Tafsir Surah Al-Hadid bersama Datuk Dr Norhafizah Musa

Semalam di BATC UTM telah berlansung majlis perkongsian ilmu oleh Ustazah. Beliau menerangkan betapa pentingnya membaca dan menghayati Al- Quran.

Antara pengisian yang dapat dicatat:

Surah Al Hadid (besi) – surah yang ke 57 dalam Al-Quran. Mengandungi 27 ayat.  Ia adalah kesinambungan daripada surah yang sebelumnya iaitu surah (Al-Waqiah:96) yang ayat terakhirnya menyuruh supaya kita bertasbih.

“Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.  (Al-Waqiah: 96)”

Intisari surah ialah tentang pembangunan spiritual.  Secara tersuratnya, surah ini menceritakan pembangunan dengan berasaskan besi tetapi secara tersirat, pembangunan spiritual adalah dengan mengingati Allah (bertasbih).

Jika terbangun ditengah malam dan tidak mampu tahajjud maka bertasbih @ baca surah2 yang mengandungi tasbih kerana Allah menggerakkan kamu dari tidur untuk memuji Allah.

Kaedah mengingat Allah (bertasbih).

Cari keserasian dan keseimbangan dengan alam

Ayat 1

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Hadid 57:1)

(Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah) memahasucikan-Nya dari semua yang tidak layak bagi-Nya. Huruf Lam adalah Zaidah, dan dipakai lafal Ma bukannya Man karena memandang dari segi mayoritasnya. (Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa) di dalam kerajaan-Nya (lagi Maha Bijaksana) di dalam perbuatan-Nya. (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:1)

Ayat 1: Perintah Bertasbih dan mencari keserasian dan keseimbangan dengan alam.

Terdapat tujuh surah  yang bermula dengannya terutama ayat ke-3 surah al Hadid.

surah-surah yang dimulakan dengan kalimah tasbih (Subhana… ; Sabbaha … ; Yusabbihu … ; Sabbih… ; ) ?
– Ada 7 surah :
–> surah al-Isra’ : سبحان الذي ….
–> surah al-Hadid, al-Hasyr, as-Soff : سبح لله
–> surah al-Jum’ah , at-Taghabun : يسبح لله
–> surah al-A’la : سبح اسم ربك الأعلى

 

Ayat 2 

لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۖ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Hadid 57:2)

(Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan) melalui penciptaan (dan mematikan) sesudah itu (dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:2)

Ayat 2: Dia yang menentukan hidup dan mati setiap makhluknya

Ayat 3

هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Hadid 57:3)

(Dialah Yang Awal) sebelum segala sesuatu ada, keawalan Dia tidak ada permulaannya (dan Yang Akhir) sesudah segala sesuatu berakhir, keakhiran-Nya tanpa batas (dan Yang Maha Zahir) melalui bukti-bukti yang menunjukkan kezahiran Nya (dan Yang Batin) yakni tidak dapat dilihat dan ditemukan oleh panca indra (dan Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu). (Tafsir Al-Jalalain, Al-Hadid 57:3)

Ayat  3: Dia tahu segala-galanya.

Jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah (tadabur Al-Quran), maka Allah akan uruskan segala masalah dalam kehidupan kita.

Terima kasih Zairah dan Suraya sebab share nota.