAN DISKAUN KE ATAS HUTANG DENDAAN LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Universiti Bil. 4/ 2017 pada  17 Ogos 2017 telah setuju meluluskan Kertas Kerja Perpustakaan Bil. 9/ 2017 (JPKA) : Cadangan Pemberian Kemudahan Diskaun Pada Kadar Yang Ditetapkan Ke Atas Hutang Dendaan Lewat Pemulangan Bahan Perpustakaan kepada semua pengguna Perpustakaan UTM.

 

Sehubungan itu, semua pengguna Perpustakaan UTM dialu-alukan untuk membuat semakan denda tertunggak dan mengambil peluang mengembalikan bahan yang lewat bagi melunaskan dendaan dengan tawaran diskaun tersebut samada di Kaunter Sirkulasi Perpustakaan UTMJB ataupun Perpustakaan UTMKL.

Untuk makluman, tawaran diskaun ini hanya TERHAD mulai 10 September hingga 30 September 2017 sahaja.

 

Adalah dimaklumkan juga  bahawa Perpustakaan akan mula melaksanakan potongan gaji secara terus mulai tahun 2018 selaras dengan Pekeliling Perpustakaan Bil.3/ 2017: Potongan Gaji Staf Am Dan Akademik Secara Terus Bagi Menjelaskan Dendaan Yang Melampaui Tempoh Pinjaman Dan Dendaan Bayaran Buku/ Bahan Perpustakaan Yang Dihilangkan.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila  hubungi:

Bahagian Pengurusan Koleksi

Perpustakaan UTM

Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)

UTM Skudai.

 

  1. En Mohd Nasir bin Ibrahim

    Emel: nasiribrahim@utm.my (no.samb: 30138)

 

  1. Pn Norazila binti Safri

    Emel: norazila@utm.my (no.samb: 30017)

 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.