Cara Buang Toksin Dalam Badan Secara Semulajadi

Hai Norziha Megat,

Sebelum saya cerita lebih panjang dalam emel ini, saya nak tanya kepada anda, adakah anda sering merasa letih? tidak bermaya dan emosi mudah terganggu?

Kalau Ya..

Itu semua adalah salah satu sebabnya daripada toksin yang tersimpan dalam badan yang tidak dibuang hasil daripada pemakanan yang kita amalkan.

Toksin boleh dibuang dengan banyak cara, salah satuya adalah melalui AIR DETOX yang menggunakan buah-buahan untuk menyingkirkan toksin di dalam badan anda.

Pertama sekali, mari kita kenali..

Apa Itu Air Detox?

Air Detox ini ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama semalaman dalam peti ais. Jika tidak suka air sejuk, boleh juga dibiarkan di dalam suhu bilik biasa untuk 2 jam, dan barulah ianya diminum.

Seterusnya saya nak kongsikan pula apa..

Fungsi Air Detox

Detox adalah satu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Badan manusia mempunyai sistem detox nya sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih dan segar.

Ini ada salah satu resepi Air Detox yang saya amalkan : Link ke Facebook Mr. Tengku Asmadi

Mudah sahaja resepinya, anda boleh buat sendiri di rumah tanpa perlu bersusah payah beli minuman tersebut di luar.

Untuk tips diet sihat yang seterusnya saya nak kongsikan kepada anda “Cara Untuk Bakar Kalori Tanpa Bersenam”. Ada orang kata nak kurus perlukan senaman berintensiti tinggi.

Tapi sebenarnya tidak, ada cara untuk membakar lebih kalori tanpa bersenam intensiti tinggi.

Nantikan emel saya seterusnya ya.

Be Healthy Is My Choice,
Tengku Asmadi

www.mrtengkuasmadi.com