UTM DIGITAL LIFESTYLE : PENGGUNAAN APLIKASI UTMSMART BAGI MEREKOD KEHADIRAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagai satu insiatif UTM Digital Lifestyle, aplikasi UTMSmart akan digunakan untuk merekod kehadiran staf ke Majlis Perhimpunan Bulanan bermula daripada Bulan Mac.
Aplikasi ini perlu dimuat turun dan diinstall ke telefon pintar anda (sistem operasi Android 4.4 dan iOS 1.0.4) bagi membolehkan kehadiran anda direkodkan.
Ikuti langkah-langkah di bawah  untuk menggunakan UTMSmart :
i. Gunakan telefon pintar anda.
ii.     Sila muat turun aplikasi UTMSmart di Google Play dan App Store dan cari aplikasi UTMSmart.
iii. Buka aplikasi UTMSmart dan pilih Sign In untuk log masuk
iv. Sila gunakan akaun ACID untuk log masuk
v. Klik pada Scan QR untuk mengimbas. Imbas kod QR kehadiran majlis yang ditempatkan di dalam Dewan Sultan Iskandar.

Mohon semua staf untuk membuat ujian log masuk sebelum majlis. Sekiranya menghadapi masalah akaun ACID, sila hubungi pusat aduan setempat di CRM CICT seperti maklumat  di bawah.
Untuk makluman tambahan, pihak CICT akan menyediakan satu kaunter ACID semasa majlis Perhimpunan Bulanan NC UTM Bulan April bagi staf yang memerlukan perkhidmatan semakan user ID  atau reset password.
Sekian.
Terima kasih.
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Universiti Teknologi Malaysia.
HUBUNGI KAMI Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my  | Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136/ 31976