Nota dari kelas Ustazah Norhafizah Musa

Al Hadid 4-7
Ayat2 pemberitahuan… bagaimana untuk kita  respon pada ayat2 sebegini. Rasakan dengan hati & hayati. Tambah keyakinan & iman.

4. Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (fasa2), kemudian Ia bersemayam di atas Arasy (tidak boleh digambarkan); Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (haram utk kita Su’udzon dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala2nya). (Al Hadid: 4)

Mengenai penciptaan bumi

Bumi Allah jadikan berpasang2an; langit-bumi, laut-darat etc. Berpasangan tetapi berbeza…

Begitu juga suami & isteri…. mana mungkin sama seperti yang kita sering harapkan. Oleh itu raikan perbezaan. Hukum “azwaja”
Bersyukur, dgn perbezaan ini lah yg menyebabkan kita ingat dgn Allah swt. Kerana utk menguruskan perbezaan yg kompleks ini kita memerlukan bantuan Allah swt. Itulah dia pasangan kita… Rumahtangga paling susah adalah untuk mencari titik persefahaman.

Ayat2 berkaitan
“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49).

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Q.S.Ar Ruum:21)

5. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al Hadid: 5)

Apa jua urusan yang kita risaukan, sibukkan… kembalikan kepada Allah.

6. Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Al Hadid: 6)

Menunjukkan wpun berbeza tetapi boleh saling berganti-ganti. Yang penting uruskan hati. Kerana Allah Maha Mengetahui.

7. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. (Al Hadid: 7)

Keimanan perlu dibuktikan dengan hati & cara hidup.

Ayat2 berkaitan
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (At Taubah: 16)

Ujian Allah, dengan siapa yg kita jadikan teman baik. Dengan siapa kita lebih mengadu paling lama sewaktu diduga. Dengan sahabat @ mengadu dengan Allah? Jadi sebenarnya cukup dengan mengadu dengan Allah. Begitu juga sewaktu senang. Adakah kita masih ingat dengan Dia? Sepatutnya malu nak mengungkit sewaktu kesusahan kerana kita lupa bersyukur sewaktu mendapat kesenangan. Bersyukur sewaktu diuji kerana Allah tidak mahu kita melupakanNya.

 

Terima Kasih PM Dr Nor Zairah tolong catatkan nota